Saturday, April 30, 2011

HHI- Highlights Hari Ini

Ada live pun ramai datang. Steady Ganung!

1. Hari ini dua perlawanan Liga Super berlangsung. Pertembungan di antara dua pasukan teratas, Selangor dan Terengganu di Kuala Terengganu manakala Perak melayan kunjungan Kedah di Ipoh.
Justify Full
2. Walaupun disiarkan secara langsung di Astro Arena, sambutan penonton sangat menggalakkan di Kuala Terengganu. Mungkin Astro boleh mempertimbangkan untuk lebih banyak menyiarkan siaran langsung melibatkan pasukan di belah Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Buat apa live kat stadium Shah Alam. Biar rajin sikit orang Selangor pergi stadium.

3. Selangor turun untuk perlawanan kedua di Pantai Timur buat kali kedua berturut-turut. Hari Selasa lalu di Kota Bharu dan tewas 1-0 kepada Kelantan (di depan mata aku sendiri) manakala Terengganu turun dengan misi untuk merampas takhta pendahulu liga dari Selangor.

4. Selangor mendahului menerusi jaringan Safiq Rahim pada minit ke- 42, sebelum Ismail Faruqi menyamakan kedudukan buat Terengganu pada minit ke-62.

5. Perlawanan berkesudahan 1-1. Selangor kekal di tangga teratas, namun dengan jurang yang semakin mengecil. Abe-abe Kelate tersenyum girang kerana esok peluang terbuka untuk merampas takhta liga dari Selangor.

6. Manakala di Ipoh, rekod tanpa kalah Yob di tempat sendiri lebur. Hancur berkecai. Pecah berderai. Dimusnahkan oleh jiran di utara, Kedah dengan 3-1.

7. Tiga gol dari Khyril Muhaimin, Firdaus Faudzi dan satu gol sendiri dari Syazwan Roslan cukup untuk menumbangkan ego Yob di laman sendiri. Nampaknya tak sia-sia usaha membawa Wan Jamak Wan Hassan ke Alor Star.

8. Perak daripada pasukan yang mempunyai benteng pertahanan paling kebal kini dibolosi 9 gol dalam tiga perlawanan terakhir. Sesuatu yang patut dirisaukan Noorizan Bakar atau Cikgu Jan.

9. Kedah naik ke tangga keempat, manakala Perak jatuh ke tangga kelima.

10. Persaingan liga semakin menarik, semakin sukar diramalkan dan semakin mendebarkan nampaknya. Nasihat dari SokerLeaks untuk anda, jenguk-jenguklah stadium berhampiran anda. Takde feel tengok bola kat rumah, keh keh keh.

11. Sekian, disudahi dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.

12. Selangor Power!!!!

3 comments:

berita sengsasi said...

selangor mkin tertekan!!harap kelantan kalah dengan jayanya..

hiro said...

selangor power lu kata? seri power?

tunggu la Kelantan memang kejak lagi. Persada liga dengan riaknya..kikiki

DIYSAR said...

faizal abubakar (sepet) bro yg score, meen x score pon td