Monday, March 21, 2011

Azraai Khor ke STAR of Paroi....akhirnya

Sudah bertukar menjadi seorang Jang


Nampaknya Negeri Sembilan sudah pun menemui pengganti Wan Jamak Wan Hassan. Pengganti beliau pula bukan calang-calang orang, pernah membawa Kedah menjulang kejuaraan treble selama dua musim berturut-turut. Pernah melatih skuad Harimau Muda semasa beraksi di liga Slovakia. Badrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen, Helmi Eliza Elias dan Safiq Rahim, semuanya pernah mendapat bimbingan dari jurulatih yang cukup berkaliber ini.


Tuan-tuan dan puan-puan, Azraai Khor Abdullah bakal menuju ke STAR of Paroi!!! Dengan misinya untuk membinasakan semua musuh Jang!!


Shahrul Naim Al-Deus tu hanya makwe sahaja boleh add beliau khabarnya.

Berita mengenai Azraai Khor bakal melatih skuad Jang sebenarnya sudah mula tersebar luas beberapa hari yang lalu. Dan malam semalam, hasil inisiatif Hafizal Hamad, pengulas sukan RTM, beliau telah mengatur sesi bersama Azraai Khor di laman facebook beliau. Apa lagi, ramai mengambil peluang bertanyakan berbagai-bagai soalan pada Azraai. Terutama sekali dari peminat Kedah yang boleh dikatakan sedikit kecewa apabila Azraai tidak kembali membimbing skuad Hijau Kuning.

Dari apa yang boleh dirumuskan, memang sah Azraai bakal menjadi jurulatih Negeri Sembilan yang baru. Beliau tertarik dengan skuad Jang yang begitu serius untuk pulih dari prestasi yang kurang menentu kebelakangan ini. Azraai sempat juga memberitahu yang sikap Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang tidak serius dan sekadar berpuas hati dengan apa yang ada menyebabkan beliau tidak berminat untuk kembali membimbing Kedah.

Jadi, sudah sahlah nampaknya Azraai bakal menjadi jurulatih Negeri Sembilan yang baru. Kami di SokerLeaks mengucapkan selamat maju jaya bersama Negeri Sembilan untuk Azraai Khor Abdullah dan juga selamat maju jaya juga untuk pasukan Hobin Jang Hobin. Kepada penyokong Kedah, harap menerima berita ini dengan redha dan teruskan usaha anda mendesak rombakan terhadap pengurusan Hijau Kuning. Kami di SokerLeaks bersama anda!

11 comments:

mirul said...
This comment has been removed by the author.
mirul said...

musuhnya dah tak binasa sampai kene cari pakcik azraai..

kah kah kah

pahang power!!!!

ULTRASEL said...
This comment has been removed by the author.
Azfar Ridhwan said...

ok, terbaik! musim depan N9 boleh treble!!

Khuzrin Kamarudin said...

Deus guna fesbuk bahasa melayu ea? kihkihkih...

MOFASAD said...

gay pun suka gak add laki macam tu

3viL X eIjI said...

Finally. Skuad Jang - an main2. Jumpa kat Final PM.

Cob Nobbler said...

Kalau musuh tak binasa-binasa aku tak tau la..

mirul said...

PAHANG POWER

SULTAN BOLA POWER

PAK DOLLAH POWER

Puan Sinis said...

n9 treble musim dpn..hidup jang!!
=p

PELAUNG PULAU said...

apo-apohal..jang sonyum yo....