Monday, December 31, 2012

PFSLJ


Minggu lepas satu sidang media dah diadakan mengenai kempen untuk meminta Presiden FAM letak jawatan. Benda ni sebenarnya dah lama, bukan lepas kalah AFF Suzuki Cup baru nak buat. Masa bulan April hari tu pada ada berlangsung demo tapi masa tu ramai kata demo ni  berlangsung sebab ada kaitan dengan kes Tan Sri Annuar Musa yang dikenakan tindakan. Ingat lagi tak kes tu? Tapi sebenarnya ada agenda yang lebih penting. Pencinta Bola sepak mahukan Presiden FAM letak jawatan.FAM ni antara badan sukan yang paling kebal di Malaysia. Sebab diorang satu-satunya persatuan sukan yang tak boleh ditegur langsung, especially oleh orang dalam persatuan sendiri. Siapa tegur, siapla kena ban. Dulu Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil pernah kena ban dua kali. B. Sathianathan pernah kena ban. Siapa bersuara, confirm kena ban walaupun sekadar meluahkan pendapat. Bukan ke kritikan tu kadang-kadang perlu untuk meningkatkan kualiti? Even dalam sistem politik pun ada kerajaan dan pembangkang. Pembangkang adalah untuk check and balance. Tak semua benda perfect. So, apa yang menyebabkan FAM ni tak boleh  nak ditegur langsung?

Ada jugak yang kata, perbuatan suruh Presiden FAM letak jawatan tu dikira derhaka kepada Sultan. Well, let me tell you this, apa yang aku dan ramai lagi orang yang sayangkan bola sepak Malaysia suruh dia letak jawatan sebagai Presiden FAM, bukan suruh letak jawatan sebagai Sultan Pahang. Ia lebih kurang sama, macam suruh mana-mana pengerusi persatuan sukan yang lain letak jawatan. Adakah kerana Presiden FAM adalah Sultan, that we should see him as a King too? No, in FAM, he's the President, not a King, so people have the right to ask him to step down as the FAM President.

Kenapa suruh Presiden letak jawatan? Simple, if Presiden letak jawatan, then we can start fresh. Orang bawah dah berapa kali tukar, yang atas je tak tukar-tukar. Selama ni kalau pasukan negara teruk, biasanya kita akan blame player dan coach. Well, if coach tak banyak pool of players, how can he choose the best? Kenapa tak cukup player? Sebab grassroot development takde. Dari dulu FAM kata ada grassroot development, tapi apa jadi? sistem liga pun berterabur, setiap tahun tukar. Presiden je tak tukar2.

Liga berapa kali rombak. Dari semi-pro, ke pro dan sekarang Liga Super. Masa liga Super pun berapa kali rombak format. Ada suara kata banyak benefit yang pasukan dapat sepanjang Presiden FAM pegang tampuk FAM. Cuba bagitau, apa benefit dia? Ranking makin jahanam. Layak ke Piala Asia? Itu pun sebab kita tuan rumah. Oh ya, lupa. Ranking tidak penting. Sampai bila nak aim Piala AFF dengan Sukan SEA je? dah 28 tahun. Semua pekerja ada KPI kan? Coach ada KPI, player ada KPI, Setiausaha Agung ada KPI. Kalau tak capai KPI, kena buang. Masalahnya yang bawah dah banyak kali tukar, tapi result tetap sama.

Ada jugak yang kata, kalau FAM kena rombak, bola sepak Malaysia akan jahanam. Itu persepsi yang salah. Kalau tak cuba, mana kita nak tau kan? Gantikan dengan orang yang cintakan bola sepak. Tak perlu bekas pemain pun takpe, asalkan Presiden itu sayangkan bola sepak Malaysia. Kami dah letih. 28 tahun dah  Presiden pegang. Makin teruk bola Malaysia. Maka dengan itu, kami mohon, Presiden FAM, sila letak jawatan.

Friday, December 28, 2012

Penyokong vs Penyokong


Siapa penyokong? apakah yang maksud sebenar penyokong? Ramai masih berdebat mengenai erti sebenar penyokong. Keluarkan duit beribu? Ultras? Cukup sekadar datang ke stadium dan menonton pasukan? Berdebat di twitter dan pertahankan pasukan masing masing?  Pertikaian ini berlarutan. Bergaduh sesama sendiri mengenai siapa sebenarnya penyokong. Kelakar pun ada rasanya. Masing masing persoalkan siapa sebenarnya penyokong sejati. Bukan setakat pertahankan cara masing masing, tapi juga menghentam cara pihak lain.

Yang lama hentam yang baru. Yang baru hentam yang lama. Yang lama kata yang baru noob dan glory hunter. Yang baru kata yang lama old school dan minda tertutup kerana tak dapat terima cara yang baru. Yang lama kata yang baru terkinja kinja macam monyet. Yang baru kata yang lama tak ada semangat. Masing masing defensif terhadap cara masing masing dan offensive menyerang cara pihak lawan.

Masih tiada jawapan. Perdebatan berterusan.Persoalan sebenarnya, kenapa perlu dirumitkan hal ni? Kenapa perlu masing masing nak tonjolkan siapa wira? Penyokong bukan semata mata cara sokongan. Penyokong adalah apabila kita mampu rasa dengan hati. Kita sedih bila pasukan kalah, kita gembira bila pasukan menang, kita marah bila player main macam taik. Semuanya berbalik pada hati. Sama macam cinta. Senang je nak sebut 'I Love You' tapi cinta sebenar apabila kita rasa dengan hati. Sama juga dengan bola sepak. Sesiapa pun boleh mengaku penyokong,tapi adakah hati kita betul betul sayangkan pasukan? tak kiralah anda baru nak support atau dah lama support, asalkan anda rasa dengan hati dan rasakan diri anda sebahagian dari pasukan, anda sudah bergelar penyokong. Cara anda menyokong akan hadir mengikut keselesaan anda selepas anda sudah mula merasa dengan hati.

Seperti biasa, bila ada pasukan baru naik, maka muncullah istilah glory hunter dan persoalan di mana sokongan ketika pasukan di bawah. Kini perdebatan ini timbul dengan Johor Darul Takzim. Kenapa tidak boleh penyokong baru dan lama sama sama wujud dan menyokong pasukan? kenapa perlu ada perdebatan ini? Bukankah lebih baik, daripada bergaduh siapa paling true, sama sama sokong dan naikkan pasukan? Samalah dulu masa Kelantan dan ATM naik. Persoalan ini akan sentiasa ada. Dah sampai masa perdebatan ni selesai dan setiap penyokong pasukan utamakan sokongan terhadap pasukan berbanding bergaduh siapa paling true. Biar cara berbeza, tapi hati tetap sama.

Friday, December 14, 2012

Entri Rabak Thailand vs Malaysia.


Kita gagal ke final. Kita gagal pertahankan mahkota kita. Kita gagal membalas dendam kepada Singapura. Aku rabak. Ye, aku rabak. Aku sedih. Aku kecewa. Aku marah. Dari saat ref melayangkan kad kuning kepada Fadhli Shas, aku dah mula maki ref. Kesalahan pertama pada minit ke-8. Terlalu awal untuk melayangkan kad kuning. Kesalahan tu sebenarnya cukup sekadar sepakan percuma dan amaran. Tapi pengadil nampak terlampau gembira untuk melayangkan kad. Tak lama selepas itu Mahali pulak dapat. Sama jugak, kesalahan pertama. Aku dah mula mencarut. Celaka betul ref ni. Dekat nak habis first half, bala menimpa. Fadhli Shas dilayangkan kad merah. Dari segi hukum, ya dia boleh dilayangkan kad kuning sebab cuba menanduk pemain lawan. Ya, bola sepak semakin pondan. Kesalahan bodoh sebegitu memang boleh dilayangkan kad. Itu satu hakikat yang perlu kita terima. Tapi jika ref bijak, dia tidak perlu layangkan kad, cukup sekadar amaran. Tapi mungkin ref ni gembira dapat kad baru, so dia pun layangkan kad kepada Fadhli Shas.

Bila mula saat ni, RG telah melakukan satu kesalahan. Satu benda yang RG ni aku nampak, adalah dia kadang kala terlampau yakin dengan pemain dan taktikal. Aku pergi friendly lawan PDRM. Dalam game tu, Raja cuba bermain dengan 10 orang. Apa yang menariknya, dia keluarkan Fadhli Shas, sama seperti apa yang terjadi dalam game tadi. Dia letakkan Amar di posisi CB. Sama macam tadi bukan? Adakah RG cuba copy apa yang dilakukan oleh Italy ketika berhadapan dengan Sepanyol di Euro 2012? Ada beza lawan friendly dengan PDRM dan perlawanan Semi Final menentang Thailand. Kekuatan pasukan dan tekanannya berbeza. Sepatutnya RG masukkan Faizal atau Zubir dan alihkan Bun ke tengah. Dalam perlawanan seperti ini, kesilapan taktikal membawa padah. Sama seperti ketika di SNBJ apabila RG cuba mencari gol kedua dan mengubah formasi ke 4-4-2 sedangkan 4-5-1 sudah cantik ketika itu.

Biarpun kita marah dengan ref, kita perlu salute Thailand. Mereka memang layak ke Final. Mereka bermain dengan hebat. Mereka menjaringkan gol dalam setiap game atau orang putih kata 'Scoring for fun'. Ya, mereka melayan kita dengan buruk dan juga mungkin kad merah Fadhli Shas memudahkan lagi kerja mereka, tapi mereka sememangnya kuat. Datsakorn mengawal permainan dengan baik dan Teerasil tenang di depan pintu gol. Thailand mempunyai keyakinan untuk menang. Mereka tahu mereka ada keupayaan untuk menang. Lihat hantaran mereka. Lihat cara mereka mengawal bola. Lihat first touch mereka. Lihat cara mereka membuka permainan, menukar dari satu side ke side yang lain. Mereka bermain dengan penuh disiplin dan keazaman. Tahniah kepada Thailand.

Kepada Rajagobal, sudah sampai masa pasukan dibina bukan lagi di sekitar Safiq Rahim. Dari perlawanan pertama, aku tidak melihat Safiq mampu memikul jawatan kapten lagi. Tiada kata motivasi, tiada inspirasi yang diberikan kepada rakan sepasukan. Bagi aku, sudah sampai masa posisi Safiq digantikan dengan Baddrul Bakhtiar. Baddrul rajin,kreatif dan pandai control tempo. Lihat saja Sukan SEA 2011. Bahkan, penyokong Indonesia sendiri mengatakan bahawa Indonesia perlukan pemain bijak seperti Baddrul. Sudah-sudahlah pilih anak emas tu. Kalau berani drop Safee, beranikan juga drop Safiq. Juga, hantarlah scout atau turun sendiri ke stadium melihat perlawanan liga. Baru tau siapa perform dan tidak perform. Turun juga ke match pihak lawan untuk melihat kelemahan dan kekuatan mereka. Ada masanya kita boleh yakin dengan pasukan sendiri, tapi bukankah lebih baik jika dikaji juga corak permainan pihak lawan? Pengurus ternama seperti Alex Ferguson juga turun untuk scout pemain dan juga pihak lawan, jadi kenapa RG tak nak buat?

Aku juga tau akan mula suara suara yang suruh RG panggil Nazmi Faiz untuk main. Tidak. Jangan panggil dia lagi. Dia masih dalam proses belajar di Portugal. Dia belum naik ke 1st team Beira Mar lagi. Biarkan dia di sana. Kalau nak panggil, panggil Irfan Fazail. Letakkan Irfan,Badd dan Gary dalam satu team. Sukan SEA 2011 dah nampak betapa hebat kombinasi 3 pemain ni.

Ya, aku boleh tulis panjang lagi. Aku boleh membenci. Aku boleh mengeji. Tapi cukuplah. Aku tau, marah macam mana pun, Harimau Malaya tetap team aku. Aku tetap akan turun ke stadium. Aku tetap akan sokong. Kepada RG, repairlah team ni sebelum kelayakan Piala Asia 2015. Banyak benda nak kena repair ni. Kalau kau nak orang sokong Malaysia dan percayakan kau, droplah anak emas tu.


Tuesday, December 11, 2012

Malaysia vs Thailand : Jangan Putus Harapan


Seperti yang semua tahu,perlawanan Separuh akhir pertama di antara Malaysia vs Thailand, berkesudahan seri 1-1 di SNBJ. Kita tidak tewas. Ya, away goal itu mainkan peranan. Persoalannya, kenapa belum mula bertarung, ramai yang sudah meramal bahawa Malaysia akan tewas? Banyak suara yang tiba-tiba muncul dan menjadi tukang tilik nasib dan bomoh. Pandai betul mereka meramal. Kita tidak tewas di SNBJ. Kita seri. Siapa kata kita tidak boleh menjaringkan gol di Thailand? Adakah mereka ada mesin masa dan telah pergi ke masa hadapan untuk melihat perlawanan tersebut?

Sangat kelakar apabila ada sesetengah pihak ini, bila pasukan EPL mereka ketinggalan, mereka yakin pasukan mereka akan buat come back dan menang perlawanan. Biarlah ketinggalan 1-0,2-0,3-0, hatta 4-0 sekalipun. Itu masa tengah perlawanan tu mereka yakin lagi. Ini belum mula perlawanan lagi dah hilang keyakinan. Apa cerita? Bahkan, pihak media pun seakan menganggap keputusan seri di SNBJ sebagai petanda kita akan tewas di Thailand.

Tidak bolehkah jika kita terus berfikir secara positif dan bersikap optimistik? Semasa kita tewas 3-0 menentang Singapura pun dah ramai yang meramal kita akan terkeluar dari peringkat kumpulan lagi. Tapi lepas kita menang menentang Laos 4-1, tiba-tiba tukar ramalan. Ramai betul Nostradamus dalam masyarakat kita. Ke kita semua ni macam orang Mayan boleh main ramal-ramal ni?

Apa kata kita tukarkan pemikiran negatif itu dan terus menyokong pasukan Malaysia. Ada lagi 90 minit atau lebih jika perlawanan ke masa tambahan. Ingat, Porto menyingkirkan Manchester United di Stadium Old Trafford dalam perjalanan mereka ke final dan menjulang Piala Juara Juara dulu. Kita merangkul pingat emas Sukan SEA di tempat lawan, jadi kenapa kita tak boleh buat jugak untuk Piala AFF kali ni? Dengan sokongan padu dan doa dari kita di Malaysia, tiada yang mustahil. Jadi, jangan putus harapan. Teruskan menyokong Harimau Malaya!


Friday, December 7, 2012

Apa Citer Bai?

Menjadi seorang rakyat negeri Johor tak bermaksud aku akan beri sokongan aku pada pasukan bola sepak Darul Takzim FC dan Johor United. Aku adalah penyokong bola sepak Universiti Sains Malaysia (USM FC), walaupun IC aku tertulis nombor 01.

Sebenarnya, kita sekarang boleh memilih apa-apa sahaja pasukan yang kita suka nak sokong. Contoh seperti walaupun kau lahir di Pahang, tidak-lah salah untuk kau menyokong pasukan bola sepak Selangor. Tidak salah sama sekali kerana menyokong pasukan bola sepak bukan macam memilih agama. Ia sekadar bola sepak.

Tapi, dulu sewaktu kecil dan sewaktu remaja, ya aku adalah penyokong pasukan bola sepak Johor FA. Sokongan hanya tamat pada zaman Rosdee Sulong dan Azmil Azali. Oh, juga pasca Trinity Johor. (Ervin Boban, Alistair Edwards dan Abbas Saad). Selepas itu, aku lebih banyak kecewa melihat pasukan bola sepak Johor terperosok ke divisyen dua. Walaupun ada Johor FC, hanya sekadar melihat perkembangan dari jauh sahaja.

Baiklah, aku ingin mengulas tentang video ini ;



Memang benar. Kini kerana duit, pemain boleh pergi ke mana-mana pasukan. Kerana duit, penyokong boleh tak datang stadium. Kerana duit, pasukan bola boleh lupus.

Perkembangan yang berlaku di Darul Takzim FC bagi aku adalah perkembangan yang terlalu drastik untuk suasana harmoni bola sepak domestik kita sekarang. Tapi sukacita aku ingin mengingatkan, benda ini sudah lama berlaku pada Selangor pada zaman David Mitchell, Tony Cottee dan Chris Kiwomya. David Mitchell pernah bermain untuk Newcastle United, Tony Cottee pernah bermain untuk West Ham dan Kiwomya pernah bermain untuk Arsenal. (celaka, selera ke EPL memanjang Selangor time ni)

Jadi, kita tidak perlu berasa hairan sebenarnya. Yang perlu kita rasa perlu; kritik untuk memastikan Darul Takzim FC tak terjebak sampai tidak terbayar gaji pemain. Hal tak bayar gaji pemain memang isu yang sering berlaku dalam bola sepak Malaysia, kan? Ini kerana pelaburan yang dilakukan Darul Takzim FC ini sangat besar. Pelaburan ini boleh mengoperasikan 3 pasukan Liga Super yang lain.

Cuma dari sudut kecil hati aku rasa kecewa. Beli pemain mahal-mahal, macam mana pula dengan perbelanjaan mencari pemain pelapis, dan lebih tepat, bukankah lebih baik wang yang banyak itu digunakan untuk memajukan akademi bola sepak di Johor khususnya. Lebih menarik bukan kalau pemain dari negeri Johor sendiri menjadi ayam tambatan pasukan Darul Takzim FC ini? Aku rasa semua orang akan setuju hal ini. Takdelah nanti orang bising;

"Hek eleh buat apa kalau pasukan power tapi bukan datang dari orang negeri sendiri? Orang negeri sendiri tak reti main bola keee?"

Banyak perkara yang aku lihat tentang masa depan Darul Takzim FC ini. Terutamanya dari hal Stadium Larkin yang berkapasiti 30,000 orang. Mungkin dengan kehadiran pemain-pemain mahal ini, Stadium Larkin akan penuh semula sebab penyokong hendak melihat aksi Darul Takzim FC dengan pemain-pemain mahal. Tapi, kita perlu ingat bahawa salah satu tabiat orang Malaysia yang susah nak dibuang ialah ;

Penyokong datang ke stadium unuk melihat pasukan bola sepak mereka menang.

Kalau tak menang, memang sukar ramai penyokong hendak datang menyokong pasukan bola sepak mereka. Itu yang terjadi pada Perlis, Pulau Pinang dan Melaka kini. Hakikat.

Apa-apa pun dalam diam, pasukan dan kelab negeri lain sebenarnya ada rasa 'gigil' juga melihat pembelian besar-besaran dari Darul Takzim FC. Kemungkinan juga ada yang cuba mencari bola tanggung supaya Darul Takzim diberi tekanan dan tak beli pemain-pemain bernilai. Ye lah, kita kena ingat satu fakta ini. Darul Takzim FC beli bekas penjaring terbanyak Liga Sepanyol season 2007-2008. Ulang suara, penjaring terbanyak pada zaman Liga Sepanyol ada; Samuel Eto, Lionel Messi, Thierry Henry, David Villa, Sergio Aguero, Diago Forlan, Iker Casillas, Victor Valdez dan Raul Gonzalez. Bermaksud, Daniel Guiza bukan calang-calang orang Darul Takzim beli. Ia seumpama perpindahan Didier 'Predator' Drogba ke kelab Shanghai Shenhua. 

Mau tak nya Pahang, Perak, Selangor dan Kelantan tak bising? Heh.

Kemudian beli Safee Sali, Mat Yo... senang cakap separuh dari player kebangsaan. Kalau Darul Takzim tak menang juga Liga Super season depan, tak tahulah nak cakap apa. Memang kena gelak 1Malaysia.

Chalo.

Wednesday, December 5, 2012

Nak kejar Piala Liga Super punya pasal.

Dalam kesibukan pemain menjalani persiapan untuk menghadapi Thailand untuk perlawanan separuh akhir dan penyokong cuba merancakkan suasana bagi perlawanan tersebut, pasukan dalam Liga Super sibuk mengendalikan urusniaga beli pemain. Pemain import dan pemain tempatan menjadi buruan bagi menghadapi Liga Malaysia 2013. Itu perkara biasa dalam bola sepak.

Tapi, malam tadi satu urusniaga paling hangat telah dijalankan. Berita perpindahan Safee Sali menjadi bualan semua peminat. Apa yang menjadi topik penting adalah kewajaran urusniaga itu dijalankan ketika semua pemain tengah busy berlatih untuk bertemu Thailand Ahad ni.Banyak berita tak best sebenarnya transfer ni, tapi paling orang marah sebab pasukan yang beli Safee ni macam tak sabar sampai sanggup pergi ke Wisma FAM dan kacau time pemain nak rehat semata-mata untuk sign Safee. Ada yang kata benda ni dilakukan sebab kejar deadline 6 Disember yang ditetapkan FAM, tapi ramai juga yang tak tau yang peraturan tu dilonggarkan untuk pemain yang berkhidmat untuk pasukan kebangsaan. Kalau ada yang kata sebab liga start Januari pun tak logik sebab Safee bukan boleh terus main pun sekarang, kena tunggu habis Piala AFF jugak.

Kita tak perlukan gangguan sebegini di saat kita bakal bertemu pasukan yang kuat seperti Thailand. Pemain perlu fokus untuk game ni. Ada juga yang menggunakan alasan benda sebegini sering berlaku di Eropah. Itu aku tak dapat nafikan, memang biasa time World Cup atau Euro benda ni berlaku, tetapi ia dijalankan dengan senyap dan tanpa liputan media yang meluas. Bahkan, biasanya pasukan akan berurusan dengan ejen. Agak pelik dalam hal perpindahan Safee ni kerana kedua-dua pasukan seakan-akan mengabaikan ejen Safee dan terus ke pemain. Kalau di Europe, tak pernah rasanya dengan Presiden kelab turun ke tempat latihan pemain untuk jumpa dan lamar dia masuk.

Aku lihat benda ni dijalankan dengan tidak professional. Itu pendapat aku. Pasukan terlampau nak kejar piala tahun depan sampai tak respect pasukan kebangsaan yang tengah fight untuk naikkan nama negara. Kalau pasukan tu dari luar negara, mungkin okay sebab dia bukan pasukan dalam Malaysia, tapi ini pasukan yang bermain dalam liga Malaysia. Tak kiralah siapa pun, harap respect pasukan kebangsaan. Tolong jangan ada gangguan sebegini lagi. Sebelum ni Mat Yo, lepas tu Khairul Fahmi, sekarang Safee pula. Benda sebegini akan membuatkan pemain hilang fokus dan seterusnya kacau pasukan kebangsaan. Kepada semua team yang nak sign player dalam pasukan kebangsaan, tunggulah lepas habis Piala AFF!

Tuesday, December 4, 2012

Analisis Ringkas Harimau Malaya Setakat Ini

Mahaili Jasuli dan Wan Zack Haikal

Gua rasa ada can Malaysia menang ke atas Thailand kalau ini dua orang ada. Gua tengok game lawan Indon hari itu kat stadium, nampak betul seluruh kawasan kanan Malaysia itu memang Malaysia kontrol. Kawasan kiri Indonesia memang terabur dikerjakan oleh mamat dua orang ini.

Masa lawan Laos pun sama. Belah kanan memang Malaysia kontrol bila ada mamat dua orang ini.

Sekarang gua rasa semua orang setuju Gary Steven Robat patut main kesebelasan utama sebab nampak penguasaan bola dan ketenangan Gary mengawal bola, menggelecek cari ruang dan membuka ruang, passing bola dengan baik dan tepat, serta paling penting tugas utama sebagai CM/DMF ialah memintas bola sewaktu lawan melakukan serangan. Tiga empat kali jugak Gary berjaya memintas bola. 

Safee Sali ni bila entah nak menyerlah. Tapi sebab dah takde pilihan sangat (nak harap Fakri?), gua rasa biar Safee sajalah jadi loner-striker kat atas.

Mat Yo ni gua saspek dia perlukan orang yang boleh bekap dia bila dia dribble. Asyik dia nak bekap Safee, tu yang dia macam tak boleh nak skor atau menyerlah. Tapi setakat ini kalau bab dribble dari tepi, memang dia ada kelas.

Azamudin ni gua boleh cakap dah patut dia mereti-retikan diri belajar nak cross-ball yang baik serta tepat dari Mahaili Jasuli dan Wan Zack kalau nak terus main kesebelasan utama. Alah tak rugi pun belajar. 

Belah defend gua takde nak komen apa sangat sebab memang diorang kerjanya nak clear ball memanjang setakat ini. Eloklah tu. Gua rasa defend Malaysia okay. Cuma komunikasi tu macam kurang. Nak kata jenis tak bersuara, mustahil. Diorang yang pertahanan ni gua perati asyik kantoi dalam 'siapa yang priority sepak bola ini, siapa yang priority kawal orang itu'. Tapi setakat ini (tolak game lawan Singapore), defend-defend Malaysia ni bolos pun sebab silap pemain tengah passing bola ke lawan. Masa lawan Indon asyik kena serangan kilat pun sebab pemain tengah macam tenuk passing bola ke belakang balik macam setan. 

Konsep pemain pertahanan dalam bola sepak macam ini gua terang yang gua tahu. Kalau engkau nak tahu dalam banyak-banyak posisi bola sepak, paling memenatkan ialah winger dan pemain tengah. Winger penat sebab sentiasa nak kena berlari laju (pecut) kejar bola. Pemain tengah penat sebab memang pemain tengah kena round seluruh padang (memang selalunya dalam coverage distance, pemain tengah paling banyak berlari). Tapi, pemain pertahanan boleh jadi posisi paling penat dalam permainan bola sepak kalau pemain lawan asyik menyerang. Lagi-lagi pula kena counter attack. Atau bahagian tengah tak buat kerja. Atau bahagian tengah langsung tak berfungsi nak sweep serangan lawan. Paling celaka bila bahagian tengah tak boleh kontrol bola dan asyik-asyik sangkut nak passing, asyik-asyik hilang bola.

Kan ada pepatah dalam permainan bola sepak mengatakan 'Cara bertahan yang baik adalah dengan menyerang'.

Gua dapat lihat masa lawan Singapoh, Laos dan Indon. Defend-defend Malaysia lebih penat dari posisi-posisi pemain Malaysia lain. Engko tengok Fadhli Shas sudah. Engko tengok Mahaili Jasuli sudah. Tapi, Mahaili memang patut dapat respek sebab dia dapat kaver. Jenis stamina tinggi gila boleh lari menyerang dan lari kembali ke posisi bertahan.

OK. Siapa pemain tengah yang gua maksudkan itu, gua rasa lu orang boleh agak. 











p/s : A'ah dia memang terer free-kick je sampai mampos.

Monday, December 3, 2012

Tersingkirnya Indonesia

Ini la "Garuda Didadaku" yang paling true sekali.

Indonesia; negara yang punya 237 juta penduduk (10 kali ganda dari Malaysia) gagal ke separuh akhir Piala AFF 2012. Ini cukup memalukan bagi sebuah negara yang kununnya bolasepak adalah sebahagian dari budaya rakyat mereka. Kedatangan timnas Garuda bersama gerombolan-gerombolan laskar merah putih mereka ke Kuala Lumpur berakhir dengan penuh duka.

2010, kami beri 3-0. Tahun ini, kami bagi 2 bijik sahaja. Mungkin kalian rasa kalian sudah improve sebab bolos 2 bijik sahaja tapi kami bagi 2 pon bersebab. Sebabnya mudah; berdua kan lebih baik kata Acha Septriasa? Wkwkwkw



Apa kamu ada Irfan Bachdim, Raphael Maitimo, Tony Cussell yang langsung nga ada muka Indon boleh bikin timnas kamu kuat? Apa kamu ingat mereka semua superstar? Heh, kamo silap dong. Kamo lupa pesan Projectpop bahawa kamu semua "bukan superstar". Andik who? Messi Indonesia?? Wkwkwkwkwkw. Mahu lepasi Amar Rohidan nga mampu, ada hati nak se-level dengan Messi. Puiii


10 minit awal bukan main kamu menyerang. Saya yakin semua Indon yang ada distadium merasakan harapan membuat kejutan akan direalisasikan jika Garuda bermain seperti itu untuk 80 minit seterusnya. Namun, harapan tersebut kian pudar, sepudar lagu rossa.



Kami hantar hero Lipih, Azamuddin 'Alex' Akil sahaja untuk mendiamkan kamu didalam stadium. Menerusi hantaran cantik Mahali Jasuli, mana mungkin penjaga gawang kamu bisa menghalang rembatan padu Alex. Pasti kamu patah hati bukan dengan gol tersebut? wkwkwkwkw.


Harimau Malaya masih lapar. Kami cuma perlu 3 minit sahaja untuk menambah garam ke luka kamo. Kali ini, gerakan menarik Wan Zack Haikal yang jauh lagi ganteng dari Irfan Bachdim berjaya membuatkan pertahanan kamu bermain seperti orang gila. Mahali kemudiannya menyempurnakan hantaran Wan Zack untuk mengajar Garuda cara-cara menjaringkan gol dari sudut yang sukar. Gol kedua ini bikin ramai supporter kamu meninggalkan stadium. Wkwkwkwkwk. Kalau Suharto melihatnya, pasti beliau berang. Tapi saya paham, bila dilaung 'balik balik balik' oleh penyokong Malaysia, pasti kamu sakit hati ibarat lagu Judika "Aku yang tersakiti" bukan?


Pertahanan kamu begitu mudah dibolosi. Itu baru kami hantar Wan Zack Haikal, belum lagi kami hantar bintang kami di Portugal, Nazmi Faiz (by the way, yg no.13 itu pon bakal ke Portugal). Sangat rapuh pertahanan kamu. Serapuh lagu Opick.

*Nora Danish > Jupe*

Dalam padang kami menang, luar padang juga sungguh kasihan melihat teman-teman mu dikeronyok. Namun berbeda dengan kamu, kami mengkeronyok kerana diprovoke. Itu makan dia orang kata. Udah dikeronyok, dilapurin pula sama media. Waduh, kontol kecik bener. Indonesia enggak bisa tewaskan Malaysia sampai bila-bila. Bolasepak Indonesia sudah PUPUS sebenarnya.


Mungkin nanti Garuda akan bangkit kembali. Tetapi disaat kamu mahu mula mencipta nama di peringkat Asia Tenggara, Malaysia sudah pun melayakkan diri ke Piala Dunia (itupon kalo Zoltan Bola letak jawatan le).


Ya, dalam hal kepimpinan bolasepak, kita berdua nga punya beda. Kamu ada masalah dengan PSSI, kami juga ada FAM yang bermasalah. Dalam hal ini, kita sahabat sebenarya.


Tapi sahabat-sahabat pon, kamu tetap loser sebenarnya. Di Jakarta kami menang, di Kuala Lumpur juga kami menang. Rasanya lepas ni lebih baik kita bertarung di Irian Jaya, mana tahu kamu bisa menang. Ah, lupa pula yang orang-orang Irian juga tidak berapa suka dengan pemilikan Indonesia terhadap pulau mereka. Mereka cuma menghitung hari sahaja untuk menjadi seperti Timor Leste.


Sudah la Garuda, buang masa bertekak dengan kamu. Kami ada misi penting 9 haribulan ini menentang Thailand. Kamu? Selamat Jalan Indonesia!


Sebelum saya menutup kata, kami di Malaysia ada satu lagu khas buat kamu. Ya, lagu dari kumpulan Jamrud bertajuk "Surti dan Tejo". Kamu seperti Surti; manakala kami pula bagaikan Tejo. Betapa senangnya Tejo merobek Surti, begitulah juga mudahnya Malaysia menewaskan Indonesia.




Oh ya, dalam rangkap akhir lagu ini, sila tukar "Surti" kepada "Indon". Sekian. Salam 2-0. Wkwkwkwkw.

Thursday, November 29, 2012

Gua Skor La Bhai!


KECOH!

"Walaupun menang 4 bijik kalau kapten passing macam setan apa gunanya." - Berd

Most Kepala Takok Player (MKTP) ever.













inB4,


Wednesday, November 28, 2012

Malaysia vs Indonesia. Dah sampai masa untuk kita berperang.




Sempena perlawanan penentuan menentang Indonesia Sabtu ini, hayatilah ayat dari Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee.

“They don’t respect you, they don’t respect our flag, they don’t respect our King and they don’t respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about. We beat them not once but twice in front of their fanatical crowds. We showed them how it is done.”-ONG KIM SWEE

Malaysia, masa untuk berperang sudah tiba. Ayuh. 

Monday, November 26, 2012

BANGUNLAH! INI HARAPAN KAMI SEMUA WAHAI HARIMAU MALAYA!!!


“ Sebagai penyokong kita behak meluah rase xpuas ati dan kritikan...bkn sbb benci, tp sbb syg,tu yg tegor...sblm start lg kita dah nmpak kepincangan pasukan negara, dimana rajagopal lebih suka memilih pemain yg beliau biasa berbanding yg berpotensi...kita boleh lihat dr permainan "sampah" yg di tunjuk kan sapik rahim dan amar mnyebabkan jentera serangan x dpt berfungsil...peluang harus di berikan kepada pemain yg lebih layak berbanding pemain yg terbukti gagal pada edisi kali ini... “  - Azam Ad-Din Al-Saggof 


“Pade pendapat gua.. menyalahkan individu tertntu atas kekalahan harimau malaya mlm td adalah 1 tindakan paleng x bermoral yg dilakukan oleh seorag coach yg berpangkat dato.. bkn cakai2 punye org beb.. kalah waktu friendly match.. king ckp nk ekperimen.. xpe gua ley diam.. tp ble real game.. kalah.. xkn nk diam gak.. bg gua.. first match ni wajib mng.. supaye akan mmbuke mate smue org trmasuk negare2 luar dan sekaligus akan mmbuatkn dorg berfikir yg HM save strategy for real match.. andai kate kite yg mng 3-0 mlm td.. smue org akan start berfikir yg king mmg btol2 wat ekperimen time friendly n konpem HM ley pertahankan piale aff tahun ni... tp skang tgk pe yg da jd.. negare2 laen da start brfikir.. "Harimau malaya da hilang taring".. semue nye salah siape.. KING GOPAL.. “ - Asyraf Ahmad 

“ Kekalahan bukan di atas bahu mana2 player, tapi strategi & tactical jurulatih bagi kalau lemah & x berfungsi player2 terbaik yang mane2 dunia pun x minat nak main. letih beb! moral jatuh..wat kerja utk 1 team semangat berpasukan. Hantaran bola jauh kerap..sejak aku lahir benda sama je disajikan..letih nk tgk camni.“ - Riz Rakinan 

“Diorang main selalu long pass! terburu buru nak gol. dah long pass kena intercept. kenapa taknak main short pass & possession je? because possession is the key. “ - Madd Hardy 

“bukan nak mengutuk pasukan negara kita, tapi mereka boleh main lebih baik lagi, rajagopal tidak boleh salahkan sebegitu sahaja, pemain kelihatan tidak bersemangat untuk beraksi, pemain perlu lebih bersemangat dan bersungguh bermain, di rumah sendiri pula, sudah ramai penyokong yang turun pandang memberi sokongnan, jadi buat lah yang terbaik untuk mereka dan tanah air! “ - Wan AKill 


Ini antara komen komen di Facebook SokerLeaks

Semua sedia maklum. Malam semalam adalah malam yang paling mengecewakan rakyat Malaysia yang meminati sukan bola sepak. Tewas 0 – 3 pada rival (dari pelbagai segi) yang boleh di anggap pasukan yang boleh kita tewaskan setelah rekod terakhir kita menewaskan mereka di Stadium Shah Alam dalam perlawanan persahabatan dengan keputusan ketika itu kita menewaskan mereka 2 berbalas 0!

Bola itu bulat, apa apa boleh terjadi. Bola sepak juga sering memainkan harapan dan perasaan kita. Apa yang kita inginkan kemenangan malam semalam semua tidak menjadi. Pasukan yang kita sayangi. Telah mengecewakan perasaan kita.

Terbukti jelas, Perlawanan demi perlawanan persahabatan sebelum Piala AFF 2012 dengan keputusan yang tidak boleh kita banggakan. Kekalahan demi kekalahan akibat eksperimen yang di jalankan terbukti menghancurkan perlawanan pertama kita dalam peringkat kumpulan Piala AFF 2012.

Sistem permainan tidak berubah, di manakah kesilapan? Adakah ketua jurulatih kita kekurangan idea dari segi tektikal permainan? Hanya bersandarkan egonya dan kepercayaan pada pemain sahaja? Perkara ini sering menggangu fikiran saya.

Boleh kata hampir 60 ribu peminat dan penyokong bola sepak malaysia memenuhkan stadium. Mereka datang tanpa memikirkan rekod rekod perlawanan persahabatan sebelum ini. Mereka sudah mengosongkan fikiran mereka dengan harapan corak permainan berubah dan menghiburkan. Tapi apakan daya. Sebagai peminat dan penyokong, kita sudah melaksanakan tugas kita dengan baik. Hadir dan memberikan sokongan. Tapi di balas dengan kekalahan tanpa pasukan kita menentang tanpa rasa bermaruah!

Corak permainan yang huru hara, sistem serangan yang tidak padu, bertahan dengan tidak sistematik. Seolah olah ini bukan pasukan yang saya inginkan untuk meraih kejayaan.

Semua pemain patut rasa di persalahkan, kenapa di salahkan Khairul Fahmi sahaja? Ketua jurulatih tidak patut menyalahkan pemain seperti itu. Di mana pemain tengah? Ketika kita di serang, pemain tengah bertahan di mana? Ketika kita menyerang. Di manakah pemain tengah menyerang? Corak permainan yang sama. Tengah passing bola ke pemain sayap, dan penyerang akan menunggu, Kalau hantaran pemain sayang crossing dia power sampai ke kepala takpe juga. Ini hantaran pun kelaut. Tahu lari sampai ke hujung bendera lepas tu gelecek. Tak lepas buat pura pura kejar balik. Takpun buat pura pura sakit. Sistem yang tidak sesuai dengan pasukan.

Sering bermain hantaran tinggi. Kenapa perlu sering bermain hantaran tinggi? Dah la hantaran tinggi pun tak betul. Kita elok bermain hantaran pendek sahaja. Sesuai dengan pemain Malaysia. Tidak perlu penat mengejar bola. Bola dari pertahanan, pass ke pemain tengah, pemain tengah memainkan peranan. Simple

Jangan hampakan rakyat Malaysia wahai Harimau Malaya. Jangan matikan semangat mereka untuk kembali menyokong Harimau Malaya. Tugas pemain, bermain mati matian membawa nama Malaysia. Tugas jurulatih memberikan tektikal supaya permainan lebih konsisten. Dan tugas kita, penyokong dan peminat bola sepak, memberikan sokongan tidak berbelah bahagi. Tapi, takde guna juga kalau sokongan yang tidak berbelah bahagi di balas dengan rasa kecewa yang tak di sangka sangka

Bangunlah Harimau Malaya, Bermainlah bersungguh sungguh, Jangan hampakan kami, Bangkitlah semula, Kita sekarang tidak perlukan alasan dan sejarah lagi. Buatlah macam mana sekalipun. Janji menang! Itu yang kami mahukan!

“Kalau rasa tak mampu bermain sepenuh hati untuk Malaysia, Pulangkan jersi dan berikan pada yang mampu mengubah nasib pasukan Malaysia”

Sekian, entri dari hati yang penuh rasa kecewa tapi mengharapkan perubahan mendadak berlaku

Entri Rabak Malaysia vs Singapura.

Aku tau ramai yang kecewa tengok game semalam. Aku pun. Tak ada kata yang boleh aku gambarkan untuk nyatakan perasaan rabak aku sekarang. Mungkin tak seteruk masa terkeluar dari Kelayakan Piala Dunia tahun lepas sebab biar apa pun kita masih ada peluang. Perasaan ni berbeza sikit. Tahun lepas, masa kita terkeluar dari Kelayakan Piala Dunia, kita main bagus. Nampak semangat juang pemain dan kesungguhan. Berbeza sikit tahun ni.

Kalau 2011, aku pulang dari stadium dengan rasa sedih dan rabak, semalam aku balik dengan rasa marah dan nak mencarut. Kenapa? Sebab kita main macam jahanam. Tengok pada corak permainan dah tau kita akan kena tibai. Apa masalah sebenarnya? Ada yang kata tak ada chemistry. Nak chemistry apa lagi kalau team ni dah dibentuk dari tahun 2009? Tak cukup ke 4 tahun?

Jurulatih dan pemain mahukan sokongan dari penonton? Kami dah datang dan berikan sokongan. Apa lagi yang korang nak? Tak guna kami bersorak sampai terkeluar anak tekak, kalau pemain buat buat pekak dan main macam tak ada otak. Kami dah berikan seluruh jiwa kami, tapi malangnya pemain main macam tak ada jiwa langsung. Tak bangga ke sarung jersi Malaysia tu? Ramai lagi pemain nak sarung jersi keramat tu tapi tak dapat. Ini yang susah bila ada sesetengah pemain jadi anak emas sampai tak boleh kena drop.

Sudah semestinya yang di aim adalah Safiq Rahim. Sebagai seorang kapten, dia gagal. Dia gagal menaikkan semangat rakan-rakan dan tidak mampu mengawal permainan. Bagaimana seorang kapten mahu menaikkan semangat rakan-rakan kalau dia sendiri tidak bersemangat dan cacamarba ketika bermain? Corak permainan dan hantaran Safiq Rahim mudah dibaca dan tidak kreatif. Terlalu one dimensional.

Rajagobal, formasi dan taktikal anda semua orang dah boleh tau. Jangan kata pihak lawan, peminat yang tak ada basic Sains Sukan, hatta budak sekolah rendah pun dah boleh tau pemain mana yang anda akan pilih dan taktikal apa yang anda akan gunakan. 4-4-2. Safee dan Mat yo kat depan, Kunanlan wing kiri, Wing kanan takkan lagi laju dari Kunanlan tapi mungkin pandai dribble. Safiq Rahim dan seorang defensive midfielder yang biasanya Amar Rohidan biarlah Kedah jatuh Liga FAM sekalipun Defender, seperti biasa 2 orang centre back, calonnya Aidil, Fadhli Shas dan Subra kalau dia tak injured. Fullback kalau defensive akan gunakan Bunyamin Omar atau dulu Sabre Abu, nak serang guna Mahali Jasuli. Fullback kiri, Azmi Muslim tapi kalau Asra tak injured, Asra akan main. Agak-agak ketinggalan, tukar wing kanan walaupun ketara striker dan Safiq Rahim yang macam bangang. Aku pun dah sampai boleh hafal substitution kau.

Ada yang kata ini sama macam tahun 2010 bila kita kalah opening game. Ya, mungkin betul, tapi bezanya adalah, pada tahun 2010, kami masih nampak semangat juang pemain dan terbukti bila kebanyakan gol yang dijaringkan adalah dari kesilapan pemain. Ditambah pula dengan kecederaan kepada key players yang menyebabkan Malaysia terpaksa bergantung kepada pemain muda. Masa itu kita ada elemen kejutan dan dilabel underdog. Tahun ini, kami tak nampak semangat juang pemain. Jiwa itu tiada. Terlampau mudah untuk Singapura menewaskan kita. Pemain seakan hilang punca dan tidak nampak pasukan yang hampir menewaskan Arsenal masa bulan puasa tahun ni.

Malaysia mungkin mampu layak ke semi-final bersama Singapura kerana Indonesia sendiri ada masalah kalau lihat pada permainan mereka menentang Laos semalam. Tapi perlu diingat, mungkin mampu. Kenapa mungkin? Ya, Indonesia nampak teruk, tapi itu kerana Laos bermain dengan cantik. Maksudnya, Laos mampu mengecewakan kita kalau kita terus bermain seperti semalam.

Kami masih yakin dan sokong Harimau Malaya. Tapi tak guna kami yakin dan sokong kalau pemain sendiri tak yakin dengan diri sendiri dan tak mampu memotivasikan diri sendiri. Mungkin stadium takkan penuh dalam perlawanan menentang Laos, tapi pemain tetap berhutang 2 big result dengan peminat. Tiada dolak dalik. Harimau Malaya perlu bangkit untuk mengembalikan kepercayaan kami. Ada 2 hari sebelum perlawanan menentang Laos, barisan jurulatih dan pemain perlu mengkaji permainan Laos dan bukan semata mata berehat sahaja. Sudah sampai masa kita tak terlalu bangga dengan 'kekuatan' kita dan mula bermain dengan menyerang kelemahan pihak lawan.

Bangkit Malaysia, bangkit.


10 Dalil Safiq Rahim Patut Dibuang Dari Skuad Harimau Malaya

KECOH!

Menganalisis gaya permainan dan pemain memang dah jadi keutamaan semua orang termasuk penyokong tegar. Sudah sampai masa kita lebih berterus-terang dari simpan dalam hati lepas tu merana tengok pasukan bola kena kitai macam itu saja.

Kehadapan Safiq Rahim. Main macam setan malam tadi kau tahu? Ini dalil yang kau boleh fikir dalam-dalam kau patut sedar siapa diri kau!

1. Hantaran bola kau baik pendek atau panjang sangat meliar.
Kau sedar tak? Kau jenis tak tengok orang bila passing atau sebenarnya kau memang tak pakai otak bila passing bola? Pemain tengah yang selalu gagal hantar tepat kepada team-mate sememangnya pemain tengah yang GAGAL. Engkaulah orangnya.

2. Tahan bola kau serupa tahanan perang.
Banyak kali dah kami perati kau menahan bola tak lekat kat kaki. Tahan bola, bola pantul ke depan sampai bola tu dapat ke player lawan. Ada tu pun sama tahan bola merapu padahal takde pemain lawan pressure kau. Macam itu kualiti pemain kebangsaan?

3. Kau takde skill menggelecek
Kalau nak gelecek biar ada konfiden lah brader. Apa kebenda gelecek tapi macam nak rempuh orang? Penyudahnya bola terlepas. Dah tu kau bukan rajin nak kejar balik!

4. Kau takde konfiden nak hold-ball.
Bila menggelecek pun ZERO. Memang jahanam lah kau nak hold-ball. Hold-ball ni bermaksud bola kat kaki kau dan kau bawa bola dengan kaki kau tu ke tempat kosong cari dan buka ruang. Bila ada player lawan datang nak rampas bola. Kau patutnya boleh bawa bola tu ke tempat lain atau pass ke team-mate. Tapi kau TAKDE skill tu. Yang kau tahu bila dapat bola. Terus one-two step hantar. Atau bila dah menggelabah kena pressure, kau lambat nak passing bola kepada team-mate. Penyudahnya kelam kabut. Itu bukan ciri pemain tengah sebenar tahu? 

5. Free kick sahaja tak berguna jugak.
Kau fikir kalau accurate free-kick kau power maka kau layak jadi pemain kebangsaan. Nan hado! Kalau setakat nak harap satu skill je power, apa kau fikir ni American Football? Pemain cuma ada satu skill saja? Ini bola sepak, bangang! Pemain tengah sepatutnya ada lebih dari 2-3 skill. Free-kick kau semalam pun entah apa-apa.

6. Kau suka sangat nak ambil bola dari bawah pump ke atas.
Benda tu patutnya tugas Amar Rohidan. Bukan tugas kau. Kau kapten kau patut gesa dia. Bukan kau yang ambil tugas dia sampai tugas kau yang sepatutnya kau tinggalkan. Tak kisahlah kau rajin nak keluarkan bola dari kawasan sendiri ke kawasan lawan. Tapi cara kau nak hantar bola tu pun dah gagal. Kau hantar jauh ke flanker dan striker tapi hantaran kau mengkhinzir buta tak guna jugak. Atau kau dribble nak bawa bola ke kawasan lawan tapi asyik tak lepas. Menyusahkan kau tahu tak? Penyudahnya Amar Rohidan jadi tunggul kayu. Malaysia kena counter-attack. 

7. Kau memang degil
Kami rasa dah berbuih orang cakap permainan kau dan prestasi kau semakin teruk. Tapi kau taknak dengar. Kau tak ambil iktibar dan takde inisiatif untuk tingkatkan kualiti permainan bola kau. Kau tahu tak beribu-ribu penyokong Selangor panjat kesyukuran bila kau blah dari Selangor dan pergi ke Johor? Ramai dah orang cakap kau main tak bagus tapi kau buat-buat bagus. KAmi pun tak tahu lah apa yang TMJ pandang ke gaya permainan kau. Malanglah Johor ada player macam kau season depan. Malang.

8. Kau tak layak pegang Ketua Pasukan Harimau Malaya
Kalau dah main teruk. Kau fikir anak buah kau nak respek kau sebagai ketua pasukan? Pergi mati.

9. Kau STAR kau fikir kau HEBAT?
Kau ingat Johor belanja besar nak dapatkan kau maka posisi kau kat skuad kebangsaan selamat? Kalau macam itu metaliti kau. Tak hairan kau main teruk.

10. Mentaliti kau dalam game-play kelas ketiga.
Semua benda salah yang kau buat dalam permainan dan perlawanan sudah mencerminkan mentaliti dan kadar berfikir kau tahap mana. Kelam kabut satu hal. Berebut bola takde teknik satu hal. Semua itu cukup jelas kau tak layak jadi pemain tengah kebangsaan dengan mentaliti macam takde effort nak ubah gaya permainan ke tahap lebih baik. SPM kau dapat berapa hah?

Apa yang Rajagobal pandang ke kau kami pun tak tahu. Mungkin sebab nama kau dah STAR, dia tak berani buang kau padahal prestasi semasa kau macam jahanam tak konsisten dan menurun. Jangan sampai seluruh penyokong chanting nama kau yang bukan-bukan sampai satu stadium dengar kau main macam tahi. Main betul-betul lah setan!














CELAKA AKU INGAT YUNA TADI

Saturday, November 24, 2012

Piala AFF 2012: Sudahkah anda bersedia?


Ya, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Piala AFF yang boleh dikatakan Piala Dunia untuk negara-negara Asean (selepas melihat takde 1 pon timnas Asean yg boleh pergi) akan membuka tirai Ahad ni bersamaan dengan 25 November 2012 dan 11 Muharram 1434 Hijrah.


Sebagai tuan rumah, adakah kita sudah dah bersedia? Sudah tentu semua semakin berdebor. Debor dia mungkin tak sama macam Farid Kamil menikah dengan Diana Danielle; ini punya debor bukan one shot punya debor, ini king of berdebar.

Namun begitu debor saje tak cukup. Sudahkah anda melakukan tugasan anda sempena Piala AFF ini? Anda tak tahu tugas anda? Natang! Nah, berikut merupakan tugasan-tugasan yang telah dibahagikan dan WAJIB untuk anda lakukan bersesuaian dengan jawatan anda.

PERDANA MENTERI
Tugas: Sudahpon dilaksanakan selepas anda turun padang meninjau latihan. Tugas tambahan anda ialah memnyeru delegasi-delegasi Perhimpunan Agung UMNO untuk turut serta ke stadium menyokong Harimau Malaya.

ISTERI PM
Tugas: Fokus sahaja dengan badminton. Hal bola ni bior kitorang setelkan.

PEMBANGKANG
Tugas: Doakan kehancuran team lawan.

TAN SRI ANNUAR MUSA
Tugas: TERUSKAN MEMBERI KATA-KATA PERANGSANG DALAM MASA YANG SAMA BERI KRITIKAN MEMBINA KEPADA PASOKAN. JANGAN LUPA CAPS LOCK

JURULATIH
Tugas: Pastikan anda kenal pemain anda.

PEMAIN
Tugas: Pastikan anda dikenali jurulatih anda

FAKRI SAARANI
Tugas: Skor gol ala-ala gol Portugal. (maknanya kalo fakri ada chance skor gol tapi dia tak skor, tu maknanya dia saja tak nak skor. Jenis memilih gol dia ni)

ULTRAS
Tugas: Teruskan chant dan bakor flare walau team kita ketinggalan. Kalo boleh asap flare tu tuju dekat penyokong lawan.

PENYOKONG BIASA
Tugas: Maki bila team main macam cilaka, sorak bila gol dan buat Mexican Wave sampai tangan tercabut. Jangan bawak airhorn. Siapa bawak dia kpop.

GENG GENDANG:
Tugas: Main gendang sambil perut gendang gendut tali kecapi.

KUMPULAN SORAK 'TEAM MALAYSIA' YANG BAJU RIMAU TU
Tugas: Nyanyi kuat sikit lagu gemuruh suara. Kalo boleh part Ramli Sarip tu tarik tinggi sikit. Ala yang part
"Kalau engkau jatuh, pandai-pandai la engkau bangun sendiri....".

ABANG JUAL BURGER STADIUM
Tugas: Burger tu buat la molek sikit la brader. Ini dah macam kayu rasanya.

COUPLE KAT STADIUM
Tugas: Yg makwe, siap sedia kena siul weeeeeeeeeee. Yang pakwe, jeling usha panas sikit lepas makwe engko kene kacau.

PENJUAL JERSI
Tugas: Engko dah bolot habis stok kat Padang Besar dgn Rantau Panjang kan? Engko jangan jual mahal-mahal sangat. Jersi bukannya cun mana pon.

MEDIA
Tugas: Buat laporan team Malaysia dan Piala AFF setiap hari. Liga eropah kurangkan sikit. Bahagian hiburan pulak engkorang hold dulu hal Apek nak kawin ni.

MAKWE ESPN
Tugas: Stay cute

ZAINAL ABIDIN RAWOP
Tugas: Kali ni anda direhatkan dari tugasan. Selamat berchoti

AZLAN JOHAR
Tugas: Ikot Zainal Abidin Rawop pergi berchoti

HAJI HASBULLAH
Tugas: Steady ji, steady. Sempat lagi nak hapal nama pemain ni. Mana la tau takut-takut lupa pulak karang time mengulas

TONY FERNANDES
Tugas: Dah cari belum manager baru QPR? Kalo dah dapat moh tengok Malaysia main.

AZWAN ALI
Tugas: Baby AA jangan nakal-nakal sangat tau. Jangan la samakan skuad kebangsaan macam ulat gonggok. Tak baik tawww. So, why bother? Hanjjjjj

FAM 
Tugas: Ermm, sebenarnya kalo FAM ni betul-betul buat tugas dia, kita dah takde masalah nak retain title.

PENGGUNA FACEBOOK
Tugas: Like dan share status weols. Hiks

PENGGUNA TWITTER
Tugas: Siap sedia, kita mungkin akan berperang sekali lagi dengan geng-geng Garu Dadaku. Wkwkwkwkw

ZED ZAIDI
Tugas: Teruskan menghentam artis-artis luar

MAMAK:
Tugas: Pasang game Malaysia walaupon ada game EPL. Kemon, team engko dah la tak kasi can dengan Malaysia sampai seri kami dibuatnya, kali ni kasi la can


Haa, Sekarang semua dah tau tugas masing-masing. Kesimpulannya, kita lupakan hal result friendly yg macam bangang. Kita kasi can dekat team kesayangan kita. Mereka perlukan kita. Sokonglah pasukan kita. Engko hentam bagai nak rak pon bila menang, engko jugak yang paling seronok. Datanglah ke stadium sapot Harimau Malaya.

Remember, RESULT ARE JUDGED BY WHAT WE FINISH, NOT BY WHAT WE START.


Cilaka, engko jangan la gelak grammar ayat atas ni berterabur. Natang.

Monday, November 19, 2012

Memori 2011: Kenapa kita perlu ke Stadium Ahad ini.





Korang ingat lagi gambar ni? Time ni game Malaysia vs Singapura tahun lepas dekat Stadium Nasional Bukit Jalil. Game Kelayakan Piala Dunia 2014. Menang ni dan kita akan ke peringkat seterusnya bagi Kelayakan Piala Dunia 2014 bagi Zon Asia. Aku takkan lupa game ni sampai bila bila. Sebelum game ni, kita kalah 5-3 di Stadium Jalan Besar. Dalam erti kata lain, kita perlu menang 3-0 di SNBJ.

Untuk game ni, aku ingat yang di Facebook ada kempen kibarkan kertas 3-0 di SNBJ, and for that aku join. Aku fotostat 300 helai kertas yang tertulis 3-0 untuk diedarkan di SNBJ. Bukan aku sahaja, tapi ramai lagi yang buat. Masa tu media hype dengan hebat. Semua sibuk bercakap mengenai perlawanan ini  something yang tak berlaku untuk AFF Suzuki Cup yang buat aku rasa pelik.Untuk game ni, aku apply cuti tahunan sebab semangat. Aku beli tiket Online seawal mungkin sebab tau ramai akan tengok game ni. IAku kecewa betul dengan cara kita kalah di Jalan Besar, tapi masih rasa kita boleh menang.

Untuk game ni aku datang seawal 11 pagi. Aku tak tau kenapa, but i did. Aku duduk kat SNBJ tu dari 11 pagi. Orang kata ambik mood. Hell, i cant even sleep the night before. Seriously. I was too excited. Media did a good job in promoting and bakar semangat semua supporter. Aku duduk je kat SNBJ tu, ingatkan aku je semangat, rupanya ada jugak yang lain especially Ultras Malaya. Diorang sampai sama awal atau lagi awal dari aku.

Sedikit demi sedikit,orang mula hadir ke stadium. Lagi ramai orang datang, lagi aku semangat. Walaubagaimanapun, seorang kawan aku kena tipu dengan kawan dia dan tak dapat tiket.. So, terpaksalah aku pusing stadium tu cari ulat. Ulat ni masalah juga. Beli banyak banyak buat orang tak dapat tiket. Aku ingat lagi ada sorang tiket cuba nak jual tiket kat penyokong tapi kena belasah dan tiket dia kena rampas.

Kerana perlawanan itu di hype kan oleh media, stadium penuh..Aku rasa orang yang masuk lebih dari jumlah yang sepatutnya. Ramai masuk cara haram sebenarnya. Aku tau macam mana, tapi aku tak nak bagitau. Sebab ramai sangat, aku terpaksa duduk tingkat atas sekali dan kat tangga.

First half 0-0. Singapore memang tak fikir nak menang kat SNBJ. Melambatkan game atau orang kata Park the bus. Malaysia terus berusaha namun buntuk mencari jaringan. HT 0-0.

2nd half kita mula serang bertubi-tubi dan akhirnya Kunanlan memberikan bola kepada Safee Sali dan Malaysia score. 1-0 kepada Malaysia. 2 gol lagi. Time tu fans makin semangat. First half ramai maki maki, masuk je gol, semua semangat balik.

Then, the saddest moment in my life and i can remember how broken my heart was, Singapore scored the equaliser. After a mix up in the defence, Singapore scored. The whole stadium was silenced. Semua tergamam.Aku terus speechless. Tapi itu tak membuatkan aku terus hampa. Aku tau masih ada masa walaupun mustahil.



Malaysia terus cuba mengasak dan tiba tiba  Fakri Saarani meranapkan impian rakyat Malaysia. Kad kuning kedua yang diterima oleh Fakri menyebabkan Malaysia bermain 10 orang, saat itu aku dah tak mampu berkata apa-apa. Itulah perasaan yang paling sedih dan kecewa yang pernah aku rasa dalam hidup aku. Serious. Biarlah aku break up dengan gf banyak kali pun, inilah perasaan yang paling aku rasa paling tak best. FT 1-1 dan Malaysia tersingkir dari Kelayakan Piala Dunia 2014 walaupun dikatakan antara yang paling berpotensi selepas menang Piala AFF Suzuki 2010.

Aku takkan lupa perasaan itu. Aku takkan lupa bagaimana aku tak mampu berkata apa-apa selepas perlawanan itu. Aku takkan lupa bagaimana aku menitis air mata kerana terlampau kecewa. Setiap langkah sangat berat. Lidahku kelu dan mindaku terganggu. Ya, aku takkan lupa perasaan itu seumur hidupku.

So, kerana itu aku masih berdendam. Ya, aku berdendam dengan pasukan bola sepak Singapura. Ya, kita menang perlawanan persahabatan tempoh hari, tapi itu tidak cukup. So, Ahad ini adalah masanya. Masa untuk Harimau Malaya menguburkan memori paling buruk aku ini. Aku takkan lupakan kekecewaan itu dan aku harap korang pun sama. Kerana itu, kita perlu penuhkan stadium dan berikan sokongan kepada Harimau Malaya. Singapura perlu ditumpaskan. Rakyat Malaysia, ayuh, pinjamkan semangatmu untuk Harimau Malaya!

Sunday, November 11, 2012

Media, Malaysia dan AFF Suzuki

Tinggal 14 hari lagi untuk Malaysia menghadapi Singapura dalam perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2012. Jika melihat trend ketika Euro 2012 dan Piala Dunia 2010, sepatutnya media sudah mula mempromosi pertandingan ini. Namun, ia tidak berlaku. Jika semasa Euro 2012 yang lepas, media mula countdown beberapa bulan sebelum pertandingan bermula. Tetapi untuk Piala AFF Suzuki yang bakal disertai oleh Malaysia yang merupakan TUAN RUMAH, promosinya suram. Tiada promosi di TV, corong radio mahupun akhbar tempatan. Semasa World Cup dan Euro, stesen TV telah mula menayangkan program khas untuk merancakkan suasana, akhbar menyediakan sisipan khas untuk memberikan info mengenai pertandingan, pasukan, venue dan pemain yang bakal merancakkan Kejohanan.

Sayangnya, untuk kejohanan di mana kita TUAN RUMAH dan juga JUARA BERTAHAN, tiada promosi besar-besaran dilakukan. Ini sama seperti ketika Liga Super sedang berlangsung. Local football sentiasa dianak tirikan. Di saat kita sedang melakukan persiapan untuk mempertahan piala yang kita menang pada tahun 2010, media Malaysia lebih berminat dengan berita picisan dan gossip murahan seperti bila Nazmi Faiz ingin mengambil SPM, Khairul Fahmi bakal kahwin dengan Leuniy dan bukan cuba menaikkan semangat penyokong dan cuba menarik minat mereka ke stadium. 

Persoalan ini sudah ramai yang suarakan. Ramai yang menyokong, tapi ada juga yang mengatakan, tidak perlu risau kerana rakyat Malaysi pasti akan turun. Contoh paling mudah bagi aku adalah Piala Asia 2007. Kejohanan itu suram dari promosi media dan dapat dilihat, walaupun kita tuan rumah, tapi stadium kosong. Promosi media ini perlu untuk menyemarakkan suasana. Sebagai contoh, lihat bagaimana media hype kan game Malaysia vs Singapura tahun lepas. Stadium Bukit Jalil ketika itu padat malah jumlah kehadiran sebenarnya lebih dari kapasiti sebenar stadium. Sama juga ketika tahun 2010, ketika kita menang Piala AFF Suzuki. Promosi perlawanan peringkat kumpulan sangat suram sehingga ada yang bertanya kepada aku, "Malaysia tengah friendly ke ni?" dan 'Eh? Ada game Malaysia ke?". Perbezaan dapat dilihat apabila kita mara ke separuh akhir di mana media mula promote dan menarik orang ramai ke stadium. Persoalannya, adakah kita perlu tunggu untuk Malaysia mara ke separuh akhir baru media mahu mempromosikan Piala AFF Suzuki dan pasukan Malaysia yang bertanding ini?

Diharap perkara ini akan berubah dalam tempoh seminggu dua ini. Kita sebagai juara bertahan dan tuan rumah perlu merancakkan pertandingan ini dan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia untuk turun ke stadium. Media sebagai alat propaganda paling berkesan perlu mula menyebarkan dakyah bola ke dalam hati dan sanubari rakyat Malaysia. 

Thursday, November 1, 2012

Kenapa kita Perlukan Big Name Signings dalam Liga Malaysia?


Tamatnya Liga Super tak bermakna kemeriahannya tamat di situ. Ini satu perkembangan baru dalam bola sepak Malaysia. Sebelum ini berita mengenai perpindahan pemain dalam Liga Malaysia dipandang sepi. Kadang-kadang ada yang pergi stadium pun tak tau siapa main untuk team sendiri. Itu untuk yang rajin turun stadium, yang turun mamak je apatah lagi. Kalau transfer kelab Eropah konfirm hafal, siap dengan harga, kelab lama, posisi, statistik semua. Transfer liga tempatan? Haram tak tau.

Tapi sekarang dah lain. Sejak banyak pasukan dah mula berduit, perpindahan pemain dalam Liga Malaysia dah mula menjadi topik perbualan di media sosial. Kat twitter sebagai contohnya, berita perpindahan pemain dalam negara antara topik yang sering dibualkan. Sebelum ni kita ada Pahang yang pernah digelar Real Madrid Malaysia, lepas tu Kelantan, season lepas ATM dan season akan datang Johor. ATM sebelum ni digelar Man City Malaysia, sekarang Johor pulak. Berapa banyak Manchester City Malaysia aku pun tak tau.



Kalau dulu, perpindahan pemain sekadar untuk meningkatkan prestasi skuad atau untuk menggantikan pemain yang berpindah, sekarang lain. Sekarang setiap pasukan, terutama pasukan yang baru nak naik, menggunakan perpindahan pemain sebagai Marketing Tool. Benda ni dah lama dah buat dekat Eropah. Kita ambik contoh perpindahan David Beckham dari Manchester United ke Real Madrid dulu. Real Madrid dah ada Luis Figo, Santiago Solari, Guti, Zidane dan ramai lagi di bahagian midfield, tapi mereka mengambil David Beckham kerana brand Beckham itu yang luas terutamanya di Asia. Ini secara tidak langsung meningkatkan keuntungan mereka. Selain itu, perpindahan Alessandro Del Piero ke Sydney FC. Tidak dinafikan Del Piero merupakan pemain yang hebat, tapi apa yang boleh dilakukan oleh seorang pemain yang sudah berusia secara berseorangan untuk meningkatkan prestasi pasukan di atas padang? Auranya mungkin, tapi itu pun tidak cukup. Jadi, boleh dilihat perpindahan itu adalah untuk meningkatkan populariti kelab dan meningkatkan jualan jersi. Sekarang boleh dilihat semakin ramai peminat turun ke stadium untuk menyokong Sydney FC.



Paling terkini adalah berita perpindahan pemain ke Johor. Banyak nama besar sudah mula menyertai Johor. Antaranya pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha serta Azmi Muslim dari ATM. Kemungkinan besar mereka akan disertai oleh Safiq Rahim, Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha. Kita ingatkan, itu dah dikira transfer yang besar, sekali keluar pula berita mengenai Daniel Guiza, bekas pemain skuad Juara Eropah, Sepanyol pada tahun 2008 dilamar oleh Johor. Ini berlainan dengan berita perpindahan Bosko Balaban tahun lepas, kerana Daniel Guiza masih belum aktif bermain di Primera Liga dan merupakan pemain dalam skuad Juara Eropah 2008, so, namanya masih lagi hangat dalam fikiran peminat bola sepak tempatan.

Transfer rumours ini penting untuk menimbulkan minat di kalangan peminat bola sepak tempatan untuk mengetahui lebih banyak mengenai pasukan mereka. Tapi setiap pasukan tidak boleh mengharap kepada sekadar big name signings untuk menarik minat penyokong. Perlu ada usaha berterusan. Sebagai contoh, kelab Eropah saban tahun mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara untuk mendekati peminat mereka. Jadi, apa yang pasukan tempatan boleh buat adalah melawat setiap daerah(jika boleh) dan adakan aktiviti atau perlawanan persahabatan supaya peminat dapat berinteraksi dengan pemain dan pasukan. Perlu ditanam perasaan kekitaan ke dalam setiap penyokong yang ada. Biar mereka rasa sayang dan rasa mereka sebahagian dari pasukan. Kerana itu penyokong digelar Pemain ke-12. Bagaimana mereka ingin jadi Pemain Ke-12 jika mereka tidak merasakan diri mereka sebahagian dari pasukan? Selangor, Kelantan dan Sabar pernah buat. Ya, mungkin kualiti pasukan yang ditentang dalam perlawanan persahabatan mungkin tak hebat, tapi impaknya untuk menarik minat penyokong itu sangat besar.

Selain itu, perlunya interaksi berterusan di antara penyokong dan kelab. Di sini penggunaan media sosial diperlukan. Dengan menggunakan media sosial seperti facebook dan Twitter, kelab mampu berinteraksi dengan peminat dan memberikan maklumat kepada mereka mengenai pasukan mereka. Mungkin ada yang merasakan cukup sekadar ada laman web, tapi laman web hanyalah satu platform menyebarkan maklumat dan tidak bersifat dua hala. Penyokong kadang kala mahukan jawapan dan penerangan dari pemain atau kelab, di sinilah laman sosial lebih efektif dari laman web biasa.

Diharapkan sokongan dan minat mengenai bola sepak Malaysia ini tidak tamat sekadar dengan berita perpindahan pemain sahaja. Semoga ia mampu diterjemahkan dalam bentuk kehadiran ke stadium. Bagus sekali jika season depan kita mampu melihat hampir semua stadium dipenuhi oleh manusia dan bukan sekadar kerusi kosong. Mungkin ia mampu menjadi realiti jika hype ini diteruskan. Mungkin.

Wednesday, October 31, 2012

Guiza


Jadi, inilah pemain yang dikhabarkan bermain untuk skuad Johor season depan?

Hmm..








What a day...







Memang pemain Spain macam ni ke?

Tuesday, October 9, 2012

FAM kaya lagi. Tiket final Piala Malaysia RM 50.





Tiket final Piala Malaysia di ura-urakan berharga RM50. Seingat aku last year harga macam tu jugak. Harga untuk tiket Final Piala FA hari tu RM40. Untuk peminat bola, tiket tu mahal. Especially bagi team yang jauh. Kos pengangkutan, makan minum tambah tiket lagi. Ramai jugak yang bersuara kata kenapa perlu bising? Kalau minat, mesti tak kisah berhabis duit demi pasukan tercinta? Itu satu perspektif yang salah. Peminat ni mengeluarkan duit. Bukan dapat duit. Kalau begitu corak pemikiran kita, untunglah FAM. Diorang takkan teragak-agak untuk menaikkan harga tiket jadi lagi mahal sebab kononnya peminat sanggup berhabis duit untuk pasukan. Ingin aku ingatkan di sini, kat UK pun, peminat marah bila tiket jadi mahal. Contohnya, QPR yang meletakkan harga 50 pound untuk game di stadium diorang. Peminat dari kelab lain yang bertandang ke Loftus Road pun bising sebab 50 pound itu untuk tiket sahaja, tak termasuk pengangkutan dan lain-lain.  Even tiket bagi Bundesliga secara puratanya berharga 12-15 pound bagi setiap game.

Berbalik kepada pemikiran orang yang kata peminat sepatutnya sanggup berhabis demi pasukan tanpa kira kos. Tahukah anda apa jadi kat kelab EPL yang menaikkan harga tiket? Peminat memboikot game dan harga tiket terpaksa dibekukan untuk menarik mereka kembali. Peminat yang boikot adalah peminat yang tegar dan sering ke stadium. Bahkan penyokong-penyokong tegar St. Pauli di Bundesliga membuat demonstrasi di jalanan membantah kenaikan harga tiket.  Perlu diingat, penyokong merupakan entiti penting dalam bola sepak. Lebih penting dari organisasi yang menyelia. Tanpa penyokong tiada pasukan. Kelab takkan dapat duit tanpa penyokong, apatah lagi dalam Liga M yang FA malas nak cari penaja dan harapkan geran FAM semata-mata.

“Ticket prices in the UK exploit the fans; it simply isn’t affordable or sustainable. We’ve seen price freezes at many clubs because they cannot get fans to games and so, other than dropping prices, have nowhere left to go with their charging structure. What other industry has seen such a price hike, far exceeding yearly inflation, than the UK, and specifically English, football? - Andy Hudson 'http://dasbootblog.wordpress.com'

Penyokong tidak mintak banyak. Cukuplah harga tiket yang berpatutan. Kalau final Piala Malaysia tiket sudah berharga RM50, bayangkan berapa harga tiket untuk Piala AFF Suzuki nanti? Aku takkan terkejut jika Malaysia ke final, tiket akan berharga lebih RM100. Adakah harga tiket bagi final Piala Malaysia ini disebabkan oleh venue di Shah Alam? Aku dapat rasakan, kalau main di SNBJ, tiket akan lebih murah kerana mampu memuatkan lebih ramai orang. SNBJ boleh masuk 100,000. Stadium Shah Alam boleh masuk 80,000. Untuk menampung kekurangan 20,000 orang lagi, maka naiklah RM10. Itu belum dikira tolak tiket subsidi lagi.

Tahun lepas rasanya dah buat kempen boikot. Tapi kemudian ada tiket subsidi dan potongan diskaun kerana kerajaan negeri sponsor sikit. Sampai bila nak macam ni? sampai bila nak biar FAM buat kepala? Atas alasan apa nak naikkan harga tiket? Kos membaiki stadium? Penyelenggaraan? Tugas penyokong kah untuk membayar semua tu? Bukankah perbadanan Stadium dan FA yang sepatutnya mencari dana untuk semua itu? Jangan cuba nak twist dan cari alasan untuk menaikkan harga tiket.

Bila penyokong tak datang stadium, FAM salahkan penyokong kata penyokong tak menyokong bola sepak tempatan. Cuba tanya diri sendiri dulu wahai FAM, siapa yang halau penyokong? Dulu stadium kita pernah selalu penuh, tapi kerana kepincangan dan kebodohan FAM yang menyebabkan penyokong lari dan malas nak mengikuti liga tempatan. Jangan salahkan mereka yang sokong pasukan luar kerana untuk menyaksikan perlawanan EPL,La Liga,Serie A dan Bundesliga, mereka hanya perlu membayar kurang dari RM5 untuk segelas teh tarik dan sepinggan roti canai dan boleh tengok 5 game dalam satu malam. Aku tau, jauh di sudut hati mereka, mereka mahu ke stadium dan menyokong pasukan tempatan.

Sejak menang Piala AFF Suzuki, minat terhadap bola sepak tempatan mula bercambah dalam diri rakyat Malaysia. Sudah mula ramai mengikuti liga tempatan. Boleh dilihat apabila setiap pasukan ada penyokong tegar masing-masing, walaupun tak setegar penyokong EPL di Malaysia bila exchange banter. Tapi sekurang-kurangnya ramai mula ke stadium. Ini boleh dilihat bila sudah mula banyak team berbelanja besar seperti Kelantan, ATM dan yang paling terkini, Johor FA. Tapi segala usaha ini akan musnah begitu sahaja apabila FA dan FAM mengabaikan elemen paling penting dalam bola sepak, iaitu penyokong. Membuat keputusan berdasarkan keuntungan dan tidak mengambil kira penyokong adalah satu kesilapan paling besar. Ianya seperti menghasilkan produk untuk dijual, tetapi tidak mengambil kira pembeli. Biasanya benda sebegini takkan tahan lama dan akan berakhir dengan kerugian. Maka dengan itu, marilah kita lihat, sampai bila FAM akan terus bersikap begini. Nak harap FA negeri? Jangan berangan.


Friday, September 28, 2012

Tribute kepada Raja Bola Malaysia TS Abdul Ghani Minhat





Pagi ini kita dikejutkan dengan berita pemergian lagenda bola sepak negara, Tan Sri Abdul Ghani Minhat yang juga dikenali sebagai Raja Bola Malaysia. Untuk itu, izinkan aku menulis satu post sebagai tribute kepada Allahyarham walaupun tak seberapa.

Bagi yang tak kenal, Allahyarham TS Abdul Ghani Minhat adalah antara penyerang yang digeruni di serata Asia pada zaman kemuncak beliau. Beliau mewakili Selangor dari tahun 1955-1968 dan menjaringkan banyak gol. Allahyarham mewakili Harimau Malaya dari tahun 1956-1963. Penampilan pertama beliau bersama Harimau Malaya sangat menakjubkan apabila menjaringkan 7 gol dalam perlawanan menentang Kemboja dimana kita menang 9-2. Beliau juga memegang rekod sebagai pemain Selangor yang menjaringkan gol terbanyak dalam satu perlawanan (kekal hingga ke hari ni) apabila menjaringkan sembilan gol dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan pada tahun 1960 dan menjadikan rekod beliau ketika itu 34 gol dalam 9 perlawanan. Itu namanya Legend.

Rekod Allahyarham sebagai pemain adalah menjuarai Pesta Bola Merdeka (1958,1959 dan 1960), Pingat Emas Sukan SEAP 1961, Pingat gangsa Sukan Asia 1962 dan tempat ke-2 kejohanan Kelab Asia 1967 bersama Selangor (Tewas kepada Hapoel Tel-Aviv dari Israel).

Pada tahun 1963, Ghani bersama skuad Selangor menjaringkan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan termasuk rekod jaringan bola sepak Malaysia yang kekal ke hari ini iaitu menang 18-0 menewaskan Terengganu (Rekod sebelumnya dipegang Kelantan yang menewaskan Pahang 16-1 pada 1962 hasil 8 jaringan Mohamad Che Su). Dia kemudiannya menjaringkan 4 gol dalam perlawanan akhir Piala Malaysia menewaskan Pulau Pinang dengan jaringan 6-2.

Gelaran Raja Bola sebenarnya diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor, tapi kerana kehebatan beliau, ia digunapakai oleh semua orang apabila bercakap mengenai Allahyarham. Sememangnya beliau merupakan lagenda dalam bola sepak Malaysia. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan kepada negara kerana beliau juga antara yang lantang bersuara mengenai bola sepak Malaysia. Kami di Sokerleaks mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.


Tuesday, September 25, 2012

Liverpool Power = Liverpool di Npower


Cukup sukar menjadi penyokong Liverpool sewaktu ini. Hakikatnya, penderitaan ini sudah mula sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Acap kali dibahan kerana tewas dengan pasukan tangga terbawah, serta terpaksa mengungkit kenangan malam Istanbul mereka disaat Xabi Alonso, Torres dan Mascherano enak bermain Champions League.

Kini luka bertambah parah. 5 perlawanan tampa kemenangan. Jika trend ini berterusan, makanya kebarangkalian besar The Reds akan terjerumus ke liga bawahan;  Futboll League Championship (juga dikenali sebagai Npower Championship). Melihat kepada barisan pemain mereka serta kebangangan yang ada, Liverpool memang layak beraksi di english second-tier ini.


Harus diingat, Npower Championship diakui antara liga yang kompetetif di Eropah. Malahan, ianya dikatakan lebih bernilai dari Liga Perdana Scotland. Untuk itu, Liverpool harus berbangga kerana mereka kini setaraf dengan Celtic, Abardeen dan Kilmarnock.

Mari kita lihat saingan-saingan Liverpool di musim hadapan. Charlton Athletic, Burnley, Leeds, Hull City, Middlesbrough, Ipswich dan banyak lagi. Wahhhh. Semua kelab ini memang sukar Liverpool tewaskan. Ini bermakna The Reds bakal mempunyai lawan yang sama hebat dan setaraf.

Pengarah bolasepak Blackburn Rovers, Shebby Singh juga turut teruja dengan kehadiran Liverpool dalam Npower Championship.

"Liverpool bakal menaikkan lagi status Football League ini dimata dunia. Namun saya harus akui, kemungkinan Blackburn tidak dapat beraksi menentang mereka memandangkan kami macam nak naik Premier League je next season" tambah Shebby lagi sambil membetulkan cerminmata beliau.

Bagi Steven Gerrard selaku kapitan pasukan pula, beliau akhirnya mengakui 2013/14 bakal menjadi tahun buat mereka. 

"Akhirnya kami dapat menjulang kejuaraan liga selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 1989/90. Harap-harap jika kami berjaya memenangi Npower Championship, ia akan dikira sebagai kejuaraan ke-19. Saya peduli apa" ujar Gerrard sambil menegaskan dia berjanji tidak akan mencium kamera lagi selepas ini.


Dengan ESPN dan Starsport hanya menayangkan liga utama Inggeris sahaja, keresahan mula timbul dikalangan penyokong Liverpool cawangan Malaysia. Bagaimana mereka mahu menonton pasukan kesayangan mereka beraksi selepas ini? How? Why? YNWA? 

Mujurlah Astro masih bersimpati dengan golongan-golongan akhir zaman ini. Astro menerusi saluran 811 sebenarnya sudah mula menyiarkan perlawanan Npower Championship. Makanya Kopites semua boleh la menarik nafas lega dengan perkhabaran gembira ini. Cuma mereka perlu tahan dibahan oleh rakan-rakan mereka yg menyokong MU, Arsenal, Chelsea, Spurs waima West Brom. Contohnya;

"Weh KhairilAnuar, Nami, Danial Arif. Kamu bertiga nak kemana ni tergesa-gesa?" kata seorang sahabat bernama Fairos.

"Oh, kami mahu ke Restoran Hakim seksyen 7. Nak menonton Liverpool beraksi" jelas Nami sambil kedua rakannya yg lain menganguk-angguk.

"Eh, Hakim mana tayang game liga bawahan la. Rugi la bisnes dia. Npower Championship ni better korang tengok kat rumah je. Kebanyakan kedai tak pasang. Muzium mungkin pasang" tambah Fairos lagi. Ktiga-tiga Kopites itu berlalu pergi dengan muka kecewa namun masih sempat meneriak YNWA tanda cinta mereka terhadap Liverpool.



Walau disaluran apa pon Liverpool beraksi, ingatlah, saingan Npower Championship ini bakal menentukan keupayaan sebenar Brendan Rodgers; adakah kejayaan mengemudi Swansea di Npower Championship 2010/11 hanyalah nasib semata-mata atau memang beliau adalah pengurus liga bawahan yang unggul; seunggul Liverpool.