Ana tak mahu cakap banyak. Selama ini sudah ada banyak buku-buku tentang Islam, seperti buku dari sahabat ana Azhar Idrus bercerita tentang ente sekalian bertanya pada sahabat ana itu, tetapi ana mengambil saf yang lebih ke hadapan lagi - dengan mengajak sahabat-sahabat ana semua untuk merenung kembali kejayaan para Muslimeen di bumi Eropah yang penuh dengan orang kafir dan atheist. Mereka inilah yang mengubah dunia Eropah. Seperti para-para pejuang satu ketika dahulu, kini mereka berjuang dalam bentuk bolasepak.
Ana mempersembahkan, Muslimeen United.
Kisah 20 orang pemain Muslim yang telah berjaya di dunia. Sayang sekali ketika buku ini ditulis, Nazmi Faiz masih belum berlatih dengan Beira Mar. Jika ada terbitan kedua insya-Allah akan ada adik Nazmi Faiz ini, dengan syarat dia tidak bersekedudukan dengan perempuan Portugal.
Ini adalah pemain-pemain Muslimeen United dan kisah mereka yang ana tulis untuk semua. Semoga mereka terus berjaya dan menakluk, kalau tidak dalam cara peperangan, kita gunakan dengan cara bolasepak. Takbir!
