Friday, December 28, 2012

Penyokong vs Penyokong


Siapa penyokong? apakah yang maksud sebenar penyokong? Ramai masih berdebat mengenai erti sebenar penyokong. Keluarkan duit beribu? Ultras? Cukup sekadar datang ke stadium dan menonton pasukan? Berdebat di twitter dan pertahankan pasukan masing masing?  Pertikaian ini berlarutan. Bergaduh sesama sendiri mengenai siapa sebenarnya penyokong. Kelakar pun ada rasanya. Masing masing persoalkan siapa sebenarnya penyokong sejati. Bukan setakat pertahankan cara masing masing, tapi juga menghentam cara pihak lain.

Yang lama hentam yang baru. Yang baru hentam yang lama. Yang lama kata yang baru noob dan glory hunter. Yang baru kata yang lama old school dan minda tertutup kerana tak dapat terima cara yang baru. Yang lama kata yang baru terkinja kinja macam monyet. Yang baru kata yang lama tak ada semangat. Masing masing defensif terhadap cara masing masing dan offensive menyerang cara pihak lawan.

Masih tiada jawapan. Perdebatan berterusan.Persoalan sebenarnya, kenapa perlu dirumitkan hal ni? Kenapa perlu masing masing nak tonjolkan siapa wira? Penyokong bukan semata mata cara sokongan. Penyokong adalah apabila kita mampu rasa dengan hati. Kita sedih bila pasukan kalah, kita gembira bila pasukan menang, kita marah bila player main macam taik. Semuanya berbalik pada hati. Sama macam cinta. Senang je nak sebut 'I Love You' tapi cinta sebenar apabila kita rasa dengan hati. Sama juga dengan bola sepak. Sesiapa pun boleh mengaku penyokong,tapi adakah hati kita betul betul sayangkan pasukan? tak kiralah anda baru nak support atau dah lama support, asalkan anda rasa dengan hati dan rasakan diri anda sebahagian dari pasukan, anda sudah bergelar penyokong. Cara anda menyokong akan hadir mengikut keselesaan anda selepas anda sudah mula merasa dengan hati.

Seperti biasa, bila ada pasukan baru naik, maka muncullah istilah glory hunter dan persoalan di mana sokongan ketika pasukan di bawah. Kini perdebatan ini timbul dengan Johor Darul Takzim. Kenapa tidak boleh penyokong baru dan lama sama sama wujud dan menyokong pasukan? kenapa perlu ada perdebatan ini? Bukankah lebih baik, daripada bergaduh siapa paling true, sama sama sokong dan naikkan pasukan? Samalah dulu masa Kelantan dan ATM naik. Persoalan ini akan sentiasa ada. Dah sampai masa perdebatan ni selesai dan setiap penyokong pasukan utamakan sokongan terhadap pasukan berbanding bergaduh siapa paling true. Biar cara berbeza, tapi hati tetap sama.

3 comments:

Unknown said...

Entry kurang mantap. Gua harap something better. Suam2 kuku.

Good effort,still.

Apostolos Velios said...

bezanya bro, yang baru ni tak nak mendalami sejarah team,zaman gelap team tu sebelum naik.pasal tu yang lama rasa menyampah dengan yang baru ni pasal yang baru tau nak glamour dan takde attittude.

lagipun yang baru ni datang bila revolusi berlaku,yang lama datang masa evolusi berlaku.macam johor itu berlaku secara revolusi macam atm. kalau kelantan itu berlaku secara evolusi kita dapat tengok macam mana kelantan improve dari masa ke semasa dari zaman liga fam,zaman liga perdana dan seterusnya mendominasi bolasepak malaysia tahun 2012.kelantan memerlukan 5 tahun untuk menjadi seperti hari ini.dari situ penyokong kelantan bertambah dari si dewasa,remaja dan pada hari ini ramai juga penyokong kelantan terdiri dari perempuan dan kanak-kanak.

johor diharap dapat kekalkan apa yang dibuat mereka pada hari ini.jangan jadi macam MPPJ selangor,dan myteam.2 pasukan ini mencetus revolusi tetapi tidak bertahan lama

Danzat said...

kemon la wei.. lama datang dari yang baru.. kemon la.. udah-udah backup yang lama hentam yang baru... last-last.. lama dan baru nie bergabung sokong rimau..