Thursday, June 9, 2011

Moh men-design jersi Spurs

PUMA dengan kerjasama Spurs mempersilakan semua penyokong Spurs untuk meneka jersi baru Spurs musim 2011/12 yg hanya akan di-reveal pada 20 Jun 2011 ini. Tak tahu la pulak kalau peneka (peneka?? keh keh) paling atau hampir tepat design mereka akan dapat hadiah.

Jadi sebagai penyokong Spurs, haruslah gua tidak ketinggalan men-design jersi baru Spurs ni, mana tau tetiba si Harry Redknapp usha dan terjatuh hati dengan design ni, terus dia pilih design ni, tak pon mana tau dia ajak gua main untuk Spurs kan? Kah kah, kalau perkara ni terjadi, gua tolak awal-awal, nanti Van Der Vart dengan Bale tak boleh cari makan.

Ini design yg gua dah buat. Lawa tak lawa tak? Ada can ganti Halta Dolmat tak gua ni?

 First design gua. Tak de la lawa mana ye dak?


Yang ni untuk pasaran baju tidur sahaja


Yg ni alternate jersi. Ditaja khas oleh Puteri Umno cawangan Rimba Jaya, Selangor. Kelab Taat Suami juga turut berminat joint-venture.


Okeyh, design yg betul-betul gua hantar kat PUMA pulak adalah...

Design ni ada ciri-ciri macam jersi Spurs masa depa guna Kappa as official kit mereka (Thomson selaku penaja jersi mereka).  Gua ada jersi ni dulu, time kat asrama kalau gua main futsal, memang jersi ni la gua selalu pakai. Masa main tu jangan cakap la, skill menggelecek gua sebijik macam Lennon, gua punya tekel serupa macam Edgar Davids, dan memang tak sah kalau gua tak celebrate gol macam Robbie Keane sebanyak 8 kali, maknanya 8 kali skor la. Power kemain. Tapi jersi ni hilang entah kemana ntah. Siapa la yg rembat ni. Gua syak budak Menyu kat sekolah gua, ye la, budak-budak minat Menyu ni bukan power pon main bola, mulut je berapi macam Rooney, main macam Bebe.

Kalau lu orang fan Spurs yg berminat untuk menyumbang idea atau pon haters Spurs yg berminat menjahanamkan jersi Spurs ni, layari http://apps.facebook.com/guessthekit/. Kat sini juga lu orang boleh tengok video player Spurs macam Gareth Bale, Ledley King, Aaron Lennon dan Micheal Dawson turut mendesign jersi yg bakal mereka pakai musim depan.

Sekiyan, majulah Spurs untuk EPL.

7 comments:

fatenalina said...
This comment has been removed by the author.
MuzEe said...

yg gua buat ni bru nya ntk spurs...


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2179347562438&set=a.1838927892159.2113543.1209386432&type=1&theater

fatenalina said...

link tu ---> *content not found*

Berto said...

@fatenlina
eh, boleh je bukak link tu.

@muzee
boleh tahan cantik, gua syak lu ni penyokong sejati spurs dan pembenci tegar arsenal kan?

fatenalina said...
This comment has been removed by the author.
MuzEe said...

pesen statement nak makan penampor..

blogger said...

khairul fahmi brlakon
http://beritabolasepak.blogspot.com/2011/06/khairul-fahmi-dalam-official-music.html