Monday, July 11, 2011

1988:Aku Berusia Empat Tahun Dan Aku Bertemu Dengan Mokhtar Dahari



Tahun 1988 apa yang aku ingat ialah air tin Sudi Sudirman, Olimpik di Korea Selatan dimana maskotnya seekor harimau, dan pengalaman aku bertemu dengan Mokhtar Dahari.

Aku ini sejenis manusia yang pelik. Aku rasa pelik sebab benda yang sekejap aku boleh terlupa tapi benda lama aku boleh ingat. Contoh macam aku letak kunci rumah atas meja - tak sampai 5 minit aku boleh lupa. Aku ada short term memory lost. Jadi kadang-kadang aku tak boleh ingat apa yang aku tweet, apa yang aku cakap, apa yang aku telah buat. Kadang-kadang aku serba salah aku dah cuci ke belum pinggan aku makan tadi walhal tadi baru aku basuh. Tapi aku ada long term memory. Benda-benda lama macam Soviet Union, Perang Iraq, sejarah aku masa kecik-kecik semua aku boleh ingat. Ingatan aku menerobos jauh ke tahun 1988 - bila aku bertemu dengan hero aku, Mokhtar Dahari.

Ayah aku bawak aku pergi Stadium Merdeka sejak aku kecik lagi. Ayah aku ni macam kebanyakan ayah-ayah di England - kalau kat Malaysia bawak anak pergi masjid ke surau tapi kat England bawak anak pergi stadium bola. For some reason mungkin masa muda ayah aku seorang yang sekular. Macam aku jugak. Stadium Merdeka - sebelum ia cuba ingin dijadikan pentas Bersih 2.0 - sebelum ia cuba diruntuhkan oleh Madey - ia adalah stadium keramat. Bukan sahaja untuk Malaysia tapi dua pasukan bola sepak - Selangor dan Kuala Lumpur. Apa yang aku ingat ialah tahun 1988 aku ke Stadium Merdeka menyaksikan perlawanan antara kelab apa entah vs Kwong Yik Bank yang berlangsung di Stadium Merdeka. Ayah aku bukan ada akaun Kwong Yik Bank, atau memiliki saham di Kwong Yik Bank, tapi ayah aku merupakan penyokong sejati Selangor. Tetapi dia adalah legend Selangor - dia wajib diraikan walau game melibatkan Kwong Yik Bank.

Ayah aku ada kawan yang bekerja yang juga bermain di Kwong Yik Bank bersama Mokhtar Dahari. Biasalah - ayah aku seorang proletariat yang bekerja di Kuala Lumpur - kawan-kawan dan member-member, kenalan mesti ada. Jadi memandangkan ini bukanlah perlawanan yang melibatkan FA - tapi pertandingan antara bank-bank maka ayah aku boleh selambaland je masuk ke padang tanpa masalah. Ayah aku memimpin tangan aku ke padang dan terus bertemu dengan kawannya berborak-borak. Tiba-tiba aku nampak seorang yang berambut panjang, bermisai lebat dan tidak lokek dengan senyuman. Aku menarik-narik kaki seluar ayah aku.

"Pa, tu Mokhtar Dahari ke?"

Ayah aku tersenyum sambil mengangguk. Ingin aku berlari menuju ke arahnya tapi aku takut ayah aku marah.

"Pergilah cakap dengan dia" kata ayah aku.

Aku terus memacu kaki aku lari ke arah dia. Sampai di depan dia aku berhenti.

"Awak Mokhtar Dahari ke?"

Dia hanya tersenyum dan menggosokkan rambut aku. Aku tersenyum. Ayah aku dari jauh menjerit, "pergilah salam dia!"

Aku salam dan melihat dia sedang kepenatan selepas bermain bola di padang, aku membiarkan dia pergi ke bilik persalinan.

Hari ini aku coretkan - 20 tahun yang lalu aku mendengar khabar berita ini, aku menangis dalam sepi. Hero aku sudah tiada lagi. Semasa perlawanan Selangor vs Kedah(kalau tak silap) pada perlawanan Semi Pro, satu penghormatan khas dilangsungkan di Stadium Merdeka menghormati Allahyarham. Aku turut membaca al-Fatihah untuk Mokhtar Dahari.

Walaupun aku pernah bertemu Azman Adnan dan Roy Keane sepanjang aku hidup - tapi perasaan itu takkan sama macam aku bertemu dengan Mokhtar Dahari.

Jasamu dikenang. Pergimu tiada galang ganti.

7 comments:

http://aniesandyou.blogspot.com said...

tetiba rasa sayu la plak..

alfatihah

Sape nak angpow?

rashideeshukri said...

mata aku bergenang dengan air mata bila aku baca post ni. Al-Fatihah.

Hazwan Arif said...

terharu bro...

Cob Nobbler said...

masa aku jumpa dia - dia kat Kwong Yik Bank - tapi masa tu dia pun dah jarang main dah. Dia retired umur 86 - tahun 1988 tu actually dia mula dah nak sakit dah.

Azfar Ridhwan said...

Al fatihah..

Info: Datuk Mokhtar Dahari menjaringkan 2 gol ketika menewaskan Arsenal 2-0 pada 13 May, 1975

Syafiq Joe said...

al fatihah..

harap2 super SS boleh jadi legend macam die...

Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku!!!

belog|amiyo said...

Super Mokh tiada galang ganti! huhu.

http://miyoshu.blogspot.com/2011/07/sejarah-berulang-malaysia-2-0-arsenal.html