Saturday, March 19, 2011

Piala FA

Piala besar gedabak yang jadi rebutan


Malam ini, tiga lagi perlawanan suku akhir Piala FA akan berlangsung. Pahang sudah pun mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir (ah main dua-dua perlawanan kat Kuantan boleh lah, heh!) dan kini tinggal tiga slot yang menjadi rebutan enam pasukan. Lima pasukan dari Liga Super dan satu pasukan dari Liga Perdana. Siapakah yang menjadi pilihan SokerLeaks untuk mara ke pusingan separuh akhir? Bersama abam deus yang rajin tiba-tiba untuk menganalisis peluang kesemua pasukan.


Penyu vs Seladang di Kuala Terengganu.

Berbekalkan bekalan tipis menang 3-2 pada perlawanan pertama di Ipoh, Perak berkunjung ke Kuala Terengganu untuk mencari peluang mara ke separuh akhir. Kedua-dua pasukan pernah berentap pada perlawanan akhir tahun 2004, dengan Perak muncul juara pada ketika itu. Perak yang kembali menampilkan aksi hebat pada musim ini selepas sedikit lesu pada musim lepas bakal dibarisi bekas penyerang kebangsaan Akmal Rizal Rakhli dan Razali Umar Kandasamy, pemain yang menimbulkan sedikit masalah di awal musim. Namun Terengganu bukan calang-calang pasukan, dibantu dengan aksi di laman sendiri dan berbekalkan dua gol di tempat lawan. Jika menang, Terengganu harus berbangga kerana mereka akan berjaya memecahkan rekod tanpa kalah Perak setakat ini.

Ramalan SokerLeaks- Sengit, dan ada kemungkinan berlanjutan hingga ke masa tambahan. Namun, kami meramalkan Perak akan mara ke separuh akhir.


Felda United vs Kelantan

Bernasib baik seperti Pahang, di mana kedua-dua perlawanan timbal balik berlangsung di stadium keramat The Red Warriors, Stadium Sultan Mohamed Ke-4. Namun, pertemuan pusingan pertama berkesudahan seri 2-2, dan kelebihan jaringan tempat lawan milik Felda United. Namun, semangat pahlawan Merah dibantu dengan sorakan puluhan ribu penyokong pastinya akan membakar semangat pemain Kelantan. Apatah lagi, mereka belum pernah lagi menjulang Piala FA dalam sejarah dan peluang ini pastinya akan digunakan habis-habisan. Namun, Felda United haruslah tidak dipandang mudah. Gabungan bekas-bekas pemain kebangsaan yang berpengalaman tinggi seperti Liew Kit Kong, Nizaruddin Yusoff dan penjaga gol Hamsani Ahmad mungkin membantu Felda untuk melakukan kejutan dan mara ke separuh akhir.

Ramalan SokerLeaks- Kelantan menang dan layak punya lah. (Jaga hati Hiro dan Berd).


The Red Giants vs Jengking

Berbekalkan kemenangan selesa 3-1 di Shah Alam, Gergasi Merah menuju ke Larkin dengan keyakinan tinggi untuk mara ke peringkat separuh akhir. Menentang Johor, secara jujurnya Selangor tidak menghadapi masalah untuk mara ke separuh akhir. Tanpa Safee Sali yang sudah ke Pelita Jaya ternyata bukan masalah. Amirul Hadi Zainal, Azidan Sarudin, Fadzli Shaari, Amri Yahyah dan Safiq Rahim semuanya mampu menggalas tugas menjaringkan gol.

Ramalan SokerLeaks- Gergasi Merah terus mara!


Live????

Astro Arena menerusi Arena Bola Jumaat sudah menyiarkan semalam secara langsung perlawanan di antara Pahang dan Kuala Lumpur. Memandangkan malam ini Liga Hoki Malaysia sudah berlangsung, maka tiadalah siaran langsung di Arena. RTM khabarnya masih berunding lagi untuk siaran langsung, kemain lama. Khabar angin mengatakan Media Prima turut berminat, namun dikatakan hanya akan disiarkan pada bulan Mei nanti. Dekat radio pun dah lama tiada siaran langsung, jadi teruskanlah setia bersama facebook dan twitter SokerLeaks untuk keputusan terkini perlawanan malam ini. Aummmm!!!!

4 comments:

Berto said...

Felda ni apekehe tetiba boleh jadi terer ha?

dinie muhaimin said...

ramalan TER vs PER ke masa tambahan agak mustahil sbb team tganu dh ad away goal 2 biji. mksudnya kalu nk ke masa tmbhn, mlm ni slps 90 minit kputusn kena TER 3 - 2 PER. agak besar gol tu... tp bolasepak tak ada y mustahil... Liverpool pn blh menang ngn Man Utd. hahaha

Norhafiza Yusoff said...

live on raddio
semuo match klate ado weh

Mr Foo said...

xsio2 eh jago ati hero dengan bard..keh8...