Monday, June 27, 2011

Perihal Liga Argentina dan bye-bye River Plate

 
SokerLeaks telah mendapat banyak permintaan mengenai ulasan Liga Argentina. Patutnya benda ni gua cadangkan Nami yg tulis sebab dia pengulas kem Liga Argentina, tapi memandangkan beliau agak sibuk buat masa ni, gua pon tolong kaver la walaupon gua tak layan sangat pon Liga Argentina ni. Nami ni pon kaver pasal River Plate je, kaver la sekali pasal format Liga Argentina yg pelik ni. Kah kah.

Format Liga Argentina/ Argentina Primera Division (APD) ni adalah pelik sedikit berbanding sistem liga di negara-negara lain (European Style). Walaupon pelik, APD diiktiraf sebagai liga ke-7 paling kompetetif didunia . Selalunya, hanya ada satu kejohanan liga untuk satu musim dimana setiap pasukan perlu bermain menentang semua pasukan lawan sebanyak 2 kali, home dan away. Dekat APD, setiap musim liga terbahagi kepada 2 kejohanan berbeza, iaitu Apertura dan Clausura. Setiap kejohanan, satu pasukan itu hanya perlu menentang team lawan sebanyak sekali sahaja.

E.g: Dekat EPL, ManUtd akan lawan Chelsea 2 kali dalam satu musim, satu di Old Trafford satu lagi di Stamford Bridge. (Itu pon kalau undian UCL tak menemukan dua-dua team ni. #SoBoring). Dekat APD, untuk Apertura, Boca Juniors cuma perlu lawan sekali je dengan RiverPlate. Let say masa Apertura, Boca jadi home team, jadi masa Clausura nanti, River Plate pulak yg akan jadi home team.

Format Apertura dan Clausura ni diperkenalkan sejak musim 1990-1991. Untuk edisi pertama, juara Apertura akan menentang juara Clausura untuk title-decider. Tapi selepas tahun tersebut,tiada lagi title decider antara juara Apertura dgn Clausura. Mungkin nak bagi setiap team peluang menang piala rasanya diorang buat format macam ni. Apertura selalu dimainkan pada bulan Ogos hingga Februari, mankala Clausura bulan Februari sampai Jun.

Untuk musim 2010/11 ni, juara Apertura dimenangi  Estudientes. Velez Sarsfield pula menang Clausura. Kalau ikot statistik, ke-tidakkonsisten-nan team-team APD ni jelas kelihatan. Estudientes yang menang Apertura hanya sekadar menduduki tempat ke-13 Clausura. Semenjak format Apertura/Clausura diperkenalkan, cuma 3 pasukan sahaja yang berjaya memenagi Apertura dan Clausura dalam satu musim iaitu Velez Sarsfield, River Plate dan Boca Juniors. Juara berganda terakhir dicatakan pada musim 2005/2006, ketika itu diimenangi oleh Boca Juniors.

Juara bagi Apertura dan Clausura ini masing-masing akan mendapat slot ke Copa Libertadores (UCL bagi benua CONMEBOL). E.g, Estudientes menang Apertura 2010/11 (dikira juara Apertura 2010), makanya mereka akan main 2010 Copa Libertadores sambil ditemani juara Clausura 2009/10 (juara Clausura 2010) Pemenang Clausura 2010/11 (juara Clausura 2011) iaitu Velez akan main tahun 2011 Copa Libertadores ditemani pasukan yang akan menang Apertura 2011/12 nanti.

Argentina mendapat 5 slot ke Copa Libertadores ini. Jadi, lagi 3 slot nak bagi ke team mana? Masa ini lah carta kedudukan liga hasil campuran mata dari Apertura dan Clausura bagi tahun yang sama ini dijadikan panduan. Bagi tahun yg sama ini maksudnya campuran mata untuk Apertura 2010 dan Clausura 2010. 2 pasukan teratas carta ini (selain juara Apertua/Clausura) akan diberikan slot ke Copa Libertadores. Satu lagi slot diberikan kepada juara Copa Sudamericana tahun sebelumnya andai pasukan tersebut adalah dari APD, tapi kalau bukan team Argentina yg menang Copa Sudamericana ni, makanya slot tersebut diberikan kepada team ke-3 terbaik carta campuran tadi.

Slot ke Copa Sudamericana (macam Europa League la) pula guna sistem yang sama, iaitu guna carta campuran Apertura dan Clausura. Tapi berbeza dengan Copa Libertadores, Copa Sudamericana ni guna carta campuran musim, bukan ikot tahun (kiranya carta overall untuk satu musim). Maksudnya ambik point Apertura 2010 dengan Clausura 2011 (yang ni dikira satu musim, bukan satu tahun). Argentina dapat 6 slot CS ni. Kalau ikot Eropah, pasukan yang bertanding UCL hanya layak main UCL, dorg tak main Europa League unless team tu dapat no.3 dalam grouping stage. Ini berbeza dekat APD, satu pasukan itu layak untuk bermain Copa Libertadores dan Copa Sudamericana untuk tahun yg sama.

E.g: Estudientes, juara Apertura 2010 dan tempat ke-2 overall untuk carta campuran musim 2010/11 layak bermain untuk kedua-dua kejohanan antarabangsa ni.

Argentina dapat 6 slot ke CS. Dan kalau satu team itu layak ke Copa Sudamericana kerana menduduki top-6 carta overall musim, team itu akan dilucutkan kelayakan mereka andai team tersebut ter-relegated. Ini lah yang terjadi pada River Plate. River menduduki tangga ke-6 untuk carta keseluruhan liga musim 2010/2011 tapi tak layak main sebab relegated.

Dikhabarkan bahawa Argentina FA sedang merangka satu pembaharuan untuk pemberian slot internasionale kepada team-team APD ini. Buat masa ni diorang masih guna sistem campuran mata untuk 2 kejohanan semusim bagi menentukan slot-slot ni. Yang paling latest pon, Argentina FA  dah buat Copa Argentina, ala-ala FA Cup. 2011 baru nak start kejohanan ni, dan yang menang mungkin dapat slot ke Copa Sudamericana.

Sekarang kita cerita pasal relegation pulak. Kalau korang rasa slot ke Copa Libertadores/Sudamericana ni pelik, sistem relegation APD ni lagi superb pelik. Kat APD, relegation akan ditentukan menerusi average point untuk 3 musim berturut-turut.

E.g: Musim 2010/11, relegation based on point untuk musim 2008/09, 2009/10, 2010/11 dan kemudian bahagi jumlah perlawanan.

Dari carta ini, 2 pasukan bawah sekali automatik relegated ke 2nd divisyen iaitu Primera B. 3rd dan 4th bottom pula akan main play-off menentang 2 pasukan dari divisyen kedua untuk menentukan pasukan mana yang main APD musim depan. 3rd bottom akan lawan 3rd place Primera B manakala 4th bottom APD lawan 4th place Primera B. Setiap game berlangsung secara timbal balik.

Tapi untuk musim 2010/11 ni lain sikit, berpunca dari perkongsian mata yang sama antara 2nd bottom dengan 3rd bottom. Gimnasia dan Huracan berkongsi mata yang sama (1.096), jadi mereka perlu bertarung sesama sendiri pada satu perlawanan di venue neutral. Pemenang perlawanan akan menentang 3rd place Primera B.

 River Plate dapat 41 mata untuk musim 2008/09, 43 mata (2009/10) dan 57 mata (2010/11). Keseluruhan mata adalah 141, bahagi dengan 114 jumlah perlawanan.

River Plate pula lawan 4th place Primera B, Belgrano dan seperti yang sudah tersedia maklum, River kalah agregate 1-3. Ya,pasukan paling berjaya dalam bolasepak Argentina (33 kejuaraan) kini sudah tersungkur. Kadang-kadang gua terpikir, apa gila River Plate yg dapat no.4 Apertura 2010 ,no.9 Clausura 2011 dan no.7 overall musim 2010/11 ni boleh tersingkir. Gila! Tapi silap River jugak sebab tak perform musim 2008/09 dgn musim 2009/10. Gua malas nak cerita lebih pasal River Plate ni sebab Nami dah explain kat entri sebelum ni. Lagipon gua dah tulis panjang berjela ni, penat pulak rasanya. Sebenarnya gua bukan menulis pon, gua transfer info yg gua dapat dari wiki dgn interbiu je. Hikhik.


Gua sendiri tak mengerti kenapa format Liga Argentina ni begitu komplikated. Adakah format ini bertujuan untuk menyelamatkan team-team power macam Boca Juniors mahupon Indipindiente? Tapi satu aku belajar dari format Liga Argentina yg pelik ni adalah CONSISTENSY. Setiap musim kena konsisten, kalau tak, nahas lah ko macam River Plate.


Penutup entri, gua selitkan video kejayaan River Plate menamatkan 110 tahun aksi mereka di liga utama. Enjoice all Los Xeneizes!




P/S: kalau ada benda gua salah tulis, tolong betulkan.

14 comments:

MuzEe said...

panjang betei entry, malas nak baca, tengok point2 jelah..kahkahkah

aimannnnnnnn said...
This comment has been removed by the author.
Berto said...

kalau baca wikipedia, kena baca 3,4 kali baru paham. mungkin korg kena baca 18 kali baru paham.

Huntedz said...

thanks admin.. baru paham.. lepas ni boleh suggest kepada FAM plak buat gitu.. sebab Pahang ni tiap2 tahun perform.. konfom xda isu kena relegated..

WaiRai- said...

baca beberapa kali pon kat wiki lagi pening.. siyes pening sistem dia .. aku rasa berapa kerat sgt la rakyat argentina dan beberapa South American yang still pakai format camni :P

yeye said...

baca sambil menitiskan air mata.


paham ke tidak aku ni?

Berto said...

@huntedz
itu la uniknya format liga Malaysia, selalu diubah bagi menjamin ketuanan bola Pahang. kehkeh

@wairai
skang ni, banyak negara2 latin lain yg dah tukar format apertura dgn clausura ni ke format Europe. tapi masih ada lagi yg pakai mcm Mexico.

mimoxx said...

thx bro. salute sama lu. penat gua pikir n research knp river plate bleh relegated sedangkan dorg bkn bottom 3 pn dis season. akhirnya lu yg brilliant dpt buat gua phm. salute sgt2. best bro!!!


p/s : bru igt nk email kt sokernet suro lucius uat artikel psl river plate relegate tp sokerleaks dah buat dlu. terbaik bro!

http://aniesandyou.blogspot.com said...

thx bro. akceli, sy pn br fhm. plus terfikir ttg nama 'apertura' dan 'clausura'. ruper nyer dlm negara yg sm. ceh, byk lg yg kena di study! br takat PMR je ni...

mesia kalu guna sistem ni...alamat nyer lunyai la FAM

Cob Nobbler said...

Berto,bukan gua baru tulis ke kahkahkah!

Cob Nobbler said...

OK, bagi yang tak faham, aku terangkan kat sini. OK dalam satu season - macam EPL, dia satu season. Tapi Argentina, dia dua season. Walaupun dua season, still record consistency perlu dimaintain. Ini kerana kalau kau juara Apertura belum tentu kau boleh survive 10 ke atas di Clausura. Ini nature bola Argentina.

Let's say kita ambik contoh Manchester United. Tahun 2009 dia dapat 83 points. 2010 dapat 70 points. 2011 dapt 78 points. Kau campurkan 3 tahun tu punya game.38 x 3 = 114. Pastu 83+70+78 bahagi 114 = 2.02. Haa, angka ni yang dikira, bukan berapa banyak mata kau dapat.

Kalau nak jadi peminat bola liga Argentina gua bajet kena ada kalkulator kat sebelah baru boleh faham.

Bagi aku Boca pun tak terselamat jugak. Point dia untuk tahun ni 1.412.River Plate tersingkir 1.237. Tak jauh mana. In fact, semua tak terselamat pun walaupun kau Valez Sarsfield.

Tapi kalau korang nak tahu, dulu Banfield ni taraf-taraf West Ham je pun. Tapi nowadays gila babi power. Susah nak kalah.

Gimnasia La Plata pun out, River Plate pun out, Quilmes paling kesian - baru masuk dah kena out. Team yang baru masuk memang kena bagi habis-habisan actually.

Cob Nobbler said...

anies:Apertura tu maksud dalam bahasa Sepanyol bermaksud "pembukaan", Clausura maksudnya "penutup".

Tujuan dorang buat dua season ni sebab ada Copa Sudamericana. Lagipun, macam kat Europe dorang ada DFB Pokal, Coupe de France, FA Cup, Copa del Rey, dorang takde. Maybe sebab takde penaja kot. Tu salah satu faktor. But aku dengar-dengar macam Berto cakap tu pun memang nak buat.

http://aniesandyou.blogspot.com said...

negara depa miskin. so bab taja menaja ni kureng sket

Mohd Rasydan said...

berto terang panjang lebar, aku tak berapa paham. nami terang secara ringkas, baru aku paham. btw, thanks both of you. (: