Thursday, February 10, 2011

"Pengacau Bolasepak"


“Saya tidak mahu pembakaran mercun atau ‘flare’ ini menyebabkan tragedi dan selepas itu orang ramai takut pula untuk ke stadium. Kita juga tidak mahu penonton kita menjadi seperti apa yang pernah berlaku di Eropah suatu masa dulu apabila ramai peminat hilang rasional semasa menyaksikan perlawanan bola sepak. "Saya mahu semua yang melakukan kesalahan terutamanya "PENGACAU" bola sepak di hadapkan ke muka pengadilan dengan kadar segera" -" - Shabery Chik, Menteri Belia dan Sukan.



Hai Datuk Menteri, pergi stadium tak semalam? Tak pergi ke???Tak apa, SokerLeaks menghantar saya, Siggplus, Mofasad dan Linglung ke stadium semalam. Blog cinta buatan Malaysia, Terfaktab pun menghantar seorang wakil semalam iaitu Shafiq Helmi. Datuk? Tengok kat Arena je ke? huk alohhhh.

Datuk tahu tak semalam, seluruh "pengacau bolasepak" dari seluruh Malaysia bersatu semalam untuk membuat "kacau" di stadium Shah Alam semalam. Semua "pengacau" ini datang dari pukul 3 petang lagi. Bukan saja dari Lembah Klang, yang datang dari Melaka, ada yang dari Kelantan, dari Kedah, dari Negeri Sembilan, dari Johor, dari Terengganu, dari Perak, dari Pahang, boleh kata semua negeri ada lah. Ada yang sanggup ponteng kelas, ada yang sanggup balik kerja awal, ada yang sanggup minta cuti, semuanya demi bolasepak Malaysia yang tercinta. Semuanya dengan usaha sendiri, dengan duit sendiri, dan tiada apa-apa subsidi dari sesiapa pun. Untuk Harimau Malaya, semuanya sanggup "para pengacau" ini korbankan.

Para "pengacau" ini di stadium duduk pun jauh dari orang. Mereka tak nak kacau penonton lain yang nak menonton perlawanan. Biarlah orang lain dengan cara sendiri. Para "pengacau" ini dengan cara mereka sendiri, dengan gendang mereka, dengan bendera besar mereka, berdiri dan bersorak tanpa henti selama 90 minit. Semuanya demi Malaysia yang tercinta. Demi Harimau Malaya.

Para "pengacau" ini membuktikan semangat kenegerian dalam bolasepak hanya sekadar bila berlangsungnya aksi Liga Malaysia. Bila tiba masa untuk Harimau Malaya, semua bersatu memberi sorakan. Tak kira lah dari Selangor, dari Kelantan, dari Negeri Sembilan, dari Kedah, dari mana-mana negeri pun, semua "pengacau" ini bersatu. Jelaslah, kalau Datuk nampak, bolasepak lah merupakan alat perpaduan yang terbaik untuk menyatukan seluruh rakyat Malaysia. Nak harapkan politikus dua-dua belah, melingkuplah jawabnya. Berpecah-belah lah jawabnya.

Saya malas nak cerita panjang. Cukuplah gambar-gambar di bawah dari "pengacau bolasepak" istimewa untuk Datuk Menteri yang dulu pernah berbuih mulutnya masa berdebat.









Ada sambutan khas untuk penyerang Safee Sali yang akan berhijrah ke Pelita Jaya FC tidak lama lagi. Pelik juga saya Datuk, macam mana penyerang bolasepak lebih berminat berlari ke arah "pengacau bolasepak". Pelik saya, kenapa dia tak pergi ke grandstand tempat VIP saja??? Lagi satu, masa ni ada bakar flare, tak ada pula saya dengar orang mati atau cedera parah masa ini. Ke Datuk tak tahu beza mana satu flare dan mana satu mercun?





Itu saja mengenai "pengacau bolasepak" khas untuk Datuk. Kalau Datuk tak tahu, semalam Malaysia menang 2-0. Safiq Rahim dan Amirul Hadi Zainal yang jaringkan. Kalau Datuk tak tahu lah, kalau dah tahu bagus lah. Bagus sedikit saja.

Akhir sekali, kalau Datuk nak tahu, "pengacau bolasepak" ini ada nama. Dari seluruh negeri-negeri di Malaysia, "pengacau bolasepak" ini bersatu. Nama mereka Ultras Malaya. Sekian.

39 comments:

anakmemberontak said...

:-)

Azrul Hisham said...

salute Ultras Malaya!!! Selamanya Harimau Malaya!!! Aummm!!!


Jom guling-guling disini pula:

Azrul Hisham -My Real Life

faqhrule said...

datuk nak debat bola pulak ke tok? kah kah kah

Azfar Ridhwan said...

aku sokong. even player malaysia appreciate the ultras malaya. macam ni la kalau menteri tak tau portfolio sendiri, main gebang je asalkan dapat media coverage untuk naikkan rating politik.

tapi sukan malaysia ni susah nak larikan diri dari pengaruh politik. haih..

DIYSAR said...

even rajagopal pon angkat best utk ultras bukan utk VIP.eh jap ada VIP kaa mlam tadi??

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Jadinya MOFASAD itu ialah jurugambar berbadan besar dan bercermin mata (tak salah saya) yang mengutip baju Ultras yang jatuh di atas trek dan memberikannya kepada Safee?

m.haziqhanif said...

cool!semalam memang best - un9

Syafiq A. Ghani said...

Errr. VIP ade datang x semalam dato? ultras malaya sanggup datang dari jauh. memang 'pengacau' diorang ni kan datok. Laen la datok, slumber je tgk game mas lawan hongkong kat astro arena sambil pekena mee hongkong.. dato kalau nak kata pn, gtau n ucap lah salam dulu. dato jangan la wat berbuih mulut lagi... kalau nak tengok bola macam layan ceramah, baik pergi pejabat dun atau parlimen je dato.. kite tengok bola kene ade semangat tok.... bukannya layan kot tv je dato..

Яafi Ahmad said...

Org yg xtau ape2 jgn nk bersuara lebih...baru sepak bola masuk gol futsal nak cite lebih plak...Gua xkan pggl Ultras Malaya sbg pengacau tp sbg Fanatik yg cintakan bola sepak dan Skuad Harimau Malaya..fanatik2 ni laa yg buat stadium bising..menjerit smpai ilang suara..klau xnak bsing baik tgk bola dkt rumah jek...

sportravel.com said...

haha, mntp2x..ak ttp sokong ultras malaya..bendera besar2x tu ialah yg terbaik..x pernah lg tgk bendera besar cm tu selain cm pernah dilihat kt J-league..terima kasih Ultras Malaya!!

Linglung said...

pak menteri buih ni nak kata bangang rasanya tak, tapi mungkin kuasa politik buat akal dia jadi cetek, atau jadi malas nak fikir dalam-dalam.

Pak menteri, apa guna hadir ke stadium kalau sekadar makan kuaci? belek handphone atau sembang hal kerja dengan rakan sekerja dari ofis (kena paksa dtg)?

Tak nampak ke semangat yg cuba disuntik 'pengacau' ni dalam budaya menyokong pasukan negara? Bukan senang nak tengok benda macam ni ada dalam scene bola kita.

Pendek kata, org yg berfikiran mcm pak menteri ni selalunya memandang dari luar, bukan org yg betul2 paham, bukan org yg betul2 feel ttg semangat bola. Mereka bukan ada sama2 menyokong pun, cakap saja pandai.

Linglung said...

ouh lupa, bangang!

LoStGuErReRoZzZ... said...

Kesengalan ditahap maksimum diorang ni... asal jadi menteri jek otak jadi sereng... dah mulut berbuih... Papepun salute pada yang brani... Go Ultras!!! keh keh keh...

http://aniesandyou.blogspot.com said...

pengacau bolasepak = golongan x g sekolah

anak abdullah said...

tabik! untuk ultra.

taiik! untuk 'pak menteri'

AiE said...

ultras2 ni lah penyokong paling berdisiplin kt dlm stadium.dorg tak baling mercun dan botol air kt padang. dorg jgk xkn terbalikkan trak polis dan kete presiden FA dorg kalo team dorg kalah.

GO ULTRAS!

TAYAR PANCIT said...

humbankan saja buih itu ke dalam jamban.

khairul farhan said...

Setuju bro. Aku respect dia sebagai menteri. Tapi seorang menteri kenalah tahu apa lingkungan tugas-tugas dia. Study dulu apa yang 'pengacau' ni buat. Mcm polis jugak, tak boleh tangkap kalau kes tak cukup. Ini satu benda tak tahu apa tapi statement bukan main. Aku rasa takda apa salah dengan 'penngacau' ni. Aku baru nak masuk stadium semalam, dah dengar 'pengacau' ni bersorak. Aku penonton pun dah bersemangat, apatah lagi player yang tengah warm up. Itu benda basic lah. Tak salah

Takpa, aku assume menteri kita sibuk semalam dan tak sempat hadir. Itu aku tak kisah. Tapi Datuk, ini kerja Datuk, kena la amik tahu sikit.

AlexiaAqram said...

i love abam parid. muah muah muah!

kbai.

Yoda said...

Si Buih tu mana tau beza antara 'flare' (atau dalam bahasa malaysianya suar) dan mercun... dia tau buihkan mulut jer! Inilah salah seorang contoh menteri yang BODOH!

MOFASAD said...

aqram cam gampang



entri ni membuatkan gua rasa nak pijak2 pembuat entri ini.

sopan sangat woi!

deus X machina said...

sopan dan sinis lebih baik dari ganas tanpa isi kukuh

MOFASAD said...

ooppss

Wan Perlis said...

pengacau bolasepak ni lah yg terbaik

keli said...

Nnt gua kecik2kn shabery chik...goblok...

Berto said...

even pengulas Zainal Abidin Rawop pon x henti2 puji geng2 Ultras, si buih ni gua syak x tau feel tgk bola kat stdium la

zackyuell said...

Datuk mulut berbuih tk gi stadium...kat astro pun tk tgk...dia busy meeting mcm mana nak benteras 'pengacau' ni....

mdfaizal said...

haha, aku rasa kenyataan dia tu tak dpt sambutan punye lah..
dulu pn menteri ni penah ckp nk "kunci" team kebangsaan supaya tak berpecah ke pasukan negeri. tp org tak hirau pun. sbb tau dah cdgn tak logik.
lg satu dulu pn menteri ni kata "takde masalah" nak bg player2 kebangsaan main dkat England. haha kemana la projek tu!!

PELAUNG PULAU said...

aku terpikir gak..takde ke VIP langsung smalam...mentang2 friendly jer...

tapi elok gak takde...takde la lagi kene bahan..hahah

hoenese rue. b. said...

masa dia cakap, org tak layan tak amik tau..busuk sebab buih...pekat...

Amjat said...

tak payah nak respek kat menteri ni. babi punye mulutbuih ni!!!

iluvislam said...

tak baik tau, korang kata kat pak menteri macam ni XD

menteri ni orang tua, cara fikir pun mestilah cara fikir orang tua jugak. heheh

zX said...

gua rasa mamat buih tu tak penah tengok sokongan grup 'pengacau'

sebab tu berbuih mulut nak komen walhal nampak sgt dangkalnye kapla otak dia ...

muCux said...

meremang buLu roma tgk semangat ultras malaya nie. . terbaaeekkkk!!!
n lagi satu x leh tahan stment nie
"Cukuplah gambar-gambar di bawah dari "pengacau bolasepak" istimewa untuk Datuk Menteri yang dulu pernah berbuih mulutnya masa berdebat"

kihkihkihkihkih sakit perut geLak nie ha. . .

Tengku Sidek said...

Mulut Buih?? hahahaha..spot on..!!

Hidup Sihat said...

gila semat!

pepol said...

ak sokong ultras malaya,ak ad kt stadium ni..siyes ak bangga dgn korg ultras malaya..korg xhenti henti menyanyi dan bagi sorakan kt team malaysia..ak duk sblh ultras malaya time tu, xde pon ak cedera ke ape ke,korg mmg superb la ultras malaya..teruskan sokong team kite,jgn pedulikan ckp2 pak menteri..die xtau pape pon

PELAUNG PULAU said...

http://kampungbolasedunia.blogspot.com/2011/02/ultras-malaya-sekadar-pemain-ke-14.html

astro ni pon satu hal

Ahmad said...

hantar surat la explain kt datok tu ape function Ultras. datok tu xpham so kne la bg paham. kalo x smpai bile pn mulut die bbuih dok condemn Ultras. lgpn die bkn ade mase nk bkk internet bace blog ni. so langkah yg paling diplomatik aku rs ialah menghantar surat penjelasan @ penerangan tentang function2 Ultras ni dlm stadium. explain la ape yg patut. pasal flare, ape function die, ape tindakan korg nk jauhkan asap tu dari penonton lain n etc. use a wise way plis. kita ada adab n etika. kita bangsa melayu. jgn jd mcm indon dok keje mengutuk je kt internet. aku bkn nk back up datuk buih tu tp bg aku kita perlu rasional n bijak dlm menghadapi apa2 tindakan n masalah. kita anggap lah ni masalah kecik yg boleh diselesaikan. lgpn bsyukurlah die bkn diktator sukan yg suka2 hati bleh suro FRU pegi tapaw Ultras. aku respect korg sbb bjuang utk bola sepak. tunjukkan teladan yg baik sbb sme org perhatikan anda. salah satu teladan yg baik ialah menyelesaikan masalah ini dgn menghantar explanation letter kpd datok buih. bg die phm n accept who is ULTRAS. aku yakin dgn tindakan tu datok tu xkn berbuih lg mulut die condemn ULTRAS. akhir kata, KITA BANGSA MELAYU ISLAM PENUH DGN ADAB N TATASUSILA, HADAPILAH SEGALA MASALAH DGN AKAL BKN DGN PERASAAN. sekian.tq~~



p/s: msti nnti ade org comment ckp nape x ko je yg tulis surat. nape bkn aku?? sbb aku bkn ULTRAS. aku bkn dtg stadium nk menyanyikn lagu skongan tp aku dtg nk menyaksikan kebangkitan bolasepak Malaysia. peace! =)