Saturday, March 26, 2011

Harimau Malaya vs The Star


Takkan ada Harimau Malaysia. Selamanya Harimau Malaya.

Semua sudah maklum pada malam ini pasukan kebangsaan Malaysia akan turun menentang sebuah kelab dari Singapura, Etoile FC di Stadium Jalan Besar, Singapura. Sepatutnya Malaysia beraksi menentang sebuah pasukan (kurang pasti sama ada Oman atau Iran) namun pasukan tersebut menarik diri di saat-saat akhir. Kalau pasukan lain mungkin sudah menyediakan pelan B jika pelan A tidak menjadi kenyataan, tapi apakan daya, faham-faham sendiri saja la FAM. Ingat lepas dah menang Piala AFF Suzuki ada perubahan, lebih kurang macam tu saja nampaknya. Harap anda semua redha dengan "kepandaian" luar biasa FAM.

Pedulikan la FAM tu, kita sebagai rakyat Malaysia macam biasa tetap kena menyokong Harimau Malaya tanpa mengira siapa lawan mereka. Harimau Malaya turun ke Singapura tanpa penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki dan penyerang Pelita Jaya FC, Safee Sali. Manakala salah seorang penjaga gol, Farizal Marlias terpaksa diketepikan kerana menjalani rawatan susulan akibat kecederaan patah tulang pipi yang dialami pada 2010. Abang JejariRuncing kita, Khairul Fahmi Che Mat dijangka akan mengawal gawang Malaysia pada malam ini. Manakala Norshahrul Idlan Talaha dijangka akan bergandingan dengan Ahmad Fakri Shaarani di bahagian serangan.

Harimau Malaya mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi siapa, semua sudah maklum inilah skuad yang memenangi Piala AFF Suzuki pada 2010 serta sebahagiannya turut beraksi ketika Malaysia memenangi pingat emas pada Sukan Sea 2009 di Laos. Tetapi siapakah Etoile FC ni? Apa yang best sangat pasal Etoile FC ni sampai FAM pilih lawan mereka dari menentang pasukan kebangsaan Singapura sendiri? Dengan bantuan pakcik Google, SokerLeaks akan membongkar mengenai kelab Singapura ini serta apa yang best sangat pasal Etoile FC ini.


Walau di Singapura, elemen ayam Perancis tetap tidak dilupakan

Etoile FC merupakan kelab kelapan dari luar Singapura yang beraksi untuk Liga S. Lebih sekadar itu, mereka merupakan kelab pertama dari luar Singapura yang muncul juara liga pada tahun 2010. Etoile merupakan perkataan dalam bahasa Perancis yang bermaksud "bintang" atau "star". Oleh itu, "The Star" merupakan nama gelaran bagi kelab ini. Dibimbing oleh jurulatih Patrick Vallee, Etoile FC dibarisi keseluruhan pemain yang berdarah Perancis dan dikatakan pasukan sebegini merupakan yang pertama di Asia.

Penjaga gol utama Etoile, Yohann Lacroix. Khairul Fahmi lagi steady rasanya.

Penggempur utama Etoile, Frederic Mendy. Ketinggian 191cm dan berusia 24 tahun.



Ini Karim Boudjema. bukan Karem Benzema. Midfielder Etoile.

Itulah serba sedikit mengenai pasukan Etoile FC, banyak-banyak tak boleh. Menyampah juga tulis pasukan yang berunsurkan Perancis ni sebenarnya, hek hek.

Apa pun, SokerLeaks mendoakan kejayaan Harimau Malaya untuk perlawanan malam ini. Dan bukan setakat berdoa, SokerLeaks turut menghantar seorang pengulas kami menyertai rombongan Ultras Malaya ke Singapura. Kita nantikan saja entri mengenai perlawanan ini dari abang Mofasad kita bersama dengan gambar-gambar dari kamera mahal beliau. Kepada jutaan rakyat Malaysia, jangan lupa saksikan perlawanan ini secara langsung di Astro Arena bermula jam 8 malam ini.

Ayuh Malaysia, Harimau Malaya, Tunjukkan Taringmu, Hancurkan Lawanmu!!!!!!!!!!

2 comments:

Khuzrin Kamarudin said...

FAM? apa tu?

Wan Perlis said...

FAM takmau buat macam singapore ka?ambik 1 club luaq main msl