Friday, August 5, 2011

Undian Piala Malaysia 2011

Bawah piala tu penaja lama tu, jangan kecik hati pula Astro.


1. Di kala muslimin muslimat sibuk bersiap sedia untuk berbuka puasa, FAM memilih untuk mengadakan majlis undian kumpulan bagi kempen Piala Malaysia yang akan berlangsung selepas raya nanti.

2. Keputusan undian mungkin ramai yang sudah tahu. Kumpulan A boleh dikatakan sebagai kumpulan maut dengan dua jaguh utara, Kedah dan Perak serta pasukan dari Borneo, Sabah dan juga bekas jaguh selatan, Johor.

3. Kumpulan B pula menyaksikan juara Piala FA 2011, Terengganu diundi bersama naib juara Piala Malaysia tahun lepas, Negeri Sembilan, juara Liga Perdana musim ini PKNS F.C serta pasukan kelab yang menyingkirkan pasukan "invincible" kebanggaan Brader Leplep, Pahang iaitu Sime Darby F.C.

4. Kumpulan C pula menyaksikan juara bertahan dan juara Liga Super musim ini, Kelantan diundi bersama Johor F.C., Felda United dan naib juara Liga Perdana musim ini iaitu Sarawak.

5. Terakhir iaitu Kumpulan D, menyaksikan juara 32 kali (dan mungkin 33 kali tahun ini), Selangor diundi bersama musuh Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, PDRM dan juga T-Team. T-Team boleh dikatakan badi juga buat Selangor pada Liga Super musim ini, kerana Selangor tewas dua-dua perlawanan Liga Super menentang T-Team.

6. Satu usaha yang patut dipuji ialah usaha pihak Astro menyiarkan secara langsung majlis undian ini menerusi Astro Arena. Pertama kali dalam sejarah rasanya. Menambahkan lagi ciri-ciri komersial pada Piala Malaysia serta menjadikan para peminat bolasepak tempatan tidak sabar-sabar menantikan saingan Piala Malaysia.

7. Namun, pengurusan masa boleh dikatakan agak gagal dalam majlis undian kali ini. Apa kejadahnya berucap berjela-jela sampai majlis pengundian sebenar hanya bermula jam 6.45 petang???Kenapa FAM tidak mencontohi pengurusan masa dalam majlis pengundian play-off UEFA Champions League yang turut berlangsung pada masa yang lebih kurang sama, selesai dalam masa kurang 30 minit. Menjimatkan masa dan tak membuatkan orang menyampah.

8. Sudah la berucap panjang, yang ucapannya pula isi entah apa-apa. Tak kena langsung dengan majlis pengundian Piala Malaysia. Yang penaja utama iaitu Astro sibuk bangga pasal jumlah siaran langsung yang dah disiarkan tahun ini, Hamidin FAM pun entah apa-apa, sibuk cerita sambutan masa lawan Singapore tempoh hari. Paling tak boleh blah Menteri Belia dan Sukan, apa kaitan Manchester United dan Liverpool dengan Piala Malaysia sampai selit sekali dalam ucapan? Nasib baik air liur tak tersembur macam masa debat dengan Anwar dulu-dulu.

9. Buat kat Stadium Nasional pun nampak macam kurang sesuai juga, come on FAM, ini majlis pengundian je kot? Tak kena langsung, dengan kerusi kosongnya, buat dekat Wisma FAM pun dah cukup rasanya.

10. Apa pun, membebel panjang kat FAM ni bukan diorang ambik kisah sangat. Duit saja yang difikirkan golongan borjuis dalam FAM tu. Jadi, kita sebagai peminat bolasepak tempatan, marilah penuhkan stadium sepanjang kempen Piala Malaysia lepas raya nanti. Dah puas sorak untuk Harimau Malaya tempoh hari, maka kembalilah ke negeri masing-masing pula.

11. Ramalan final? Adakah Northern Pride Derby? East Coast Derby lagi macam Piala F.A? atau.....Klang Valley Derby?keh keh keh. Selamat meramal.

12. FAM gila. Sekian.

12 comments:

kareem said...

gua syak final:pahang lawan sime darby

Azwan Aziz said...

gua paling suke point ke-12...hahaha

mdfaizal said...

kt malaysia mmg, ucapan berjela tu wajib oo. hehe

Cikgu Daim said...

azwan aziz tu malas baca. so dia baca point ke 12 tu.

Ibnu isa said...

final: Johor vs Johor FC.. hahah

JacFarrah said...

paling best, no 12

http://aniesandyou.blogspot.com said...

final: phg vs kedah.

phg 'dpt bye' utk pusingan pertama.

p/s speech berjela2 tu ganti jual beli pantun..

despyan said...

no 8 12 mmg panas line..wakaka

rashideeshukri said...

ucapan berjela tu tradisi negara-negara Komanwel gua rasa. orang British pun suka bercakap panjang-panjang walaupun tak perlu. orang tanah besar India tak payah citer la. dari Gujerat sampai Calcutta bercakap tak habis.

alxamoudy said...

FAM itu anjing..

Ibnu isa said...

man utd menang doeee...

http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/08/permulaan-sempurna-man-utd.html?showComment=1312735027949#c3347416639656156777

talkIZcheap! said...

yang masuk final gua rasa 2 team yang menang semi final...