Monday, October 31, 2011

Chelsea vs Arsenal


"Woiii Terry, hang pi sembah aku buat apa?"

"Ko power Persie, ko power. Belanda mesti menang Euro 2012 ni"

"Cilaka, jangan la sembah aku. Kejar la bola ni, nampak la lawa sikit gol ni Terry oi"

"Aku tak mampu, Persie, aku tak mampu"

"Hang ni kan, tak boleh pakai la. Hang tau tak orang London dok gelak kat kita ja"

"Apsal"

"Sebab team kita berdua ni sayur hang tau tak? Sayurr. Sekarang ni kat London orang dah tak kata dah
Chelsea dengan Arsenal power. Ada team lain yg lagi power"

"Team mana? QPR? QPR tu power jugak. Team aku kalah dengan QPR minggu lepas"

"Bukan QPR. QPR memang power dari team kita dua, tapi smalam QPR kena bantai 3-1 dengan team paling power kat London"

"Aduhh, habis tu apa signifikannya game team ko lawan team aku ni. Kata London derby"

"Entah la, aku rasa Chelsea-Arsenal ni tak lebih dari Relegation Battle Match"

"Aku rasa la kan Persie, kita kena bergabung. QPR, Arsenal, Chelsea dengan Fulham kena bersatu menghalang team london paling power tu"

"Susahh la Terry, depa kuat sangat, tapi aku ada idea"

"Idea? Cer share idea tu"

"Aku ingat kita kena bagitau dekat Jabatan Tanah dan Persempadanan. Aku ingat kita kena buang Tottenham dari London. Depa kuat sangat, kita tak mampu lawan"

"So kalau Tottenham dah dibuang dari London, maknanya diorang dah bukan team London la yer?"

"Yes Terry,yes. Pandai pon ko. So lepas ni, kita giliak-giliak la. Bulan ni team aku paling power, bulan depan team ko, next QPR, lepas tu Fulham. Macam tu la sampai hujung musim"

"Niceeee. Abis tu Spurs tu kita nak letak daerah mana?"

"Ah pergi mampus la sama itu Spurs. Itu team power sangat. Kita pasukan belasahan ni mana setaraf nak lawan depa."

"Ok ok. Aku setuju"

"Kalau setuju sat lagi kita panggil Joey Barton dengan Zamora ajak bincang sama-sama. La ni hang toksah duk sujud kat aku lagi. Bangun bangun. Jap aku nak pi skor gol kejak"

"Ermmm k"

Sunday, October 30, 2011

Review Liga Malaysia 2011 dan Anugerah Sokerleaks

Tertiupnya wisel penamat dari pengadil Piala Malaysia semalam, maka berakhirlah kempen bolasepak Liga Malaysia tahun ini. Macam-macam benda kita boleh lihat, baik dari segi kontroversi mahupon prestasi. Saya merasakan ada sinar harapan untuk memajukan liga negara kita ini, namun perkara ini selalu terbantut ekoran malaun-malaun yg hanya reti mengaut kuntungan dan menjaga kepentingan politik tanpa memikirkan kemajuan bolasepak negara semata-mata.

Apahal skema sangat introduction ni. Ok, setret to de poen, SokerLeaks akan menyenaraikan semua pemenang dan award yg telah dilangsungkan sepanjang musim 2010/2011 ini. Moh kita layan.






Piala Sultan Ahmad Shah : (Juara) Kelantan.

Kelantan menewaskan Sngor di Stadium Shah Alam (masa ni belom jadi bendang lagi) dengan jaringan 2-0. Bermula musim depan, Piala Sultan Bola ini akan berlangsung berasingan dari Liga Super dan akan diadakan ala-ala Charity Shield dimana hasil kutipan tiket bakal diberikan kepada badan-badan yg layak didermakan. Harap-harap bukan masuk ke kantung FAM lah, deme dah cukup kaya aku rasa.

Liga Super: (Juara) Kelantan
Kelantan dibawah kendalian Datuk M.Karatu dan kepimpinan Tan Sri Anuar Musa berjaya menggondol kejuaraan Liga Super pertama mereka. Kekuatan mereka terletak pada kelincahan Matyo, karisma kapten mereka Piya, kemantapan Apek menjaga gawang dan kehebatan Dahlia Teck menjaga Apek. Kelantan mengumpul mata sebanyak 56 mata; 3 mata di hadapan seteru Pantai Timur iaitu Terengganu dan tempat ke-3 jatuh kepada Selangor (52) yg satu ketika memimpin carta dgn selesa namun Sngor mengalami sindrom pancut awal, sama macam Arsenal. 2 pasukan yg terjerumus ke Liga Premier adalah Perlis "The Northern Lions" dan juga Pahang the "Real Madrid of Malaysia". Ini kalo Casillas tahu dia punya team disamakan dengan Pahang, mahu dia mencarut ni.

Piala FA: (Juara) Terengganu
Disaat jaringan Azwan Roya hampir memastikan Kelantan muncul juara Piala FA 2011, muncul Daudsu Jamaludin yg diangkat sebagai hero gol penyamaan Terengganu. Kemudian gol Nordin Alias di masa tambahan memberikan kemenangan mutlak untuk skuad Penyu. Dikhabarkan sebuah perkampungan di Besut diberikan nama khas Kampung Seri Daudsu, semata-mata untuk menghargai jasa Daudsu atas sumbangan beliau menghadiahkan piala kepada Terengganu.

Piala Malaysia: (Juara) Negeri Sembilan
Final Piala Malaysia yg paling kontroversi kerana isu tiket mahal dan sawah bendang ni berakhir dengan keputusan tragis bagi sek-sek Penyu. Gol Ashaari disambut meriah nelayan pukat tunda di Rantau Abang namun, kelibat Sharbinee Alawi yg bermain sep-sep-sep, tom-tom-tom di penghujung saingan membawa bencana kepada pasukan Terengganu. Anak jati Terengganu, Hai-O akhirnya mengesahkan Vokal Bakat Bukan Sekadar Rupa, sepakan terjun tiruk beliau sekali lagi menewaskan Sharbinee. Hai-O turut menjadi penjaring terbanyak Piala Malaysia 2011, pemain terbaik perlawanan terakhir dan menjadi anak Terengganu kedua yg paling dibenci orang Tganu; satu tangga dibelakang Sharibinee. Hoben Sharbinee Hoben! Tamat perlawanan, Peteh 1 - Jang 2.

Liga Premier: (Juara) PKNS Selangor
Tidak seperti pasukan abang mereka yg pancut awal di Liga Super, PKNS gah di peringkat liga premier. Pasukan kendalian Haji Rahman dagu ini hampir-hampir menjadi pasukan unbeatable di peringkat liga namun sayang mereka tumpas satu perlawanan di hujung kempen di tangan pasukan Sarawak. Musim depan, jaga-jaga dengan PKNS. Mereka bakal diperkuatkan dengan pemain-pemain hebat termasuk pemain kebangsaan. SokerLeaks tak mahu bagitahu siapa yg masuk, cukup lah kami kaborkan sorang striker dari Selatan dan beberapa star dari pasukan Lembah Klang.

Anugerah FairPlay: Kuala Lumpur
Kuala Lumpur bermain dengan bersih. Malangya kawasan kat KL ni takde la bersih mana. Sampah sarap punya la banyak, sampah masyarakat apatah lagi.

Golden Boot (Liga Super): Abdul Hadi Yahya
Orang Klang. Dikhabarkan bakal berhijrah ke Perak musim depan. Betul ke tidak wallahualam.

Anugerah Tambahan SokerLeaks


Best Transfer: Safee Sali (Selangor ke Pelita Jaya)
Worst Transfer: Venue Final Piala Malaysia (Bukit Jalil ke Sawah Shah Alam)

Best Coach: Irfan Bakti (Piala FA, final Piala Malaysia, 2nd Liga Super)
Worst coach takde, kalo ada bagi kat K.Devan la.


Anugerah Gol Terbaik Musim 2011 : Gol tandukan Daudsu final Piala FA

Anugerah Pasukan Paling Banyak Terima Kad Raya: The Red Cards iaitu Kelantan (QF Piala Malaysia vs Tganu)

Anugerah Sawah Padi Terbaik : Stadium/Sawah Shah Alam (Selangor)

Anugerah Tokoh Bolasepak Negara Sepanjang Zaman: Hamidin Mat Amin dan Azzudin Ahmad (pemenang bersama). Kedua-duanya membantu meningkatkan harga tiket bola dan juga meningkatkan ranking pasukan kebangsaan. Tahiiniah!

Anugerah Pengulas Terbaik: Richard Scully. Eh, 'sudah tentu' la beliau menang.

Anugerah Mengimbau Kenangan 32 Kali Piala Malaysia merangkap Anugerah Misi 33 Dibawak ke Tahun 2033: Selangor


Anugerah Pahang (pasukan yg ala-ala Pahang): Pahang, Melaka dan Pulau Pinang (dikongsi bersama)

Anugerah JohnTerry Terpeleot : Daudsu Jamaludin dan Sharbinee Alawee


Anugerah WAGS 2011: Ayu Raudhah (menewaskan Dahlia Teck sebanyak 82 undian)


Anugerah Selatan (pasukan terbaik dari area Selatan) : UiTM Segamat
Anugerah Utara (terbaik dari area Utara) : Perak
Anugerah Pantai Timur (terbaik dari Pantai Timur): Terengganu
Anugerah Borneo (terbaik dari Malaysia Timur) : Sabah
Anugerah Lembah Klang (terbaik dari Klang Valley): Kuala Lumpur

Anugerah Anak Tiri FAM (mangsa kekejaman FAM) : Kedah , Perak dan Kelantan (dikongsi bersama)

Anugerah Anak Emas FAM: Selangor

Anugerah Masterchef (makanan stadium terbaik) : Burger Stadium Shah Alam yg kurang daging, kurang timun, kurang sos tapi harga lebih.

Anugerah Kelab Terbaik : T-Team

Anugerah Pasukan Terbaik Keseluruhan 2011 : Pasukan pentadbir FAM






Jika ada anugerah yg tertinggal, mohon letakkan di ruangan komen. Sekiyan sahaja dari saya yg mewakili SokerLeaks untuk kempen Liga Malaysia 2011. Ada rezeki kita bertemu lagi musim hadapan.

Majulah Bolasepak Malaysia Untuk Kantung Poket FAM!!!

Saturday, October 29, 2011

Tahniah Nogori Sombilan.




Tahniah dari den ucapkan kepado Nogori Sombilan - monang Pialo Malaysia kali ketigo.

Dari penyukung Selangor - yang dah monang tigo puluh duo kali.

Monday, October 24, 2011

6 gambar hari ini.












Mancini suka tidak terperi,

Tengok Ferguson terkaku mati,

Selamat menyambut Hari Deepavali,

Semoga setan merah tak menari lagi.



*gambar bonus*

Sunday, October 23, 2011

Lagu Minggu Ini


Hi, I'm MattyB and I'm 7 years old. I'm learning how to rap and I'm excited about starting my career in the music industry here on YouTube through my music videos. This is a version I did to the popular song, "Like A G6" by Far East Movement.

6 is my favourite number and Mancester Punaited is my favourite club. 6 cannot be seperated with Punaited. I dedicated this song to all GEGEMU in the world especially in Malaysia. I hope yuols like it. Like a what? LIKE A G6 la ngok!



Sementara itu...




Laporan EPL Minggu Ini.



Dimana Ramli ketika Alex Fergie benar-benar memerlukannya?



Ramly Burger malam-malam ni pun sedap juga.

Sonny Wool vs Paul The Octopus

Hai. Saya datang lagi. Asyik-asyik saya je kan up entri, mesti boring. Hihihik. Peduli apa saya, tenet tengah laju, baik saya up entri dari tengok porn ye dak? Baiklah kali ni saya takde la nak cerita pasal bola sangat. Hal ehwal Piala Malaysia saya serahkan kepada penulis-penulis lain yg masih mempunyai wakil dalam kejohanan tersebut. Penulis kem Selangor tak payah la tulis, sayur betul lawan Terengganu. Memalukan Lembah Klang je.

Cakk!! Name titew Coni.

Sempena final Piala Dunia Rugby, saya perkenalkan Sonny Wool si biri-biri ajaib. Siapa Sonny Wool ni? Sonny ni seekor bebiri chumel yg ditugaskan untuk meramal keputusan perlawanan rugby ni terutamanya yg melibatkan pasukan AllBlacks. Bebiri chumel berusia 3 tahun ni dinamakan Sonny sempena dengan nama pemain sasa New Zealand; Sonny Bill Williams. Sonny ni dah convert jadi Muslim tahun 2008 dan merupakan Muslim pertama mewakili AllBlacks. Takbir, Allahuakbar!! Bagaimanapon Sonny masih menyimpan tatunya dan mengekalkan nama Sonny beliau. Ye la takkan nak tukar nama jadi Sani kot, marah la owner Sani Express. Hikhik. Ok, #lawakhambar.

 Ni siapa pandai-pandai lukis janggut kat Sani ni? Marah Ultras AllBlacks kalo depa tahu!

Ni apahal saya cerita pasal manusia ni. Kembali kepada topik asalan iaitu bebiri Sonny ni, beliau telah berjaya meneka keputusan dengan tepat untuk semua perlawanan AllBlacks. Walaubagaimanapon, rekod Sonny sedikit tercalar di peringkat suku akhir apabila Sonny dengan jayanya gagal dalam ramalan suku akhir antara Wales-Ireland, France-England dan SA-Australia. Gagal!

 Salah satu ramalan Sonny yg gagal.



Senang kata Sonny ni macam Paul The Octopus, cuma rekod Paul lebih cantik berbanding Sonny (Paul betul 100% dalam semua tekaannya di Piala Dunia 2010).  Macam Paul jugak, Sonny tidak terlepas dari ancaman bunuh. Justeru itu Sonny dijaga dan diawasi dengan rapinya bagi mengelakkan beliau dikorbankan lebih-lebih lagi raya haji dah nak dekat ni.  Cara Sonny meneka sama sahaja macam Paul, beliau akan makan makanan yg terletak pada bekas yg dipilihnya. Dekat bekas tu ada bendera pasukan. Untuk final kali ini, Sonny telah memilih AllBlacks sebagai juara. Menurut sumber kami lagi, Sonny juga turut memilih Pahang sebagai juara Liga Premier musim depan.  

RIP Paul The Octopus (26102010)

Sedikit info mengenai mendiang Paul The Octopus, 26 Oktober ini genaplah setahun pemergian beliau. Patutnya saya up entri ni hari Rabu, tapi pasal taknak berebut dengan Wordless Wednesday blog lain, saya up hari ni la. Dan untuk Euro 2012 ni, akan ada pengganti kepada Paul iaitu Paul II. Sama ada Paul II berjaya meneka dengan hebat sama seperti Paul yg sebelum ini, itu kena tunggu 2012 nanti. Tapi dijangkakan Paul akan memilih Belanda sebagai pasukan pilihan. Apa? Spain, England? Italy? France? Puii, tu semua sayur. Jerman je la tak berapa nak sayur sangat. Ah, perasan lahir kat Europe pulak saya ni. Tapi nak buat macam mana, negara saya balik-balik Sukan SEA dengan AFF Cup. Untungla kalo dapat merasa Piala Asia.

Saturday, October 22, 2011

Ramalan dan ulasan sambil lewa saya mengenai Piala Malaysia 2011

Ok, kurang dua puluh empat jam dari sekarang kita akan dihidangkan dengan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia bagi pusingan kedua. Macam yang kita tahu Terengganu dan Negeri Sembilan masing masing boleh dikatakan selesa dengan dua jaringan di tempat lawan. Malam karang bermain di tempat sendiri. Memang selesa.

Selepas gua menonton perlawanan Selangor berlawan Terengganu tempoh hari, gua dengan ini tanpa ragu ragu meramalkan Selangor akan tumpas sekali lagi. Sebenarnya gua bukan tengok full juga pasal gua ralit tengok drama Cinta Elysa di TV3. Zila Bakarin tu body dia bukan main solid lagi. Lagipun TV1 gua macam gampang tak clear langsung gambornya.

Andai dilihat dari sudut persembahan dan corak permainan, Terengganu akan ke final Piala Malaysia. Kita sendiri dapat lihat betapa berkesannya jentera tengah Terengganu menguasai tengah padang dan mengayam ayamkan sahaja pemain pemain Selangor di Stadium Shah Alam, di depan penyokong lawan, di atas padang yang jahanam. Jadi sudah tentulah ianya menjadi lebih mudah di Terengganu nanti.

Selangor pula pasti akan bermain bermati matian, menyerang tak tentu hala, dan juga merembat bola sepakan percuma tinggi tinggi ke atas. Kemudian tengah gila babi menyerang tiba tiba Terengganu yang dapat gol. Selangor hilang akal dan bermain serupa takda pedoman. Kejar bola tak dapat kemudian panas hati dan main kasar. Ini adalah standard of procedure bagi pemain pemain yang diambang kekalahan. Sorang dua player Selangor kena red card. Kad kuning bersepah. Akhir sekali, Terengganu ke final dengan tersengih sengih.

Bagi perlawanan di antara Negeri Sembilan dan juga TTeam pula gua rasa Negeri Sembilan menang. TTeam akan main serupa Selangor juga cuma bezanya TTeam tak rembat bola sepakan percuma tinggi tinggi ke atas. Dia rembat rendah. Rendah sikit je la tapinya.

Sunday, October 16, 2011

Liverpool vs Manchester United



Dua orang manager Scotland paling power.

Scotland memang melahirkan ramai manager power - Alex Ferguson, Kenny Dalglish, Bill Shankly, Matt Busby, Jock Stein - kalau nak masukkan David Moyes tu aku rasa boleh lah walaupun kureng power. Dalam sejarah England manager England yang aku boleh anggap power ialah Brian Clough dan Bob Paisley je. Lain manager England memang sayur. Dalam hal kejurulatihan - Scotland memang power dari England.

With all of my respect - aku tak pernah menafikan Manchester United adalah team hebat. Aku bukan macam some of Liverpool fan totok yang sampai cakap LFC boleh kitai 4-0 semalam. Tu cerita gila - aku rasa macam nak tempeleng dorang pun ada. Bagi aku - keputusan draw - sebagai fan Liverpool - aku rasa kira bagus. Honestly midfield agak shaky terutamanya sebelah wing kanan. Gerrard sahaja kena cover - masaklah. Kalau dia Dewa Sparta sekali pun tak terlarat juga kalau usia mula mencecah 30an.

Anyway - untuk fan Liverpool mengutuk Manchester United team tak power adalah cerita konek. Remember - we hate them because they are great team. Takde masa Liverpool nak benci team macam Tranmere Rovers ataupun Oldham Athletics sebab team dorang tak power. Tapi kebencian tu datang dengan respect. Ini disurahkan sendiri oleh King Kenny.

At one point aku rasa baiklah fan Liverpool yang cakap boleh kitai MU sampai 4-0 tu baiklah bermuhasabah diri. Ini bukan djaman Rafa tahun 2009 dimana kita dapat nombor dua dengan beza 4 point dan lebih jaringan 5 dari Man United. Tahun 2009 adalah satu-satunya peluang The Reds untuk jadi juara - cuma digagalkan dengan 11 kali draw. Ini hakikat.

Dalam hal ni aku rasa King Kenny sedang membina skuad. Untuk mengharapkan The Reds untuk menamatkan kemarau panjang tak juara England tahun ni agak payah - be more realistic kalau kita target for Champions League spot. Janganlah kita meniru akidah glory glory yang hanya penuh di mamak bila muncul juara. Tahun 2004/05 masa team dorang sayur dulu mana ada nampak muka glory-glory ni?

Sebagai closet Scouser yang mendiamkan diri sebab ayahku seorang fan MU, aku rasa aku kenal ramai fan MU yang true dan lagi ramai fan MU yang poseur. Fan MU yang true macam @erk888, @arilunited dan yang aku kenal tu aku memang respect. Setakat gurau-gurau manjalah. Aku banyak fan jumpa MU poseur ni. Tapi kalau certain fan Liverpool pun mula nak jadi tak realistik ni - payoh la macam ni.

In the end, Matt Busby was Manchester United manager that lifted their first European Cup. He also Liverpool's legend and captain.

Apa pandangan aku terhadap match semalam? Well, bagi Liverpool - chances banyak - Suarez banyak peluang tapi nasib tak ada. Liverpool control match semalam. Tapi somehow Chicharito pandai cari ruang dalam kotak penalti untuk seri 1-1.

Sepanjang match tersebut aku cuba ketepikan provokasi kawan aku yang makan Mister Potato sambil tengok bola.

Kita bertemu lagi battle kedua di Old Trafford, 11 Februari 2012 nanti.

Saturday, October 15, 2011

BUAT PASUKAN YANG KALAH MALAM TADI (KELANTAN, PERAK, SABAH, FELDA UNITED)


Muka terpaksa di tutup kerana tak hensem

Sunday, October 9, 2011

Seputar Dunia: Rimau, England, England lagi, Gocoh, Kriket dan Bomoh.

Kembali lagi segmen seputar dunia. Kita mulakan dengan perlawanan antara Kangaroo dengan Harimau. Sepatutnya ikot hukum binatang, memang senang Harimau nak baham Kangaroo ni, tapi jangan dilupa Kangaroo ada satu kelebihannya iaitu mempunyai tendangan yg sangat kuat. (Fakta Nasyenel Giograpik: Tendangan Kangaroo mampu mematahkan tulung rusuk manusia tapi kangaroo tidak boleh menyepak backwards) Mungkin ini yg membuatkan pemain-pemain Australia dengan senang menapau pasukan kebangsaan.



Pemain Malaysia dikepung 2 pemain Australia.


Lepas perlawanan ni macam biasa la, ada yg hentam King Gopal kaw-kaw, ada juga yg masih membela beliau. Gua tak berpihak pada mana-mana belah pihak, neutral omputih kata. Lagipon gua tahu gua takkan sempat tengok Malaysia beraksi dekat Piala Dunia pon. Cuma yg terkilannya, basic football player Malaysia entah mana pergi. First touch & passing, dua ni kalo ko tak mahir, entah macam mana boleh dapat main kebangsaan. Tahu la lawan team hebat, tapi jangan la gugup sangat sampai tahan bola pon merapu-meraban. Yuols tu pemain profesional, lain la kalau lu orang main bola tiap-tiap hujung bulan je pong.

Eh, gua tak hentam ye, gua cuma bagi kritikan membina sahaja. Tapi untuk mengelakkan bias, gua akan turut beri pujian membina. Yg gua nak puji ni bekas player Presiden Cup Selangor K.Reuben, betul-betul semangat dia sampai ref pon kena parap. Time ni kalo gua jadi ref, gua hayun redcard terus. Fakta tambahan; kalo lu orang nak tahu, member gua pernah sebilik dengan dia masa SUKMA dulu. Member gua cakap dia ni seorang penganut Kristian yg sangat warak; tak lekang membaca bible dalam bilik. Dulu main defend, tapi skarang dah upgrade main striker (macam Drogba juga, sebelom jadi striker dia jadi defend). Dan sebelom 3 pemain Harimau Muda menyertai FC Vion, Reuben telah terlebih dahulu menyertai latihan disana secara individual, selama berapa bulan gua tak ingat. Reuben juga merupakan pelajar UKM.


Mempunyai skill yg tidak dimiliki Messi iaitu memarap referee

Tinggalkan dulu Australia, singgah kejap di negara jiran; New Zealand. Macam biasa la, sekarang ni tengah hangat pasal Piala Dunia Rugby. Juara tahun 2003 dan finalis 2007; England akhirnya bungkuih awal. Gua memang suka England gagal. Kemon, siapa la yg x suka tengok England fail ye dak?

 ouchhh!!

Tapi at least gua rasa orang England lebih suka team Rugby depa dari team bola mereka. Ya memang The Three Lions layak ke EURO 2012 dan seperti biasa media akan mencanangkan "This is the best squad to win the trohpy". Fakyu, best football league in the world doesnt prove you have the best squad in the world. Amboi tulis pasal England terus speaking English. Keh keh. Mungkin England ada sumpahan (begitu juga Malaysia) dalam bolasepak ni. Dalam perlawanan dengan Montenegro kelmarin, jelas menunjukkan si Rooney walaupon dah berambut, tapi masalah baran dia masih ada. Mungkin tekanan kes bapak dia kena tangkap berjudi.

.
Rooney dan Redcard tidak dapat dipisahkan, umpama Arsenal dan Relegation.


Kita terbang ke Greece. Perlawanan antara Greece dengan Croatia, dimana kedua-dua negara sedang mengalamai kemerosotan ekonomi. Diadili ref dari England yg juga pemain ke-12 Man Utd iaitu Howard Webb, game ditangguhkan selama 6 minit akibat keganasan penyokong. Bermula dengan hemburan kata-kata kesat,kemudian balingan botol, dan setelah stok botol habis, fan Croatia membalas menggunakan kerusi. Tidak mahu kalah, fan Greece membalas dengan balingan bom petrol. WTF? Bom petrol? Kepala hotak dia macam mana boleh masuk stadium benda ni? Perlawanan akhirnya berkesudahan dengan keputusan 2-0 berpihak kepada Greece.

 Ini bukan flare dah ni, ini pelir.


Lain la pulak cerita pasal game Kanada-St.Lucia ni. Kanada berkunjung ke St.Lucia untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia. Malang untuk Kanada, mereka terpaksa bermain bukan di atas padang bola, tapi di atas padang kriket. Beausejour Cricket Oval; pernah menjadi gelanggang Piala Dunia Kriket pada tahun 2007. Lebih memeritkan buat Kanada, mereka terpaksa berlatih tanpa tiang gol. Sebulan yg lepas, Beausejour Oval ni pernah jadi host bola antara St.Lucia menentang St.Kitss & Nevis. Tiang gol yg digunakan pada perlawanan tersebut didapati tidak menepati syarat FIFA, lantas menyebabkan tiang gol yg baru terpaksa diwelding. Pemain Kanada juga terpaksa menyesuaikan kaki menggunakan boot yg sesuai dengan padang kriket yg agak keras ini terutama dibahagian tengah padang.

Beausejour Cricket Oval. Fakta tambahan: Pengurusan stadium telah membela beberapa ekor kucing dan diletakkan didalam stadium untuk mengekang populasi tikus. Kawalan biologi orang kata.


Walaupon menghadapi pelbagai cabaran, Kanada tetap menang dengan jaringan 7-0. (Ranking FIFA St.Lucia adalah 185 manakala Kanada di ranking 87. FAM taknak buat friendly ke?)

Rangkuman ini diakhiri dengan perlawanan Peru-Paraguay. Sebelum perlawanan, 3 orang bomoh Peru mengamalkan ritual khurafat dan tahyol untuk membantu kemenangan Peru. Bomoh-bomoh ini meramalkan 3 bintang utama Peru iaitu Jefferson Farfan, Claudio Pizarro dan Juan Vargas akan menyinar dalam perlawanan tersebut.

 Tahyol

 Lawan Paraguay boleh la ko punya sihir jadi, kalo berani cuba la lawan Belanda

Perlawanan berkesudahan dengan Peru menang 2-0 hasil dua jaringan Paulo Guerrero. Sedikit tersasar ramalan bomoh. Malaysia tak nak cuba? Ayah Pin kan ada.


Sekian sahaja segmen Seputar Dunia. Gua sudahi dengan ucapan Bersama Kita Mentransformasikan Bolasepak Dunia. Kbai.

Thursday, October 6, 2011

pasukan inggeris pilihan saya.

selaku penyokong tegar FC Barcelona (LaLiga), sesungguhnya hal-hal untuk memilih pasukan pilihan di EPL ini adalah sesuatu yang tidak rasional. namun, saya sudah memikirkan tentang hal ini berkali-kali. jangan risau, saya tidak akan menyesal buat begini.

walaupun liga perdana inggeris ini di mainkan oleh kelab-kelab yang bermain serupa gampang, tak ada game, tapi entah kenapa seluruh umat manusia masih lagi menjadi kipas susah mati kepada pasukan pasukan di dalam liga ini.

jadi, untuk tidak ketinggalan sama dalam arus modenisasi yang semakin celaka ini, saya akhirnya memutuskan untuk memilih beberapa pasukan pilihan saya di dalam liga ini. biarpun mereka-mereka ini tidak mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan pasukan paling power seluruh jagatraya (Barcelona) tetapi sekurang-kurangnya mereka mampu memberikan saingan. untung-untung boleh seri atau menang 'nasib' dengan Barcelona nanti. itupun kalau dapat pergi final piala liga juara-juara. untung-untung.



Mancister Siti.

  • umum mengetahui bahawa pasukan Roberto Mancini ini bukan main-main punya pasukan. dengan bermotokan 'Superbia in Proelia' yang membawa maksud Pride in Battle atau dalam Bahasa Kesayangan kita, 'kebanggaan dalam pertempuran'. saya syak mereka akan berada di tempat teratas Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 128 mata, mengalahkan Chelsea yang hanya memperolehi 127.5 mata di tempat ke-dua.




Skandal Sea.

  • skandal-skandal pun apa ingat mereka tak power? rancangan genius Villas Boas yang sengaja buat-buat menang 1-0 dengan pasukan olimpik negara kita, adalah sesuatu yang sangat realistik dan tidak diketahui umum. jangan kita lupa, rancangan genius dari kapten John Terry dan pemain bek kanan mereka Ashley Cole yang sengaja buat orang fikir perangai mereka serupa lahanat juga adalah dakyah bola sepak zaman moden, apa ingat FIFA saja ada dakyah tersendiri? kalian mungkin tidak perasaan, mereka sebenarnya ingin bermain dengan psikologi pemain-pemain Manchester United yang saban hari semakin meningkat masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan mereka . apa tak perasan lagi? Ah, pedulik apa saya.


Bangfes Kid.

  • kelab pilihan saya yang seterusnya ini tidak lain dan tidak bukan adalah Liverpool. kelab yang berjaya menempuh pelbagai jenis rintangan dan onar dalam kehidupan seharian mereka dengan penuh sabar. sebab apa saya pilih mereka? sebab saya suka tengok penyokong-penyokong liverpool ini yang mempunyai oligasi menyokong pasukan kesayangan mereka ini dengan begitu DEEP sekali. ahh, so sweet.





A'uzubillahhiminasyaitonnirojim.

  • apa? tak faham lagi maksud dia? ahh, kau agama apa ni? pasukan ni saya letak tempat ke-4 sebagai pasukan pilihan saya kerana pasukan ini serupa syaitan lagi perangai. menang  5-1, 2-0.  sebab saya memilih pasukan ini adalah kerana pasukan ini boleh tahan power juga walaupun perangai serupa laknatullah. mereka berjaya mengalahkan pasukan saya, dengan jaringan 2-1. ingat mudah ke nak menang dengan pemain-pemain simpanan Barcelona? itu kerja gila nama dia.


+++

ok, perasan tak saya tak ada sentuh langsung pasal satu kelab tu . gila! ada lagi ke umat manusia yang menyokong kelab lemah macam tu?! kah kah kah!

VideoLeaks: Membunuh babi menggunakan bola


Ya ya, aku tahu ko power main Angry Bird. Semua stage ko dapat 3 bintang. Tapi apalah gunanya power bermain AngryBird kalo sepak bola pon terkangkang-kangkang.

Monday, October 3, 2011

Aku seorang Adebayor

Namaku Emmanuel Adebayor. Panggil aku Adi. Nak panggil Bayor pon boleh. Panggil lah apa saja, asal jangan panggil aku Frimpong; itu nama yg memalukan. Aku mula berkecimpung dalam bolasepak Inggeris pada tahun 2006, dimana aku berhijrah dari Monaco ke Arsenal, sebuah pasukan paling lemah di EPL. Aku tidak kesah bermain dipasukan yg sayur seperti senel, bagiku pengalaman yg penting buat masa itu. Kejuaraan kita kejar lepas aku dah established di EPL ni.


Apa cirit aku main dengan senel ni? Ahhh, menyesal aku.

Beberapa musim selepas itu (lepas namaku dah established), aku mula bosan berada di pasukan sayur ini. Aku merasakan aku tersilap langkah menyertai Arsenal. Usahkan menang piala, prestasi aku juga semakin menurun. Cilaka punya Wenger, ko buat aku macam K.Devan buat dekat player Selangor. Aku kecewa, aku angkat kaki menuju Manchester City. Dengar kabor gaji mahal kat sana.

Main la aku kat Man City. Kat sini musim pertama je yg aku seronok, lagi-lagi dapat menganjing fan senel. Hik hik. Orang ada tanya tak penat ke berlari punya jauh semata-mata nak panaskan bontot fan senel ni? Aku jawab penat la jugak, tapi berbaloi tengok budak-budak Arsenal ni berasap bontot. Macam mana muka berasap bontot? Ermmm macam mana yer? Haa, lu orang ada pergi tengok kat maple tak masa Asenel dilaukkan 8-2 dengan team seri dengan Stoke tu? Kalo ada, lu orang tengok mamat-mamat yg pakai jersi senel masa tu. Haa, tu muka bontot berasap la tu.

Hye Gooners?? Masih ingatkah saya?

Gua bosan duduk Mancester ni, tu sebab gua merantau kejap dekat Spain. Main dengan Real Madrid. Sedap jugak main sini, siap menang Copa Del Rey lagi. Tapi aku rindu la nak menganjing budak-budak Asenel, jadi aku pon balik la ke England. Lagi satu aku rindu suasana duduk London Utara. Aku pon cari la kelab-kelab yg ada kat North London ni. Ada dua, satu bekas pasukan aku yg lemah dan sayur iaitu senel. Gila apa aku nak balik main kat situ, dah la dengar kabor nak relegated. Puii. Aku pergi kelab yg digelar "King Of North London" pula, yg asenel tu "Rubbish Of North London".


Mulanya jersi Real ni gua nak letak nombor 82 (8-2). Tapi pikir-pikir balik, malas la. Kang tak pasal-pasal berperang pulak Britain dengan Sepanyol ni.

Kini, aku bahagia bersama Tottenham; sebuah pasukan yg hebat dengan mengalahkan Liverpool sebanyak 4 bijik. Ahh Liverpool pon tak hebat, tak ada guna aku menganjing team belasahan ye dak? Dan semalam, Spurs lawan Senel. Perlawanan yg menarik. Anak ikan Wenger ni ada tunjuk improvement la jugak, tapi sayur tu masih ada. Aku malas nak berlari jauh-jauh, tu sebab aku tak skor. Assist jadi la ye dak?

Aku harap aku akan terus bahagia di White Hart Lane. Cuma bila selalu shopping kat Mydin, aku selalu diserang puak-puak senel. Jenis berdendam rupanya diorang ni. Tapi lately ni dah kurang yg serang aku, sebabnya aku dengar ramai yang dah lari sokong Barca dengan ManCity. Baguslah, biar la mereka dianggap lalang, asalkan mereka tak terseksa sokong pasukan yg main Coca-Cola League musim depan.


 Ai bahagia disini. Begitu juga Gallas.

Sebelum mengakhiri tulisan, aku ingin berpesan kepada Safee Sali. Kalo Cardiff offer contract main dgn depa, hold dulu. Untung-untung Arsenal offer lu main untuk mencabar kejuaran Coca-Cola League tu. Tapi aku tahu, mana ada player nak main dengan team sampah ye dak?

Sekian, In Arsene We Trust!

Liga Engleng Minggu Ini.......



Minggu ini menyaksikan derby yang sangat epik - Merseyside Derby - dan derby yang tak berapa nak epik sangat - North London Derby. Mari kita mulakan dengan derby epik iaitu Merseyside Derby.

Apabila ramai yang berkata Everton bakal memberi kejutan ke atas Liverpool di Goodison Park, itu adalah drama swasta pihak-pihak tertentu untuk menakut-nakutkan pendukung King Kenny. Tetapi itu semua hanya dongengan semata - Everton tidak mungkin dapat menumpaskan pasukan dari yang seberang dari Stanley Park ini. Ya, ada ramai fan Everton yang bitter dengan Liverpool sebab kegedebean pasukan merah ini telah menyebabkan seluruh England kena ban dari liga Eropah - termasuk juara liga 1985 Everton sebab Heysel disaster. Kami memang gedebe samseng hooligan - nak buat macam mana.

Walaupun Dirk Kuyt miss penalti - dan aku perlu bagi video belajar penalti macam Fernando Torres minggu lepas, tapi Andy Carroll dan Luis Suarez membuktikan Liverpool tidak lagi memerlukan Fernando Torres.

Sementara itu, kita cerita pula derby yang tak berapa epik iaitu North London derby. Sebenarnya Woolwich Arsenal ni bukan berada di utara London seperti yang ramai yang tahu - sebenarnya Arsenal ini adalah kelab di selatan London yang kemudiannya berpindah ke Islington. Tottenham Hotspurs yang dahulunya mahu berpindah ke Stadium Olimpik 2012 - hanya digagalkan oleh West Ham United dalam pembidaan stadium tersebut, kalau berpindah tak mungkin jadi Tottenham Hotspurs. Mesti jadi Stretford Hotspurs atau East End Hotspurs. Kemenangan Tottenham memang dijangka - kerana janji-janji Arsene Wenger untuk mempowerkan team dengan membeli Arteta dan Mertesacker memang janji-janji kosong seperti janji-janji Pakatan Rakyat terhadap rakyat Selangor.

Sementara itu...........



Berapa banyak ajen Mencester United nak dipasang dalam liga EPL ni brader? Tottenham soheh-soheh feeder Mencester United - asal lawan musuh Mencester United je power kemain - lawan Mencester United terus lembik. Ni Tony Fernandes ni beli QPR nak menambahkan pasukan ajen Mencester United jugak ke?

Agak-agak lah 6-0 kena kitai dengan Fulham. Berapa banyak duit MAS dengan Air Asia nak bayar gaji ni weh?