Tuesday, January 31, 2012

Selamat Ulang Tahun Yang Pertama!




Hari ini genaplah setahun Torres berada di Chelsea!
Dengan rekod jaringan sebanyak 5 gol dalam 43 penampilan, ianya sesuatu yang perlu dibanggakan oleh penyerang yang bernilai 50 juta Pound ini! *tumbuk perut sendiri.
Tahniah! *tumbuk muka sendiri.

Sunday, January 29, 2012

Salam Dua Satu


"Gua jumpa budak yang buat benda ni, gua tampar, gua ludah muka dia, kurang hajar punya budak! PUIHHH!" - Deus, Top-top Menyu.

Saturday, January 28, 2012

Kami Yang Berjiwa Rakyat



Adakah anda mahu menyokong parti yang bersama-sama kapitalis yang menindas?



Atau parti yang bersama-sama dengan rakyat?



Diktator yang memerintah selama 25 tahun?



Atau raja yang disayangi rakyat jelata?

Usah banyak bicara, dengan Parti Liverpool Malaysia - anda tidak akan berjalan berseorangan.



Daulat Tuanku Raja Kenny!

Thursday, January 26, 2012

Road To Wembley Dari Liverpool



Road to Wembley. Semakin hampir untuk menuju ke sana. 1978 kami menjulang Piala Telinga Besar di sana - di London Utara kami menjulang piala telinga besar ini - nak harapkan wakil London terutama di utara - tak payahlah.

Saya ingin menegaskan bahawa retorik dalam Road to Wembley untuk Liverpool tidaklah sekuat Road to Putrajaya Pakatan Rakyat, ini kerana di atas berkat pemerintahan Tuanku Al-Sultan Raja Kenny yang adil lagi bijaksana, telah membawa kejayaan bagi pasukan ini ke mercu jaya. Walaupun Carling Cup sesetengah orang dipandang lekeh dan hina, tetapi tidak mengapalah, perlahan-lahan, sikit-sikit lama-lama jadi power.

Dibawah pentadbiran Datuk Seri Steven bin Gerrard, 1Liverpool telahpun berjaya direalisasikan. Dan saya yakin dengan pencapaian ini, walaupun agak kecil, akan mampu memberi keyakinan kepada parti kami Parti Liverpool Malaysia akan menerima sokongan dari rakyat jelata.

Kami tidak memerlukan retorik seperti "anak Melayu anak saya anak Cina anak saya anak India anak saya" untuk membuktikan perpaduan kami, kami hanya cuma perlu kata "anda tidak akan berjalan keseorangan". Dan dibawah naungan Tuanku Raja Kenny, saya yakin, dalam masa akan datang, bila jersi pasukan kita akan ditukar kepada Warrior, atau bahasa Melayunya ialah Panglima - pasukan kita akan jadi gagah macam Panglima. Dan masa itu kita akan ludahkan kepada semua pembenci pasukan keramat kita.

Ayuh, kita laungkan, 1Liverpool untuk semua.



Undilah Parti Liverpool Malaysia. Anda tidak akan berjalan berseorangan.

Monday, January 23, 2012

Luahan Hati Henry


"Emmm... sejak saya berada di Arsenal, lepas tu keluar Arsenal dan datang balik Arsenal, Manchester United lah ancaman terbesar Arsenal. Sungguh power pasukan itu. Saya kecewa Alex Ferguson tak berminat dengan saya,"



"Aduhhhhh!!! Kalah lagi dengan Manchester United? Emmm... kiranya aggregate 3-10 la ni. Kodi nyeewww.. Tempat sendiri pun kalah? Emmm....,"



"Emmm... Arsenal ni memang tak ada masa depan lah. Patut pun Nasri, Clichy dan Fabregas blah,"




Itulah antara luahan hati Thierry Henry selepas menonton perlawanan Arsenal-Manchester United awal pagi tadi. 




______________________________________________

Selamat Tahun Baru Cina daripada kami, SokerLeaks!

Wednesday, January 18, 2012

AH SIBUK PLAK DENGAN NEGERI GUA

Admin yang naik entri dekat bawah ni sibuk betul nak membahan team paling power dekat Malaysia ni. Padahal dia la mewakili kem Johor FC yang kalah dengan Kelantan malam tadi. Tak malunyewwww.....


Hai Aqram, Mau Ray Ban gua?

Mawi 1 Selangor 0


"World"


Inilah rahsia sebenar kemenangan Felda malam tadi.

KAHKAHKAH. Sayur sayurr!

Saturday, January 14, 2012

Jawapan kepada soalan "Kenapa KL main home di Melaka?"

Gambar dicedok dari twitter KLUltras. Double thumbs up to KLUtras. Banner yg mereka hasilkan ini sedikit sebanyak dapat menaikkan kembali spirit peminat KL yg dah lama merindui zaman kegemilangan Skuad IbuKota semasa dibawah tampuk kepimpinan Tan Sri Elyas Omar .

Kembali ke tujuan asal iaitu menjawab soalan encik Nami. Selaku penyokong Kuala Lumpur, saya merasakan soalan Nami mengenai hal Kuala Lumpur bermain di luar KL iaitu Melaka sebagai home ground adalah sangat-sangat mudah.

Kita sudah tahu Stadium KLFA di Cheras itu sedang menjalani pembaikpulihan.Nami ada bertanya kenapa tidak bermain di Stadium Merdeka? Ah, Nami. Takkan awak tak tahu, kata ikot perkembangan semasa tanah air. Stadium Merdeka sekarang dah jadi port orang buat konsert. Padang situ pon memang nampak gaya tak menepati kriteria dan piawaian FAM. Nak buat kat Bukit Jalil, saya rasa kami tak se-desperate Selangor yg sanggup merosakkan stadium sendiri semata-mata nak main kat Bukit Jalil. Ye la, dah berapa tahun Selangor tak dapat merasa main BJ ye dak? Kekeke.

Anyway, KL tak main SNBJ ada sebabnya. FAM tetapkan cuma 2 team sahaja yang boleh gunakan satu-satu stadium sebagai gelenggang 'home'. Selangor dah booking awal, begitu juga Harimau Muda B. Jadi kena la cari stadium lain. Sebab itu juga lah KL tak main di stadium berhampiran seperti Stadium Selayang dan Stadium MBPJ.

Ada 3 sebab kenapa Kuala Lumpur bermain di Melaka. Pertama, Kuala Lumpur merupakan satu-satunya pasukan di Malaysia yang mempunyai fan base dan cawangan di setiap negeri. Beberapa minggu sebelum kempen Liga Super bermula, terdapat permintaan dari kelompok penyokong KL yang berada di Melaka untuk menjadikan Stadium Hang jebat sebagai gelanggang home. Jadi, untuk menghormati permintaan tersebut, KLFA bersetuju. Lagi pon sebelum ini KL memang pernah main kat Melaka pon.

Sebab yg kedua, Melaka merupakan tanah jajahan Kuala Lumpur. Melaka mula dijajah Kuala Lumpur selepas era pemerintahan British di Tanah Melayu. Setiap tahun, Melaka perlu membayar wang pitis kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur sehinggalah pada tahun 2012, Kuala Lumpur memansuhkan pembayaran wang pitis tersebut namun Melaka perlu membenarkan KL menggunakan stadium mereka. Ini merupakan sebahagian pengkolonian dalam bolasepak.

Sebab yg terakhir adalah Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Ali Rustam pernah membesar di Flat Sri Melaka yg terletak di Cheras. Pengalaman membesar di kawasan tersebut telah mengajar beliau erti kehidupan sebenar dalam mendewasakan diri ini mengharungi liku-liku dan pancaroba sehingga membantu beliau diangkat sebagai Ketua Menteri Melaka. Untuk membalas jasa yg tak terhingga Flat Seri Melaka, beliau telah memberikan hak istimewa kepada KLFA untuk menggunakan Stadium Hang Jebat.


Jadi saya berharap jawapan-jawapan yg diberikan berjaya memuaskan hati saudara Nami. Cuma satu je saya nak tanya kepada Encik Nami. Ye la, ko tanya aku boleh, takkan aku tanya ko tak boleh?

Soalannya, En.Nami ni orang Johor kan? Tapi sokong Selangor? Hrmm tak pe lah saya dah tahu dah jawapannya. Google translate "Kemuliaan Pemburu" untuk mengetahui jawapannya. Kikiki.

Saya Ingin Mengajukan Soalan Kepada Abang Berto.



Saya buka jadual bolasepak hari ini. Saya melihat Selangor bermain dengan Perak di Bukit Jalil pada hari esok. Dan Kuala Lumpur akan bertemu T-Team di Ayer Keroh, Melaka.

Saya berfikir seketika, apa jauh benar nak pergi sampai Melaka?

Saya terfikir juga, well - mungkin sebab Selangor dah gunakan SNBJ yang memang berada di kawasan Kuala Lumpur. Tapi soalan ini juga saya telah ajukan kepada SNBJ juga - kenapa tidak berikan kepada pasukan ibukota yang memang sepatutnya home disitu? Kenapa harus diberikan kepada pasukan Selangor?

"Takde market la KLFA bro" - tu mungkin jawapan yang tepat. Yelah kan, berapa kerat je orang KL nak tengok bola.

Saya fikir juga, kenapa KLFA tak gunakan Stadium Merdeka sebagai home? Kalau ini berlaku maka fan-fan KL seperti Berto, Van Kordi dan @m_hafifi lebih mudah untuk ke stadium. Stesen monorel Maharajalela pun sebelah je.

"Stadium Merdeka dekat-dekat dengan Pavi la bro, mana boleh. Bukankah Pavi itu adalah mecca bagi golongan yang gemarkan shuffle? Shuffle dengan budak KL tak boleh dipisahkan - umpama parkour dengan budak Paris. Kau harus tahu yang shuffle ini culture KL. Ini tradisi yang harus dipertahankan!"

Kenapa sampai Melaka? Apakah ini tidak membebankan fan-fan KL seperti Berto sendiri yang merupakan student UiTM? Takkan nak habiskan duit PTPTN dengan ulang-alik pergi Melaka? Apa gila?

Apapun saya mengharapkan fan KL tidak samakan monorel KL dengan monorel Melaka. Jenuh nanti.

Tuesday, January 10, 2012

Thierry Henry 1 - 0 Leeds United




Bukan sahaja memasuki padang dengan gaya yang power, Thierry Henry juga bermain bola secara power, menjaringkan sebijik gol yang power dan meraikannya dengan power.

Pada masa yang sama..




"Woi Mark Hughes, engko taknak main untuk Menyu semula ke?"

Friday, January 6, 2012

2011 Dan Bola Sepak

Malaysia memulakan langkahan dengan gaya padu menyandang gelaran selaku Pasukan Paling Power Asia Tenggara dengan menjulang Piala Suzuki AFF menewaskan negara jiran yang amat kita sayangi, Indonesia. Ini berlaku lepas 14 tahun kita mengelamun dan melopong macam bangang. Last-last ada juga benda yang boleh dibuat bersorak dan jadi bahan sembang di warong kopi juga kedai mamak. Gua ingat lagi momen bulu-bulu roma meremang setiap kali 3 gol masuk menerjah gawang Indon ketika Harimau Malaya mengaum garang di Bukit Jalil. Momen di mana gua dan manusia bekulit harimau yang lain bersorak dan bertempik sampai hendak tercabut anaknya tekak. Kita menang 3-0 yang kemudiannya berkesudahan dengan agregat 4-3 selepas perlawanan timbal balik di Gelora Bung Karno yang menjadi lubuk buat Harimau Malaya kita. Dulu Harimau Malaya ni elok saja kita panggil Harimau Pondan jika dirujuk kepada cara permainan dan daya melawan, tapi sekarang baru nampak gaya-gaya rimau tu dah mula ada.

Sejurus itu, Subahan Kamal bersuara, "Ini baru permulaan je. Kita sebenarnya punya sasaran untuk membentuk sebuah pasukan yang benar-benar mantap dalam masa 3-4 tahun lagi. Kita akan cuba takluk kembali Asia seperti dulu-dulu.."

Ingat lagi? Bagus.


Dulu time main macam taik, syarikat kecik ke besar ke syarikat anak-beranak ke semuanya tak ada minat hendak menaja Liga Malaysia. Itu perkara biasa. Bila liga tidak power dan tidak menghidangkan aksi-aksi yang wow dan menyengat, maka tidak akan ada penonton yang mahu membuang duit sesuka hati pergi ke stadium. Jadinya stadium sunyi sepi. Yang ada hanya 2-3 orang yang duduk memaki hamun sesedap rasa. Bila ini berlaku, apa guna membuat tajaan? Siapa yang nak tengok brand kita? Siapa yang peduli dengan syarikat kita? Apa yang kita dapat? Ya, yang kita dapat jika kita syarikat yang menaja hanyalah haram jadah.

Namun, lepas dah jadi cempien Asia Tenggara, barulah ada 2-3 syarikat gergasi negara terkedek-kedek tampil memberikan tajaan. Astro menghulurkan tajaan bernilai RM120 juta setahun. Sebagai pulangan, Astro mendapat hak penyiaran sesuka hati mereka. RM100 juta kemudiannya diperuntukkan untuk pembangunan dan publisiti liga manakala selebihnya digunakan untuk dana Liga Super. Maxis juga masuk line sekali.

Baguslah.

Ini perkembangan baik yang berlaku pada tahun 2011.


Kehebatan Safee Sali membawa Harimau Malaya menjulang Piala Suzuki AFF tidak dilepas pandang oleh kelab-kelab dalam mahupun luar negara. Mana tidaknya, penjaring terbanyak kejohanan tuuuu bro! Berbadan tegap sedap-sedap main bola, berkelajuan kuda yang digeruni, berkemampuan menggelecek sikit-sikit dan yang paling power, dia punya penyudah! Finishing Safee Sali diakui berkelas tinggi dan antara yang paling berbisa di Asia Tenggara. Sudahnya SS berkelana menyarung jersi Pelita Jaya FC dengan gaji sebulan yang boleh tahan lebat iaitu lebih RM30 ribu. Pehh! Hari-hari makan ciken chop la gamaknya engko Super Safee.


Kelab lejen Argentina, River Plate turun divisyen selepas lebih 100 tahun bermain dan mengancam di liga paling pro Argentina. Kes macam Pahang Real Madrid Malaysia la ni gayanya, dulu cempien, sekarang sampah sarap!


Sana burung sini burung. Atas burung bawah burung. tepi burung kanan pun burung. Depan dan belakang di mananya burung? Ya, burung di kaki pemain bola. Seekor burung disepak oleh pemain bola yang kurang akal cerdas. Kerja pemain bola sepatutnya sepak bola tapi ini dah masuk lain punya level. Apa hendak jadi dengan manusia bernama Luis Moreno ni yek? Itulah bak kata gua, bolasepak dengan kejahatan dan kecurangan tak dapat di pisahkan? Curang? Hmmmm..


Tangkap bola power! Tangkap makwe pun power! Hebak mu ni awe!

Apek sememangnya satu fenomena baru dalam bola sepak Malaysia. Kehebatannya memang sedap mata memandang dan lega hati berasa setiap kali dia beraksi mempertahankan gawang negara daripada dibolosi musuh durjana. Peluang gua menginterbiu Apek setahun yang lalu memang ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Bagai anjing dengan bayang-bayang. Apapun, seplayboy mana pun Apek ni, dia tetap menjalankan tugas dan amanahnya sebagai kiper Malaysia dengan persembahan yang 1st class. Jadi Apek, ikok mung la nok main tino berapo rama pun. Loh gi.


Selalunya lembu dilanggar oleh kenderaan yang dipandu manusia, tapi kali ini akibat kecuaian Sergio Ramos yang eksaited hendak mampus selepas menang Piala Raja Sepanyol, piala itu dilenyek oleh bas. Tragis hendak mampus!


Manusia Shrek ini pergi menanam rambut di pertengahan 2011. Hasilnya memang memuaskan hati Rooney. Lepas ni boleh la pemain yang kacak sedikit ni kaler rambut jadi purple pulak. Baru silau mata kiper lawan. Kikiki. Ada duit semua boleh buat, ye dak? Setakat Yun Nam Hair Care tu dengan kedai-kedai sekali dia boleh bayar.


Amboi! Untung hendak mampus jadi pemain bola sepak Malaysia sekarang ni yek? Rozita Che Wan tu mak! Kalau time zaman gelap bola sepak Malaysia dulu memang haram jadah. Makcik cleaner berketurunan Bangladeshi pun tidak ingin bila diorat oleh pemain bola Malaysia ni. "Puuuii!" kata makcik itu.


Awak kenal 2 orang monyet dalam gambar di atas? Haa! Cuba teka. Ya! tepat sekali tekaan awak itu. 2 makhluk Allah berjersi biru di atas adalah manusia ciptaan tuhan yang punya kebolehan luar biasa untuk mewakili puluhan juta rakyat Malaysia menyarung jersi negara menentang musuh ketat yang powernya hanya bersandarkan kepada warga asing yang diberikan kerakyatan, Singapura. 2 insan power di atas bukanlah monyet seperti yang ditweet oleh bini kapten Singapura, tetapi manusia.

"2 MONKEYS IN THE PITCH!!!! BICYCLE KICK KONON!!! BOOOOOOOOO."

Booooo mok hang!


Selamat bersara sang lejen. Lincah mamat ini tidak usah diceritakan lagi. Jikalau diceritakan maka 7 purnama sekalipun ia tidak akan habis. Jadi tak payahlah, semua orang pun tahu. Si lejen ni menyumbang keringat terakhir buat negaranya dalam bidang bola sepak profesional ketika menentang Romania. Babai abam jongang! We gonna miss you...aaaaaaaaa lottt!


Sebuah harapan untuk masa depan. Dialah Kaka Malaysia! 

***Apa lagi yek? Bak datang la share share sikit.


Ronaldo Ke Messi Lagi Power?

SIAPA LAGI POWER NI?

Budak pendek tetapi power hendak mampus, Lionel Andres Messi siapa tak kenal tu boleh dikira tak pernah tengok telebisyen ataupun belek surat khabar. Tak lojik langsung tau! Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro pun sama ceritanya. Kepoweran dia bermain bola ibaratnya sama dengan David Cooperfield bermain silap mata. Melopong mata mak-mak di depan telebisyen bila menengoknya. Pehh! Power tu.

Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo? Itu persoalan tentang kehebatan bermain bola. Orang tak tanya Lionel Messi dengan Cristiano Ronaldo siapa lebih pandai menanak nasi apatah lagi menari zapin? Kalau ada orang bertanya itu macam, bangang betul orang itu.

Jadinya, soal siapa lebih hebat antara 2 manusia femes dunia ini adalah satu perdebatan yang berpusing-pusing tang tu juga setiap tahun, sama juga untuk tahun 2011; Siapa lagi power? Ronaldo atau Messi? Messi atau Ronaldo? Tapi secara kira-kira kasarnya, dua-dua pun menang piala pada 2011. Dua-dua pun sumbat lebih separuh ratus gol. Dua-dua pun menang antara satu sama lain. Dan dua-dua pun sama-sama pergi dengan ego masing-masing. Jadi kita kupas aspek lain pula. Mari mengupas bersama. Mari..mari!


Tinggi: Ronaldo menang dengan jarak 76 sentimeter.

Umur: Ronaldo menang dengan beza 2 tahun.

Pasukan Profesional: Ronaldo menang lagi dengan kelebihan 2 pasukan. Ronaldo bermain dengan 3 pasukan berlainan dan berjaya kesemuanya; Sporting, Mengyu dan Real Madrid. Messi pula hanya berjaya dengan 1 pasukan saja.


Jumlah Gol: Ronaldo 20 gol, Messi 17 gol setakat hari ni di musim ini. Ronaldo 40 butir, Messi 31 butir musim lepas. Ronaldo menang lagi. Nampak tu putih mata Messi?

Ketinggian menyinsing stokin: Ronaldo semestinya.


Keappan bontot: Ronaldo up sikit daripada Messi. Tapi Messi punya pun boleh tahan juga tu gayanya.

Jumlah adik-beradik: Sama menang, 4.

Pandai bermain twitter: Ronaldo menang. Messi tidak reti.


Seksi: Ronaldo nampak seksi lagi tu dengan pemilihan spenda yang lebih mengancam. Messi pula nampak boring spendanya. Kaler putih pulak tu, kucing betina tengok pun tak selera. Euuuwww! Not ma taste!

Pandai bermain facebook: Ronaldo ada 38 juta fans. Leo Messi hanya 28 juta.

Pandai bermain alat muzik: Ronaldo pandai bermain seruling. Messi tidak pandai main apa-apa.


Kebolehan lain: Ronaldo pandai menjinakkan ikan lumba-lumba yang memang sedia jinak dan reti bergurau-senda dengan mereka. Messi mana reti. 

Pandai berparti: Ronaldo menang lagi.


Ronaldo cium kasut emas. Messi cium kasut but pun jadilah! Kekekeke!

Ha apa lagi? Hangpa tambah kuah le sikit.

Wednesday, January 4, 2012

KEMPEN BANTU MUHD ARIFF BIN ZULKIFLY


Di sini kami para pengulas Sokerleaks berpendapat dan bersependapat mahu bersama meringankan semangat anak muda kelahiran Ampang, Selangor yang bersemangat untuk menjalani ujian dengan Akademi Bola Sepak Ole di New Zealand.

Pencapaian
- Bekas kapten skuad bawah 17 tahun negara,
- Pernah mengetuai skuad Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) menjuarai Piala Presiden pada 2010,
- Pernah mewakili negara di Piala Nike di Old Trafford, England pada 2008

Kos untuk menjalani ujian selama enam bulan dan kos minimum lebih kurang RM14,000.

Jika sesiapa berminat untuk meringankan kewangan Muhd Ariff di sini kami sertakan no akaun CIMB Muhd Afiff

NAMA : Muhd Ariff Bin Zulkifly
BANK : CIMB BANK
NO AKAUN : 12840005342525

Mari bersama sama membantu membangunkan industri bola sepak Malaysia yang mula meningkat sedikit demi sedikit bersama sama kami. Kita jangan harapkan FAM sahaja, kita juga mampu mengubah "emosi" bola sepak kita.

Simpan Slip transfer duit tu, Siap siap frame, bila budak ni main dekat luar negara satu hari nanti, berbanggalah pada diri sendiri kerana anda telah menolong bakat yang ada pada Muhd Ariff ni.

Kadang kadang kami jahat. Tetapi kami juga baik hati.

Tuesday, January 3, 2012

GrafikLeaks: Lambang Team MSL

Hai. Selamat Tahun Baru. Musim MSL 2012 pon dah nak start, preview team-team tak kluor lagi. Tak pa, kali ni, gua up entri preview liga super yg unik sikit. Boring jugak asyik hadap senarai pemain, pencapain musim lepas, ramalan musim ini, semua tu klise sangat.

Sebelum tu gua dapat idea nak up entri ni dari infografik OnGoalScored ni (menceritakan info-info mengenai lambang kelab-kelab EPL). Jadi engko kena baca dulu infografik ni lepas tu baru baca infografik yg gua buat ni. Kalo diorang boleh buat untuk EPL, why not SokerLeaks buat untuk team Liga Super ye dak?

Tanpa membuang masa gua persembahkan infografik pertama SokerLeaks (yg dibuat menggunakan Paint, sori gua tak pandai grafik2 ni). Enjoisss!


*Cilaka, intro pon dah buruk*. Takpe, engkorang teruskan membaca.

Berikut adalah kesemua 14 pasukan dalam Liga Super 2012.



Kita mulakan dengan 'base' bagi setiap pasukan-pasukan ini.

BASE
Kebanyakan pasukan mempunyai 'base' yg berbentuk perisai. 

Perak, Sabah, Negeri Sembilan, Selangor dan PKNS antara yg menggunakan perisai sebagai base mereka.

Ada juga yg mempunyai base dengan bentuk-bentuk yg pelik.
JohorFC mempunyai base bulat, Kedah pula menggunakan Hendecagon iaitu polygon 11 sisi, Kelantan mempunyai base mirip dengan perisai manakal Felda berbentuk bulat.

Hanya dua pasukan yg tidak mempunyai base iaitu T-Team dan juga Singapura.

JATA

5 pasukan menggunakan jata negeri dalam lambang mereka; menunjukkan kuasa politik sememangnya ada dalam sesebuah pasukan di Malaysia ini.

Selangor, Sarawak, Kelantan (ambik sikit je la), Terengganu dan Kuala Lumpur (yg ini ada dalam logo DBKL)

BINATANG

4 buah pasukan menggunakan elemen haiwan untuk menambahkan garang pasukan mereka. 4 pasukan tersebut adalah Perak (Harimau), Sarawak (Burung Kenyalang), Kelantan (Kijang) dan Singapore (Singa).



TUMBUHAN

Ada jugak pasukan yg menggunakan elemen tumbuhan dalam lambang pasukan mereka.


HURUF

 Ada 2 pasukan yg bukan main malas lagi sebab guna huruf je dalam lambang pasukan mereka. Tak kreatif langsung. Ke ko nak jimat bajet?

Felda dan T-Team. Dua-dua pasukan kelab. Pemalas betul.

BULAN SABIT

Kelantan, Perak dan KL. Tanpa ragu-ragu lagi, ketiga-tiga negeri ini memang mempunyai imej dan nilai islamik yg tinggi. Negeri lain banyak buat dosa.


TEMPAT

Tempat disini bermaksud bangunan atau pon mana-mana mercu tanda yg terdapat negeri tersebut.


BOLA

Objek bola menjadi kegemaran banyak pasukan. Mungkin ini bagi menunjukkan bahawa pasukan mereka adalah pasukan bolasepak, bukannya pasukan polo air, renang berirama, ekuastrian mahupon kabbadi.


BANNER

ATAS: Kedah, KL, Sarawak
TENGAH: Selangor, Perak
BAWAH: Terengganu, Negeri Sembilan

TULISAN

7 pasukan cuma memaparkan nama pasukan mereka sahaja.


3 pasukan mempunyai lebih dari 2 tulisan dalam logo pasukan mereka


6 pasukan menyelitkan nama persatuan mereka. 4 daripadanya menggunakan nama penuh (Selangor, KL, Kedah dan Sarawak). 2 pasukan yg malas sikit iaitu Negri Sembilan dan Terengganu cuma menggunakan akronim sahaja.


Hanya Selangor memasukkan tahun penubuhan persatuan/pasukan.


Dan hanya Kedah yg memasukkan ayat-ayat keramat dalam lambang pasukan mereka. Haih, tahyul betul.

OBJEK LAIN

Terdapat juga objek-objek lain yg dimasukkan dalam lambang pasukan.


Ah, serabut gila infografik ni. Tak menarik langsung. Kakaka. Terimakasih lah kerana membuang masa anda dgn membaca infografik yg merapu ini. Tapi tak pa, lepas ni kalo gua dah belajar sikit photoshop ke adobe ke, gua akan buat infografik yg lebih menarik dan power. Akhir kata dari gua, lantak gi lah lambang ko punya team lawa ke tidak, janji ko sapot team tu, turun stadium. Sekiyan.