Showing posts with label Manchester United hebat. Show all posts
Showing posts with label Manchester United hebat. Show all posts

Monday, May 9, 2011

19 dan 9


Dulu, ada sebuah kelab tu kemain berlagak lagi. Berlagak nak mampus. Setakat 18 kejuaraan zaman belum ada EPL bolehlah nak berlagak ye dak? Sekarang dah 18 dan sudah semakin menghampiri 19. Sekarang nak kira macam mana ni? Dah loser dan fool tu terima ajelah, ye dak?ye dak? kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah (19 kali ni)


Sementara itu, lain pula ceritanya dengan abam 50 juta kita.......





"OK, OK, M.U hebat, M.U hebat, aku mengaku. Korang jangan kacau bini aku sudah. Glory Glory M.U!!!"

Thursday, May 5, 2011

Kami Manchester United Yang Famous dan Hebat Ke Wembley

"Dengan Arsenal saja-saja kalah, tak boleh??"

Fikirkan main bertahan saja, rupanya sampai empat gol disumbatnya. Jenis tak beragak-agak budak-budak Manchester ni. Tak respek langsung kat Raul Gonzalez. Puiiiih....

Apa pun, Manchester United melangkah ke final Champions League pada 28 Mei ini di Wembley. Ya, Manchester United yang famous lagi hebat ke Wembley. Wembley ni dah boleh kata port wajib tiap-tiap tahun bagi M.U. Tak pergi untuk FA, pergi untuk Carling Cup. Bab piala tak usah nak tanya la, dah boleh pindah ke gudang dah kalau nak simpan piala. Bukan macam ada satu kelab tu, dah bermusim tak menang piala. Tak habis-habis dengan propaganda "this is our season". Puihhhh lagi.

M.U akan bertemu kelab dari Sepanyol, Barcelona yang pernah mengecewakan M.U di final Champions League 2008/2009. Barca memang susah, memang hebat, memang liat. Tapi, ini M.U, mana mungkin pisang berbuah dua kali kan?

Glory Glory!!!!!!

Thursday, April 7, 2011

Chelsea FC 0 Manchester United 1- Manchester United ada away goal ye.


"Hebat tak gua Chicha, sebijik pun janji ada away goal, ye dak,"


"Muka lu memang macam Shrek tapi lu tetap hebat brader Roo, lu memang King lah "

Thursday, February 3, 2011

Tribute to Gary Neville.



Gary Neville is a Red,is a Red,is a Red
Gary Neville is a Red,
He hates Scousers!


(pfft!Rooney tu Scouse apa lancau pulak?LOL fan MU!)

Berita insan paling dibenci di Anfield Road ini bersara sudah diumumkan pagi tadi.Belum reda cerita Ephiliates of Trachis is Fernando Torres pengkhianat bangsa Scouse,cerita watak pembenci utama Scouse bersara pula menjadi cerita EPL.

Sebagai BEKAS penyokong Manchester United,saya kenal sangat watak si Gary Neville.Dia dan adiknya Phil adalah gandingan adik beradik mantap - semantap Brian dan Michael Laudrup dari Denmark.Gary Nevillelah yang membawa imej Manc sejati sejajar dengan jati diri seorang yang lahir di Bury Manchester.

Semasa beliau dilantik menjadi el kapitan ada juga ramai fan-fan Manchester United terutamanya yang tak tau kedai Banger and Mash Lou Macari kat mana tapi cerita koya pasal Manchester United sangat lebat.Saya merasakan watak Gary Neville ini adalah typical Manc yang saya kenal.Kerana itu Gary Neville dipilih sebagai el kapitan menggantikan Roy Keane.

Gary Neville bukanlah satu imej tokoh captain yang hebat macam Roy Keane atau lebih ekstrem Eric Cantona,dan dia ni takdelah pintar sangat macam Gary haiwan belaan Spongebob,tapi kerana keManchesteriannya itulah menjadikan beliau dihormati di Old Trafford.Kadang-kadang dia ada gak buat lawak bodoh(macam cium badge depan fan Liverpool tapi badge kat tempat lain) atau kadang-kadang nampak cool bila tunjuk jari tengah ke Carlos Tevez.Tetapi itulah sifat Manc yang sejati - cakap lepas.Tengok sahajalah Noel Gallagher - selamba adab kutuk Ryan Giggs dalam konsert yang takde kait mengait dengan bolasepak pun,atau memanggil vocalist Blur Damon Albarn penghidap HIV.

Saya follow Manchester United sejak Bryan Robson menjadi captain.Kemudian Eric Cantona.Kemudian Roy Keane.Dan kemudian Gary Neville.Kini - selepas mengaku murtad dari Manchester United dan bersikap afootballclub(non partisan),melihat penggantinya Nemanja Vidic dengan sikap no-nonsense especially dalam defensive,menampakkan prospek kekuatan Manchester United.Dan diambang diktator-diktator sedang digulingkan di Timur Tengah,Alex Ferguson perlu berusaha keras bagi memastikan diktatorshipnya selama 25 tahun tidak digulingkan dengan revolusi seperti di Tunisia dan rusuhan di Mesir.Dia perlu gembirakan peminat-peminat Manchester United.