Tuesday, January 3, 2012

GrafikLeaks: Lambang Team MSL

Hai. Selamat Tahun Baru. Musim MSL 2012 pon dah nak start, preview team-team tak kluor lagi. Tak pa, kali ni, gua up entri preview liga super yg unik sikit. Boring jugak asyik hadap senarai pemain, pencapain musim lepas, ramalan musim ini, semua tu klise sangat.

Sebelum tu gua dapat idea nak up entri ni dari infografik OnGoalScored ni (menceritakan info-info mengenai lambang kelab-kelab EPL). Jadi engko kena baca dulu infografik ni lepas tu baru baca infografik yg gua buat ni. Kalo diorang boleh buat untuk EPL, why not SokerLeaks buat untuk team Liga Super ye dak?

Tanpa membuang masa gua persembahkan infografik pertama SokerLeaks (yg dibuat menggunakan Paint, sori gua tak pandai grafik2 ni). Enjoisss!


*Cilaka, intro pon dah buruk*. Takpe, engkorang teruskan membaca.

Berikut adalah kesemua 14 pasukan dalam Liga Super 2012.



Kita mulakan dengan 'base' bagi setiap pasukan-pasukan ini.

BASE
Kebanyakan pasukan mempunyai 'base' yg berbentuk perisai. 

Perak, Sabah, Negeri Sembilan, Selangor dan PKNS antara yg menggunakan perisai sebagai base mereka.

Ada juga yg mempunyai base dengan bentuk-bentuk yg pelik.
JohorFC mempunyai base bulat, Kedah pula menggunakan Hendecagon iaitu polygon 11 sisi, Kelantan mempunyai base mirip dengan perisai manakal Felda berbentuk bulat.

Hanya dua pasukan yg tidak mempunyai base iaitu T-Team dan juga Singapura.

JATA

5 pasukan menggunakan jata negeri dalam lambang mereka; menunjukkan kuasa politik sememangnya ada dalam sesebuah pasukan di Malaysia ini.

Selangor, Sarawak, Kelantan (ambik sikit je la), Terengganu dan Kuala Lumpur (yg ini ada dalam logo DBKL)

BINATANG

4 buah pasukan menggunakan elemen haiwan untuk menambahkan garang pasukan mereka. 4 pasukan tersebut adalah Perak (Harimau), Sarawak (Burung Kenyalang), Kelantan (Kijang) dan Singapore (Singa).



TUMBUHAN

Ada jugak pasukan yg menggunakan elemen tumbuhan dalam lambang pasukan mereka.


HURUF

 Ada 2 pasukan yg bukan main malas lagi sebab guna huruf je dalam lambang pasukan mereka. Tak kreatif langsung. Ke ko nak jimat bajet?

Felda dan T-Team. Dua-dua pasukan kelab. Pemalas betul.

BULAN SABIT

Kelantan, Perak dan KL. Tanpa ragu-ragu lagi, ketiga-tiga negeri ini memang mempunyai imej dan nilai islamik yg tinggi. Negeri lain banyak buat dosa.


TEMPAT

Tempat disini bermaksud bangunan atau pon mana-mana mercu tanda yg terdapat negeri tersebut.


BOLA

Objek bola menjadi kegemaran banyak pasukan. Mungkin ini bagi menunjukkan bahawa pasukan mereka adalah pasukan bolasepak, bukannya pasukan polo air, renang berirama, ekuastrian mahupon kabbadi.


BANNER

ATAS: Kedah, KL, Sarawak
TENGAH: Selangor, Perak
BAWAH: Terengganu, Negeri Sembilan

TULISAN

7 pasukan cuma memaparkan nama pasukan mereka sahaja.


3 pasukan mempunyai lebih dari 2 tulisan dalam logo pasukan mereka


6 pasukan menyelitkan nama persatuan mereka. 4 daripadanya menggunakan nama penuh (Selangor, KL, Kedah dan Sarawak). 2 pasukan yg malas sikit iaitu Negri Sembilan dan Terengganu cuma menggunakan akronim sahaja.


Hanya Selangor memasukkan tahun penubuhan persatuan/pasukan.


Dan hanya Kedah yg memasukkan ayat-ayat keramat dalam lambang pasukan mereka. Haih, tahyul betul.

OBJEK LAIN

Terdapat juga objek-objek lain yg dimasukkan dalam lambang pasukan.


Ah, serabut gila infografik ni. Tak menarik langsung. Kakaka. Terimakasih lah kerana membuang masa anda dgn membaca infografik yg merapu ini. Tapi tak pa, lepas ni kalo gua dah belajar sikit photoshop ke adobe ke, gua akan buat infografik yg lebih menarik dan power. Akhir kata dari gua, lantak gi lah lambang ko punya team lawa ke tidak, janji ko sapot team tu, turun stadium. Sekiyan.

15 comments:

dear anies said...

bleh msk wikipedia ni! hehehe

Mat Sabu said...

Aku rase yang tumbuhan tidak dikenalpasti 2 fred perry name dia kakaka

ajib said...

terbaek bro..lawak gile..

zaikRyaeL said...

objek lain yg untuk negeri sembilan tu macam tiang bendera kat tempat ambik corner tuh. haha.

Unknown said...

hahaha style....

Anonymous said...

Smart....Bolehlah...Teruskan Usaha ^_^

Zaid said...

nice try. terbaik.

Sukan Star And Troll said...

memang terbaik bro..usaha ko membuatkan aku perasan bende2 kecik yg ko besarkan tu..haha

Cob Nobbler said...

Biar Jasa Jadi Kenangan tu macam You'll Never Walk Alone la tu kiranya?

kueh bakar said...

trg maskot dia penyu..keh keh keh.
nasib baik transformasi jadik ninja tutle..hahaha

Comel Macam ^@^ said...

usaho dah ok dah cumo setau den yg dok n9 ni....bab elemen tumbuhan tu bukan kemuncup tapi PADI sembilan tangkai...diharap pihak sokerleaks semak semulo dan kaji balik..kok Yamtuan Bosar saman ekau kang nayo ajo jang oiiii....

PELAUNG PULAU said...

n9 guna pokok kemuncup..main sesuka hati je..hahahaha

Ariffin Janal said...

part singa tu paling celaka sekali. kahkahkah

Faiz said...

tangan di bahu, mata ke atas. kah3! berdekah aku!

Zarpeno said...

tu bukan gung kinabalu abang oi. hat tu gmbaq pulau bugaya kot kat semporna. rasanya la