Friday, December 9, 2011

Man Utd: Masih ada harapan bergelar juara

Satu pagi, selepas mengalami kekecewan disingkirkan dari saingan UCL, Pak Alex meneruskan kehidupan biasanya dengan membaca suratkhabar edisi Early Edition.

Pak Alex tidak terus ke halaman sukan. Pedih dikalahkan Basel masih begitu terasa dalam dirinya. Untuk meredakan kepedihan, Pak Alex membaca dahulu halaman Hiburan bagi mengetahui skandal-skandal terbaru Neelofa, kemudian ke segmen Agama ,biasa la, Krismas kan nak dekat. Next, rancangan televisyen supaya tidak terlepas menonton Masterchef. Politik juga dibacanya hingga lah ke bahagian bursa saham dan juga keputusan nombor ekor.

Puas membelek, akhirnya Pak Alex membuka juga halaman sukan yg terletak di bahagian belakang sekali.

Mata Pak Alex melirik tepat pada satu berita ini. Berita tersebut menyenaraikan senarai bakal pemenang kejuaran pada musim 2011/2012:-

EPL : Tottenham
Carling Cup:Crytasl Palace
FA Cup: Leeds United
Europa League: Man City
Champions League: Basel


Pak Alex nyata kecewa, musim ini trophyless nampak gayanya..

Pak Alex beralih ke berita lain. Ada satu berita betul-betul menarik perhatian beliau.




Pak Alex kembali tersenyum. Lega hati beliau. Akhirnya, there is something for ManUtd fans to cheer about.

MU walaupon terlepas kejuaraan epl, carling cup, FA Cup, Europa League dan juga Champions League, mereka tetap tidak mengakhiri musim dengan tangan kosong. MU pasti bakal bergelar juara. Juara Piala Bardhan. Dengan adanya Evra, Nani, Welbeck dan Anderson, trofi Piala Bardhan boleh dikatakan hampir pasti 100% milik MU musim ini.

Manchester United kini digelar 'The King of Bardhan', 'Bardhan Warriors' dan 'Bardhanster United.'

Syabas!

Yeayyyyyyyy!!!

9 comments:

  1. Early Edition ada berita tak pasal Redknapp kena tangkap tak bayar cukai?

    Puaka gaji juta-juta, bayar cukai tak mau.

    ReplyDelete
  2. carling cup cardiff la!

    maskotnya nama apa ek?

    ReplyDelete
  3. lps mng trus tkr nama: MENTAL UNITED hahahaaaha

    ReplyDelete
  4. memula tak pasan sapa yang tulis entry nih..
    bila baca part juara EPL ialah tottenham...sah mmg berto nyer entry hehehe

    audere est facere!

    ReplyDelete
  5. Trophyless?
    Walaupun aku bukan peminat Man United tapi kalau aku tak silap Man United sudah pun memenangi satu piala pada musim ini iaitu Piala Community Shield dengan menewaskan Man City 3-2. Tapi kalau piala itu tidak dikira anggap saja aku tersalah memberi fakta.
    Tapi untuk Spurs memenangi EPL pada musim ini boleh dianggap cerita mitos dan rekaan semata-mata.

    ReplyDelete

KomenLeaks