Thursday, November 29, 2012

Gua Skor La Bhai!


KECOH!

"Walaupun menang 4 bijik kalau kapten passing macam setan apa gunanya." - Berd

Most Kepala Takok Player (MKTP) ever.













inB4,


Wednesday, November 28, 2012

Malaysia vs Indonesia. Dah sampai masa untuk kita berperang.




Sempena perlawanan penentuan menentang Indonesia Sabtu ini, hayatilah ayat dari Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee.

“They don’t respect you, they don’t respect our flag, they don’t respect our King and they don’t respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about. We beat them not once but twice in front of their fanatical crowds. We showed them how it is done.”-ONG KIM SWEE

Malaysia, masa untuk berperang sudah tiba. Ayuh. 

Monday, November 26, 2012

BANGUNLAH! INI HARAPAN KAMI SEMUA WAHAI HARIMAU MALAYA!!!


“ Sebagai penyokong kita behak meluah rase xpuas ati dan kritikan...bkn sbb benci, tp sbb syg,tu yg tegor...sblm start lg kita dah nmpak kepincangan pasukan negara, dimana rajagopal lebih suka memilih pemain yg beliau biasa berbanding yg berpotensi...kita boleh lihat dr permainan "sampah" yg di tunjuk kan sapik rahim dan amar mnyebabkan jentera serangan x dpt berfungsil...peluang harus di berikan kepada pemain yg lebih layak berbanding pemain yg terbukti gagal pada edisi kali ini... “  - Azam Ad-Din Al-Saggof 


“Pade pendapat gua.. menyalahkan individu tertntu atas kekalahan harimau malaya mlm td adalah 1 tindakan paleng x bermoral yg dilakukan oleh seorag coach yg berpangkat dato.. bkn cakai2 punye org beb.. kalah waktu friendly match.. king ckp nk ekperimen.. xpe gua ley diam.. tp ble real game.. kalah.. xkn nk diam gak.. bg gua.. first match ni wajib mng.. supaye akan mmbuke mate smue org trmasuk negare2 luar dan sekaligus akan mmbuatkn dorg berfikir yg HM save strategy for real match.. andai kate kite yg mng 3-0 mlm td.. smue org akan start berfikir yg king mmg btol2 wat ekperimen time friendly n konpem HM ley pertahankan piale aff tahun ni... tp skang tgk pe yg da jd.. negare2 laen da start brfikir.. "Harimau malaya da hilang taring".. semue nye salah siape.. KING GOPAL.. “ - Asyraf Ahmad 

“ Kekalahan bukan di atas bahu mana2 player, tapi strategi & tactical jurulatih bagi kalau lemah & x berfungsi player2 terbaik yang mane2 dunia pun x minat nak main. letih beb! moral jatuh..wat kerja utk 1 team semangat berpasukan. Hantaran bola jauh kerap..sejak aku lahir benda sama je disajikan..letih nk tgk camni.“ - Riz Rakinan 

“Diorang main selalu long pass! terburu buru nak gol. dah long pass kena intercept. kenapa taknak main short pass & possession je? because possession is the key. “ - Madd Hardy 

“bukan nak mengutuk pasukan negara kita, tapi mereka boleh main lebih baik lagi, rajagopal tidak boleh salahkan sebegitu sahaja, pemain kelihatan tidak bersemangat untuk beraksi, pemain perlu lebih bersemangat dan bersungguh bermain, di rumah sendiri pula, sudah ramai penyokong yang turun pandang memberi sokongnan, jadi buat lah yang terbaik untuk mereka dan tanah air! “ - Wan AKill 


Ini antara komen komen di Facebook SokerLeaks

Semua sedia maklum. Malam semalam adalah malam yang paling mengecewakan rakyat Malaysia yang meminati sukan bola sepak. Tewas 0 – 3 pada rival (dari pelbagai segi) yang boleh di anggap pasukan yang boleh kita tewaskan setelah rekod terakhir kita menewaskan mereka di Stadium Shah Alam dalam perlawanan persahabatan dengan keputusan ketika itu kita menewaskan mereka 2 berbalas 0!

Bola itu bulat, apa apa boleh terjadi. Bola sepak juga sering memainkan harapan dan perasaan kita. Apa yang kita inginkan kemenangan malam semalam semua tidak menjadi. Pasukan yang kita sayangi. Telah mengecewakan perasaan kita.

Terbukti jelas, Perlawanan demi perlawanan persahabatan sebelum Piala AFF 2012 dengan keputusan yang tidak boleh kita banggakan. Kekalahan demi kekalahan akibat eksperimen yang di jalankan terbukti menghancurkan perlawanan pertama kita dalam peringkat kumpulan Piala AFF 2012.

Sistem permainan tidak berubah, di manakah kesilapan? Adakah ketua jurulatih kita kekurangan idea dari segi tektikal permainan? Hanya bersandarkan egonya dan kepercayaan pada pemain sahaja? Perkara ini sering menggangu fikiran saya.

Boleh kata hampir 60 ribu peminat dan penyokong bola sepak malaysia memenuhkan stadium. Mereka datang tanpa memikirkan rekod rekod perlawanan persahabatan sebelum ini. Mereka sudah mengosongkan fikiran mereka dengan harapan corak permainan berubah dan menghiburkan. Tapi apakan daya. Sebagai peminat dan penyokong, kita sudah melaksanakan tugas kita dengan baik. Hadir dan memberikan sokongan. Tapi di balas dengan kekalahan tanpa pasukan kita menentang tanpa rasa bermaruah!

Corak permainan yang huru hara, sistem serangan yang tidak padu, bertahan dengan tidak sistematik. Seolah olah ini bukan pasukan yang saya inginkan untuk meraih kejayaan.

Semua pemain patut rasa di persalahkan, kenapa di salahkan Khairul Fahmi sahaja? Ketua jurulatih tidak patut menyalahkan pemain seperti itu. Di mana pemain tengah? Ketika kita di serang, pemain tengah bertahan di mana? Ketika kita menyerang. Di manakah pemain tengah menyerang? Corak permainan yang sama. Tengah passing bola ke pemain sayap, dan penyerang akan menunggu, Kalau hantaran pemain sayang crossing dia power sampai ke kepala takpe juga. Ini hantaran pun kelaut. Tahu lari sampai ke hujung bendera lepas tu gelecek. Tak lepas buat pura pura kejar balik. Takpun buat pura pura sakit. Sistem yang tidak sesuai dengan pasukan.

Sering bermain hantaran tinggi. Kenapa perlu sering bermain hantaran tinggi? Dah la hantaran tinggi pun tak betul. Kita elok bermain hantaran pendek sahaja. Sesuai dengan pemain Malaysia. Tidak perlu penat mengejar bola. Bola dari pertahanan, pass ke pemain tengah, pemain tengah memainkan peranan. Simple

Jangan hampakan rakyat Malaysia wahai Harimau Malaya. Jangan matikan semangat mereka untuk kembali menyokong Harimau Malaya. Tugas pemain, bermain mati matian membawa nama Malaysia. Tugas jurulatih memberikan tektikal supaya permainan lebih konsisten. Dan tugas kita, penyokong dan peminat bola sepak, memberikan sokongan tidak berbelah bahagi. Tapi, takde guna juga kalau sokongan yang tidak berbelah bahagi di balas dengan rasa kecewa yang tak di sangka sangka

Bangunlah Harimau Malaya, Bermainlah bersungguh sungguh, Jangan hampakan kami, Bangkitlah semula, Kita sekarang tidak perlukan alasan dan sejarah lagi. Buatlah macam mana sekalipun. Janji menang! Itu yang kami mahukan!

“Kalau rasa tak mampu bermain sepenuh hati untuk Malaysia, Pulangkan jersi dan berikan pada yang mampu mengubah nasib pasukan Malaysia”

Sekian, entri dari hati yang penuh rasa kecewa tapi mengharapkan perubahan mendadak berlaku

Entri Rabak Malaysia vs Singapura.

Aku tau ramai yang kecewa tengok game semalam. Aku pun. Tak ada kata yang boleh aku gambarkan untuk nyatakan perasaan rabak aku sekarang. Mungkin tak seteruk masa terkeluar dari Kelayakan Piala Dunia tahun lepas sebab biar apa pun kita masih ada peluang. Perasaan ni berbeza sikit. Tahun lepas, masa kita terkeluar dari Kelayakan Piala Dunia, kita main bagus. Nampak semangat juang pemain dan kesungguhan. Berbeza sikit tahun ni.

Kalau 2011, aku pulang dari stadium dengan rasa sedih dan rabak, semalam aku balik dengan rasa marah dan nak mencarut. Kenapa? Sebab kita main macam jahanam. Tengok pada corak permainan dah tau kita akan kena tibai. Apa masalah sebenarnya? Ada yang kata tak ada chemistry. Nak chemistry apa lagi kalau team ni dah dibentuk dari tahun 2009? Tak cukup ke 4 tahun?

Jurulatih dan pemain mahukan sokongan dari penonton? Kami dah datang dan berikan sokongan. Apa lagi yang korang nak? Tak guna kami bersorak sampai terkeluar anak tekak, kalau pemain buat buat pekak dan main macam tak ada otak. Kami dah berikan seluruh jiwa kami, tapi malangnya pemain main macam tak ada jiwa langsung. Tak bangga ke sarung jersi Malaysia tu? Ramai lagi pemain nak sarung jersi keramat tu tapi tak dapat. Ini yang susah bila ada sesetengah pemain jadi anak emas sampai tak boleh kena drop.

Sudah semestinya yang di aim adalah Safiq Rahim. Sebagai seorang kapten, dia gagal. Dia gagal menaikkan semangat rakan-rakan dan tidak mampu mengawal permainan. Bagaimana seorang kapten mahu menaikkan semangat rakan-rakan kalau dia sendiri tidak bersemangat dan cacamarba ketika bermain? Corak permainan dan hantaran Safiq Rahim mudah dibaca dan tidak kreatif. Terlalu one dimensional.

Rajagobal, formasi dan taktikal anda semua orang dah boleh tau. Jangan kata pihak lawan, peminat yang tak ada basic Sains Sukan, hatta budak sekolah rendah pun dah boleh tau pemain mana yang anda akan pilih dan taktikal apa yang anda akan gunakan. 4-4-2. Safee dan Mat yo kat depan, Kunanlan wing kiri, Wing kanan takkan lagi laju dari Kunanlan tapi mungkin pandai dribble. Safiq Rahim dan seorang defensive midfielder yang biasanya Amar Rohidan biarlah Kedah jatuh Liga FAM sekalipun Defender, seperti biasa 2 orang centre back, calonnya Aidil, Fadhli Shas dan Subra kalau dia tak injured. Fullback kalau defensive akan gunakan Bunyamin Omar atau dulu Sabre Abu, nak serang guna Mahali Jasuli. Fullback kiri, Azmi Muslim tapi kalau Asra tak injured, Asra akan main. Agak-agak ketinggalan, tukar wing kanan walaupun ketara striker dan Safiq Rahim yang macam bangang. Aku pun dah sampai boleh hafal substitution kau.

Ada yang kata ini sama macam tahun 2010 bila kita kalah opening game. Ya, mungkin betul, tapi bezanya adalah, pada tahun 2010, kami masih nampak semangat juang pemain dan terbukti bila kebanyakan gol yang dijaringkan adalah dari kesilapan pemain. Ditambah pula dengan kecederaan kepada key players yang menyebabkan Malaysia terpaksa bergantung kepada pemain muda. Masa itu kita ada elemen kejutan dan dilabel underdog. Tahun ini, kami tak nampak semangat juang pemain. Jiwa itu tiada. Terlampau mudah untuk Singapura menewaskan kita. Pemain seakan hilang punca dan tidak nampak pasukan yang hampir menewaskan Arsenal masa bulan puasa tahun ni.

Malaysia mungkin mampu layak ke semi-final bersama Singapura kerana Indonesia sendiri ada masalah kalau lihat pada permainan mereka menentang Laos semalam. Tapi perlu diingat, mungkin mampu. Kenapa mungkin? Ya, Indonesia nampak teruk, tapi itu kerana Laos bermain dengan cantik. Maksudnya, Laos mampu mengecewakan kita kalau kita terus bermain seperti semalam.

Kami masih yakin dan sokong Harimau Malaya. Tapi tak guna kami yakin dan sokong kalau pemain sendiri tak yakin dengan diri sendiri dan tak mampu memotivasikan diri sendiri. Mungkin stadium takkan penuh dalam perlawanan menentang Laos, tapi pemain tetap berhutang 2 big result dengan peminat. Tiada dolak dalik. Harimau Malaya perlu bangkit untuk mengembalikan kepercayaan kami. Ada 2 hari sebelum perlawanan menentang Laos, barisan jurulatih dan pemain perlu mengkaji permainan Laos dan bukan semata mata berehat sahaja. Sudah sampai masa kita tak terlalu bangga dengan 'kekuatan' kita dan mula bermain dengan menyerang kelemahan pihak lawan.

Bangkit Malaysia, bangkit.


10 Dalil Safiq Rahim Patut Dibuang Dari Skuad Harimau Malaya

KECOH!

Menganalisis gaya permainan dan pemain memang dah jadi keutamaan semua orang termasuk penyokong tegar. Sudah sampai masa kita lebih berterus-terang dari simpan dalam hati lepas tu merana tengok pasukan bola kena kitai macam itu saja.

Kehadapan Safiq Rahim. Main macam setan malam tadi kau tahu? Ini dalil yang kau boleh fikir dalam-dalam kau patut sedar siapa diri kau!

1. Hantaran bola kau baik pendek atau panjang sangat meliar.
Kau sedar tak? Kau jenis tak tengok orang bila passing atau sebenarnya kau memang tak pakai otak bila passing bola? Pemain tengah yang selalu gagal hantar tepat kepada team-mate sememangnya pemain tengah yang GAGAL. Engkaulah orangnya.

2. Tahan bola kau serupa tahanan perang.
Banyak kali dah kami perati kau menahan bola tak lekat kat kaki. Tahan bola, bola pantul ke depan sampai bola tu dapat ke player lawan. Ada tu pun sama tahan bola merapu padahal takde pemain lawan pressure kau. Macam itu kualiti pemain kebangsaan?

3. Kau takde skill menggelecek
Kalau nak gelecek biar ada konfiden lah brader. Apa kebenda gelecek tapi macam nak rempuh orang? Penyudahnya bola terlepas. Dah tu kau bukan rajin nak kejar balik!

4. Kau takde konfiden nak hold-ball.
Bila menggelecek pun ZERO. Memang jahanam lah kau nak hold-ball. Hold-ball ni bermaksud bola kat kaki kau dan kau bawa bola dengan kaki kau tu ke tempat kosong cari dan buka ruang. Bila ada player lawan datang nak rampas bola. Kau patutnya boleh bawa bola tu ke tempat lain atau pass ke team-mate. Tapi kau TAKDE skill tu. Yang kau tahu bila dapat bola. Terus one-two step hantar. Atau bila dah menggelabah kena pressure, kau lambat nak passing bola kepada team-mate. Penyudahnya kelam kabut. Itu bukan ciri pemain tengah sebenar tahu? 

5. Free kick sahaja tak berguna jugak.
Kau fikir kalau accurate free-kick kau power maka kau layak jadi pemain kebangsaan. Nan hado! Kalau setakat nak harap satu skill je power, apa kau fikir ni American Football? Pemain cuma ada satu skill saja? Ini bola sepak, bangang! Pemain tengah sepatutnya ada lebih dari 2-3 skill. Free-kick kau semalam pun entah apa-apa.

6. Kau suka sangat nak ambil bola dari bawah pump ke atas.
Benda tu patutnya tugas Amar Rohidan. Bukan tugas kau. Kau kapten kau patut gesa dia. Bukan kau yang ambil tugas dia sampai tugas kau yang sepatutnya kau tinggalkan. Tak kisahlah kau rajin nak keluarkan bola dari kawasan sendiri ke kawasan lawan. Tapi cara kau nak hantar bola tu pun dah gagal. Kau hantar jauh ke flanker dan striker tapi hantaran kau mengkhinzir buta tak guna jugak. Atau kau dribble nak bawa bola ke kawasan lawan tapi asyik tak lepas. Menyusahkan kau tahu tak? Penyudahnya Amar Rohidan jadi tunggul kayu. Malaysia kena counter-attack. 

7. Kau memang degil
Kami rasa dah berbuih orang cakap permainan kau dan prestasi kau semakin teruk. Tapi kau taknak dengar. Kau tak ambil iktibar dan takde inisiatif untuk tingkatkan kualiti permainan bola kau. Kau tahu tak beribu-ribu penyokong Selangor panjat kesyukuran bila kau blah dari Selangor dan pergi ke Johor? Ramai dah orang cakap kau main tak bagus tapi kau buat-buat bagus. KAmi pun tak tahu lah apa yang TMJ pandang ke gaya permainan kau. Malanglah Johor ada player macam kau season depan. Malang.

8. Kau tak layak pegang Ketua Pasukan Harimau Malaya
Kalau dah main teruk. Kau fikir anak buah kau nak respek kau sebagai ketua pasukan? Pergi mati.

9. Kau STAR kau fikir kau HEBAT?
Kau ingat Johor belanja besar nak dapatkan kau maka posisi kau kat skuad kebangsaan selamat? Kalau macam itu metaliti kau. Tak hairan kau main teruk.

10. Mentaliti kau dalam game-play kelas ketiga.
Semua benda salah yang kau buat dalam permainan dan perlawanan sudah mencerminkan mentaliti dan kadar berfikir kau tahap mana. Kelam kabut satu hal. Berebut bola takde teknik satu hal. Semua itu cukup jelas kau tak layak jadi pemain tengah kebangsaan dengan mentaliti macam takde effort nak ubah gaya permainan ke tahap lebih baik. SPM kau dapat berapa hah?

Apa yang Rajagobal pandang ke kau kami pun tak tahu. Mungkin sebab nama kau dah STAR, dia tak berani buang kau padahal prestasi semasa kau macam jahanam tak konsisten dan menurun. Jangan sampai seluruh penyokong chanting nama kau yang bukan-bukan sampai satu stadium dengar kau main macam tahi. Main betul-betul lah setan!














CELAKA AKU INGAT YUNA TADI

Saturday, November 24, 2012

Piala AFF 2012: Sudahkah anda bersedia?


Ya, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Piala AFF yang boleh dikatakan Piala Dunia untuk negara-negara Asean (selepas melihat takde 1 pon timnas Asean yg boleh pergi) akan membuka tirai Ahad ni bersamaan dengan 25 November 2012 dan 11 Muharram 1434 Hijrah.


Sebagai tuan rumah, adakah kita sudah dah bersedia? Sudah tentu semua semakin berdebor. Debor dia mungkin tak sama macam Farid Kamil menikah dengan Diana Danielle; ini punya debor bukan one shot punya debor, ini king of berdebar.

Namun begitu debor saje tak cukup. Sudahkah anda melakukan tugasan anda sempena Piala AFF ini? Anda tak tahu tugas anda? Natang! Nah, berikut merupakan tugasan-tugasan yang telah dibahagikan dan WAJIB untuk anda lakukan bersesuaian dengan jawatan anda.

PERDANA MENTERI
Tugas: Sudahpon dilaksanakan selepas anda turun padang meninjau latihan. Tugas tambahan anda ialah memnyeru delegasi-delegasi Perhimpunan Agung UMNO untuk turut serta ke stadium menyokong Harimau Malaya.

ISTERI PM
Tugas: Fokus sahaja dengan badminton. Hal bola ni bior kitorang setelkan.

PEMBANGKANG
Tugas: Doakan kehancuran team lawan.

TAN SRI ANNUAR MUSA
Tugas: TERUSKAN MEMBERI KATA-KATA PERANGSANG DALAM MASA YANG SAMA BERI KRITIKAN MEMBINA KEPADA PASOKAN. JANGAN LUPA CAPS LOCK

JURULATIH
Tugas: Pastikan anda kenal pemain anda.

PEMAIN
Tugas: Pastikan anda dikenali jurulatih anda

FAKRI SAARANI
Tugas: Skor gol ala-ala gol Portugal. (maknanya kalo fakri ada chance skor gol tapi dia tak skor, tu maknanya dia saja tak nak skor. Jenis memilih gol dia ni)

ULTRAS
Tugas: Teruskan chant dan bakor flare walau team kita ketinggalan. Kalo boleh asap flare tu tuju dekat penyokong lawan.

PENYOKONG BIASA
Tugas: Maki bila team main macam cilaka, sorak bila gol dan buat Mexican Wave sampai tangan tercabut. Jangan bawak airhorn. Siapa bawak dia kpop.

GENG GENDANG:
Tugas: Main gendang sambil perut gendang gendut tali kecapi.

KUMPULAN SORAK 'TEAM MALAYSIA' YANG BAJU RIMAU TU
Tugas: Nyanyi kuat sikit lagu gemuruh suara. Kalo boleh part Ramli Sarip tu tarik tinggi sikit. Ala yang part
"Kalau engkau jatuh, pandai-pandai la engkau bangun sendiri....".

ABANG JUAL BURGER STADIUM
Tugas: Burger tu buat la molek sikit la brader. Ini dah macam kayu rasanya.

COUPLE KAT STADIUM
Tugas: Yg makwe, siap sedia kena siul weeeeeeeeeee. Yang pakwe, jeling usha panas sikit lepas makwe engko kene kacau.

PENJUAL JERSI
Tugas: Engko dah bolot habis stok kat Padang Besar dgn Rantau Panjang kan? Engko jangan jual mahal-mahal sangat. Jersi bukannya cun mana pon.

MEDIA
Tugas: Buat laporan team Malaysia dan Piala AFF setiap hari. Liga eropah kurangkan sikit. Bahagian hiburan pulak engkorang hold dulu hal Apek nak kawin ni.

MAKWE ESPN
Tugas: Stay cute

ZAINAL ABIDIN RAWOP
Tugas: Kali ni anda direhatkan dari tugasan. Selamat berchoti

AZLAN JOHAR
Tugas: Ikot Zainal Abidin Rawop pergi berchoti

HAJI HASBULLAH
Tugas: Steady ji, steady. Sempat lagi nak hapal nama pemain ni. Mana la tau takut-takut lupa pulak karang time mengulas

TONY FERNANDES
Tugas: Dah cari belum manager baru QPR? Kalo dah dapat moh tengok Malaysia main.

AZWAN ALI
Tugas: Baby AA jangan nakal-nakal sangat tau. Jangan la samakan skuad kebangsaan macam ulat gonggok. Tak baik tawww. So, why bother? Hanjjjjj

FAM 
Tugas: Ermm, sebenarnya kalo FAM ni betul-betul buat tugas dia, kita dah takde masalah nak retain title.

PENGGUNA FACEBOOK
Tugas: Like dan share status weols. Hiks

PENGGUNA TWITTER
Tugas: Siap sedia, kita mungkin akan berperang sekali lagi dengan geng-geng Garu Dadaku. Wkwkwkwkw

ZED ZAIDI
Tugas: Teruskan menghentam artis-artis luar

MAMAK:
Tugas: Pasang game Malaysia walaupon ada game EPL. Kemon, team engko dah la tak kasi can dengan Malaysia sampai seri kami dibuatnya, kali ni kasi la can


Haa, Sekarang semua dah tau tugas masing-masing. Kesimpulannya, kita lupakan hal result friendly yg macam bangang. Kita kasi can dekat team kesayangan kita. Mereka perlukan kita. Sokonglah pasukan kita. Engko hentam bagai nak rak pon bila menang, engko jugak yang paling seronok. Datanglah ke stadium sapot Harimau Malaya.

Remember, RESULT ARE JUDGED BY WHAT WE FINISH, NOT BY WHAT WE START.


Cilaka, engko jangan la gelak grammar ayat atas ni berterabur. Natang.

Monday, November 19, 2012

Memori 2011: Kenapa kita perlu ke Stadium Ahad ini.





Korang ingat lagi gambar ni? Time ni game Malaysia vs Singapura tahun lepas dekat Stadium Nasional Bukit Jalil. Game Kelayakan Piala Dunia 2014. Menang ni dan kita akan ke peringkat seterusnya bagi Kelayakan Piala Dunia 2014 bagi Zon Asia. Aku takkan lupa game ni sampai bila bila. Sebelum game ni, kita kalah 5-3 di Stadium Jalan Besar. Dalam erti kata lain, kita perlu menang 3-0 di SNBJ.

Untuk game ni, aku ingat yang di Facebook ada kempen kibarkan kertas 3-0 di SNBJ, and for that aku join. Aku fotostat 300 helai kertas yang tertulis 3-0 untuk diedarkan di SNBJ. Bukan aku sahaja, tapi ramai lagi yang buat. Masa tu media hype dengan hebat. Semua sibuk bercakap mengenai perlawanan ini  something yang tak berlaku untuk AFF Suzuki Cup yang buat aku rasa pelik.Untuk game ni, aku apply cuti tahunan sebab semangat. Aku beli tiket Online seawal mungkin sebab tau ramai akan tengok game ni. IAku kecewa betul dengan cara kita kalah di Jalan Besar, tapi masih rasa kita boleh menang.

Untuk game ni aku datang seawal 11 pagi. Aku tak tau kenapa, but i did. Aku duduk kat SNBJ tu dari 11 pagi. Orang kata ambik mood. Hell, i cant even sleep the night before. Seriously. I was too excited. Media did a good job in promoting and bakar semangat semua supporter. Aku duduk je kat SNBJ tu, ingatkan aku je semangat, rupanya ada jugak yang lain especially Ultras Malaya. Diorang sampai sama awal atau lagi awal dari aku.

Sedikit demi sedikit,orang mula hadir ke stadium. Lagi ramai orang datang, lagi aku semangat. Walaubagaimanapun, seorang kawan aku kena tipu dengan kawan dia dan tak dapat tiket.. So, terpaksalah aku pusing stadium tu cari ulat. Ulat ni masalah juga. Beli banyak banyak buat orang tak dapat tiket. Aku ingat lagi ada sorang tiket cuba nak jual tiket kat penyokong tapi kena belasah dan tiket dia kena rampas.

Kerana perlawanan itu di hype kan oleh media, stadium penuh..Aku rasa orang yang masuk lebih dari jumlah yang sepatutnya. Ramai masuk cara haram sebenarnya. Aku tau macam mana, tapi aku tak nak bagitau. Sebab ramai sangat, aku terpaksa duduk tingkat atas sekali dan kat tangga.

First half 0-0. Singapore memang tak fikir nak menang kat SNBJ. Melambatkan game atau orang kata Park the bus. Malaysia terus berusaha namun buntuk mencari jaringan. HT 0-0.

2nd half kita mula serang bertubi-tubi dan akhirnya Kunanlan memberikan bola kepada Safee Sali dan Malaysia score. 1-0 kepada Malaysia. 2 gol lagi. Time tu fans makin semangat. First half ramai maki maki, masuk je gol, semua semangat balik.

Then, the saddest moment in my life and i can remember how broken my heart was, Singapore scored the equaliser. After a mix up in the defence, Singapore scored. The whole stadium was silenced. Semua tergamam.Aku terus speechless. Tapi itu tak membuatkan aku terus hampa. Aku tau masih ada masa walaupun mustahil.



Malaysia terus cuba mengasak dan tiba tiba  Fakri Saarani meranapkan impian rakyat Malaysia. Kad kuning kedua yang diterima oleh Fakri menyebabkan Malaysia bermain 10 orang, saat itu aku dah tak mampu berkata apa-apa. Itulah perasaan yang paling sedih dan kecewa yang pernah aku rasa dalam hidup aku. Serious. Biarlah aku break up dengan gf banyak kali pun, inilah perasaan yang paling aku rasa paling tak best. FT 1-1 dan Malaysia tersingkir dari Kelayakan Piala Dunia 2014 walaupun dikatakan antara yang paling berpotensi selepas menang Piala AFF Suzuki 2010.

Aku takkan lupa perasaan itu. Aku takkan lupa bagaimana aku tak mampu berkata apa-apa selepas perlawanan itu. Aku takkan lupa bagaimana aku menitis air mata kerana terlampau kecewa. Setiap langkah sangat berat. Lidahku kelu dan mindaku terganggu. Ya, aku takkan lupa perasaan itu seumur hidupku.

So, kerana itu aku masih berdendam. Ya, aku berdendam dengan pasukan bola sepak Singapura. Ya, kita menang perlawanan persahabatan tempoh hari, tapi itu tidak cukup. So, Ahad ini adalah masanya. Masa untuk Harimau Malaya menguburkan memori paling buruk aku ini. Aku takkan lupakan kekecewaan itu dan aku harap korang pun sama. Kerana itu, kita perlu penuhkan stadium dan berikan sokongan kepada Harimau Malaya. Singapura perlu ditumpaskan. Rakyat Malaysia, ayuh, pinjamkan semangatmu untuk Harimau Malaya!

Sunday, November 11, 2012

Media, Malaysia dan AFF Suzuki

Tinggal 14 hari lagi untuk Malaysia menghadapi Singapura dalam perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2012. Jika melihat trend ketika Euro 2012 dan Piala Dunia 2010, sepatutnya media sudah mula mempromosi pertandingan ini. Namun, ia tidak berlaku. Jika semasa Euro 2012 yang lepas, media mula countdown beberapa bulan sebelum pertandingan bermula. Tetapi untuk Piala AFF Suzuki yang bakal disertai oleh Malaysia yang merupakan TUAN RUMAH, promosinya suram. Tiada promosi di TV, corong radio mahupun akhbar tempatan. Semasa World Cup dan Euro, stesen TV telah mula menayangkan program khas untuk merancakkan suasana, akhbar menyediakan sisipan khas untuk memberikan info mengenai pertandingan, pasukan, venue dan pemain yang bakal merancakkan Kejohanan.

Sayangnya, untuk kejohanan di mana kita TUAN RUMAH dan juga JUARA BERTAHAN, tiada promosi besar-besaran dilakukan. Ini sama seperti ketika Liga Super sedang berlangsung. Local football sentiasa dianak tirikan. Di saat kita sedang melakukan persiapan untuk mempertahan piala yang kita menang pada tahun 2010, media Malaysia lebih berminat dengan berita picisan dan gossip murahan seperti bila Nazmi Faiz ingin mengambil SPM, Khairul Fahmi bakal kahwin dengan Leuniy dan bukan cuba menaikkan semangat penyokong dan cuba menarik minat mereka ke stadium. 

Persoalan ini sudah ramai yang suarakan. Ramai yang menyokong, tapi ada juga yang mengatakan, tidak perlu risau kerana rakyat Malaysi pasti akan turun. Contoh paling mudah bagi aku adalah Piala Asia 2007. Kejohanan itu suram dari promosi media dan dapat dilihat, walaupun kita tuan rumah, tapi stadium kosong. Promosi media ini perlu untuk menyemarakkan suasana. Sebagai contoh, lihat bagaimana media hype kan game Malaysia vs Singapura tahun lepas. Stadium Bukit Jalil ketika itu padat malah jumlah kehadiran sebenarnya lebih dari kapasiti sebenar stadium. Sama juga ketika tahun 2010, ketika kita menang Piala AFF Suzuki. Promosi perlawanan peringkat kumpulan sangat suram sehingga ada yang bertanya kepada aku, "Malaysia tengah friendly ke ni?" dan 'Eh? Ada game Malaysia ke?". Perbezaan dapat dilihat apabila kita mara ke separuh akhir di mana media mula promote dan menarik orang ramai ke stadium. Persoalannya, adakah kita perlu tunggu untuk Malaysia mara ke separuh akhir baru media mahu mempromosikan Piala AFF Suzuki dan pasukan Malaysia yang bertanding ini?

Diharap perkara ini akan berubah dalam tempoh seminggu dua ini. Kita sebagai juara bertahan dan tuan rumah perlu merancakkan pertandingan ini dan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia untuk turun ke stadium. Media sebagai alat propaganda paling berkesan perlu mula menyebarkan dakyah bola ke dalam hati dan sanubari rakyat Malaysia. 

Thursday, November 1, 2012

Kenapa kita Perlukan Big Name Signings dalam Liga Malaysia?


Tamatnya Liga Super tak bermakna kemeriahannya tamat di situ. Ini satu perkembangan baru dalam bola sepak Malaysia. Sebelum ini berita mengenai perpindahan pemain dalam Liga Malaysia dipandang sepi. Kadang-kadang ada yang pergi stadium pun tak tau siapa main untuk team sendiri. Itu untuk yang rajin turun stadium, yang turun mamak je apatah lagi. Kalau transfer kelab Eropah konfirm hafal, siap dengan harga, kelab lama, posisi, statistik semua. Transfer liga tempatan? Haram tak tau.

Tapi sekarang dah lain. Sejak banyak pasukan dah mula berduit, perpindahan pemain dalam Liga Malaysia dah mula menjadi topik perbualan di media sosial. Kat twitter sebagai contohnya, berita perpindahan pemain dalam negara antara topik yang sering dibualkan. Sebelum ni kita ada Pahang yang pernah digelar Real Madrid Malaysia, lepas tu Kelantan, season lepas ATM dan season akan datang Johor. ATM sebelum ni digelar Man City Malaysia, sekarang Johor pulak. Berapa banyak Manchester City Malaysia aku pun tak tau.



Kalau dulu, perpindahan pemain sekadar untuk meningkatkan prestasi skuad atau untuk menggantikan pemain yang berpindah, sekarang lain. Sekarang setiap pasukan, terutama pasukan yang baru nak naik, menggunakan perpindahan pemain sebagai Marketing Tool. Benda ni dah lama dah buat dekat Eropah. Kita ambik contoh perpindahan David Beckham dari Manchester United ke Real Madrid dulu. Real Madrid dah ada Luis Figo, Santiago Solari, Guti, Zidane dan ramai lagi di bahagian midfield, tapi mereka mengambil David Beckham kerana brand Beckham itu yang luas terutamanya di Asia. Ini secara tidak langsung meningkatkan keuntungan mereka. Selain itu, perpindahan Alessandro Del Piero ke Sydney FC. Tidak dinafikan Del Piero merupakan pemain yang hebat, tapi apa yang boleh dilakukan oleh seorang pemain yang sudah berusia secara berseorangan untuk meningkatkan prestasi pasukan di atas padang? Auranya mungkin, tapi itu pun tidak cukup. Jadi, boleh dilihat perpindahan itu adalah untuk meningkatkan populariti kelab dan meningkatkan jualan jersi. Sekarang boleh dilihat semakin ramai peminat turun ke stadium untuk menyokong Sydney FC.



Paling terkini adalah berita perpindahan pemain ke Johor. Banyak nama besar sudah mula menyertai Johor. Antaranya pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha serta Azmi Muslim dari ATM. Kemungkinan besar mereka akan disertai oleh Safiq Rahim, Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha. Kita ingatkan, itu dah dikira transfer yang besar, sekali keluar pula berita mengenai Daniel Guiza, bekas pemain skuad Juara Eropah, Sepanyol pada tahun 2008 dilamar oleh Johor. Ini berlainan dengan berita perpindahan Bosko Balaban tahun lepas, kerana Daniel Guiza masih belum aktif bermain di Primera Liga dan merupakan pemain dalam skuad Juara Eropah 2008, so, namanya masih lagi hangat dalam fikiran peminat bola sepak tempatan.

Transfer rumours ini penting untuk menimbulkan minat di kalangan peminat bola sepak tempatan untuk mengetahui lebih banyak mengenai pasukan mereka. Tapi setiap pasukan tidak boleh mengharap kepada sekadar big name signings untuk menarik minat penyokong. Perlu ada usaha berterusan. Sebagai contoh, kelab Eropah saban tahun mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara untuk mendekati peminat mereka. Jadi, apa yang pasukan tempatan boleh buat adalah melawat setiap daerah(jika boleh) dan adakan aktiviti atau perlawanan persahabatan supaya peminat dapat berinteraksi dengan pemain dan pasukan. Perlu ditanam perasaan kekitaan ke dalam setiap penyokong yang ada. Biar mereka rasa sayang dan rasa mereka sebahagian dari pasukan. Kerana itu penyokong digelar Pemain ke-12. Bagaimana mereka ingin jadi Pemain Ke-12 jika mereka tidak merasakan diri mereka sebahagian dari pasukan? Selangor, Kelantan dan Sabar pernah buat. Ya, mungkin kualiti pasukan yang ditentang dalam perlawanan persahabatan mungkin tak hebat, tapi impaknya untuk menarik minat penyokong itu sangat besar.

Selain itu, perlunya interaksi berterusan di antara penyokong dan kelab. Di sini penggunaan media sosial diperlukan. Dengan menggunakan media sosial seperti facebook dan Twitter, kelab mampu berinteraksi dengan peminat dan memberikan maklumat kepada mereka mengenai pasukan mereka. Mungkin ada yang merasakan cukup sekadar ada laman web, tapi laman web hanyalah satu platform menyebarkan maklumat dan tidak bersifat dua hala. Penyokong kadang kala mahukan jawapan dan penerangan dari pemain atau kelab, di sinilah laman sosial lebih efektif dari laman web biasa.

Diharapkan sokongan dan minat mengenai bola sepak Malaysia ini tidak tamat sekadar dengan berita perpindahan pemain sahaja. Semoga ia mampu diterjemahkan dalam bentuk kehadiran ke stadium. Bagus sekali jika season depan kita mampu melihat hampir semua stadium dipenuhi oleh manusia dan bukan sekadar kerusi kosong. Mungkin ia mampu menjadi realiti jika hype ini diteruskan. Mungkin.