Showing posts with label Linglung. Show all posts
Showing posts with label Linglung. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Jersi Baru Real Madrid

Macam celaka gaya Casillas posing. Hidung kembang lain macam, bangga betul dia dapat jadi model jersi baru. Tak menahan gayanya.

Ya, telinga saya capang tapi saya power main bola. Capang-capang ada isi.

Dari dulu lagi, pemain yang jadi model untuk jersi season baru tak akan dijual oleh Real Madrid. Maka gua yakin 90% Kaka akan kekal bersama skuad Mourinho. Hanya ada 1 Kaka di dunia, tiada Kaka yang lain.

Dan ini promo jersi untuk season baru bermotokan '1Club 1Love'. Ada gaya nak tiru 1Malaysia bunyi dia.


Wednesday, May 25, 2011

Bend It Like Beckham


Dia tak power menggentel bola (walaupun dia power menggentel benda lain), dia tak power lari pecut deras-deras, tapi dia power sepak lengkung. Siapa lagi jaguh sepak bola melengkung kalau bukan Beckham? Dulu diorang kabor 'bend it like Beckham', ini hari ayat itu masih boleh digunapakai. Belum sampai tarikh luput. Baru semalam dia buat lagi..dia buat lagi..ya dia buat lagi. Berpuluh-puluh crossing cantik, long ball tepat dan sepakan percuma maut didemonstarsikan dengan cukup handal walaupun sudah makin digentel usia dalam testimonial match untuk persaraan Gary Neville. Budak-budak Kelas 1992 yang dilahirkan kelab Mengyu tampil bermain sebagai penghormatan kepada abam Neville. Antaranya adalah adik si Gary, Phil Neville, Giggs (juga si penggentel power di dalam dan luar padang), Nicky si bontot dan Scholes.


Apapun, Beckham punya lambungan bola yang menambahsedapkan game tersebut.

Selepas perlawanan Neville memberikan kata-kata akhir buat peminat-peminatnya, "sekali menggentel selamanya kita menggentel. Hidup kaki gentel!"

Ryan Giggs kerling tak puas hati. Terasa gamaknya.

Wednesday, May 18, 2011

Ronaldo Budak Getah

Air Aisa adalah syarikat kapal terbang kepunyaan Aisa Linglung.

Nama Panjang: Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro
Nama PendekRonaldo 
Nombor Jersi: 7
Gol La Liga 2010/2011: 38 (baki satu perlawanan menentang Almeria). Jumlah gol ini menyamai jumlah gol Telmo Zarra dan Hugo Sanchez yang memegang rekod jaringan terbanyak di La Liga dalam satu season (38 gol). Lawan Almeria nanti Ronaldo akan turun dengan misi peribadi untuk memecahkan rekod berusia 60 tahun ini.
Gol UCL 2010/2011: 6
Gol Copa Del Rey 2010/2011: 7
Jumlah Gol 2010/2011: 51 (baki satu perlawanan menentang Almeria). Rekod jumlah gol terbanyak sebelum ini adalah 49 gol dalam satu season yang dipegang oleh Puskas, telah berjaya dileburkan oleh Ronaldo dalam game menentang Villareal 15 Mei 2011.


Ronaldo dan Gol 2010/2011:

  • Mat tancho ini telah berjaya menyumbat 4 gol dalam satu game sebanyak 2 kali iaitu ketika game Real Madrid 6-1 Racing dan Sevilla 2-6 Real Madrid.
  • Mat tancho ini juga berjaya menyumbat hat-trick (3 gol) sebanyak 4 kali.
  • Last but not least, Mat tancho ini telah menyumbat 2 gol dalam satu game sebanyak 7 kali.

Untuk rekod, Ronaldo telah bermain dalam 88 game sepanjang kariernya dengan Los Blancos di mana Mat tancho ini berjaya menyumbat 84 gol bersama Real Madrid sepanjang 2 musim di Santiago Bernabeu. Secara puratanya Real Madrid telah melabur lebih kurang 1juta untuk setiap gol beliau. Purata ini jauh langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan Torres di Chelshit.

Nyata pelaburan Real Madrid untuk budak ini berbaloi-baloi! Nah layan semua 38 gol Ronaldo di La Liga musim ini.


Muka baru di kem Real Madrid musim depan bernama Nuri Sahin (bukan budak Kedah).

Kacak dak? 
Harap-harap jangan takat jual muka di La Liga musim depan.

Dengan harga 10 juta dan kontrak selama 6 tahun serta baru berumur 23 tahun, Sahin ni boleh kata dibeli dengan harga borong. Power, kreatif dan solid di tengah padang. Sebab utama beliau berpindah ke Real Madrid? Jose Mourinho!

Bila ditanya tentang Mourinho, Casillas lejen hidup kabor macam ni,

"Jika gua kena sign kontrak untuk main di bawah manager baru, dan diberitahu akan menang Copa Del Rey, naib juara La Liga dan cecah semi di Champions League dalam season pertama beliau, gua tak pikir panjang terus gua sign kontrak."

Sementara itu, jersi baru yang digembar-gemburkan untuk season depan (belum sahih)....
Amacam? Lawo dak?

Thursday, April 21, 2011

Los Blancos Cempien Piala Raja Sepanyol


Mengakhiri musim tanpa sebarang gelaran bukanlah sesuatu yang boleh diterima akal bagi sebuah kelab besar bergelar Los Blancos. Berundur 5 tahun ke belakang, Los Blancos mempertaruhkan kepakaran Fabio Capello untuk memecah kebuntuan kelab itu yang gagal meraih sebarang kejuaraan sejak 2003. Musim pertama Capello di kelab yang ketika itu masih bernadikan lagenda hidup Raul Gonzales berakhir megah dan sesuatu yang melegakan para penyokong Real Madrid. Pada musim tersebut, Los Blancos berjaya memenangi gelaran La Liga. Capello dijulang sebagai maestro penyuntik kegarangan untuk bergelar sang juara. Namun kritikan padu atas gaya permainan yang lebih bercorak bertahan dan membosankan memaksa barisan kepimpinan dan teknikal kelab untuk membuat keputusan yang dianggap agak kasar, menyingkirkan Capello.

Musim 2007/2008, Real dikepalai oleh Bernd Schuster. Pemilihan Bernd Schuster dibuat atas kejayaan beliau mengemudi kelab Getafe, sebuah kelab kecil berlokasi di bandar sama, Madrid dengan gaya permainan yang memberangsangkan. Percaturan tersebut berjaya menutup cacat-cela permainan Los Blancos dengan agak baik. Sudahnya Los Blancos mengakhiri musim itu dengan mempertahankan kejuaraan La Liga, namun masih gagal memecah kebuntuan dalam Champions League. Musim seterusnya, Bernd Schuster dilihat tertekan untuk meneruskan konsistensi dan desakan hebat kelab serta penyokong yang terus dahagakan kejuaraan terutamanya Champions League. Musim tersebut Bernd Schuster gagal bermain dengan tekanan dan meletakkan jawatan di pertengahan musim. Dari situ bermulalah titik permulaan sebuah kapal besar dibarisi kelasi hebat yang karam di tengah pelayaran. Cewahh! Beberapa jurulatih bersilih-ganti tapi kejayaan tak juga kunjung tiba. Cewahh lagi!

Musim 2010/2011.

Satu kepala dibawa masuk ke dalam kem Real Madrid. Satu kepala yang bergeliga. Kepala itu dimiliki oleh seorang lelaki yang sangat berkarisma. Lagak dan egonya kerap kali menjengkelkan pihak lawan. Tapi lagak dan egonya sebenarnya bertempat. Lagaknya berasas kerana beliau maestro hebat. Egonya bertempat kerana beliau memang sang juara. Cerdik dan geliga otaknya macam sang kancil! Beliau ialah...


Jose Mourinho dibawa masuk untuk memecah kebuntuan. Kebuntuan gagal memenangi La Liga sejak 2008. Kebuntuan menjuarai Piala Raja Sepanyol sejak 1993. Dan yang paling memeritkan, kebuntuan menjulang Champions League sejak 2002. Malah langkah Los Blancos sering terkandas hanya di pusingan kedua dalam kejuaraan itu.

Beliau tampil untuk memecah badi. Bagi sang juara, tekanan adalah makanan buat mereka. Jose Mourinho berjaya membentuk satu pasukan yang mampu bergerak hingga ke akhir musim. Keegoan beliau diteruskan dengan lebih bergaya. 

Sekejap, gua penat nak menulis serius ni. Cukup.

Ya, Real tumbang 0-5 di Nou Camp dalam La Liga. Mourinho tak melatah. Hujung minggu lalu Barcelona bertandang ke Santiago Bernabeu konon-konon nak menang besar lagi (ini berdasarkan lagak-lagak penjulang dan penyokong Barca). Mourinho turun dengan taktikal baru yang pertama kali beliau gunapakai di Real Madrid. Beliau menurunkan bek kental, abam Pepe di barisan depan bek tengah, bertindak sebagai midfiled untuk menambahkan mobiliti dalam pergerakan midfield ketika bertahan. Power tak power akal Mourinho ni, gah 3 trio (bukan trio video seks) Xavi-Iniesta-Messi berjaya dirantai. Barca ni yang buat power dia bukan Messi, tapi Xavi. Brader tu memang padu otak dan kaki dia. Xavi kena 'solex' dalam game tu. Real berjaya mengekang Barca dengan keputusan 1-1.

1-1 bukan bermakna gagal. Itu hanyalah permulaan awal percaturan Mourinho bagi 4 episod El Clasico dalam masa 18 hari. Berselang 4 hari, awal pagi tadi..ehemm ehemm..Barca tumbang dalam perlawanan akhir Piala Raja Sepanyol di kaki Real Madrid. Kenapa? Tak percaya? Percayalah. Barca bukan siapa-siapa buat Mourinho. Turun dengan 4 barisan belakang Marcelo-Carvalho-Ramos-Arbeloa dan dikuatkan dengan abam Pepe di depan mereka, Morinho tidak menurunkan seorang pun 'natural striker'. Beliau memilih untuk mengadunkan fizikal dan speed di barisan tengah dan serangan. Kenapa fizikal? Kerana ketinggian purata pemain-pemain Barca adalah lebih pendek 2 inci daripada pemain-pemain Real Madrid. Kenapa speed? Kerana barisan pertahanan Barca amat lemah tanpa bintang mereka, saudara Puyol. Sekali kena counter, berterabur semua, kucar-kacir yang amat. Hasilnya, Los Blancos berjaya menampilkan permainan lebih bergaya daripada Barca di separuh masa pertama.

Dalam separuh masa kedua, Barca mula bangkit bermain seperti biasa. Mulalah penyokong mereka terkinja-kinja macam beruk mat yeh. Bajet power. Pum pam pum pam, perlawanan berkesudahan dengan 0-0. Mourinho dan Guardiola dikerumuni anak buah masing-masing ditengah padang untuk memperkemaskan taktikal. Masa tambahan bermula dan sepak terajang berlaku baik ke bola mahupun ke kaki. Pum pam pum pam...Di Maria lolos di sebelah sayap kiri dan melambungkan bola cantik ke kepala Ronaldo. Sekali lonjak sambil pejam mata, gol! Kachang gila..dan GAME OVER!

Tahniah Real Madrid. Tahniah Mourinho. Tahniah semua penyokong kental yang tak pernah berpaling tadah dan setia menyokong. Apapun, tahniah juga buat Barcelona kerana layak sampai ke peringkat akhir dan memenangi pingat perak...hehehehehehehehehehe....

Kapten power, siapa lagi kalau bukan Saint Iker!

2 tonggak utama Los Blancos dari Portugal.

Gambar ni gua curi dari twitter Arbeloa. Abam Kaka show off puting..pheewiit!

Seksi bukan main abam tancho kita..pheewiit lagi!

Siapa cempien di hati saya? REAL MADRID!
Siapa cempien Copa Del rey? REAL MADRID!

Langit tak selalu cerah brader!!


Mourinho pemecah badi. Selepas 18 tahun ketandusan kejuaraan Piala Raja Sepanyol, beliau muncul merubah nasib, beliau hadir mengukir senyum di wajah-wajah peminat setia Los Blancos. 
TERIMA KASIH MOURINHO!

Monday, April 18, 2011

Messi Yang Hilang Akal


Biadab betul kelakuan budak lincah ni. Mentang-mentang dah berada di puncak dunia, dah lupa macamana nak hormat ke orang tua? Aku tak boleh betul budak biadab macam ni..


Budak lincah ni boleh senyum sinis lepas kena carut dengan penontot. Celaka betul. Tapi bila abam Pepe datang nak sound, muka budak lincah ni mula cuak, daripada tengah senyum terus bulat mata dia. Tahu takut! Kah kah kah!

Tuesday, April 12, 2011

Kisah Benar Sebuah Pasukan Cempien


Pagi tadi sedang sedap gua hirup kopi di opis berhawa dingin, gua digegarkan dengan sebuah video yang bukan main-main padu dia. Setakat video yang dicanang-canang dalam Buletin Utama tu bukan level-level. Ini cerita benar. Yang gegar gua suruh tengok video ni adalah abam Kusha. Lepas digegarkan dan tonton video ni sambil hirup kopi suam gua rasa tergegar juga. Mana nak cari benda serupa ini di tanah air kita....kelab dari kampeni besar MK Land, Public Bank pun berkubur..susah..susah. 

Bukan senang nak jadi cempien. Bukan setakat hantar budak-budak pergi main kat barat. Bukan setakat belanja anak makan kedai mamak tengok bola liga barat. Semua barat. Itupun satu hal juga. Mana pergi pemikir-pemikir cerdik pandai cendekiawan sains dan sukan negara. Apa mereka belum mampu lontarkan buah fikiran yang bagus-bagus made in Malaysia? Fikirkan.

Kalau semua bersuap dan ciplak sana dan tiru sini, cempien yang true tu susah nak cari. Cempien kita biarlah dari gaya kita. Macam cerita dalam video ni. Video bola ni sungguh-sungguh inspiring. Sampai kaki gua di opis ni rasa nak menendang bola. Apakan daya bola kocek saja yang ada bersama. Macamana nak tendang?

Balik nanti gua nak cadang ke ketua kampung Kayu Ara lantik gua jadi kapten team kampung. Mana tahu satu hari nanti boleh berlawan dengan Melodi Jaya FC dalam Piala FA. Mana tahu.

Minit 1:05 jangan terlepas. Celaka betul.

Wednesday, April 6, 2011

Spurs Bukanlah Tandingan Sebenar

4-0
"Kalaulah parang pendek secoet janganlah gergasi hendak diamuk!"

Pepatah di atas amat sesuai ditujukan tepat ke batang hidung kelab baru bertatih, Tottenham Hotspurs. Mana taknya, baru berjinak-jinak bersepakterajang dalam Champions League dah nak menyergah gergasi. Itu kerja gila namanya.

Jika nak dibandingkan Spurs dengan Sporting Gijon yang berjaya kasi pecah rekod tanpa kalah Real musim ni di tempat sendiri, ibaratnya jauh panggang dari api. Sporting Gijon punya taktikal lebih kemas terutamanya ketika bertahan, sampaikan Mourinho sendiri mengucapkan 'syabbas inspektor syahab' kepada pemain-pemain Sporting Gijon. Lain pula ceritanya dengan Spurs, cuba bermain selamat dengan corak bertahan dan counter attack tapi gagal. Mourinho lebih bijak dengan memainkan pressing game seawal bola sampai dalam kawalan Spurs. 

Sudahnya? Spurs terkial-kial nak control ball dengan lebih lama. Gua perati Spurs tak ada control ball lebih 10 saat sepanjang game! This is crazy you know?

Sudahnya? Spurs gagal menyerang sampaikan Casillas menguap akibat terlampau mengantuk.

Sudahnya? Spurs hanya berjaya melancarkan 1 saja shot on target sepanjang 90 minit.

Spurs berbangga dapat menewaskan Inter Milan. Kelab ini juga bangga dapat menumbangkan AC Milan. Memang hebat bunyinya kalau dengor saja-saja. Tapi tu belum perisa sebenar Champions League. Tengok saja si Bale semalam, ibarat orang buta hilang tongkat, menggagau ke sana-sini tak tentu hala. Bak kata pepatah lama bola sepak, 'indah khabar daripada bermain'. 

Kebebalan Spurs bermula seawal minit keempat bila Adebahaya menyumbat masuk gol pembukaan. Bukan main seronok lagi Adebahaya bila dapat menyumbat gol lawan Spurs. Katanya, "ini gol gua yang ke-9 lawan Spurs sepanjang karier. Team ni sangat lemah".

Bukti ayat beliau di atas adalah real bila Adebahaya sumbat sebutir lagi gol. Gol ke-10 Adebahaya ke atas Spurs. Maka sah! Spurs memang kelab lemah.


Kalau setakat alasan kena tibai sampai 4 bijik sebab Crouch kena kad merah, gua boleh terima juga la. Tapi itulah bola sepak. Dan gua tak tahu apakah kebebalan sangat Crouch sampai kena 2 kad kuning dalam masa hanya berselang beberapa minit. Si panjang tu gamaknya hanya berguna untuk menari robot. Lain semua haprak.


Bukan tandingan Ronaldo. Banyak lagi kena belajor bero!

Gua dah bagi tips macamana nak lepas Ramos itu hari tapi Bale 
ni pesen angkuh bongkak tak mahunya nak dengor pesan gua.

Dah tak lepas dengan Ramos, Bale mencuba nasib berlawan dengan Marcelo tapi kesian, tak lepas juga.

"Oh mama! Susah betul nak lepas ini malam"

"Kenapa kachang sangat ni Harry?"

"Entahlah Jose, kau memang power!"

2nd leg nanti gua jangka dan harapkan tentangan bertaraf Champions League dapat diberikan Spurs kepada Real, bukan sekadar tentangan bertaraf suam-suam macam tadi pagi. Kalau diulangi game serupa kena tibai 4-0 ni buat malu ke orang kampung saja. 

Marcelo 12. Pemain terbaik pilihan gua. Mantap kebal bertahan dan mencanak-canak buat overlapping sepanjang game.

Thursday, March 31, 2011

Superstition: Tebiat Pelik Dalam Bola Sepak Siri 1

Benda alah tebiat superstition ni semua orang pun ada buat dan tebiat ni tak dapat dipisahkan dengan dunia bola sepak. Daripada secikai-cikai pemain futsal seminggu sekali hingga ke pemain professional Liga Malaysia sampailah ke pemain bertaraf bintang lima dan jurulatih, semua ada kepercayaan yang memberi semangat masing-masing. Ada yang percaya dengan stoking dan jersi ong, ada yang jadi lemah jika tak berjimak sebelum game, ada yang kena minum susu kambing masa half-time. Pehh! Macam-macam pesen.

Di era gemilang bola sepak Malaysia 80-90an dulu, nama otai dalam gambor di atas tak ada sape yang tak kenal, ye dak? Power dia lain macam, lari kencang, gentel melekat, rembat berdesup. Zainal Abidin Hassan ni  juga ada tebiat yang diamalkan sebelum mula setiap game. Kalau diperati molek-molek, dia ni akan cuit rumput sebelum masuk ke padang. Katanya perlakuan tu semacam mintak berkat, lebih kurang macam berbaik-baik dengan padang. Lain macam gayanya, tapi itulah yang beri dia lebih konfiden untuk beraksi mantap dan handal gaya Zainal Abidin Hassan, lagenda hidup bola sepak Malaysia.

Kolo Toure masa beraksi dengan Arsenal dalam perlawanan Champions League berlawan dengan AS Roma dulu pernah juga buat tebiat pelik sampai kena kad kuning. Dah memang tebiat dia masuk ke padang sebagai pemain terakhir, tapi itu hari, Gallas tengah berubat dengan physio, maka Toure tak masuk ke padang, tak mahu mengalah. Tunggu punya tunggu, kad kuninglah jawabnya. Tebiat pelik ni agaknya kalau diamalkan dua tiga orang dalam satu team macamana gaya? Mahu berlat-tali-lat dulu kat tepi padang nak putuskan siapa yang masuk last. 

Mamat ni pula percaya dengan pakai spenda terbalik masa game boleh mengelakkan daripada injured. Awal-awal menjadi, tapi lepas beberapa lama si Adrian Mutu ni akhirnya injured juga, cedera lutut berulang-ulang dan berehat lama. Maknanya tak power sangatlah superstition ni cerita dia. Jangan buat.

Masa beraksi dengan Ajax, lagenda bola sepak dunia Johan Cruyff akan menampor perut kiper beliau, Gert Bals sambil kunyah chewing gum. Chewing gum tu kemudiannya akan diludah ke belah padang pasukan lawan. Dia ni boleh kira tak mesra alam juga perangainya. Tebiat tersebut berlaku setiap game sampailah ke perlawanan akhir Piala Eropah 1969. Masa game tersebut, beliau lupa nak kunyah chewing gum masuk ke padang dan sudahnya tak dapat buat tebiat meludah benda alah tu ke padang lawan. Sudahnya, Ajax tumbang di kaki AC Milan 1-4. 

Kes ni pula boleh tahan pelik dan psaiko juga. Pele nama orangnya. Tak kenal? Pergi main ping-pong, jangan sembang pasal bola. Selepas satu perlawanan yang entah lawan apa, Pele dengan baik hati dan ikhlas beri jersi beliau kepada seorang peminat. Nak jadi ceritanya, lepas tu Pele main dah tak cemerlang dan tak power. Sepak melalut, nak score tu jangan cerita, bukan main payah. Percaya dengan ke'ong'an jersi yang dah diberi kepada peminat tu, beliau mengerah seorang kawan karib untuk pergi cari semula jersi tersebut sampai dapat. Sudahnya, kawan karib beliau 'mendapatkan' dan memberikan semula jersi tersebut kepada Pele. Lepas pada tu Pele mula kembali beraksi garang di padang, menjaringkan gol demi gol dengan penuh rasa sombong. Tapi beliau sebenarnya tak tahu yang kawan dia tu tak jumpa pun jersi asal kegemaran beliau. Jersi yang diberi ke Pele tu sebenarnya jersi lain. Kena tipu buta-buta. Kahkahkah! Tapi apapun, kepercayaan dengan jersi ong tu dah berjaya memberikan beliau semangat lebih ketika beraksi di padang.

Satu kelab bola dari Zimbabwe yang gua rasa diasaskan dari syarikat bancuh simen, Midlands Portland Cement pernah buat kerja gila. Kejadian berlaku sekitar Oktober 2008, masa tu Harimau Malaya masih malu-malu kucing lagi di arena bola sepak serantau. Percaya dengan kesan buruk 'semangat jahat', jurulatih kelab tersebut mengerah 17 pemain untuk pergi berendam di sebuah sungai bernama Zambezi. Yang buat berdebornya, sungai tu penuh buaya! Macam haram tahu! Dengan separuh rela semua 17 pemain masuk berendam dalam sungai menunggu dengan penuh rasa tak sabor arahan daripada jurulatih untuk naik semula ke darat. Lepas dah dapat lampu hijau untuk naik ke darat, 16 pemain saja muncul, seorang lagi ghaib. Tak tahu le kena baham dek buaya ke, lemas atau kena sumpahan hantu sungai. Sudahnya sampai le ni pemain tu 'hilang' entah ke mana. Yang menambahbangangkan cerita, Midlands Portland Cement kalah perlawanan lepas pada tu. Nah! Superstition sampai ke sungai, main pula ke laut!

Otai di atas ni tak pernah kad kuning sepanjang karier beliau sebagai pemain bola, apatah lagi kad merah. Ini betul-betul power lagi hebat. Dalam permainan bola sepak yang penuh dengan bergasak, sepak terajang, terjah sana-sini, dia boleh rileks penuh disiplin, tapi power. Dia ni tak akan merembat ke arah gol masa warm up sebelum mula game. Apa cerita? Sebab katanya dia tak mahu membazir gol. Hmm, boleh tahan pelik dia punya tebiat. Lepas habis separuh masa pertama, kalau dia tak berjaya score lagi, dia akan pergi tukar jersi pakai jersi lain. Kalau sampai ke sudah game pun dia tak score juga, dia akan balik ke rumah. Tapi sebelum sampai ke rumah tu dia akan singgah potong rambut, nak buang badi katanya.

Kiper hebat bukan calang-calang ni pula tebiatnya adalah melompat dan cuit palang gol sendiri lepas pasukannya sama ada Real Madrid atau Sepanyol menjaringkan gol. Apa sebabnya tak ada pula dia kabor kenapa. Tapi itulah rutin beliau yang gua perati dari dulu. Lepas menang Euro 2008, beliau perasan yang masa tu beliau tak ada jambang, bercukur licin macam teruna sunti. Maka, masa Piala Dunia 2010, Casillas terus beraksi dengan imej licin tanpa jambang. Sudahnya, Sepanyol menang Piala Dunia. Gua harap Casillas bercukur licin juga masa game lawan Spurs nanti, biar kelab tu kena bedal cukup-cukup. Baru nak berjinak-jinak dengan Champions League manalah boleh hendak melawan tokey!

Kapten Chelsea ni percaya dengan shin pad ong. Dia ni ada satu shin pad yang dipakai sejak tahun 1995. Tapi malangya masa berentap dengan Barcelona di Nou Camp pada tahun 2005, shin pada tersebut hilang, disyakki kena rembat dek orang. Menggagau juga si Terry ni mencari atas padang lepas sedor shin pad ongnya dah tak ada. Pencarian tersebut gagal dan Terry hampa. Kabornya, shin pad yang dipakai Terry sekarang adalah bekas milik Lampard, dan Terry selesa dengan ke'onga'an shin pad tersebut sebagai pengganti shin pad ong lamanya.

Pakcik di atas ni pula tebiat dia suka bercakap banyak dan berlawan mulut dengan orang lepas kalah. Ni nama dia orang tua yang buang tebiat!

Atok kesayangan peminat Mengyu ni pula tebiatnya adalah memerahkan muka sendiri bila pasukan kendaliannya tewas. Bukan semua orang boleh buat benda ni. Ini sangat rare!

Sebagai penutup, meh sini gua cerita satu lagi kisah pelik. Ini cerita pasal tebiat juga. Seorang pawang memberi amaran sebelum satu perlawanan Liga Ghana antara Wa All Stars menentang Obuasi Ashgold yang mana-mana pasukan menurunkan 11 orang pemain akan tewas. Percaya bulat-bulat, kedua-dua pasukan menurunkan hanya 10 pemain. Pemain kesebelas untuk setiap pasukan tersebut hanya berdiri tepi padang berhampiran dengan pengadil keempat, nak tunggu siapa masuk dulu baru dia nak masuk. Sudahnya, pemain Abouasi Ashgold, Phillip Boampong mengalah dan masuk dulu disusuli pemain Wa All Stars, Owusu Sefah.

Perlawanan berakhir Wa All stars 0-0 Obuasi Ashgold. Hmmm.

Bersambung dalam Superstition: Tebiat Pelik Dalam Bola Sepak Siri 2.

Tuesday, March 22, 2011

Tips-Tips Buat Bale Lawan Ramos

Semua sedia maklum Spurs akan menentang dewa Champions League suku akhir nanti. Kalau tak pernah dengar nama Spurs tu gua boleh beri sedikit pembayang, pertemuan kedua-dua pasukan ni kalau dalam Liga Malaysia boleh diibaratkan seperti Kelantan TRW menentang Pos Malaysia, atau boleh kata juga Selangor TRG lawan Majlis Perbandaran Muar. Tahu? Kalau tak tahu juga, sila google 'Tottenham Hotspurs'. Nama bajet hot, pui!

Bale. Tak hensem mana orangnya. 

Dengar-dengar ada satu nama pemain yang dicanang-canang kem Spurs yang dikepalai abam Berto, Bale namanya. Dengar cerita, right back bagus dari Brazil yang main dengan Inter pun kena makan dengan dia ni. Bagus betul gayanya kalau dengar cerita ni.


Alah, Maicon? Umur dia pun dah nak mencecah 3 series, boleh la lu makan brader. Game Real lawan Spurs nanti salah satu hiburan utama tak lain tak bukan kita boleh tengok Bale cuba memakan Ramos. Aumm!

Ramos ada makwe solid. Bale ada?

Gua akan cuba bongkar sedikit sebanyak tebiat Ramos yang gua perati dari dulu sebagai rujukan buat Bale kalau nak cari kelemahan beliau. Jadi Bale, gua tahu lu akan baca pos ni, jadi fokus dan ambil berat tips-tips ni semua.

Ramos dikatakan sebagai seorang yang suka bergurau dan funny. Rupa bentuk mukanya ketika zaman remaja yang ada serupa macam hamster dwarf sedikit sebanyak menjadi bahan gurauan. Jika Bale pandai bergurau juga, gua rasa perhatian Ramos akan terganggu dan beliau akan menjadi excited untuk layan bergurau sama. Masa tu lah peluang terbaik untuk Bale lepas dari kawalan Ramos. Ingat tu Bale, tips pertama.

Ramos pandai karaoke orangnya. Setakat lagu Cinta Kain Putih selamba tak payah tengok lirik, tarik bukan main. Dikatakan juga beliau mempunya tebiat menyanyi lagu Mariah Carey 'Heroes' sebelum setiap game. Jadi kalau Bale pandai bermain dengan emosi Ramos, masa nak menggentel tu cubalah nyanyi lagu Heroes sepotong dua. Mungkin Ramos akan hilang fokus dan bertanya, "eh kau pun tahu lagu tu?". Jadi ketika itulah Bale boleh gentel melepasi Ramos. Ingat Bale, itu tips kedua.

Suka bermain bontot. Cuba bagi dia cuit bontot, kemain suka dia kalau dapat. Nak-nak pula bontot pejal dan montok serupa abam Nurshahrul Idlan Talaha..auumm! Ha, cerita pasal bontot Nurshahrul ni, tonggek dia....memang lain macam, ye dak? Ke gua sorang yang perasan? Dem! 
Ok sambung, bila dia gembira dapat cuit bontot pejal lu tu nanti, cepat-cepat lari bawa bola, gua gerenti lu boleh lepas. Ok, itu tips ketiga.

Pernah belajar Kungfu. Yang ni dari dulu gua perati dia memang expert. Suka betul dia terbang dan melipat sana-sini. Tapi yang ni gua tak berapa arif macamana lu nak manipulasi untuk makan beliau. Gua rasa susah. Tengok saja Shaolin Soccer macamana pergi dia, memang menangis kalau nak lawan. 

Jaga baik Bale, jaga baik!

Kalau Bale gagal guna 3 tips yang gua beri ni, gua rasa tak payah berangan panjang sangat. Budak Ramos ni dah menang La Liga dan World Cup. Bale makwe pun tak ada, inikan piala, pui lagi!

Pui! Pui! Pui!


Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita Sedunia

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Orang kata, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Punyalah besar erti hadirnya seorang wanita dalam kejayaan dan kemajuan manusia sejagat. Cerita tentang keindahan gadis dan kecantikan wanita huraiannya sangat meluas dan mendalam baik daripada segi adat, adab, budaya mahupun agama.

Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya. Wanita punya kuasa, bila ditambahnya gula dalam kata-kata, hati lelaki seutuh Kota Melaka pun mampu roboh. Jangan cakap gua sembang, ini cerita betul, belum kena belum tahu. Wanita ibarat bintang di malam kelam buat seseorang lelaki. Tanpa bintang, tak bercahaya langit di kala malam. Nah! Kemain!

Wanita.

Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya.


Jika wanita menangis dalam diamnya, ada sesuatu yang tak mampu diluahkannya dengan kata-kata, melainkan air mata sebagai ganti.


Perkara tersebut juga berlaku kepada seorang wanita bernama RosNANI.


Nani cengeng!

Selain daripada RosNANI di atas, Sokerleaks ucapkan Selamat Hari Wanita buat semua wanita di seluruh dunia. Raikan hari anda dengan senyuman dan kasih sayang.