Tuesday, March 22, 2011

Tips-Tips Buat Bale Lawan Ramos

Semua sedia maklum Spurs akan menentang dewa Champions League suku akhir nanti. Kalau tak pernah dengar nama Spurs tu gua boleh beri sedikit pembayang, pertemuan kedua-dua pasukan ni kalau dalam Liga Malaysia boleh diibaratkan seperti Kelantan TRW menentang Pos Malaysia, atau boleh kata juga Selangor TRG lawan Majlis Perbandaran Muar. Tahu? Kalau tak tahu juga, sila google 'Tottenham Hotspurs'. Nama bajet hot, pui!

Bale. Tak hensem mana orangnya. 

Dengar-dengar ada satu nama pemain yang dicanang-canang kem Spurs yang dikepalai abam Berto, Bale namanya. Dengar cerita, right back bagus dari Brazil yang main dengan Inter pun kena makan dengan dia ni. Bagus betul gayanya kalau dengar cerita ni.


Alah, Maicon? Umur dia pun dah nak mencecah 3 series, boleh la lu makan brader. Game Real lawan Spurs nanti salah satu hiburan utama tak lain tak bukan kita boleh tengok Bale cuba memakan Ramos. Aumm!

Ramos ada makwe solid. Bale ada?

Gua akan cuba bongkar sedikit sebanyak tebiat Ramos yang gua perati dari dulu sebagai rujukan buat Bale kalau nak cari kelemahan beliau. Jadi Bale, gua tahu lu akan baca pos ni, jadi fokus dan ambil berat tips-tips ni semua.

Ramos dikatakan sebagai seorang yang suka bergurau dan funny. Rupa bentuk mukanya ketika zaman remaja yang ada serupa macam hamster dwarf sedikit sebanyak menjadi bahan gurauan. Jika Bale pandai bergurau juga, gua rasa perhatian Ramos akan terganggu dan beliau akan menjadi excited untuk layan bergurau sama. Masa tu lah peluang terbaik untuk Bale lepas dari kawalan Ramos. Ingat tu Bale, tips pertama.

Ramos pandai karaoke orangnya. Setakat lagu Cinta Kain Putih selamba tak payah tengok lirik, tarik bukan main. Dikatakan juga beliau mempunya tebiat menyanyi lagu Mariah Carey 'Heroes' sebelum setiap game. Jadi kalau Bale pandai bermain dengan emosi Ramos, masa nak menggentel tu cubalah nyanyi lagu Heroes sepotong dua. Mungkin Ramos akan hilang fokus dan bertanya, "eh kau pun tahu lagu tu?". Jadi ketika itulah Bale boleh gentel melepasi Ramos. Ingat Bale, itu tips kedua.

Suka bermain bontot. Cuba bagi dia cuit bontot, kemain suka dia kalau dapat. Nak-nak pula bontot pejal dan montok serupa abam Nurshahrul Idlan Talaha..auumm! Ha, cerita pasal bontot Nurshahrul ni, tonggek dia....memang lain macam, ye dak? Ke gua sorang yang perasan? Dem! 
Ok sambung, bila dia gembira dapat cuit bontot pejal lu tu nanti, cepat-cepat lari bawa bola, gua gerenti lu boleh lepas. Ok, itu tips ketiga.

Pernah belajar Kungfu. Yang ni dari dulu gua perati dia memang expert. Suka betul dia terbang dan melipat sana-sini. Tapi yang ni gua tak berapa arif macamana lu nak manipulasi untuk makan beliau. Gua rasa susah. Tengok saja Shaolin Soccer macamana pergi dia, memang menangis kalau nak lawan. 

Jaga baik Bale, jaga baik!

Kalau Bale gagal guna 3 tips yang gua beri ni, gua rasa tak payah berangan panjang sangat. Budak Ramos ni dah menang La Liga dan World Cup. Bale makwe pun tak ada, inikan piala, pui lagi!

Pui! Pui! Pui!


22 comments:

Berto said...

Bale baru lepas chat webcam dgn aku, dia tulis;

"Real Madrid?? Bale gentar tiada!"

Pui juga (yg ni dia betul2 ludah dekat gambar ronaldo, mana dia rembat gambar tu aku pon tak tau)

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

wahhhh best ek kamu kutuk team spurs kesayangan saya...
ada pui pui pui...

aku nak hak tuih kat madrid..nasib bek ronaldo ensem. ..

but i agree about ramos tho..(walaupun aku mmg anti madrid)
he is a good soccer player. kalau nak banding bale sama ramos..bale mmg patut belajar byk lagi.

anyway...may the best team win.

Linglung said...

Ada juga orang sokong Spurs ni rupanya..haih!!

Berto said...

gadis-gadis chumel mg ramai sokong spurs contohnya macam nazsabarina iman


yg laki2 kalau takpayah ckp la, mmg dah kompom2 kacak macam Van Der Vart.

Khuzrin Kamarudin said...

Hai nazsabarina...

Puan Sinis said...

bale the nex legend...asal die sign contract dgn spurs ag..aduh..
pndah la man u

Berd said...

Lah Bale ke nama pemain yang muka macam beruk tu.

Hidup Sihat said...

cuba bagi tips pulak macam mana Cristina nak beat Asau Ekoto.

My Blog said...

haha... lawak2.. go real...

sportravel.com said...

korg penah dgr iklan kt hot fm x?yg die nk ujibakat tu..die ckp "nama saya ramos..lagu yg ingin saya nyanyikan.." tu..satu lg kelemahan ramos adlh mulut berbau..haha

kareem said...

hak ela.bale ni ade makwe la. Gua pernah tgk dulu dlam paper. Hot jugak ar...

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

HI Khuzrin Kamarudin...spurs fan?

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

Linglung : alaaaa aku suka sekali spurs... seperti mana kamu suka Arsenal (hehehe arsenal kah?)

mirul said...

KAMI PENYOKONG PENYOKONG TEGAR TOTTENHAM HOTSPURS

DENGAN INI

MELANCARKAN PERANG DAN WAJIB SUNAT KONEK

KE ATAS

ABANG LINGLUNG

KERANA TELAH MENYEBARKAN CERITA FITNAH DAN BOHONG TERHADAP

GARETH BALE & THE GENG.

nota:real madrid tu ape??menang 9 kali champions league??tahun lepas ade menang ke??

SANDARKAN PADA KENANGAN!!!!!!

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

hi mirulll :)

Linglung said...

Ulang komen: Ada juga orang sokong Spurs ni rupanya..haih!!

mirul said...

hai nazsabrina..

glory glory tottenham hotspurs!!!

Wan Gerrard said...

fight game ni nt

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

Encik Linglung..dengan bangganya saya ingin menjawab... YA ADA. MEMANG ADA ORG YG SOKONG SPURS

AUDERE EST FACERE!
TO Dare is to do!

Cob Nobbler said...

Kepada fan Spurs:
silalah rasa makan gefilte fish kat restoran Yahudi dekat dengan White Hart Lane.

Dijamin kosher - lebih strict dari syarat halal.

Tottenham Hotspurs - Musuhnya Musnah Binasa.

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

cob nobbler : time darurat..kita leh makan kosher meat. ehehehheh .

Ariffin Janal said...

kamon la ramos. kih3