Saturday, January 8, 2011

Qatar o Qatar

Pembukaan gemilang belum tentu menjamin kemenangan terbilang. Macam Pak Lah bak hang!


Piala Asia 2011 telah pun bermula hari ini, dan perlawanan pembukaan berlangsung di antara tuan rumah Qatar dan Uzbekistan. Akibat komitmen kerja, aku lambat sampai di Hakim Seksyen 7, Shah Alam dan hanya berkesempatan menonton perlawanan pada separuh masa kedua sahaja. Jaringan dari luar kotak penalti yang sungguh cantik dari Odil Ahmedov dan Server Djeparov sudah cukup untuk memalukan pasukan tuan rumah yang bermain di hadapan penyokong serba putih. Ya, Server namanya, ada kaitan sedikit dengan dunia kerja aku.

Dua lagi lawan Qatar selepas ini ialah Kuwait dan China, dua pasukan yang pernah merasai aksi Piala Dunia. Mungkin Qatar boleh menjadi tuan rumah terbaik, itu sudah dibuktikan dengan pembukaan yang boleh tahan gilang gemilangnya dan stadium yang boleh tahan juga cantiknya. Tetapi aku agak skeptikal mengenai peluang pasukan kendalian Bruno Metsu ini untuk melepasi peringkat kumpulan. Dan ini baru Piala Asia, tak dapat aku nak bayangkan jika prestasi Qatar berterusan sebegini hingga tiba masanya mereka menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.

Apa pun, peluang masih terbuka buat Qatar kerana ini baru perlawanan pertama ya. Uzbekistan pula tak payah nak yakin sangat, ada dua perlawanan lagi ok.

Additional time- Analogi cukup celaka dari kawan aku yang tengok bersama perlawanan tadi. Kekalahan Qatar selaku tuan rumah sebanyak 2-0 ibarat seorang tuan rumah membiarkan anak daranya ditebuk dua kali. Celaka bukan analogi beliau?

6 comments:

deus X machina said...

1st

Berto said...

jemaah lupa smayang hajat, tu pasal kalah

Si Nakal said...

kawan ko tu memang celaka setan. kah kah kah!

Cob Nobbler said...

Sebenarnya bolasepak ni lagho, tu kata penduduk kat Qatar ni.

paWANgbuaya1 said...

analogi yang sadis...

jambz- said...

kahkahkah. lagho lagho.