 |
Gambar dicedok dari twitter KLUltras. Double thumbs up to KLUtras. Banner yg mereka hasilkan ini sedikit sebanyak dapat menaikkan kembali spirit peminat KL yg dah lama merindui zaman kegemilangan Skuad IbuKota semasa dibawah tampuk kepimpinan Tan Sri Elyas Omar . |
Kembali ke tujuan asal iaitu menjawab soalan encik Nami. Selaku penyokong Kuala Lumpur, saya merasakan soalan Nami mengenai hal Kuala Lumpur bermain di luar KL iaitu Melaka sebagai home ground adalah sangat-sangat mudah.
Kita sudah tahu Stadium KLFA di Cheras itu sedang menjalani pembaikpulihan.Nami ada bertanya kenapa tidak bermain di Stadium Merdeka? Ah, Nami. Takkan awak tak tahu, kata ikot perkembangan semasa tanah air. Stadium Merdeka sekarang dah jadi port orang buat konsert. Padang situ pon memang nampak gaya tak menepati kriteria dan piawaian FAM. Nak buat kat Bukit Jalil, saya rasa kami tak se-desperate Selangor yg sanggup merosakkan stadium sendiri semata-mata nak main kat Bukit Jalil. Ye la, dah berapa tahun Selangor tak dapat merasa main BJ ye dak? Kekeke.
Anyway, KL tak main SNBJ ada sebabnya. FAM tetapkan cuma 2 team sahaja yang boleh gunakan satu-satu stadium sebagai gelenggang 'home'. Selangor dah booking awal, begitu juga Harimau Muda B. Jadi kena la cari stadium lain. Sebab itu juga lah KL tak main di stadium berhampiran seperti Stadium Selayang dan Stadium MBPJ.
Ada 3 sebab kenapa Kuala Lumpur bermain di Melaka. Pertama, Kuala Lumpur merupakan satu-satunya pasukan di Malaysia yang mempunyai fan base dan cawangan di setiap negeri. Beberapa minggu sebelum kempen Liga Super bermula, terdapat permintaan dari kelompok penyokong KL yang berada di Melaka untuk menjadikan Stadium Hang jebat sebagai gelanggang home. Jadi, untuk menghormati permintaan tersebut, KLFA bersetuju. Lagi pon sebelum ini KL memang pernah main kat Melaka pon.
Sebab yg kedua, Melaka merupakan tanah jajahan Kuala Lumpur. Melaka mula dijajah Kuala Lumpur selepas era pemerintahan British di Tanah Melayu. Setiap tahun, Melaka perlu membayar wang pitis kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur sehinggalah pada tahun 2012, Kuala Lumpur memansuhkan pembayaran wang pitis tersebut namun Melaka perlu membenarkan KL menggunakan stadium mereka. Ini merupakan sebahagian pengkolonian dalam bolasepak.
Sebab yg terakhir adalah Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Ali Rustam pernah membesar di Flat Sri Melaka yg terletak di Cheras. Pengalaman membesar di kawasan tersebut telah mengajar beliau erti kehidupan sebenar dalam mendewasakan diri ini mengharungi liku-liku dan pancaroba sehingga membantu beliau diangkat sebagai Ketua Menteri Melaka. Untuk membalas jasa yg tak terhingga Flat Seri Melaka, beliau telah memberikan hak istimewa kepada KLFA untuk menggunakan Stadium Hang Jebat.
Jadi saya berharap jawapan-jawapan yg diberikan berjaya memuaskan hati saudara Nami. Cuma satu je saya nak tanya kepada Encik Nami. Ye la, ko tanya aku boleh, takkan aku tanya ko tak boleh?
Soalannya, En.Nami ni orang Johor kan? Tapi sokong Selangor? Hrmm tak pe lah saya dah tahu dah jawapannya. Google translate "Kemuliaan Pemburu" untuk mengetahui jawapannya. Kikiki.