Tuesday, August 23, 2011

Spurs?Ahaks!!!!!!


Ah musim ini 20 la pulak, erk erk erk.


Dari kekecohan mengenai "telenovela" lakonan pemain-pemain Barcelona yang dikatakan membawa kepada penguasaan mereka di Sepanyol dan Eropah, kita kembali semula ke liga bolasepak paling kapitalis, paling diminati, paling sensasi dan paling kontroversi. Tak lain tak bukan, English Premier League yang mana barisan pemainnya lebih dihafal orang Malaysia berbanding kesebelasan utama skuad K. Rajagopal. Kemain sarkastik saya di pagi hari ini ya.

Tottenham Hotspur menentang Manchester United. Tersingkir dari Champions League dan kembali bermain di Europa League menentang finalis Champions League dan juara bertahan EPL. Kelihatan skripnya sudah dijangka, siapa yang akan menang tetapi perang psikologi di laman-laman sosial menunjukkan sebaliknya. Semuanya yakin Spurs akan menamatkan keangkuhan M.U di kandang setan mereka, Spurs ada Van der Vaart la, Spurs ada Aaron Lennon la, Gareth Bale lari macam pelesit kota lah dan macam-macam lagi lah kata-kata pembakar semangat buat Spurs. Masalahnya kalau yang kata begitu adalah peminat Spurs tak apa lah juga, tapi ramainya dari belah-belah kelab yang lama tak julang piala, kelab yang bangga dengan kejuaraan Eropah dia dan juga kelab yang suka membazir beli pemain 50 juta euro untuk sekadar jadi tarikan di butik-butik Adidas sahaja. Puiii.

Cubaan Berto menyebarkan pengaruh Spurs di fakulti sukan dan rekreasi di sebuah universiti bumiputera di Shah Alam

Pengulas Spurs kita, saudara Berto Syamil yang masih pening membezakan di antara Hotspur dan Hotspurs tak payah cakaplah. Kemain yakin dengan budak-budak Tottenham dia, konon-kononya semangat riot hari tu akan dibawa ke Old Trafford untuk memalukan Manchester. Separuh masa pertama boleh dikatakan agak seimbang. Setan merah rancak menyerang, begitu juga ayam London. De Gea agak rapuh juga di awalnya, nyaris-nyaris terikut perangai Almunia rakan senegara. Mujur pertahanan diketuai Patrice Evra bijak menyelamatkan keadaan. Lennon, Van der Vaart dan Bale datang menyerang, pertahanan setan merah gentar tiada.

Setan merah juga rancak menyerang. Nani, Rooney dan Welbeck bergandingan cuba menembusi gawang ayam London. Tapi dikala pertahanan Spurs dah tak boleh diharap, Brad Friedel yang botak licin menjadi penghalang. Hingga sampai satu ketika, perlawanan menjadi membosankan. Ramai mula menyesal bangun awal pagi. Pada masa yang sama, perlawanan di antara Barcelona dan Napoli menyaksikan Cesc Fabregas menjaringkan gol pertamanya untuk Barca. Dan ini menyebabkan ramai mula bertukar saluran untuk seketika.

Tapi, itu cerita separuh masa pertama. Separuh masa kedua lain pula ceritanya. Keayaman Spurs mula terserlah pada minit ke 61. Welbeck menyambut baik hantaran Cleverley untuk gol pertama M.U. Restoran-restoran mamak mula bergegar, makcik-makcik di perumahan berdekatan terus terjaga dan berlari ke dapur untuk menyiapkan sajian untuk bersahur. Satu gol tidak pernah mencukupi buat si setan merah, dan Anderson menambah satu lagi gol pada minit ke 76 untuk memastikan kedudukan selamat buat tuan rumah. Gol yang disambut dengan tarian dari Anderson yang mungkin tidak mampu ditiru oleh peserta-peserta Sehati Berdansa mahupun Showdown.

Kemain menari budak Anderson ni, belajar dengan Cikgu Linda Jasmine ke apa ni

Tiga pertukaran serentak dilakukan oleh pakcik Alex Ferguson, menunjukkan betapa 2-0 masih belum mampu memuaskan nafsu serakah beliau. Dibawanya masuk Javier Hernandez, Ryan Giggs dan si mata sepet Park Ji Sung. Menyedari kedudukan sudah selamat, semua berebut-rebut hendak menjaringkan gol peribadi. Paling ketara adalah Nani dan Rooney. Namun, Friedel masih kental mempertahankan gawang ayam London dari terus dibolosi. Sehinggalah pada minit 87, berkat rambut baru Wayne Rooney memastikan gol ketiga untuk M.U dengan satu tandukan yang terus memadamkan semangat Spurs. Gol yang terus memaksa Berto membasuh kaki dan masuk beradu dengan penuh kesedihan dan keinsafan. Baru tahu kuasa sebenar Manchester United.

3-0, lari sebenarnya dari ramalan awal iaitu 4-0. Peduli apa, janji tiga mata penuh dalam genggaman M.U. Terus menghambat Manchester City di tangga kedua, berkongsi mata tapi hanya dibezakan dengan jumlah jaringan. Ahad ini, menanti pasukan kanak-kanak muda Arsenal yang sedang berhadapan krisis keyakinan diri. Almaklumlah, abam Fabregas dah berhijrah, adik Nasri tak lama lagi khabarnya. Harapnya pemain-pemain utama direhatkan oleh pakcik Fergie, turunkan skuad simpanan mungkin sudah cukup rasanya. Tak elok berkasar sangat dengan kanak-kanak. erk erk erk.

Sebelum berpisah, terimalah koleksi-koleksi gambar perlawanan tadi sumbangan saudara Gambit a.k.a Khairil Anuar.

Pertama kali tidak dibolosi. Baru nampak berbaloi beli mamat ni

Kemain abam Rooney dengan rambut baru.

Bergaya comel dengan rambut baru nampaknya.


Cubaan meniru Safee Sali nampaknya mamat Welbeck ni


Welbeck mendada episod 1


Welbeck mendada episod 2

"Team kau tak power langsung, "- Fergie....... "K," - Redknapp



Berita sedih untuk Berto, abam Modric semakin hampir ke Stamford Bridge. Nak jadi macam Torres gamaknya kot.

10 comments:

Wadi AR said...

aku dah habak MU tetap menang

unclechungho said...

abam berto pagi tadi meroyan senserang dekat burung tweet2!!! kh3 :D sampai sahur pun lupo :P

nazzriq said...

Power power.memang power.ayam putih dara memangla hanya jamuan buat setan yang terlepas dlm bulan pose ni

KhaiRin said...

setakat br 1 game x bolos idung da kembang mcm serombong kapal

Nik Saiful Anuar said...

-1

Aie Isa said...

"Restoran-restoran mamak mula bergegar, makcik-makcik di perumahan berdekatan terus terjaga dan berlari ke dapur untuk menyiapkan sajian untuk bersahur."

kahkahkah!

sephia said...

erk..menggebah kan sungguh! haha

Berto said...

mcm cilaka. kah kah

padeli said...

faking apa kau pergi old trafford ke apa amik gamba gamba ni

AyaM_AyaM said...

Pengulas Spurs kita, saudara Berto Syamil yang masih pening membezakan di antara Hotspur dan Hotspurs tak payah cakaplah.

kahkahkah..ak yg kantoikn ni..