Wednesday, September 26, 2012

3







3-1. Di tempat lawan pula tu. Jadi, tiada apa lagi yang perlu dipertikaikan mengenai kehebatan Gergasi Merah Kuning. Gandingan Amri Yahyah yang makin tua makin power serta Bosko Balaban di bahagian serangan sudah cukup untuk menggerunkan pasukan lain serta memastikan misi 33 berada di landasan yang betul.

Tiga jaringan dari Safiq Rahim, Bunyamin Omar dan juga Amri sudah cukup untuk memastikan Selangor mendapat bekalan selesa untuk perlawanan kedua di Shah Alam, 2 Oktober nanti. Cuma, kad merah untuk Bunyamin mencacatkan sedikit sambutan kemenangan Selangor. Tapi, apa la yang hendak dirisaukan, 3 gol di tempat lawan kot?

Di kala pasukan lain masih gelisah memikirkan halangan di peringkat suku akhir, Selangor dengan tenang dan angkuhnya sudah boleh memikirkan mengenai lawan peringkat separuh akhir nanti, sama ada bertemu Felda United atau pun Kelantan. Dan kalau ditanya pada mana-mana penyokong Selangor, semestinya semua inginkan Selangor bertemu Kelantan. Ada dendam yang perlu dilunaskan serta masa untuk menentukan siapa "Red" yang sebenar atau yang palsu.

Kalau takdir (dan juga bookie) menyatakan Selangor akan bertemu Kelantan, manusia yang semestinya akan mula resah dan sukar tidur malam semestinya, tak lain tak bukan Mohammed Ghaddar.  K3h k3h k3h.









                                                   3 perlawanan, 5 gol. Nak kata apa lagi?

6 comments:

syj said...

seperti biasa Selangor memang sebenarnya REDS of Malaya

Adam said...

Hanya satu RED di Malaysia. Red Giant

Tuan Menara said...
This comment has been removed by the author.
SherilAidaSahrom said...

REDGIANT sentiasa di hati ^___^

Tuan Menara said...

Agregat Selangor 0 Kelantan 3. Now you must admit Red Warriors is the real REDS...

Aziri Pauzi said...

Ehem.. Kelantan rilek jew mng trabel... Selangor dok huha-huha sana sini wat Misi 33 la , ape la..

dah dua season x menang pepe..

Power sampai kiamat la sangat en.. hohoho~