Wednesday, February 2, 2011

Gergasi Merah Sudah Menang!

Pemandangan di Stadium Utama Kangar. Awat tak ramai orang Peghelih???

Ah, lupakan kekalahan pada Piala Sumbangsih pada Sabtu lalu. Lagipun segan sebenarnya nak pegang lama-lama Piala Sumbangsih tu, mana nak letak, dengan Piala Malaysia je dah 32 kali juara, kikikiki.

Gergasi Merah bertandang ke utara menentang pasukan Perlis di Stadium Utama Kangar, malam tadi. Dengan kedudukan tercorot liga selepas tewas kepada Kelantan Sabtu lalu, kemenangan merupakan satu kemestian bagi anak buah K. Devan untuk terus memburu impian mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali ketiga berturut-turut.

Sedikit pertukaran dalam barisan pemain dilakukan Devan dengan meletakkan Rudie Ramli di posisi sayap kiri menggantikan Safiq Rahim. Separuh masa pertama menyaksikan tiada jaringan gagal dihasilkan, namun segalanya berubah pada separuh masa kedua.

Penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki yang lalu, Safee Sali menjaringan gol pertama pada minit ke 63. Dan gol pertama menyuntik semangat Gergasi Merah untuk terus memburu gol bagi mengukuhkan kedudukan. Pemain bertubuh kecil tetapi berbakat besar, Fitri Shazwan dibawa masuk oleh K. Devan menggantikan Rudie. Ternyata Devan membuat pilihan tepat apabila Fitri menjaringkan gol kedua pada minit ke 76.

Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat permainan. Selangor menang, dan naik ke tangga ke-8. Perlis tanpa sebarang mata dan kini menggantikan tempat Selangor di tangga terbawah liga. Liga akan berehat selama 10 hari bagi memberi laluan kepada aksi persahabatan antarabangsa di antara Harimau Malaya dan Hong Kong pada 9 Februari ini.

Gergasi Merah akan menyambung aksi liga dengan bertemu musuh lama yang sudah kembali meningkat nampaknya, Kuala Lumpur pada 12 Februari di Stadium Shah Alam. Semoga menang lagi. Dan terus mara supaya juara lagi. Buat ketiga kali. ki ki ki.

5 comments:

Berto said...

12 hb Feb ni Klang Valley derby. Sebagai seorang permastautin di Selangor tapi lahir di Kuala Lumpur, ini menimbulkan konflik dalaman buat diri gua. Mana gua nak sapot ni?

Susah2 gua sapot Felda United jer lah

hiro said...

kikikikikiki..

mdfaizal said...

cayalah selangor!!

FARHANArazaki said...

suarez berbaloi2 beli2!
scorer smalam tuu
;]

blah la tores.eheh

Wan Perlis said...

lani penyokong perleh byk lalang
rindu penyokong tahun 2003-2006.