Sunday, April 17, 2011

Kenek-kenek La Odeng, Seladang Patah Tanduk!!!

" Akmal Rizal???heh!!!"

1. Yob dan Yong menuju ke Shah Alam semalam dengan misi untuk "membakor" Gergasi Merah. Biasalah tu, baru tengah sedap lepas kalahkan Kelantan 4-0. Semangat pun tengah membara.

2. Namun, mereka tak tahu, Amri Yahyah dan rakan-rakan sudah bersedia untuk memadamkan keegoan Seladang. Baru naik balik sudah eksyen semacam. Ajernye ye!

3. Beberapa hari sebelum perlawanan, kerisauan mula tergambar di penyokong setia Selangor. Rekod kehadiran penonton yang kurang memuaskan di Stadium Shah Alam gara-gara tiket terlampau mahal memungkinkan Stadium Shah Alam dikuasai Yob dan Yong.

4. Namun, itu semua hanya kerisauan sebelum perlawanan. Semalam, semua kerisauan itu hilang sama-sekali. Walau tak penuh sepenuhnya, namun tetap dibanjiri lautan merah kuning yang ditakuti pasukan lain. Tak pernah-pernah aku kena beratur panjang beli tiket kalau perlawanan biasa. Namun, semalam hingga jam 8.45 malam, masih ramai yang beratur membeli tiket di luar. Steady la orang Selangor!

5. Memandangkan semalam aku sibuk chant bersama ultraSel, jadi tak dapat nak tengok perlawanan sangat semalam. Namun, apa yang aku nampak, Perak harus bersyukur kerana kalau tak kerana beberapa peluang yang tersasar, mungkin semalam Selangor sudah menang lebih dari 1 gol.

6. Saiful Amar Sudar membuktikan beliau layak untuk menjadi penjaga gol utama Selangor. Dua perlawanan dan beliau masih berjaya mempertahankan gawang gol dari dibolosi.

7. Amri Yahyah mengotakan janji untuk tidak membiarkan Selangor kalah kali ketiga di Stadium Shah Alam. Gerakan beliau banyak mengkucar-kacirkan pertahanan Perak dan membuatkan Yob dan Yong tak senang nak makan deghoyan.

8. Gol banyak-banyak sampai empat buat apa? Cukup satu gol cantik dari Safiq Rahim terus membawa Selangor kembali ke tangga teratas dan menghantar Seladang pulang ke Ipoh dengan tangan kosong.

9. Selangor kembali ke tangga teratas seperti biasa. Selangor power!!!

10. Ipoh mali talak sombong, ipoh balik tangan kosong. Ater?? hue hue hue.

5 comments:

MOFASAD said...

seladang patah tanduk!

Tengku Sidek said...

Selangor deserved 3 point anyway..but Seladang still a good team..

Solahuddeen said...

selain game yang best malam tuh. yang membuatkan aku teruja ialah kebanjiran penonton. cam penulis katekan, aku pun terkejut kene beratur panjang beli tiket. tau petang2 aku dah g beli. dah la kaunter tiket bukak sikit jek.

ZombA said...

sejauh mane selangor menang pon skuad penyoyong Yeop xpenah luntur...
itu yang perlu dicontohi...

Skor Yeop Skor!!

PELAUNG PULAU said...

pestaim den tengok bola sokong team bukan feveret...tapi den suko atmosphere eh..pehh macam final....