Showing posts with label red carpet. Show all posts
Showing posts with label red carpet. Show all posts

Monday, January 3, 2011

Temubual Eksklusif SokerLeaks Bersama Khairul Fahmi Che Mat


Gua dapat assignment daripada boss SokerLeaks untuk buat temubual dengan pemain panas Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat. Dengan menggunakan kabel bawah tanah yang ada, gua berjaya dapatkan nombor henpon beliau. Tanpa ragu-ragu gua sms Khairul Fahmi Che Mat untuk buat temujanji. SMS dibalas selepas 30 saat. Sungguh pantas! Beliau bersetuju untuk ditemubual oleh gua dan kami menetapkan tarikh mengikut persetujuan beliau. Ikuti temubual bersama Khairul Fahmi Che Mat eksklusif untuk semua pembaca SokerLeaks.

SokerLeaks: Apa khabar lu sekarang? Masih berada di awang-awangan atau dah stabil?
Khairul Fahmi: Alhamdulillah gua sihat. Sekarang masih dalam mood teruja dan gua tak tahu bila nak habis feel ni. Tapi menang AFF Piala Suzuki hari tu memang paling pure dia punya feel.

SokerLeaks: Ok, sebelum gua teruskan, lu nak gua cakap KL ke nok kawe kecek Kelate?
Khairul Fahmi: Cakap KL pun gua takde hal tapi kalu demo reti kecek Kelate koho molek, sedak sikik. (Cakap KL pun gua takde hal tapi kalau lu reti cakap loghat Kelantan lagi syok)

Untuk memudahkan pemahaman lu orang seme, gua translate temubual dalam loghat Kelate tersebut ke cakap KL! KL y'all!

SokerLeaks: Ok, soalan intro. Macam mana lu boleh berkenalan dengan cik Jejari Runcing?
Khairul Fahmi: Gewe gua orang KL kalau nak tahu, urban bro. Le ni stadi kat Kelantan dan kami saling mengenali beberapa tahun sudah melalui kawan. Sekarang hubungan gua dengan dia dah masuk 1 tahun 4 bulan 3 minggu. 143 beb! Maksud dia I Love You! Hehehe..

SokerLeaks: Sape mengorat sape?
Khairul Fahmi: Gua yang mengorat dia sebab gua rasa dia punya love kat gua memang true. Masa takde sorang pun orang luar yang kenal gua sebagai pemain bola sepak, dia dah kenal dan minat gua sebagai player bola. Daripada situ cinta gua dengan dia berputik dan berbuah. Ceewaaaah!

SokerLeaks: Eleh, makwe lu ada kat sebelah kemain lagi lu punya jawapan, nak jaga hati letteww! (kata gua sambil jelir lidah :D)
Khairul Fahmi: Eh, tak la. Semua jawapan gua tadi memang true dari lubuk hati gua yang dalam. Gua profesional beb. Jawapan gua pun profesional. Cewaaahh lagi!

SokerLeaks: Ok lah kalau macam tu. So, BM dapat berapa masa SPM?
Khairul Fahmi: Dapat kredit.

SokerLeaks: Kredit tu berapa?
Khairul Fahmi: Entah, serius gua dah tak ingat. Tapi sebagai anak Melayu tulen, gua tak fail BM, ok la tu kan?

SokerLeaks: Ambik aliran sains ke sastera time SPM?
Khairul Fahmi: Erm..erm..rahsia.

SokerLeaks: Sebagai anak jati Kelate lu memang terer speaking kelate, macamana pulak cakap luar?
Khairul Fahmi: Cakap KL? Sikit-sikit tu boleh la.

SokerLeaks: Ha, cuba la cakap sikit.
Khairul Fahmi: Saye pandai cakap KL sebab makwe saye orang KL dan kawan-kawan saya ramai jugak dari KL, so its not a problem for me...well, you know me (jawab KFCM sambil mengangkat sedikit bahu dan menelengkan kepalanya sedikit ke kanan)

SokerLeaks: Perghh..mantap! Suka pergi clubbing?
Khairul Fahmi: Gua jawab pendek je, tak.

SokerLeaks: Ok, syukur. Itu gua suka. Penyanyi yang paling lu minat sape?
Khairul Fahmi: Amy Search, sebab suara dia meletop, true rocker! Dia pun member baik dengan tok guru kita, so lagi gua suka.

SokerLeaks: Apa pulak band pujaan lu?
Khairul Fahmi: Gua memang minat dengan Search, tak ada lain.

Sokerleaks: Lu minat Search sebab lu minat Amy?
Khairul Fahmi: Tak lah, gua minat Search sebab memang Search bagus, legend tu beb! Amy naik pun sebab Search, so memang gua true dengan Search.

SokerLeaks: Apa pendapat lu tentang kemerosotan Chelsea secara mendadak?
Khairul Fahmi: Gua tak follow sangat BPL, so gua tak tau nak komen. Gua harap, belilah player power-power dan mahal-mahal lagi. Kalau nak player murah tapi power, carilah kat Malaysia..keh keh keh.

SokerLeaks: Erm, lu memang nak main posisi kiper ke?
Khairul Fahmi: Masa kecik dulu ada jugak try main posisi lain. Tapi bila dah serius main bola, sejak daripada sekolah rendah gua dah start main kiper sampai sekarang. Terima kasih buat semua coach yang pernah latih dan ajar gua selok-belok ilmu nak jadi kiper ni. Jasa diorang seme sampai bila-bila pun akan gua kenang.

SokerLeaks: Ok, soalan ni ramai juga nak tahu, suka tak sultan bola?
Khairul Fahmi: Mestilah sukaaaa. Banyak jasa dia kepada bola sepak negara. Sekarang ni Harimau Malaya naik balik pun atas usaha gigih dan kesabaran dia.

SokerLeaks: Ok cukup. AJL nanti lu harap sape menang?
Khairul Fahmi: Gua harap dan gua rasa Black akan menang, tak pun Faizal Tahir.

SokerLeaks: Lu minat dengan Black?
Khairul Fahmi: Minat gilerrr bro!

SokerLeaks: Rajagopal kalau marah selalu kuar ayat mencarut ape?
Khairul Fahmi: Rajagopal tak mencarut, dia marah macam biasa je.

SokerLeaks: Selalu kena tengking?
Khairul Fahmi: Kena tengking tu dah biasa sangat. Ni bukan game orang pondan stok tak boleh kena tengking. Kena tengking tu yang buat kami jadi kuat dan semangat.

SokerLeaks: Pagi-pagi dengar Hot FM ke Sinar FM?
Khairul Fahmi: Dua-dua gua dengar.

SokerLeaks: Aiseh! Jawapan jangan la nak diplomatik sangat bro.
Khairul Fahmi: Eh mana ada, memang gua dengar dua-dua, tukar-tukar channel.

SokerLeaks: Yela, yela, gua buat-buat percaya. Erm, sape striker kat Malaysia yg paling lu gerun?
Khairul Fahmi: Of course la Mat Yo (merujuk kepada Norshahrul Idlan Talaha).

SokerLeaks: Takkan sorang tu je?
Khairul Fahmi: Lagi sorang Indra, sebab shooting dia mantap.

Sokerleaks: Lu layan Raja Lawak?
Khairul Fahmi: Layan, apesal?

SokerLeaks: Apa harapan lu terhadap Raja Lawak musim baru?
Khairul Fahmi: Gua harap lawak musim baru nanti lagi bagus dan mantap daripada yang sebelum ni. Yang sebelum ni dah bagus dah, tapi kalu ada lagi bagus tu lagilah bagus. Apa kebenda yang aku cakap ni? Ah macam tu la, buat lawak-lawak lagi padu la.

SokerLeaks: Apa rahsia paha lu putih melepak? Ada pakai bedak sejuk kat paha sebelum tidur?
Khairul Fahmi: Kah kah kah! Paha ni melepak sejak azali, takde rahsia apa-apa. Tak caye, tanyalah bapak gua. Dia tengok paha gua dari kecik dulu lagi. Apa barang main bedak sejuk! Hahaha

SokerLeaks: Dulu lu rambut panjang macam Yakuza, kemain lagi tau! Erm, menyesal tak potong rambut?
Khairul Fahmi: Tak menyesal la, sebab masa gua botak kepala tu pun tahun 2009, masa tu sebab nak pergi umrah.

SokerLeaks: Oh, alhamdulillah, sejuk perut gua dengar.
Khairul Fahmi: Ada rezeki nanti insyaAllah gua nak naik haji pulak.

SokerLeaks: Alhamdulillah, sejuk perut gua dengar.
Khairul Fahmi: Dan kalau ada rezeki dan sampai jodoh, insyaAllah gua nak bina mesjid.

SokerLeaks: Alhamdulillah, sejuk perut gua dengar.
Khairul Fahmi: Hahaha, dari tadi sejuk perut, nak sejuk sangat letak ais batu la brader. Hahaha

Suasana hening seketika, cengkerik berlagu riang. Gua togok air mineral sejuk beberapa teguk.

SokerLeaks: Alhamdulillah, ini baru betul-betul sejuk perut gua. Ok, kita sambung, apa perancangan kerjaya lu dalam tempoh 5 tahun?
Khairul Fahmi: Kalau ada rezeki kelab luar negara panggil, gua memang nak main luar. Kalau dalam liga Malaysia setakat ni rasanya gua nak setia dengan Kelantan. Tapi tu la, semua bergantung pada keadaan.

SokerLeaks: Kami geng SokerLeaks rate lu punya perfomance 8/10. Lu puas hati dengan perfomance sekarang?
Khairul Fahmi: Gua rate diri sendiri 6/10. Gua muda lagi, sumpah banyak lagi nak kena belajar. So, kalau gua teruskan dengan progress sekarang, insyaAllah gua nak kejar rate 9.5/10, barulah tip top. Nak dapat 10 tu tipu sangat la kan?

SokerLeaks: Haah tipu tak agak-agak la kalau nak rate 10/10 tu. Lu suka makan budu?
Khairul Fahmi: Nate apo tanyo oghe kelate suko make budu ko dok, feveret tu boh! (Apa gila tanya orang Kelantan suka makan budu ke tak, itu feveret gua tu bro!)

SokerLeaks: Lu kenal Hanis Zalikha?
Khairul Fahmi: Kenal, blogger femes tu bro!

SokerLeaks: Dia cantik tak?
Khairul Fahmi: Hehehehe..bodoh punya soalan.

SokerLeaks: Kikiki. Lu tahu tak Nora Danish pernah tweet 'sweetheart XOXO' pasal lu, suka?
Khairul Fahmi: Biasela, mestilah gua suka. Nora Danish kemain top lagi tweet macam tu untuk gua, sape tak suka? Tapi gua profesional. Secara personal memang takde lebih-lebih la..ermmm..dok tahu la..hahaha.

SokerLeaks: Ok cukup. Nanti bangga tak sudah Nora Danish kalau cerita pasal dia lebih-lebih. Erm, apa respond lu pasal ada orang yang buat page facebook benci lu punya makwe?
Khairul Fahmi: Gua malas nak amik port, gua buat tak tahu je. Makwe gua pun steady je, tak de hal la. Tak penting pun kan? Makwe gua bukan buat salah apa pun. Tapi gua harap-harap kalau boleh tu tak payahla. Kalau nak teruskan jugak, go ahead!

SokerLeaks: Selama ni ada niat atau berangan nak carik awek artis?
Khairul Fahmi: Takde la. Sape la gua ni nak ngorat artis. Tapi kalau artis-artis Hollywood tu ok jugak rasanya. Hahaha. Tapi tu la, memang takde gua berangan nak usha artis.

SokerLeaks: Tak beragak pulak lu punya jawapan, takpe, gua doakan yang bagus-bagus untuk lu. Sape artis wanita paling diminati dalam negara?
Khairul Fahmi: Kalau pelakon tu gua minat gila babi dengan Fauziah Nawi, dia ni bawak watak mak-mak memang kelas! Kalau bawak watak sedih-sedih pulak confirm berhantu. Gua respek gila dengan dia. Kalau penyanyi pulak gua pilih Dato' Siti sebab..ahh, sape tak tahu kehebatan dia? Takyah la gua explain lagi.

SokerLeaks: Sekarang lu pakai kereta apa?
Khairul Fahmi: Sekarang pakai kete Kancil je bro.

SokerLeaks: Itu sebelum nama lu naik, sekarang nama dah naik, gaji pun takyah tipu la kalau tak naik sama. Sekarang rezeki dah meletup ni takkan tokse tukar kereta?
Khairul Fahmi: Gua rasa tak lagi. Buat masa ni gua plan nak beli kereta untuk mak bapak gua dulu. InsyaAllah nanti-nanti kalau ada rezeki lebih gua tukar la kancil tu jadi bapak kancil.

SokerLeaks: Wow, sungguh mithali juga lu ni brader. Lu hisap rokok?
Khairul Fahmi: Dulu hisap jugak, tapi dah lama berenti. Iya la, nak jadi sportman kena elak benda-benda tu kalau nak karier bertahan lama.

SokerLeaks: Cewaaahh! Kemain lagi semangat. Rasa-rasa semangat macam ni boleh simpan lama tak? Ke hangat-hangat chicken shit je?
Khairul Fahmi: InsyaAllah gua jaga apa yang patut. Main bola ni periuk nasi gua sekarang sampai gua hujung karier, so benda-benda yang tak patut tu gua akan cuba elak.

SokerLeaks: Apa komen lu pasal fans Indon yang kata Malaysia malingshit apa semua tu?
Khairul Fahmi: Gua tak heran la benda tu. Kalau nak ikut masa kat Indo hari tu lagi teruk kena maki dengan orang-orang sana. Gua pun tak tahula nak cakap apa, pada gua kalau kita kalah, terimalah dengan hati terbuka. Tapi kalau nak kutuk-mengutuk jugak macam tu, terpulanglah.

SokerLeaks: Nak cerita pasal orang sana memang 3 hari punya surat khabar pun tak habis. So gua pun rasa lantak diorang lah. Yang penting kita dapat piala, ye dak?
Khairul Fahmi: Ye sangat la tu, itu yang paling penting.

SokerLeaks: Lu tahu tak lu ada peminat-peminat gay kat luar sana, so apa pesanan lu kepada diorang?
Khairul Fahmi: Terus terang gua cakap yang gua ni lurus, macam pembaris. Gua tak minat lelaki sama jenis. Tapi kalau dah suka tu tak boleh la gua nak larang.

SokerLeaks: Lu pernah pakai seluar dalam lebih 3 hari?
Khairul Fahmi: Tak pernah. Lebih 2 hari pun tak pernah. Sebab tiap-tiap hari gua tukar spenda 3 kali.

SokerLeaks: Wow! Gila babi betul?
Khairul Fahmi: Hahaha. Iya la, gua kan training bola, so kena la tukar 2-3 kali sehari. Logik la tu bro.

SokerLeaks: Make sense, tak terpikir pulak gua. Ok, apa pasukan luar negara yang lu sokong?
Khairul Fahmi: Gua peminat setia Bayern Munich. BPL gua tak layan sangat. La Liga pulak gua sokong Barcelona.

SokerLeaks: Real Madrid?
Khairul Fahmi: Tak berapa, sebab rival Barcelona.

SokerLeaks: Cis, gua fan Real derr, terasa gua. Takpe, so team BPL mana yang paling lu rasa cap ayam dan paling lemau macam beskot masuk angin?
Khairul Fahmi: Macam gua cakap tadi gua tak berapa layan BPL, tapi daripada apa yang gua tengok, gua pilih Liverpool sebagai team paling Ayam Brand. Jersi tu pun elok tukar daripada 'Standard Chartered' jadi 'Standard Ayam'. Kah kah kah! (kemain lama lagi KFCM gelak masa ni, gua tunggu je bila nak habis).

SokerLeaks: Ok dah letteww gelak. Gua nak tanya soalan lain pulak ni.
Khairul Fahmi: Hehehehe, tak tahan bro. Lawak, lawak.

SokerLeaks: Ok cukup. Lu pernah kentot masa game?
Khairul Fahmi: Ada.

SokerLeaks: Huraikan.
Khairul Fahmi: Iya la, time game rasa nerves tu memang tak boleh nak elak. Jadi kadar angin yang nak keluar tu pun mesti bertambah. So, kalau gua rasa nak kentot tu gua kentot je la. Bukan orang tau pon. Hahaha.

SokerLeaks: So game lepas ni kalau gua tengok lu sengih sorang-sorang kat pintu gol masa tak kena serang tu gua dah boleh agak yang mesti lu tengah kentot itu jam. Ok?
Khairul Fahmi: Takdok hal boh! (Takde hal la bro!)

SokerLeaks: Ok, soalan last daripada kami. Apa perancangan peribadi lu?
Khairul Fahmi: Plan nak tunang dengan cik jejari Runcing tapi kena tengok jadual kerja. Iya la, dia pun lagi setahun setengah nak habis belajar. Gua malas nak kacau stadi dia. Gua tunggu dia habis stadi dulu.

SokerLeaks: Jap, kemain setia dan yakin sekali gua tengok statement lu tu.
Khairul Fahmi: Bro, gadis ni la yang follow gua dari bawah. Masa gua main Piala Presiden dulu dia dah kenal gua. Masa gua tak tahu gua nak naik macam sekarang lagi dia dah sapot gua, apa nak lagi?

SokerLeaks: Ok kemas! Gua mewakili pihak SokerLeaks ucapkan tahniah lagi sekali atas kejayaan itu hari dan atas kecemerlangan lu jaga gawang gol negara kita. Pesanan daripada gua, kalau ada rezeki tu kahwin la cepat, ramai gadis tengah que kat luar sana tu. Kang tak pepasal jadi macam kes Mawi, haru derr!
Khairul Fahmi: Terima kasih bro. InsyaAllah benda yang baik tu akan ditunjukkan jalan daripada tuhan.


Pihak SokerLeaks sangat teruja dengan sikap jatuh ke bumi Khairul Fahmi. Kami doakan kejayaan anda dalam karier. Semoga dapat terus meneraju kejayaan Harimau Malaya hingga terubat sakit dan kepingin peminat bola sepak tanahair untuk kejayaan yang seterusnya. Teruskan progress anda, kami akan sentiasa menyokong!

Disclaimer: Temubual di atas bukan rekaan semata, ianya pure daripada tekak pengulas, tekak KFCM dan keyboard SokerLeaks. Semuanya hasil temubual yang berlangsung selama lebih kurang 30 minit pada 2/1/2011 daripada pukul 12.40 tengahari hingga 1.10 tengahari.

Saturday, January 1, 2011

Anugerah Bolasepak Sokerleaks 2010

Anugerah Bolasepak TTGB/Sokerleaks - seperti yang dilangsungkan tahun lepas - akan terus dilangsungkan bersempena dengan pelancaran blog bolasepak terbaru - Sokerleaks.

Anugerah Pemain Paling Cool



Xavi Hernandez(ESP - FC Barcelona) - 146
Asamoah Gyan(GHA - Sunderland) - 31
Gareth Bale(WAL - Tottenham Hotspurs) - 97
Andy Carroll(ENG - Newcastle United) - 42

Kemenangan Xavi Hernandez sebagai Pemain Paling Cool berdasarkan coolnya mamat ni memberi assist untuk dua pasukan sang juara - Barcelona dan Sepanyol.Sebagai pemain tengah - adanya Xavi Hernandez dalam skuad Catalan ini memberi kekuatan instrumen terhadap penguasaan padang Barcelona.Dalam strategi Tiki-Taka - penguasaan padang adalah penting dan siapalah orang yang menjadi sumber kekuatan Tiki-Taka ini selain dari Xavi Hernandez.Berdasarkan pilihan orang ramai - Xavi Hernandez - Pemain Paling Cool.


Pemain Paling Poyo



Mario Ballotelli(ITA - Manchester City) - 87
Cristiano Ronaldo(POR - Real Madrid) - 196
Sergio Ramos(ESP - Real Madrid) - 14
Wayne Rooney(ENG - Manchester United) - 56

Pemain ini mendapat anugerah Paling Poyo berikutan sikap bajet divanya.Overall pemain ini sebenarnya bagus di padang - penjaring gol terbanyak di La Liga setakat ini.Tetapi sikapnya disamping aksi ranjang di luar padang menyebabkan ramai orang meluat dengannya.Disamping itu,mat diving disamping mat cengeng ini mendapat undian tertinggi dalam percalonan kali ini.Jadi - inilah pilihan anda - Cristiano Ronaldo dos Santos Aviero - pemain paling poyo dalam anugerah kali ini.

Pemain "Ikan Besar di Kolam Kecik"



Fernando Torres (ESP - Liverpool) 170
Carlos Tevez (ARG - Manchester City) 52
Asamoah Gyan (GHA - Sunderland) 37
Edin Dzeko (BOS - Wolfsburg) 55

Just in case kepada mereka yang tidak tahu - ikan besar di kolam kecik ni bermaksud pemain yang sangat berbakat - tetapi dalam kelab yang tak boleh blah.Buat kali kedua berturut-turut Fernando Torres telah memenangi anugerah ini.Sebagai pemenang anugerah ini buat kali kedua - Fernando Torres seharusnya blah dari kelab ini dan mula memasang impian untuk ke kelab yang lebih besar dan terjamin masa depan.Even rakan-rakannya di Atletico Madrid tu pun dah merasa pegang piala.Pemain berbakat seperti Fernando Torres harus berkorban untuk Liverpool - kalau jual dapat settle hutang serta dapat cari pemain muda yang kurang injured.Kesetiaan tak menjamin apa-apa.Dalam hubungan percintaan sekalipun - kesetiaan tanpa kewangan yang kukuh juga tak mampu membawa ke jinjang pelamin.Dalam bolasepak - kesetiaan tanpa kewangan yang kukuh tak mampu membawa ke jinjang klasemen.So - berkorbanlah demi Liverpool untuk kewangan yang lebih solid serta mampu mencapai klasemen.

Pemain "Projek Mega Yang Gagal"



Kaka (BRA - Real Madrid) - 171
Mario Balloteli(ITA - Manchester City) - 36
Karem Benzema(FRA - Real Madrid) 69
Gabriel Obertan(FRA - Manchester United) 55

Dengan harga 69 juta pound sterling,selama dua tahun - hanya menjaringkan 8 gol - adalah satu investment paling buruk setakat ini yang dilakukan oleh Florentino Perez.Atas undian orang ramai - Kaka dikatakan pengabih boreh kerana banyak memanaskan bangku simpanan dan kehadirannya tak membawa apa-apa impak pun kepada Real Madrid.Better dia stay je AC Milan.

Pemain Paling Berbaloi-Baloi Jualan Kamdar



Javier Hernandez Chicharito(MEX- Manchester United) 57
Rafael van der Vaart (NED - Tottenham Hotspurs) 154
David Villa(ESP - FC Barcelona) 82
Mesut Ozil(GER - Real Madrid) 44

Anugerah ini telah ditaja oleh Kamdar,memang berbaloi - bagi menunjukkan betapa berbaloinya pemain ini untuk dibeli.Sejak kehadiran Rafael van der Vaart,permainan Tottenham lebih garang dan menggerunkan.Bahkan ada dua-tiga peminat Manchester United atau Arsenal lebih gerun dengan Tottenham sekarang berbanding Chelsea.Liverpool?Itupun jika mereka tidak bersandarkan pada kenangan.

Adalah satu kebodohan ketara bagi Real Madrid - menjual Rafael van der Vaart dan mengambil Kaka.Bukankah pada zaman Bernd Schuster Rafael van der Vaart serta Wesley Sneijder telah berjaya menjulang Real Madrid ke puncak klasemen?Kaka?Berharapkan muka ala-ala Irwan Syah mungkin sekali boleh berlakon sinetron.Itupun kalau dia mengikut jejak Cristiano Gonzalez ke Liga D'Jarum Indonesia.

Manager Paling Cool



Josep Guardiola(ESP - FC Barcelona) 169
Jose Mourinho(POR - Real Madrid) 87
Harry Redknapp(ENG - Tottenham Hotspurs) 71
Carlo Anchelotti(ITA - Chelsea) 14

Ternyata manager paling muda dan macho ini kekal sebagai Manager Paling Cool seperti tahun lepas.Walaupun gagal mengekalkan Champions League akibat tewas dengan Inter Milan season lepas,namun Pep masih seolah-olah mengekalkan momentum seperti dia menang treble bersama Barcelona musim lepas.Dan menumpaskan Real Madrid yang dipimpin oleh The Special One Jose Mourinho lalu menjadi klasemen dengan jumlah 5-0 - menjadikan Mourinho di mata peminat Barca - seperti burger Special yang hanya ditunggu untuk dikunyah.

Manager Paling Poyo



Rafael Benitez (ESP - penganggur terhormat) 117
Roberto Mancini(ITA - Manchester City) 57
Arsene Wenger(FRA - Arsenal) 54
Alex Ferguson(SCO - Manchester United) 114

Anugerah Manager Paling Poyo adalah anugerah paling sengit undiannya.Calon bagi kedua-dua belah pihak masing-masing menyuruh kami mengira sehingga tiga kali kertas undi sepertimana SPR lakukan di Pilihanraya Sibu.Dan akhirnya kemenangan kepada Rafael Benitez.Mungkin Alex Ferguson sangat poyo sebab suka menyibuk hal pasukan lain - tetapi pencapaian tanpa kalahnya dalam Liga setakat ini memungkinkan di saat-saat terakhir lebih ramai mengundi Rafael Benitez yang kini penganggur.Walaupun kejayaan memenangi Piala Dunia Kelab - namun itu tak dapat menyelamatkan karier Rafa The Spanish Waiter ini lalu menang anugerah Manager Paling Poyo - hasil dari undian orang ramai.

Barangkali fan Manchester United sudah mengerti tentang apa itu "pengundian strategik" - kerana saya lihat undian Manchester United terpecah kepada Rafa Benitez dan Arsene Wenger - tetapi anti MU semua menjurus kepada Alex Ferguson.

Manager Paling Tak Boleh Pakai



Claudio Borghi(ARG - Boca Juniors) 8
Rafael Benitez(ESP - penganggur terhormat) 135
Roy Hodgson(ENG - Liverpool) 108
Fabio Capello(ITA - England) 92

Rafael Benitez adalah "bintang" yang menyinar dalam Anugerah kali ini.Terharu sungguh - kejayaannya merangkul dua anugerah bukti yang Spanish Waiter ini bukan seorang yang gagal.Anak muda haruslah mencontohi sikap Rafael Benitez kerana inilah sikap sebenar seorang pengurus.

Dengar kata Thai nak buang Bryan Robson - Thai tak nak ambik Rafael Benitez - pemenang dua anugerah dalam anugerah tahun 2010 ini?

Pasukan Paling Menghiburkan



FC Barcelona - 222
Tottenham Hotspurs - 76
Chelsea - 23
Estudiantes - 15

Pasukan Tiki-Taka kali ni berjaya merangkul 3 anugerah pada hari ini.Xavi Hernandez,Pep Guardiola dan kini seluruh pasukan.Nampaknya skuad Catalan lebih meyakinkan dan mereka mungkin bakal menjadi juara Champions League lagi tahun ini.

Err,Fabregas,sampai bila nak tunggu?Bila lagi nak klasemen?

Pasukan Paling Membosankan Tahap Janji 16 September Anwar Ibrahim



Inter Milan - 37
Liverpool - 210
AC Milan - 25
Manchester City - 64

Ramai yang menyangka anugerah ini ditaja oleh UMNO Cawangan Bukit Katil tapi sebenarnya anugerah ini ditaja oleh Persatuan Anti Labon Anti Tuduhan(PALAT).Ini kerana Anwar suka melabon dan suka menuduh-nuduh.Tapi lantak la - gua cuma menyampaikan Anugerah.

Liverpool menang besar dalam undian kali ini.Ternyata kemenangan anugerah ini menunjukkan bahawa Liverpool tidak pernah berjalan berseorangan.Sentiasa ada sahaja yang akan bersama Liverpool.Inilah buktinya - walaupun hanya ditangga ke-12 namun masih lagi mampu memenangi anugerah.

Yu neber wok alon.

Liga Paling Sengit



EPL - 200
La Liga - 57
Liga Apertura Argentina - 19
Bundesliga - 56

Ya - ternyata gerakan ESPN Jangan Englandkan Kami masih lagi gagal.Ternyata ramai penyokong England di sini.Tapi jangan risau - kami sudah ada agen baru untuk memastikan akhirnya Liga England menjadi tak relevan lagi.Kami akan umumkan di penghujung siaran.

Pasukan Negara Paling Cool



Spain - 138
Germany - 112
Netherland - 61
Uruguay - 35

Empat calon negara ini dipilih dari empat pasukan separuh akhir Piala Dunia tahun ini - dan ternyata juara - Sepanyol menjadi pilihan orang ramai.Ternyata Tiki-Taka jelas menarik perhatian ramai peminat bolasepak.Dan kemenangan Piala Dunia walaupun 1-0 memanjang adalah satu benda yang cool - sebab tak guna score sampai 7-0 macam Portugal tapi tersangkut di tengah jalan.Baik menang 1-0 je tapi menang.Cool.

Pasukan Paling Poyo



England - 246
Brazil - 30
France - 42
Italy - 29

Ternyata gerakan ESPN Jangan Englandkan Kami benar-benar perlu berusaha keras untuk anugerah kali ini.Dan ternyata - agen kami yang terbaru - yang kami bakal umumkan sebentar lagi - adalah satu agen yang tersangat ampuh untuk memusnahkan hegemoni England dalam pemikiran bolasepak di Malaysia.Dan dengan kejayaan England memenangi anugerah kali ini - diharapkan agen baru kami ini dapat memusnahkan hegemoni England dalam pemikiran bolasepak di Malaysia demi kesejahteraan bolasepak Malaysia.

Anugerah Terhormat Bolasepak Sokerleaks 2010



Anugerah kali ini adalah Anugerah Terhormat - maka tiada undian dijalankan.Maka gua sebagai diktator dan mengenepikan prinsip Demokrasi dan mengenepikan Resolusi PBB dengan selambanya memilih K Rajagobal sebagai pemenang Anugerah Terhormat Bolasepak TTGB 2010.Kejayaan K Rajagobal memenangi Piala Suzuki mungkin kecil berbanding Jose Mourinho menang Champions League atau Vicente del Bosque menang Piala Dunia - tetapi inilah insan yang berjaya menghancurkan hegemoni England dalam bolasepak Malaysia.Sampai Sokernet pun tak ambik pot Chelsea vs Arsenal.Maka K Rajagobal layak memenangi Anugerah kali ini - sekaligus menjadikan Safee Sali lebih popular dari Wayne Rooney dan Khairul Fahmi lebih popular dari Peter Cech.Norshahrul Idlan Talaha lebih popular dari Cesc Fabregas dan jersi Malaysia di kedai Nike Mid Valley hampir lebih berminat menjual jersi Malaysia dari jersi MU atau Arsenal.Syabas K Rajagobal,wahai agen ESPN Jangan Englandkan Kami yang baru.

Insya-Allah,jika ini berterusan - Sokerleaks tidak lagi berbicara tentang EPL sebaliknya Liga Super.Aaaah - heaven!