Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya dari SokerLeaks


Kad raya pilihan kami. S8l8m h8ri r8y8



Mewakili seluruh pengulas SokerLeaks yang puaka, abam Daniel ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca SokerLeaks yang disayangi, kepada pengelike page fb kami dan juga kepada pengikut kami di twitter.



Kalau ada terasa hati pasukan kesayangan anda kena bahan, kena kutuk-kutuk, kalau rasa kami terlalu bias terhadap pasukan tertentu, kami memohon jutaan ampun dan maaf di hari baik bulan baik ni. Almaklumlah, kami ini manusia yang makan nasi juga, jadi tidak terlepas dari membuat sebarang kesilapan. Namun, harus diingat apalah makna bolasepak tanpa provokasi dan bahan-membahan ni. Sedangkan main dam aji pun boleh buat bergaduh kat warung kopi, inikan pula bolasepak.



Untuk sebarang jemputan rumah terbuka hari raya dan juga futsal raya, boleh hubungi kami di sokerleaks[at]gmail.com .Sila buat temujanji segera kerana kami semua sibuk mengalahkan ahli politik.

2 comments:

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

hi selamat hari raya utk semua warga sokerleaks. keep up the good work!

KhaiRin said...

s8l8m8t h8ri r8y8..

sensitip wooo no 8 hhahahaha