Tuesday, February 8, 2011

Safee ke Pelita Jaya

PENDEKAR GUNUNG PARANG!

"Kami udah main bagus tapi nggak ada yang bisa mencetak gol, kami butuhkan penyerang", ujar pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Pelita Jaya ketika diminta mengulas perpindahan Safee Sali dari Selangor ke Pelita Jaya.

Memang sekali dengar nama kelab bola Pelita Jaya ni pesen tak boleh pergi jauh, ala-ala kelab Melodi Jaya dari Johor pun ada. Tapi jangan buat gila, nama besar 70-80an Mario Kempes dengan Roger Milla pernah main kat sana, kemain lagi! Harap-harap Safee boleh jadi legend macam Kempes jugak nanti, jangan kempis pancit sudah.

Kelab yang turut diperkuatkan oleh 4 pemain import lain (2 orang Jepun, 1 Argentina dan 1 Mali) ni dah 125 tahun wujud di muka bumi, hebat sungguh bunyi dia. Tapi setakat hari ni, Pelita Jaya belum pernah menang gelaran liga, ok, dah tak hebat kan bunyi dia? Selepas 13 game, Pelita Jaya menang 3 kali, seri sekali dan kalah 9 kali, ok, makin tak hebat bunyi dia. Dalam 13 game tu, Pelita Jaya score 13 biji dan bolos 19 biji, pun tak berapa sedap bunyi dia. Dan lagi buat tak sedap, Pelita Jaya sekarang ni adalah team tercorot Liga Indonesia di tangga ke 15, makin tak hebat kan bunyi dia? Sabar..sabar.

Ok, tak payah kesah sangat corot ke tak corot, cerita dia Safee sahih pergi Pelita Jaya, bukan pergi pekena nasi kandar Pelita kat sana, tapi pergi main bola. Leaks yang kami dapat, Nasi Kandar Pelita tiada kaitan dengan Pelita Jaya FC, malah tiada langsung restoran nasi kandar tersebut yang dibuka di sana. Jadi harap-harap tak ada peminat yang menuduh Safee pergi ke Pelita Jaya kerana dipengaruhi faktor nasi kandar, desas-desus tersebut adalah tak betul dan tak logik sama sekali.

Tiada kaitan sama sekali dengan Pelita Jaya.

Di sana beliau bakal menyarung jersi bernombor 10. Dari sudut posotif, liga Indonesia lebih kompetetif dengan adanya pemain import. Dari situ Safee boleh banyak belajar daripada mereka samada daripada pemain Pelita Jaya sendiri atau pemain import pasukan lawan. Dulu pun masa zaman semi-pro bola sepak Malaysia, pemain kita main sedap-sedap tak banyak sikit sebab banyak bergasak dengan pemain import dalam liga Malaysia sendiri. Sebut Alistair Edwards, Abbas Saad, John Hunter, Olubunmi Adigun, John Janostak, Alan Davidson, Scott Ollerenshaw dan bla bla bla ramai lagi yang gua ingat sampai sekarang, siapa tak kenal? Sebab mereka juga lahirnya ramai pemain tempatan handal-handal masa tu hasil saingan dan tunjuk ajar, skil dan pengalaman yang dicedok daripada pemain import.

Hujung minggu ini, Selangor lawan KL, ramai-ramailah penyokong Selangor dan peminat Safee pergi beri sokongan. Jangan bakar jersi Pelita Jaya yang ada nama Safee Sali sudah. Itu pesen orang tak boleh terima kenyataan, pesen tak berterima kasih dan tak matang. Oh lupa, itu pesen penyokong Liverpool, jangan ikut, tak molek.
 Semoga semuanya bagus-bagus untuk lu Safee! 
Khabarnya gaji beliau di Pelita Jaya nanti cecah ribuan juta, gila babi tau!

17 comments:

Nik Saiful Anuar said...

juta2 la gaji die kn kn kn?? hahaha

g0rg0nz said...

bukan setakat juta2,puluhan juta gitu.. tapi semoga berjaya.. wah baju brand lotto.. teringat jersey lama selangor.. hoho

i'msosupernotcool said...

kite bile nk import?
bile?

demmyu la famville!

Alaq Betataq said...

125 tahun?
yg aku nampak klab ni lahir tahun 1986
ahahx

Linglung said...

125 tahun tu sekadar gimik..jangan beria percaya.kahkahkah!

aSr1 said...

pelita jaya pernah ada piala la..1989,1990 n 1994..tak ingat apa dier mng time tu.

Linglung said...

aSr1 - post ni merujuk kepada Liga Indonesia yg ditubuhkan pada 1994.

PELAUNG PULAU said...

ade tak fan selangor bakar jersi safee sali?

kahkah

ahmadon the don said...

supersafee..nama gelaran ni boleh celen supermokh tak?

Syafiq Joe said...

"Khabarnya gaji beliau di Pelita Jaya nanti cecah ribuan juta, gila babi tau!"

kompem la bro.. hahahaha

mdfaizal said...

Aku hangin sket dgn komen Ketua MSN, ada ke dia kata Safee mungkin tak dapat bnyk manfaat pegi liga indon?

dia cuba sama tarafkn liga indon tu dgn timnas indon. apa dia ingt dua prkara ni benda sama ke? mcm EPL canggeh hebat gak, tp pasukan england tak hebat mana pon!!!

aku da ulas kt blog aku. Safee ke Pelita Jaya - Aku bantah kenyataan Ketua Pengarah MSN

Ariffin Janal said...

ribuan juta rupiah ke? okay letteww

Hidup Sihat said...

http://www.pelitajayafc.net/

keli said...

Cayala safee...
Nnt kalo balik malaysia kompem dpt cewek indon muke ala2 cut tari...mantop.

Tengku Sidek said...

mdFaizal..sukan dipolitikkan..biaselah..politics is s**k!..dia bukan tau pasal bola2 ni..tau duit masuk poket jer..dah tak de benda lain nak ulas..kecoh btol..byk lagi isu boleh cter..hmmm

mdfaizal said...

Tengku Sidek.. tula pasal, sepatutnya dia as MSN pnye bos, jgn la bg knyataan yg negatif..

LoStGuErReRoZzZ... said...

Go Safee!!!

Mengarut la zolkeples tu... caples kepala baru tau...

Go KL!!!