Friday, January 28, 2011

Fakta-fakta (mungkin) di stadium-stadium Liga Malaysia

Penaja baru, logo baru lah ya.

Dengan kejayaan Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki buat kali pertama sejak 14 tahun lalu, SokerLeaks meramalkan yang Liga Malaysia bagi musim 2011 ini akan mula mendapat perhatian peminat-peminat bolasepak di Malaysia ini. Antara tanda-tanda awal ialah trend memakai jersi Malaysia yang dulunya agak asing tetapi kini sudah mula menjadi kebiasaan di kalangan rakyat Malaysia. Apatah lagi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah mendapat suntikan kewangan yang besar dengan penajaan puluhan juta ringgit setahun dari Astro Media. Memang tidak syak lagi, zaman kebangkitan bolasepak Malaysia sudah pun bermula. Cuma yang masih belum bangkit dari kerusi empuk ialah Presiden FAM. Ok, itu cerita lain.

Hasil daripada risikan para pengulas SokerLeaks di laman-laman sosial dan juga di khalayak ramai mendapati mereka yang tidak pernah ke stadium untuk menyaksikan Liga Malaysia musim ini mula menunjukkan minat untuk merasai sendiri suasana bolasepak Malaysia dengan datang ke stadium berhampiran menyaksikan perlawanan. Satu perkara yang positif kerana jika bukan rakyat Malaysia sendiri yang menonton Liga Malaysia, siapa lagi yang boleh kita harapkan? Mat Bangla baju kotak-kotak? Atau buruh-buruh kontrak Indon? Atau awek-awek hot Filipina? Heh!

Namun, sebelum ke stadium, ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui mengenai suasana di stadium-stadium Liga Malaysia. Suasana yang sudah biasa kelihatan, perkara-perkara wajib, apa yang patut anda lakukan dan ramalan mengenai apa yang akan berlaku di Liga Malaysia 2011 ini. Berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun (ye kot?) menonton perlawanan Liga Malaysia di stadium, saya akan menerangkan kepada anda mengenai perkara-perkara yang patut anda ketahui mengenai Liga Malaysia. Ayuh!


1) Elakkan penggunaan kereta dan gunakan motosikal yang lebih efektif.

Mencari tempat letak kereta memang masalah di mana-mana. Tetapi ia lebih bermasalah jika anda berhajat ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak. Jika anda datang awal, mungkin tidak menjadi masalah. Namun, tetap menjadi masalah jika tiba masa hendak pulang nanti. Pengalaman saya, kebiasaanya saya menaiki motorsikal ke stadium. Namun, semasa perlawanan suku akhir Piala Malaysia di antara Kelantan dan Selangor, saya menaiki kereta bersama rakan ke stadium. Masa pergi tiada masalah kerana kami tiba awal. Masalah timbul apabila mahu balik, dan hasilnya, kami terperangkap dalam kesesakan lebih satu jam sebelum dapat meninggalkan stadium. Jika perlawanan yang mungkin tidak mampu menarik khalayak yang ramai, mungkin boleh menaiki kereta. Namun bagi perlawanan tumpuan seperti separuh akhir atau perlawanan akhir, mungkin motosikal adalah pilihan yang paling tepat dan efektif. Minyak jimat, nak parking senang, nak balik pun senang.

2) Tiket tak pernah habis. Percayalah!!! (Kecuali perlawanan akhir)

Kadangkala bila tiba perlawanan tumpuan seperti Kelantan menentang Selangor, atau Negeri Sembilan lawan Kedah, pemerhatian saya di fanpage pasukan negeri-negeri mendapati antara soalan popular ialah "tiket bila mula jual??", "tiket banyak lagi ke", "sempat lagi beli ke tidak ek", dan soalan-soalan yang sewaktu dengannya. Percayalah cakap saya, tiket perlawanan Liga Malaysia takkan pernah habis. Takkan habis!!!Anda masih boleh membeli tiket sepuluh minit sebelum perlawanan, atau pun ketika perlawanan sudah memasuki minit yang ke 20.

Namun, sila abaikan kenyataan di atas untuk situasi di Kota Bharu. Di sana, beberapa jam sebelum perlawanan tiket sudah habis. Respect The Red Warriors!!!

3) Kalau hati kering, bawaklah awek seksi mini skirt ke stadium.

Keh keh keh, ini mungkin situasi yang pernah anda lihat jika anda selalu ke stadium-stadium di Malaysia. Pantang nampak lelaki bawak awek pakai mini skirt, awek pakai seksi sikit terus mendapat siulan nakal dari para penyokong. Kesian awek tu tersipu-sipu malu, kalau dia pergi dengan lelaki dengan lelaki tu sekali merah muka. Tak baik saudara-saudara sekalian, elok elok awek tu datang nak sokong liga Malaysia, kena macam tu terus dia malas nak datang. Usha diam-diam sudah la, ahaha.

4) Burger separuh masak dan ais lagi banyak dari air.

Ok, ini bukan untuk menjatuhkan para peniaga yang berniaga di dalam stadium. Ini rungutan yang paling banyak kita dengar bila sebut tentang bab makanan dan minuman yang dijual di dalam stadium. Sebenarnya, saya tak kisah pun dengan harga makanan dan minuman dalam stadium. Saya tahu kos nak sewa dalam tu bukan murah, ditambah dengan kos-kos lain. Tapi kalau daging burger pun separuh masak, nasi lemak pun tak macam nasi lemak, dan ais lebih banyak dari air, macam mana ramai tak kompelin. Kalau ditingkatkan sedikit kualiti makanan dan minuman yang dijual, pasti ramai lagi yang akan datang membeli. Rezeki pun akan lebih diberkati, tak gitu?

5) Pengulas dan pengkritik tak berbayar.

Ini merupakan antara kelompok penonton yang biasa kita lihat di stadium. Pantang pemain silap sikit, habis dikomen dikomplen. Siap kena carut lagi pemain tu. "Bodohlah kau ni, passing pun lembab", "dok gentel apa lagi, shoot je la", merupakan antara contoh ulasan tidak berbayar dari mereka. Kamon lah bang, ingat senang ke nak main bola depan puluhan ribu penonton, sedikit sebanyak mesti ada silap juga. Kalau abang banyak sangat komplen, elok abang pergi je pemilihan untuk pasukan yang abang sokong tu musim depan. Tak pun, abang boleh minta jawatan pengkritik sambilan di mana-mana media cetak atau elektronik. Senang, duit pun dapat.

Oh ye, salah seorang pengulas kami Mofasad merupakan antara kelompok penonton sebegini dulu, namun beliau kini sudah insaf dan menjadi seorang ultras.

6) Siapa kata bunga api dan mercun masa hari raya je?

Kalau anda masih ingat pada musim perayaan saja anda boleh saksikan dentuman mercun dan bunga api, ternyata anda silap. Jemputlah ke stadium-stadium di Liga Malaysia dan anda boleh saksikan dan dengarkan sendiri dentuman mercun dan bunga api. Walaupun ia diharamkan dari dibawa masuk ke dalam stadium, namun itu semua langsung tidak dihiraukan. Bukti terbaru ialah masa perlawanan akhir Piala AFF Suzuki hari itu, sampai ke padang mercun dilempar oleh golongan "bijak pandai" ni. Pesen tak makan saman.

7) Ramalan untuk musim 2011- suasana baru di stadium dengan kehadiran Ultras!

Sebenarnya dari tahun lepas lagi beberapa pasukan negeri sudah mempunyai ultras sendiri. Antaranya Silver States Ultras (Perak), ultraSel (Selangor), Ultras Kedah dan lain-lain lagi. Kesemua Ultras ini bergabung membentuk Ultras Malaya yang berjaya memainkan peranan dengan cemerlang dalam memberikan sokongan padu untuk Harimau Malaya semasa Piala AFF Suzuki Disember lalu. Sudah ada beberapa ultras baru yang ditubuhkan, antaranya di Kelantan dan Terengganu. Satu budaya baru yang amat baik dan harus diteruskan, kerana pemain sangat memerlukan sokongan para penyokong ketika beraksi. Menarik tentang ultras ialah ultras akan berdiri selama 90 minit sambil menyanyikan chant bagi menaikkan semangat pasukan. Antara elemen lain ultras ialah pembakaran flare dan penggunaan mufler. Banyak perkara menarik tentang ultras yang mungkin akan saya tulis pada entri akan datang. Jika saya rajin, hehe.

Jadi, masa untuk menonton bolasepak ala-ala melepak menonton wayang mungkin hampir berakhir dengan kehadiran Ultras!

Datang la ke stadium menyokong pasukan kegemaran anda, datanglah dengan semangat kesukanan yang tinggi, bukan dengan semangat nak bergaduh atas sebab kenegerian atau semangat nak baling mercun ke trek stadium.

Untuk yang mungkin pertama kali ingin merasai suasana Liga Malaysia di stadium secara langung, SokerLeaks mengucapkan selamat merasai keseronokan bola sepak buatan Malaysia! Majulah Bolasepak Malaysia! Dan semoga cepatlah Presiden FAM meletak jawatan!!!!!

17 comments:

despyan said...

aku sokong bab PRESIDEN FAM tuh..haha

Wan Perlis said...

aku suka part no 3

DIYSAR said...

p stadium ni kita pakat pakat bawak flare naah, baru style tgok game hahah

3viL X eIjI said...

Mintak2 tiket tak abes lagi... Malas da aku nak panjat2 pagar stadium.

Berto said...

ko lupa tulis satu, kuaci mahal weh, mahalll

Azfar Ridhwan said...

sape yg baru dtg stadium sejak zaman ultras, meh aku nasihatkan sket berbekalkan pengalaman aku selama 20 tahun lebih tak henti2 datang stadium sejak zaman semi pro lagi. Chanting2 gak, tapi sebagai home crowd, takkan nak nyanyi2 je sambil player sendiri tengok opponent pegang bola je.

Kene la jerit push player tu kasi pressure opponent utk rampas or at least tak kasi diorang sempat fikir taktik. Same je skang, da jerit2 baru la nak pressure opponent macam kat bukit jalil ari tu. Terutamatanya asraruddin left back malaysia asyik dok melopong je tengok bola. Da kene maki2 baru la rajin nak tackle opponent. Hampeh.

Ingat kite home crowd. Priority kita utk motivasi player utk berusaha lebih dan jangan biar diorang asyik comfort zone je atau malas cari or tutup ruang. Priority kedua barulah chanting atau nyanyi. Kalau nak sangat nyanyi, pegi la akademi fantasia, barulah jadi priority utama anda.

MOFASAD said...

bila seseorang telah di sajikan dari kecil liga yang mendapat liputan media dunia. itulah kenyataan yang membawa maksud tertaksub pada kenyataannya

pex91 said...

Dan semoga cepatlah Presiden FAM meletak jawatan!!!!!

part nie aku suka..ha3

LoStGuErReRoZzZ... said...

Ok fakta yang berguna kepada aku yg newbie... keh keh keh... Tang berger tu yg aku suspen sikit... baru ingat nak mkn berger sambil menonton... beli cucuk2 je la gayanyer... Tapi KL ade ultras ke? mcm takde jek...

wazy said...

belum berkesempatan tengok bola secara live di stadium,tapi part no 3 tu macam best je,hehehe

Berto said...

LostGuerrerroz: Kalau KL tak ada, apa lagi, buat la satu, nak jugak join Ultras KL nnt

Berd said...

Sizden güzel sonrası

hoenese rue. b. said...

lagi satu...LASER...hahaha

hiro said...

usha makwe dalam stadium lagi padu.

buyat(bebola tomato) said...

n9 lawan harimau muda,sebelah aku tiga orang amoi cina...terkejot aku datang 3 orang tanpa kelibat lelaki...tapi keje men hphone je..bile hbh game tepok tangan..takpelah janji datang merasai kehangatan suasana bola sepak Malaysia kan

Linglung said...

part beger tu mmg tk boleh blah..kahkahkah! daging beger tak masak pun, sos ala kadar lepas tu tepek roti..musibat betul!

paWANgbuaya1 said...

aku paling benci pengulas tak berbayar..