Wednesday, May 11, 2011

Highlights Liga Super Minggu Ini (HLSMI)


1. Macam yang korang baca dalam entri Berto sebelum ini, FAM ni memang teramat celaka. Ada ke patut buat jadual macam bangsat. Kalau Malaysia tak perform masa bulan Jun nanti, memang aku salahkan FAM seratus peratus. Ini serius!

2. Apapun, Liga Super sudah memasuki perlawanan ke-19. Persaingan kejuaraan boleh dikatakan berkisar pada tiga pasukan, penyandang juara Selangor dan dua jaguh Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu. Pasukan lain dah boleh prepare untuk Piala Malaysia rasanya, dah boleh survey-survey mana-mana pemain untuk dipinjam.

3. 6 perlawanan berlangsung pada Isnin, manakala Negeri Sembilan dan Kelantan bertembung pada hari Selasa. Kelakar juga rasanya main hari Isnin ni, tapi nak buat macam mana, FAM kan....

4. Selangor mematahkan sayap Kenari 2-0 di Alor Star. Dua gol dari Fadzli Shaari dan Rudie Ramli cukup untuk membawa Selangor kembali ke tangga teratas liga. Kemenangan moral menjelang separuh akhir Piala FA bertemu Kelantan di Shah Alam Jumaat ini.

5. Kuala Lumpur mengamuk di Cheras nampaknya. Mangsa mereka, Singa Utara dengan kemenangan 3-0. Keputusan yang tidak mengubah kedudukan kedua pasukan yang berada di zon penyingkiran. Namun, paling bahaya ialah Perlis yang masih berada di tangga tercorot dengan hanya 10 mata setakat ini.

6. Johor FC meneruskan kebangkitan nampaknya, mengejutkan pasukan tempat ketiga, Terengganu dengan kemenangan 2-1. Gol-gol Johor FC hasil jaringan Khirul Ismail dan Izwan Jarudin manakala Terengganu terpaksa berpuas hati dengan gol tunggal Ismail Maruki. Namun, kedudukan Terengganu tetap tidak berubah di tangga ketiga manakala Johor FC di tangga kelapan.

7. Yob nampaknya terus merosot prestasinya, kali ini sekadar seri dengan Harimau Muda A 1-1 di Shah Alam. Mujur Kedah tewas kepada Selangor dan mereka berjaya melonjak ke tangga keempat dengan perbezaan gol mengatasi Kedah.

8. Tok Gajah pula tewas kepada Sabah 2-0 di Kota Kinabalu. Keputusan yang tidak banyak mengubah kedudukan di carta liga, dengan Sabah masih di bawah Pahang di tangga ke 12 sementara Pahang di tangga ke 11.

9. T-team menewaskan Felda United 2-0 di Kuala Terengganu. T-team kini di tangga kesembilan dengan 22 mata manakala Felda United di tangga keenam dengan 25 mata.

10. Perlawanan tumpuan minggu ini, Negeri Sembilan dan Kelantan. Sangat panas, keputusan pengadil banyak dipertikaikan. Dua jaringan Kelantan dibatalkan kerana ofsaid. Paling panas, ada dakwaan mengatakan bendera Kelantan dibakar oleh penyokong Negeri Sembilan. Perkara yang patut dikecam oleh seluruh peminat bolasepak Malaysia.

Tak patut, tak patut, tak patut

11. Kelantan seri, Terengganu kalah, Selangor menang. Apa maknanya?Selangor kembali ke puncak liga seperti biasa. Yeehaaaaaaaaaaaa!!

12. Jumaat ini separuh akhir Piala FA, Selangor menentang Kelantan dan Terengganu bertemu Pahang. Kedua-dua perlawanan yang sangat menarik, siapakah yang akan layak ke final pada 11 Jun ini???Di stadium lah jawapannya, apa barang depan Astro Arena layan pengulas borak kedai kopi. hahaha.

13. FAM bangsat! Sekian.

3 comments:

Azrul Hisham said...

FAM memang bangsat...dulu, kini dan selamanya...kecuali ada perubahan di peringkat kepimpinan dan telus...tu pun tak tau la bila...tunggu kucing bertanduk dulu kot...

Sandokhan said...

nice highlights bro..

Özgür Çek said...

ada masuk tv x geng2 n9 bakar bendera kelantan???
kalau kelantan buat silap sikit cepat je geng2 media burukkan nama kelantan...
MEDIA BANGSAT!!
FAM LAGI BANGSAT!!