Showing posts with label harimau malaya. Show all posts
Showing posts with label harimau malaya. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Sukan Sea Final : Malaysia Darul Power Merangkul Johan!

"Bulat kecil bulat kecil, bulatlah besar,
Bulat kecil bulat kecil, bulatlah besar,
Sayang mama, sayang papa, sayang semua,
Tiga enam tiga enam, tiga puluh enam
Tiga enam tiga enam, jadilah..?"







Sementara itu..











Free gift untuk semua.

Monday, November 21, 2011

Perlawanan Akhir ulangan Sukan SEA 1979.

Salam 1Malaysia dan Salam 1Indogs saya ucapkan.

Sebagaimana yang kita semua tahu, malam ini bakal menyaksikan dua seteru utama berentap di atas padang yang namanya di ambil sempena memperingati presiden pertama Indognesia, Soekarno.

Stadion Gelora Bung Kuno

Perlawanan ini merupakan perlawanan paling elclasico di Asia Tenggara di mana Malaysia yang ibarat Barcelona(Teramat Power) dan Indognesia yang ibarat Real Madrid(Slow dan lemah) bakal ditemukan dalam perlawanan yang disaksikan oleh sekitar 90 000 orang penyokong Indonesia yang akan memenuhi segenap tempat duduk stadium.

Jangan kita lupa, 28 juta rakyat Malaysia juga bakal memenuhi segenap premis-premis Mamak yang berhampiran dan ada juga yang hanya duduk atas sofa sambil menghirup secawan Nescafe Regular 3 in 1 menonton perlawanan ini. Jaga-jaga!

Perlawanan akhir ini sebenarnya adalah ulangan bagi perlawanan akhir Sukan SEA 1979, yang turut menemukan dua pasukan yang berhaiwankan Harimau Belang, simbolik kepada negara kita, Malaysia dan juga haiwan fantasi kebanggan Indognesia, Garuda yang hanya datang dalam mimpi dan imaginasi luar biasa seseorang itu.

Pada edisi tersebut, hanya 5 pasukan sahaja yang bertanding, Malaysia, Indonesia, Thailand, Burma dan Singapore dan mereka menggunakan sistem round-robin di mana johan dan naib johan kumpulan akan berentap dalam perlawanan akhir untuk penentuan pingat emas. Tapi pada edisi tersebut, dua pasukan telah melihatkan Poin dan GD yang sama untuk dipilih menjadi naib johan kumpulan iaitu Indogs dan juga Thailand.

Jadinya, dua pasukan tersebut terpaksa berentap sekali lagi untuk play-off penentuan ke pusingan akhir. Keputusannya, Indogs menang penalti 3-1 selepas sama-sama terikat 0-0 dalam 90 minit perlawanan.

Dalam perlawanan akhir, kita berjaya menewaskan Indogs hasil jaringan Arwah Abang Mokh, 1-0!

Stedi dan LEJEN Press!


Kalau tak 3-0, 4-0 kita menang! Fakri skor 2 bijik. Dua-dua bicycle kick. Kita tengok nanti!














Gambor suka-suka

Saturday, November 19, 2011

Sukan Sea : Fakri 1 Myanmar 0

In Fakri We Trust. Fakri In My Blood. Fakri Is My Life.


"Siapa yang kata aku kepala bana tu dia memang takde kotey"

Preview Match : Burma vs Tanah Melayu.

Tanah Melayu dan Burma adalah dua buah negara yang pernah dijajah (atau dinaungi) oleh British berbeza dengan negara ASEAN yang lain seperti Filipina yang dijajah oleh Sepanyol, Indochina(Kemboja, Laos dan Vietnam) yang dijajah  oleh Perancis dan negara King Of Sinetron (Indognesia) yang dijajah oleh Belanda.

Burma telah diubah nama nya pada 1989 ke nama Myanmar walaupun US dan UK masing-masing tidak bersetuju dengan pengubahan nama tersebut. Nama Myanmar ni nampak lebih urban sebenarnya berbanding Burma yang udah serupa Karma bunyinya.

Di samping nama, bendera mereka juga telah diubah.

(1988-2010)




Sejak 21 Oktober 2010 :
sehingga kini.


Dalam pada itu, pasukan bola sepak Myanmar Bawah-23 bukanlah sebuah pasukan yang kita boleh kitai dengan mudah sebagaimana kita kitai pasukan Indogs tempoh hari. Mereka berjanji untuk menurunkan barisan terkuat mereka dan bukannya pasukan kedua menentang kita nanti.

Myanmar telah menempah tiket ke separuh akhir untuk menentang Malaysia setelah menang 4 perlawanan dan seri 1 perlawanan dengan Vietnam. Dan kita tak boleh anggap Myanmar ni pasukan yang tak kuat atas dasar naib johan kumpulan B. Mereka seri dengan Vietnam pun bukan calang-calang punya seri. Main 10 orang, seri dengan naib juara Sukan SEA 2009. Apa ada hal?

Jadinya, aku malas nak buat prediksi yang melampau pasal Harimau Malaya pun bukannya power mana, menang dengan Kemboja pun menang rezeki.


Prediksinya seperti berikut :

3-2

(Izzaq Faris skor 5 gol, 3 gol dia, 2 dia tolak masuk ke gawang gol sendiri) - Tamat Perlawanan, Malaysia menang.




Gambor suka-suka.

Sunday, November 13, 2011

Sukan Sea : Malaysia 4 Kembungja 1

Menang dengan Kemboja ke, Indogs ke, Gajah putih hatta jadi Champion Sukan Sea yang dikatakan menang pingat emas bola, maka macam menang seluruh temasya sekalipun. Bukannya Presiden FAM akan letak jawatan.

"Kalau Harimau Muda menang, mungkin akan kekal di kerusi ini sampai 12.12.12 pulak. Baru keramat"










Sementara itu di India..








"Deyyy!


Satu sama? Kepala siapa lebih berkilau? Kepala takok? Bincangkan.

Tuesday, November 8, 2011

Kosong - Kosong.

ketika umat manusia yang lain sibuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan yang mendatang, saya tenang sambil pegang remote astro duduk depan tivi bersama secawan coklat panas. saya kalih ke Astro Arena.

waktu itu, Arena belum dapat siarannya.



perasaan berdebar-debar menunggu.

*

selepas 10 minit, permainan bermula,

10' -> 90' + 3'

tamat permainan.

*

dalam 90 minit perlawanan, apa yang saya dapat perkatakan adalah dua-dua team main macam bangang. yang Malaysia main macam Malaysia, dan yang Singapore pun main macam Malaysia. bangang!

dan Fakri Saarani, go go go! buat yang terbaik lepas ni kayss!

sumber : Google image | search word : fakri saarani

Monday, November 7, 2011

Mari Melaukkan Young Lions

Sebelum aku melunaskan tanggungjawab pertama aku menulis karya di sebuah laman blog bola sepak paling puaka ini. Elok terlebih dahulu aku perkenalkan diri. Nama aku Syazrul Aqram, lebih molek jika dipanggil Aqram. Sebaya-baya dengan Cesc Fabregas dan kalau bab bermain bola, adalah sikit-sikit main bola macam Fabregas. Cuma itulah, rakyat Malaysia macam aku yang terhalang cita-cita menjadi pemain bola sepak dek mementingkan pelajaran, dek dihantui kalau main bola sepak, mungkin masa aku matrikulasi dulu pelajaran aku bakal lingkup atau senang cakap bola sepak hanya dijadikan sebagai hobi. Aku hanya mampu melampiaskan minat bola sepak aku pada penulisan dan paling tidak, bermain bola sepak pada waktu petang-petang.

Baiklah, mari kita bercerita mengenai perlawanan bola pada pukul lima petang ini. Sukan Sea, menemukan Malaysia dengan pasukan tradisi seberang tambak, Singapura. 


Aku mendapat perkhabaran dari akhbar-akhbar tempatan yang meletakkan senarai barisan kemungkinan Malaysia. Namun, secara sinikal aku lihat dari barisan pemain kemungkinan tersebut, kalau betullah Baddrol Bakhtiar bermain striker digandingkan dengan A. Thamil Arasu. Aku rasakan, pasukan negara kita sekali lagi bakal ketandusan penyudah gol yang tajam dan konsisten. Bahagian pertahanan aku rasa cukup kukuh. Tengah pula masih mencari rentak apatah lagi dengan ketiadaan Gary Steven Robat kerana kecederaan. Nak harapkan K.Gurusamy. Hmmm, tak mengapalah. Anggap sajalah di atas padang bola, macam-macam boleh jadi. 

Namun, setelah mendapat perkhabaran dari Persatuan Bomoh-Bomoh Gunung Soga, lain pula ceritanya. Khabar baik mengatakan Malaysia bakal menang petang ini dengan beza jaringan 2-0. Bermakna sama ada menang 2-0 atau 3-1 atau 4-2 dan yang sama bilangan dengannya. Harap bomoh-bomoh Gunung Soga sepower bomoh Sungai Koyan macam haritu yang meramalkan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia.

Well, bola sepak dan bomoh memang tak dapat dipisahkan. Sama juga seperti rasuah dan FAM, judi dan Sultan Bola. Inilah kehidupan bola sepak Malaysia. Apa yang penting, ramai-ramai kita petang ini memenuhkan semua kedai mamak, kedai tomyam dan warung Wak Kentut. Minta tukang kedai buka siaran langsung melibatkan Malaysia dan Singapura. Semangat tu penting ye dak! Pakai jersi siap. Peh peh peh!

Aku petang ini ada hal, nak pergi main mesin buah cherry kejap kat Universal Studio. Kehkehkeh. Wokeh chalo!

p/s : Tanah Tumpahnya Darahku!

Tuesday, July 26, 2011

Singapura: Apa Pon Tak Boleh!!

Selepas digesa Daniels SokerLeaks untuk menulis entri pasal game di Singapore itu hari (2 wakil SL ke sana), gua up entri ringkas, padat dan sendat pasal game ni.

1. Penyokong Malaysia dilarang membawa gendang, drum dan instrumen muzik yg lain termasuklah hon. Hanya HOME team sahaja boleh bawak masuk benda-benda ni. Bila ditanya , alasannya "THIS IS OUR RULES". Pihak stadium juga meletakkan speaker punya la besar depan fan Malaysia, diorang kasi pasang chant2 dari fan Singapore. Tapi itu semua tak melemahkan semangat penyokong Malaysia untuk bersorak, sampaikan paper sana turut meluahkan rasa goyang mereka bila bakal ke BJ nanti.

2. Singapura menunjukkan keangkuhannya sebelum sepak mula perlawanan lagi bila 5 jet pejuang mereka terbang betul-betul atas stadium. Ah, nak heran apa, Malaysia ada kapal selam  dgn cincin 24 Juta la woi!

3. Dalam MRT masa pergi ke stadium, gua dan rakan-rakan pakai jersi Malaysia bawak bendera. Semua bagi laluan kat kami. Nak pandang pon takut. Cuak tak cuak la depa dgn Harimau.

4. Pihak FAS (Persatuan Bolasepak Singapura) pula dilihat kurang bertoleransi bila tidak membenarkan penyokong Malaysia duduk setempat. Ye lah, gua tahulah geng Malaysia yg beli tiket grandstand (15Dollar) kena la duduk dekat grandstand, tapi fan Malaysia dah mintak elok-elok, siap nak tukar dengan fan Singapore yg duduk area 7Dollar lagi. Tapi FAS tetap berkeras. Tengok apa jadi lepas tu, aksi memprovoke kedua-dua penyokong menyebabkan sedikit insiden kekecohan berlaku sehingga dipercayai seorang penyokong Malaysia terpaksa dibawa ke hospital. Kalo asing-asing kan lagi molek?

5. Fan Malaysia juga tidak boleh membawa masuk stick banner. Malahan, FAS merampas 2 banner yg dipasang di bahagian grandstand, satu dari SokerLeaks, dan satu lagi dari Ultras Malaya. Bila ditanya kenapa tak boleh pasang, macam biasa alasan mereka; "THIS IS OUR RULES".Nak kata tak boleh pasang banner kat belah grandstand, gua tgk Singapore pasang x de pon nak dirampas. Cilaka betul.

 Dirampas. *gambar credit kpd Farid Photography, syarikat fotografi yg diusahakan oleh salah seorang pengulas SokerLeaks yg turut hadir ke Stadium Jalan Besar.

6. Referee cilaka.

7. Linesman pon sama lah.

8. Fan Malaysia juga dilarang merokok didalam stadium. Ok yg ni mmg semua orang tak boleh isap rokok dalam stadium ni.

9. Lepas game, gua cari polis yg rampas banner tu, nasib baik jumpa dan dia bagi balik. Masa tu jugak gua kasi rentang. Berbulu terus budak-budak Singapore tengok. Haa, mesti la lu berbulu, celah mana plak China,Bosnia dengan Serbia tu terletak dalam Singapura.

10. Best betul bila fan Malaysia chant "Import! Import! Import". Ada bunyi racist tak tu?

11. Aleksander Duric, berumur 40 tahun  tu pernah mewakili Bosnia di Sukan Olimpik 1992 Barcelona dalam acara berkayak. (sumberL Wikipedia)

12. Singapura boleh berbangga dengan Ismail Yunos, anak jati Singapura kerana mengutip kad merah. Mereka juga boleh berbangga dengan Jumaat Jantan, kerana selain namanya yg unik, anak Pakcik Jantan ni kuat benor berlakon injured.

13. Amoi Singapore kebanyakan pakai skirt pendek. Geram betul gua tengok.

14. Dalam MRT masa balik dari stadium, orang-orang Singapore semua gelak nipis tersengih-sengih kat kitorang. Ouhhh, menganjing ye? Ko tunggu la ko tunggu kat BJ nanti.

15. Jika Singapore merasakan mereka dah bagi pengalaman neraka kat fan Malaysia, gua cakap awal-awal, stadium 6k tu pon gua rasa fan Malaysia lagi havoc. Tapi takpa, lu nak tau neraka dunia macam mana, tunggu Khamis ni, orang Malaysia kasi tunjuk sama lu macam mana mereka sokong pasukan mereka yg "100% ORIGINAL".

16. Tapi gua nak ucapkan trimakasih banyak-banyak kepada drebar teksi yg tidak mengenakan bayaran langsung buat gua dan rakan-rakan dari Jalan Sultan ke Stadium Jalan Besar. Terimakasih pakcik. Padahal patutnya jalan kaki pon boleh, tapi semua tak larat berjalan sebab dah bantai murtabak Singapura.

17. Drebar teksi itu turut menyuarakan kekecewaan dgn team national mereka yg dilimpahi pemain import, beliau merindui zaman Fandi Ahmad dan Dollah Kassim. Katanya lagi, team Singapore skarang ni tak kuat mana, tapi team remaja mereka U-16 tu memang kuat, katanya lah.

18. Masa menunggu kat stesen MRT, ada sorang uncle singapore ni kompelin pasal kalah betting. Dia bet Malaysia menang. Rugi habis dia itu hari. Player jual game??? Gua rasa takde, player Malaysia bermain bermati-matian bai, lagi-lagi main atas padang tiruan, penat dia jangan cakap la.


19. Muka gua masuk paper. Paper Malaysia. Paper Singapore gua tak tahu.

20. Sekiyan.

21. Datang tau SNBJ Khamis ni!!

Thursday, May 26, 2011

Separation Between Sports And Politics Please.


Demi anak-anak - tolonglah bersikap jujur.


Saya ada mendengar tentang Liga Super yang mahu dikecilkan dari 14 kepada 12 pasukan musim hadapan.Saya tak pasti apa kesahihan dan kebenarannya,@Berto_mel dan @erk888 yang cakap.Sebagai otai Sokerleaks,saya merasakan mereka lebih banyak leaks dan maklumat.Saya bahagian leaks tentang "sejarah" dan "sandarkan pada kenangan".

Saya tak pasti atas dasar apa pengecilan ini.Konon nak lebih kompetitif atau lebih banyak menumpukan kepada perlawanan berprofile tinggi seperti menentang Liverpool,Chelsea,atau Arsenal kepada skuad kebangsaan mungkin.Mungkin untuk persiapan ke Sukan SEA 2011 di Indonesia untuk mempertahankan kejuaraan pingat emas,barangkali.

Ya - pasukan negara juara sukan SEA.Ya - pasukan negara juara Suzuki Cup tahun lalu.Tapi itu kerana pasukan dan taktikal King Gobal(ko ingat King Cantona dengan King Kenny je ke ada King) yang mantap.Taktikal yang mantap punca kejayaan atas padang.Lain kiranya dengan pengurusan dalaman.

Manchester United adalah pasukan yang mantap atas padang.Sir Alex merupakan seorang tactician yang bagus,juara 12 kali bersama United - bukan calang-calang.Tapi pengurusan MUFC dari segi dalaman adalah sangat lemah sehingga aku berani gelarkan "The United States of America in Football".Pasukan yang mempunyai hutang terbesar di Eropah to be honest.

Hakikatnya prestasi di padang jika hebat macam mana sekalipun takkan dapat settled down kalau pengurusan tak berkaliber.Leeds United pasukan yang unggul tahun 2001 turut relegated sebab pengurusan yang tidak cekap.Ini pendapat yang benar dan sahih.

Mari kita "menyandarkan diri kepada kenangan" seketika.Pasukan Harimau Malaya adalah pasukan yang hebat pada djaman 70an dan 80an - macam Liverpool.Start awal 90an boleh blah lagi - sampailah apa yang dikatakan @abu_dolah - Tragedi 94 - rasuah besar-besaran.Sampai tragedi tu bolasepak Malaysia lebih bodoh dan hodoh dari pertandingan bola sepak sekolah-sekolah Jepun.Ini honest.Menonton Doraemon dan Sailormoon lebih senggama dari menonton bolasepak Malaysia.

Hakikatnya Presiden FAM yang kita ada sekarang ini sudah 25 tahun menjadi Presiden.Lebih kurang dengan djaman Alex Ferguson menjadi manager di Manchester United.Dalam masa 25 tahun Alex Ferguson boleh bawa 12 Piala Premier League,2 Champions League(setakat tulisan ini ditulis),dan bermacam lagi piala.Kamon - 25 tahun yang lalu Malaysia pernah bermain di Asia Cup tanpa tiket tuan rumah - di Iran dan Kuwait - 1976 dan 1980.Ini sebelum Presiden FAM sekarang ini menjadi Presiden.Takkan 25 tahun hanya dapat menang Sukan SEA dengan Suzuki Cup je?

Hakikatnya negara kita ni sibuk sangat dengan feudalisme dan adat ketuanan Melayu.Kamon la - di England aku tak pernah dengar pun Queen Elizabeth atau Prince William jadi Presiden FA.Dorang ada banyak kerja lain nak buat.Perbuatan kejap 12,kejap 14,kejap 16 dalam Liga ni kerja bangang.

Hakikatnya aku pernah mendengar surah pengurus Johor FC Mohd Faizal Abdullah pernah berkata,"Bolasepak Malaysia tidak akan berkembang kalau pasukan bolasepak cuma ada 14+1 mewakili negeri-negeri dalam Malaysia".Pandangan ini benar - kerana itu kelab harus ditubuhkan dari mereka yang benar-benar mencintai permainan ini - bukan dua-tiga gedebe baju batik yang final baru nak datang - tu pun duduk kat seat sofa VIP dengan ada orang tolong tuangkan teh dan sandwich timun di sebelah meja.Ini bukan susuk tubuh orang yang jujur dalam bolasepak.Ini penyamun tarbus.

Kamon - Roman Abramovich tu pun kadang-kadang aku pernah nampak dia duduk kat seat normal dan tidak ada teh dan sandwich timun masa game Chelsea.Kamon la.

Jadi,apa yang saya sedang marahkan di sini?

Seperti yang kita tahu - FAM ini adalah gabungan dari semua FA-FA negeri di Malaysia.FA negeri ini diterajui oleh ahli politik,menteri besar atau sultan-sultan.Golongan aparatchik elitis borjuis kapitalis geng baju batik ini tidak pernah dilihat susuknya bermain bola.Golongan ini lebih handal bermain bola sendiri bersama dengan 'ayam-ayam tambatan' dari China,Vietnam atau Kazakhstan di hotel-hotel mewah.This is open secret la - tak payah nak sorok-sorok.Mereka tak faham tentang bolasepak.Apa yang mereka hendak ialah pulangan jutaan ringgit untuk mereka berikan kepada sub-con yang membantu mereka dalam pilihanraya.Atau dalam kes darah kuning - untuk meneruskan kekayaan tanpa perlu membanting tulang bekerja.

Kamon - let's us be frank.Berapa lama lagi saya nak bersorak - Selangor Merah Kuning Lambang Kebanggaan kalau kita dapat tahu yang pasukan kesayangan kita ini hanya berminat dari segi keuntungan semata-mata.Mana skuad belasan tahun kita?Mana akademi bolasepak?

Expecting dengan menghantar seorang dua ke luar negara macam Titus James Palani sorang je untuk expect Malaysia jadi kuat adalah sama seperti pergi ke Jalan Imbi,ambik pelacur Uzbekistan paling mahal sekali,tapi bila dah masuk bilik hanya melancap depan pelacur - tak nak masuk dalam lubang.Apahal - kenapa hantar seorang je lepas tu tak kemana?Kenapa tak build up satu team yang membentuk kesefahaman macam Fergie Fledglings atau Kenny Kids?Kenapa perlu hantar sorang dua je pemain pastu jadi hape?

"Banyak pancing dari ikan dalam kolam ini",tu kata aku.Terlalu ramai orang yang ada agenda dan kepentingan sendiri dalam bolasepak ni sampai takde hasil apa pun.Menang Suzuki Cup?Oh come on - it's all what you get?I still remember we can beat South Korea 5-0 and it's peanut to crush Thailand and Indonesia.

Separation between religion and state - itu sekularisme.Wujudnya sekularisme ini adalah supaya kaum politik dan aparatchik tidak menggunakan agama untuk politik.Agama terletak dalam peribadi masing-masing.Tapi dalam hal ini - separation between sports and politics.Ini perkara mudah.Kau pangkah dacing kau pangkah bulan kau pangkah logo lambang konek sekalipun - kalau kau takde expertise tentang bolasepak - go suck your own balls.This is our game.Let we handle it our way.

"Kau jangan sombong sangat Nami.Kami ada pengaruh.Kami ahli politik yang mempunyai sumber wang yang cukup besar untuk menguruskan kewangan persatuan bolasepak negeri.Kamu kuciret jangan cakap banyak"

Pirah.Gaji kau di Parlimen kami bayar.Pengurusan kewangan istana kamu - kami yang bayar.Kami rakyat proletariat yang bekerja siang malam - dari yang bekerja di kilang,yang bekerja di 7-Eleven,yang bekerja di kedai makan mahupun yang bekerja di ladang getah atau sawit yang menjana ekonomi negara ini,bukan kamu.Kalau seluruh rakyat Malaysia boikot bayar cukai dan buat derk dengan LHDN - kamu jugak yang mati kelaparan.Ini benar.Kamu tidak mempunyai apa-apa nilai pun dari segi ekonomi.Kamu hanya memberikan nilai ketakutan - kedaulatan,ketuanan Melayu dan macam-macam lagi untuk kamu terus di tampuk.

Jawapan kami senang.Berikan kepada mereka yang layak dan mereka yang jujur untuk mentadbir pasukan bolasepak ini.Seeloknya - lebih banyak pasukan bolasepak - lebih baik.Tak perlu bina stadium 40,000 tapi takde orang datang.Baik lawan kat padang biasa.According to our ability and according to our need.

Akhir sekali,kamu di Parlimen - duduklah di Parlimen diam-diam.Ini sukan kami.Biar kami yang uruskan.Biar kami yang tentukan - hanya yang terbaik yang akan menang.Semangat kesukanan yang jati hanya akan datang dengan nilai yang baik dan jujur.

Sebelum mengakhiri surah ini - elok saya tutup dengan kata-kata hikmat dari Bill Shankly,

"Even in the army,during the services of the war,you'll get the horrible jobs.If I have a job to do,even scrubbing the floor,I want my floor be cleaner than yours.All the small jobs,the best of ability,that's honesty."

Sunday, March 27, 2011

Sekadar Seri.

walaupun seri, King Gobal tetap steady. itu memang kami tak nafikan. orang tua-tua kabor, kalau takut dilanda ombak, jangan berumah ditepianlah pantai. makanya, berdasarkan permainan 94 minit bercampur masa tambahan tadi, kita boleh lihat bahawa 22 pemain Harimau Malaya tidak sedikit pun ada rasa gentar yang rata-ratanya beraksi tadi. tapi cuma, dengan team ayam pun Harimau Malaya main macam jumpa YNWA bak ang. apa ada hal?

perbezaan ketinggian juga menjadi faktor kenapa bila tiap kali dapat corner mesti ada ja yang kita rasa tak sedap hati. mungkin kalau Harimau Malaya hantar K.Nanthakumar, Mahathevan, Peter Crouch, etc etc etc, mereka  ini mungkin akan menanduk bola bahkan memecahkan kepala pemain-pemain Ethouil.

ok, sekarang ni gua nak tanya, apa punca sebenar gol penyamaan tadi?

First eleven -> Reserve Player ?

atau Sharbinee Allawee punya badi?

kah kah kah!


Thursday, January 13, 2011

Harimau Malaya Ranking Ke-142

Ana Harimau Malaya, bukan Ana Rafali.

Itu hari, Harimau Malaya gah menang kejuaraan paling unggul negara-negara Asean. Sebelum kejuaraan Piala AFF bermula, kita tercongok di ranking ke-150. Dibedal 1-5 pada perlawanan pertama, kita bangkit dengan lebih gaya harimau jantan berjaya mengikat satu lagi jaguh tua Asia tenggara, Thailand 0-0. Perlawanan terakhir group memang pure punya berdebar, Harimau Malaya kena menang di samping mengharapkan Gajah tumbang dengan Garuda. Seperti yang diharapkan, kita menang 5-1 dengan Laos dan Thailand tumpas 1-2 di kaki Indonesia, satu Malaysia berpesta dalam kesyukuran. Harimau Malaya mara ke separuh akhir menentang Vietnam, sang juara edisi lepas.

Sebelum separuh akhir, Malaysia masih di ranking ke-150 dunia.

Selepas kemenangan 2-0 ke atas Vietnam dalam separuh akhir pertama, Harimau Malaya melompat ke ranking lebih mantap, ranking 144.

Berjaya bertahan dengan mengikat Vietnam 0-0 di tempat lawan, Harimau Malaya terus mengaum di Bukit Jalil dengan meratah sang Garuda sampai lunyai dengan keputusan 3-0 di final pertama. 'Wow!!" gua cakap! Siapa sangka? Jujur, gua memang tak sangka, tapi gua percaya budak-budak kita ada 'something'. Mereka dah pernah buat gila menang emas Sukan Sea di Laos tahun sebelumnya, skrip dan jalan cerita lebih kurang sama, goyang di awal cerita, saspen di pertengahan cerita, tapi bangkit tunjuk taring di penghujung cerita. Stail kemain, gaya filem hindustan!

Kemudian, Harimau Malaya bertandang ke Gelora Bung Karno yang kononnnya kubu keramat sang Garuda, ya kita tewas 1-2 tapi kita masih juara dengan agregat 4-2. Apa ada hal? Lalu termaktublah dalam sejarah, juara baru kejohanan bola sepak terulung Asia tenggara adalah Malaysia!

Ranking terbaru yang dikeluarkan FIFA semalam, 12 Januari 2011, Harimau Malaya di ranking ke-142, naik dua anak tangga. Memang kalau nak cari nama Malaysia dalam FIFA/Coca-Cola World Ranking kena belek sampai ke page 3, tapi itu bukan cerita dia. Kerja nak menjulang semula nama Harimau Malaya macam dulu-dulu atau lebih padu dari dulu-dulu bukan kerja sehari dua, bukan kerja seminggu dua. Itu kerja ambik masa, itu kerja orang sabar, itu kerja orang tak pernah kenal maksud putus asa!  Bersabarlah dan teruskan sokongan.

"Nok gi KL dari Koto Baru keno jale turung rumoh dulu, pahtu naik bah, keno harung so-so baru buleh sapa KL" - kiper Malaysia.

Maksudnya, nak pergi ke KL dari Kota Bharu kena menapak turun rumah dulu, lepas tu naik bas, kena harung satu-satu dengan tabah, nanti sampai la ke KL tu.

Tak paham jugak? Maksudnya lagi, nak ke satu destinasi jauh, perlu tabah dan harungi setiap rintangan satu persatu. Ok, sekarang boleh paham?

Ranking negara Asean lain:

Thailand - 119
Indonesia - 126
Vietnam - 136
Singapura - 139

Monday, January 3, 2011

Temubual Eksklusif SokerLeaks Bersama Khairul Fahmi Che Mat


Gua dapat assignment daripada boss SokerLeaks untuk buat temubual dengan pemain panas Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat. Dengan menggunakan kabel bawah tanah yang ada, gua berjaya dapatkan nombor henpon beliau. Tanpa ragu-ragu gua sms Khairul Fahmi Che Mat untuk buat temujanji. SMS dibalas selepas 30 saat. Sungguh pantas! Beliau bersetuju untuk ditemubual oleh gua dan kami menetapkan tarikh mengikut persetujuan beliau. Ikuti temubual bersama Khairul Fahmi Che Mat eksklusif untuk semua pembaca SokerLeaks.

SokerLeaks: Apa khabar lu sekarang? Masih berada di awang-awangan atau dah stabil?
Khairul Fahmi: Alhamdulillah gua sihat. Sekarang masih dalam mood teruja dan gua tak tahu bila nak habis feel ni. Tapi menang AFF Piala Suzuki hari tu memang paling pure dia punya feel.

SokerLeaks: Ok, sebelum gua teruskan, lu nak gua cakap KL ke nok kawe kecek Kelate?
Khairul Fahmi: Cakap KL pun gua takde hal tapi kalu demo reti kecek Kelate koho molek, sedak sikik. (Cakap KL pun gua takde hal tapi kalau lu reti cakap loghat Kelantan lagi syok)

Untuk memudahkan pemahaman lu orang seme, gua translate temubual dalam loghat Kelate tersebut ke cakap KL! KL y'all!

SokerLeaks: Ok, soalan intro. Macam mana lu boleh berkenalan dengan cik Jejari Runcing?
Khairul Fahmi: Gewe gua orang KL kalau nak tahu, urban bro. Le ni stadi kat Kelantan dan kami saling mengenali beberapa tahun sudah melalui kawan. Sekarang hubungan gua dengan dia dah masuk 1 tahun 4 bulan 3 minggu. 143 beb! Maksud dia I Love You! Hehehe..

SokerLeaks: Sape mengorat sape?
Khairul Fahmi: Gua yang mengorat dia sebab gua rasa dia punya love kat gua memang true. Masa takde sorang pun orang luar yang kenal gua sebagai pemain bola sepak, dia dah kenal dan minat gua sebagai player bola. Daripada situ cinta gua dengan dia berputik dan berbuah. Ceewaaaah!

SokerLeaks: Eleh, makwe lu ada kat sebelah kemain lagi lu punya jawapan, nak jaga hati letteww! (kata gua sambil jelir lidah :D)
Khairul Fahmi: Eh, tak la. Semua jawapan gua tadi memang true dari lubuk hati gua yang dalam. Gua profesional beb. Jawapan gua pun profesional. Cewaaahh lagi!

SokerLeaks: Ok lah kalau macam tu. So, BM dapat berapa masa SPM?
Khairul Fahmi: Dapat kredit.

SokerLeaks: Kredit tu berapa?
Khairul Fahmi: Entah, serius gua dah tak ingat. Tapi sebagai anak Melayu tulen, gua tak fail BM, ok la tu kan?

SokerLeaks: Ambik aliran sains ke sastera time SPM?
Khairul Fahmi: Erm..erm..rahsia.

SokerLeaks: Sebagai anak jati Kelate lu memang terer speaking kelate, macamana pulak cakap luar?
Khairul Fahmi: Cakap KL? Sikit-sikit tu boleh la.

SokerLeaks: Ha, cuba la cakap sikit.
Khairul Fahmi: Saye pandai cakap KL sebab makwe saye orang KL dan kawan-kawan saya ramai jugak dari KL, so its not a problem for me...well, you know me (jawab KFCM sambil mengangkat sedikit bahu dan menelengkan kepalanya sedikit ke kanan)

SokerLeaks: Perghh..mantap! Suka pergi clubbing?
Khairul Fahmi: Gua jawab pendek je, tak.

SokerLeaks: Ok, syukur. Itu gua suka. Penyanyi yang paling lu minat sape?
Khairul Fahmi: Amy Search, sebab suara dia meletop, true rocker! Dia pun member baik dengan tok guru kita, so lagi gua suka.

SokerLeaks: Apa pulak band pujaan lu?
Khairul Fahmi: Gua memang minat dengan Search, tak ada lain.

Sokerleaks: Lu minat Search sebab lu minat Amy?
Khairul Fahmi: Tak lah, gua minat Search sebab memang Search bagus, legend tu beb! Amy naik pun sebab Search, so memang gua true dengan Search.

SokerLeaks: Apa pendapat lu tentang kemerosotan Chelsea secara mendadak?
Khairul Fahmi: Gua tak follow sangat BPL, so gua tak tau nak komen. Gua harap, belilah player power-power dan mahal-mahal lagi. Kalau nak player murah tapi power, carilah kat Malaysia..keh keh keh.

SokerLeaks: Erm, lu memang nak main posisi kiper ke?
Khairul Fahmi: Masa kecik dulu ada jugak try main posisi lain. Tapi bila dah serius main bola, sejak daripada sekolah rendah gua dah start main kiper sampai sekarang. Terima kasih buat semua coach yang pernah latih dan ajar gua selok-belok ilmu nak jadi kiper ni. Jasa diorang seme sampai bila-bila pun akan gua kenang.

SokerLeaks: Ok, soalan ni ramai juga nak tahu, suka tak sultan bola?
Khairul Fahmi: Mestilah sukaaaa. Banyak jasa dia kepada bola sepak negara. Sekarang ni Harimau Malaya naik balik pun atas usaha gigih dan kesabaran dia.

SokerLeaks: Ok cukup. AJL nanti lu harap sape menang?
Khairul Fahmi: Gua harap dan gua rasa Black akan menang, tak pun Faizal Tahir.

SokerLeaks: Lu minat dengan Black?
Khairul Fahmi: Minat gilerrr bro!

SokerLeaks: Rajagopal kalau marah selalu kuar ayat mencarut ape?
Khairul Fahmi: Rajagopal tak mencarut, dia marah macam biasa je.

SokerLeaks: Selalu kena tengking?
Khairul Fahmi: Kena tengking tu dah biasa sangat. Ni bukan game orang pondan stok tak boleh kena tengking. Kena tengking tu yang buat kami jadi kuat dan semangat.

SokerLeaks: Pagi-pagi dengar Hot FM ke Sinar FM?
Khairul Fahmi: Dua-dua gua dengar.

SokerLeaks: Aiseh! Jawapan jangan la nak diplomatik sangat bro.
Khairul Fahmi: Eh mana ada, memang gua dengar dua-dua, tukar-tukar channel.

SokerLeaks: Yela, yela, gua buat-buat percaya. Erm, sape striker kat Malaysia yg paling lu gerun?
Khairul Fahmi: Of course la Mat Yo (merujuk kepada Norshahrul Idlan Talaha).

SokerLeaks: Takkan sorang tu je?
Khairul Fahmi: Lagi sorang Indra, sebab shooting dia mantap.

Sokerleaks: Lu layan Raja Lawak?
Khairul Fahmi: Layan, apesal?

SokerLeaks: Apa harapan lu terhadap Raja Lawak musim baru?
Khairul Fahmi: Gua harap lawak musim baru nanti lagi bagus dan mantap daripada yang sebelum ni. Yang sebelum ni dah bagus dah, tapi kalu ada lagi bagus tu lagilah bagus. Apa kebenda yang aku cakap ni? Ah macam tu la, buat lawak-lawak lagi padu la.

SokerLeaks: Apa rahsia paha lu putih melepak? Ada pakai bedak sejuk kat paha sebelum tidur?
Khairul Fahmi: Kah kah kah! Paha ni melepak sejak azali, takde rahsia apa-apa. Tak caye, tanyalah bapak gua. Dia tengok paha gua dari kecik dulu lagi. Apa barang main bedak sejuk! Hahaha

SokerLeaks: Dulu lu rambut panjang macam Yakuza, kemain lagi tau! Erm, menyesal tak potong rambut?
Khairul Fahmi: Tak menyesal la, sebab masa gua botak kepala tu pun tahun 2009, masa tu sebab nak pergi umrah.

SokerLeaks: Oh, alhamdulillah, sejuk perut gua dengar.
Khairul Fahmi: Ada rezeki nanti insyaAllah gua nak naik haji pulak.

SokerLeaks: Alhamdulillah, sejuk perut gua dengar.
Khairul Fahmi: Dan kalau ada rezeki dan sampai jodoh, insyaAllah gua nak bina mesjid.

SokerLeaks: Alhamdulillah, sejuk perut gua dengar.
Khairul Fahmi: Hahaha, dari tadi sejuk perut, nak sejuk sangat letak ais batu la brader. Hahaha

Suasana hening seketika, cengkerik berlagu riang. Gua togok air mineral sejuk beberapa teguk.

SokerLeaks: Alhamdulillah, ini baru betul-betul sejuk perut gua. Ok, kita sambung, apa perancangan kerjaya lu dalam tempoh 5 tahun?
Khairul Fahmi: Kalau ada rezeki kelab luar negara panggil, gua memang nak main luar. Kalau dalam liga Malaysia setakat ni rasanya gua nak setia dengan Kelantan. Tapi tu la, semua bergantung pada keadaan.

SokerLeaks: Kami geng SokerLeaks rate lu punya perfomance 8/10. Lu puas hati dengan perfomance sekarang?
Khairul Fahmi: Gua rate diri sendiri 6/10. Gua muda lagi, sumpah banyak lagi nak kena belajar. So, kalau gua teruskan dengan progress sekarang, insyaAllah gua nak kejar rate 9.5/10, barulah tip top. Nak dapat 10 tu tipu sangat la kan?

SokerLeaks: Haah tipu tak agak-agak la kalau nak rate 10/10 tu. Lu suka makan budu?
Khairul Fahmi: Nate apo tanyo oghe kelate suko make budu ko dok, feveret tu boh! (Apa gila tanya orang Kelantan suka makan budu ke tak, itu feveret gua tu bro!)

SokerLeaks: Lu kenal Hanis Zalikha?
Khairul Fahmi: Kenal, blogger femes tu bro!

SokerLeaks: Dia cantik tak?
Khairul Fahmi: Hehehehe..bodoh punya soalan.

SokerLeaks: Kikiki. Lu tahu tak Nora Danish pernah tweet 'sweetheart XOXO' pasal lu, suka?
Khairul Fahmi: Biasela, mestilah gua suka. Nora Danish kemain top lagi tweet macam tu untuk gua, sape tak suka? Tapi gua profesional. Secara personal memang takde lebih-lebih la..ermmm..dok tahu la..hahaha.

SokerLeaks: Ok cukup. Nanti bangga tak sudah Nora Danish kalau cerita pasal dia lebih-lebih. Erm, apa respond lu pasal ada orang yang buat page facebook benci lu punya makwe?
Khairul Fahmi: Gua malas nak amik port, gua buat tak tahu je. Makwe gua pun steady je, tak de hal la. Tak penting pun kan? Makwe gua bukan buat salah apa pun. Tapi gua harap-harap kalau boleh tu tak payahla. Kalau nak teruskan jugak, go ahead!

SokerLeaks: Selama ni ada niat atau berangan nak carik awek artis?
Khairul Fahmi: Takde la. Sape la gua ni nak ngorat artis. Tapi kalau artis-artis Hollywood tu ok jugak rasanya. Hahaha. Tapi tu la, memang takde gua berangan nak usha artis.

SokerLeaks: Tak beragak pulak lu punya jawapan, takpe, gua doakan yang bagus-bagus untuk lu. Sape artis wanita paling diminati dalam negara?
Khairul Fahmi: Kalau pelakon tu gua minat gila babi dengan Fauziah Nawi, dia ni bawak watak mak-mak memang kelas! Kalau bawak watak sedih-sedih pulak confirm berhantu. Gua respek gila dengan dia. Kalau penyanyi pulak gua pilih Dato' Siti sebab..ahh, sape tak tahu kehebatan dia? Takyah la gua explain lagi.

SokerLeaks: Sekarang lu pakai kereta apa?
Khairul Fahmi: Sekarang pakai kete Kancil je bro.

SokerLeaks: Itu sebelum nama lu naik, sekarang nama dah naik, gaji pun takyah tipu la kalau tak naik sama. Sekarang rezeki dah meletup ni takkan tokse tukar kereta?
Khairul Fahmi: Gua rasa tak lagi. Buat masa ni gua plan nak beli kereta untuk mak bapak gua dulu. InsyaAllah nanti-nanti kalau ada rezeki lebih gua tukar la kancil tu jadi bapak kancil.

SokerLeaks: Wow, sungguh mithali juga lu ni brader. Lu hisap rokok?
Khairul Fahmi: Dulu hisap jugak, tapi dah lama berenti. Iya la, nak jadi sportman kena elak benda-benda tu kalau nak karier bertahan lama.

SokerLeaks: Cewaaahh! Kemain lagi semangat. Rasa-rasa semangat macam ni boleh simpan lama tak? Ke hangat-hangat chicken shit je?
Khairul Fahmi: InsyaAllah gua jaga apa yang patut. Main bola ni periuk nasi gua sekarang sampai gua hujung karier, so benda-benda yang tak patut tu gua akan cuba elak.

SokerLeaks: Apa komen lu pasal fans Indon yang kata Malaysia malingshit apa semua tu?
Khairul Fahmi: Gua tak heran la benda tu. Kalau nak ikut masa kat Indo hari tu lagi teruk kena maki dengan orang-orang sana. Gua pun tak tahula nak cakap apa, pada gua kalau kita kalah, terimalah dengan hati terbuka. Tapi kalau nak kutuk-mengutuk jugak macam tu, terpulanglah.

SokerLeaks: Nak cerita pasal orang sana memang 3 hari punya surat khabar pun tak habis. So gua pun rasa lantak diorang lah. Yang penting kita dapat piala, ye dak?
Khairul Fahmi: Ye sangat la tu, itu yang paling penting.

SokerLeaks: Lu tahu tak lu ada peminat-peminat gay kat luar sana, so apa pesanan lu kepada diorang?
Khairul Fahmi: Terus terang gua cakap yang gua ni lurus, macam pembaris. Gua tak minat lelaki sama jenis. Tapi kalau dah suka tu tak boleh la gua nak larang.

SokerLeaks: Lu pernah pakai seluar dalam lebih 3 hari?
Khairul Fahmi: Tak pernah. Lebih 2 hari pun tak pernah. Sebab tiap-tiap hari gua tukar spenda 3 kali.

SokerLeaks: Wow! Gila babi betul?
Khairul Fahmi: Hahaha. Iya la, gua kan training bola, so kena la tukar 2-3 kali sehari. Logik la tu bro.

SokerLeaks: Make sense, tak terpikir pulak gua. Ok, apa pasukan luar negara yang lu sokong?
Khairul Fahmi: Gua peminat setia Bayern Munich. BPL gua tak layan sangat. La Liga pulak gua sokong Barcelona.

SokerLeaks: Real Madrid?
Khairul Fahmi: Tak berapa, sebab rival Barcelona.

SokerLeaks: Cis, gua fan Real derr, terasa gua. Takpe, so team BPL mana yang paling lu rasa cap ayam dan paling lemau macam beskot masuk angin?
Khairul Fahmi: Macam gua cakap tadi gua tak berapa layan BPL, tapi daripada apa yang gua tengok, gua pilih Liverpool sebagai team paling Ayam Brand. Jersi tu pun elok tukar daripada 'Standard Chartered' jadi 'Standard Ayam'. Kah kah kah! (kemain lama lagi KFCM gelak masa ni, gua tunggu je bila nak habis).

SokerLeaks: Ok dah letteww gelak. Gua nak tanya soalan lain pulak ni.
Khairul Fahmi: Hehehehe, tak tahan bro. Lawak, lawak.

SokerLeaks: Ok cukup. Lu pernah kentot masa game?
Khairul Fahmi: Ada.

SokerLeaks: Huraikan.
Khairul Fahmi: Iya la, time game rasa nerves tu memang tak boleh nak elak. Jadi kadar angin yang nak keluar tu pun mesti bertambah. So, kalau gua rasa nak kentot tu gua kentot je la. Bukan orang tau pon. Hahaha.

SokerLeaks: So game lepas ni kalau gua tengok lu sengih sorang-sorang kat pintu gol masa tak kena serang tu gua dah boleh agak yang mesti lu tengah kentot itu jam. Ok?
Khairul Fahmi: Takdok hal boh! (Takde hal la bro!)

SokerLeaks: Ok, soalan last daripada kami. Apa perancangan peribadi lu?
Khairul Fahmi: Plan nak tunang dengan cik jejari Runcing tapi kena tengok jadual kerja. Iya la, dia pun lagi setahun setengah nak habis belajar. Gua malas nak kacau stadi dia. Gua tunggu dia habis stadi dulu.

SokerLeaks: Jap, kemain setia dan yakin sekali gua tengok statement lu tu.
Khairul Fahmi: Bro, gadis ni la yang follow gua dari bawah. Masa gua main Piala Presiden dulu dia dah kenal gua. Masa gua tak tahu gua nak naik macam sekarang lagi dia dah sapot gua, apa nak lagi?

SokerLeaks: Ok kemas! Gua mewakili pihak SokerLeaks ucapkan tahniah lagi sekali atas kejayaan itu hari dan atas kecemerlangan lu jaga gawang gol negara kita. Pesanan daripada gua, kalau ada rezeki tu kahwin la cepat, ramai gadis tengah que kat luar sana tu. Kang tak pepasal jadi macam kes Mawi, haru derr!
Khairul Fahmi: Terima kasih bro. InsyaAllah benda yang baik tu akan ditunjukkan jalan daripada tuhan.


Pihak SokerLeaks sangat teruja dengan sikap jatuh ke bumi Khairul Fahmi. Kami doakan kejayaan anda dalam karier. Semoga dapat terus meneraju kejayaan Harimau Malaya hingga terubat sakit dan kepingin peminat bola sepak tanahair untuk kejayaan yang seterusnya. Teruskan progress anda, kami akan sentiasa menyokong!

Disclaimer: Temubual di atas bukan rekaan semata, ianya pure daripada tekak pengulas, tekak KFCM dan keyboard SokerLeaks. Semuanya hasil temubual yang berlangsung selama lebih kurang 30 minit pada 2/1/2011 daripada pukul 12.40 tengahari hingga 1.10 tengahari.

Saturday, January 1, 2011

Undian Piala FA


Semasa majlis undian Piala FA tadi, turut kelihatan Presiden FAM Seumur Hidup. Cuba teka saya yang mana satu?kikiki

Selepas sidang media mengenai pengumuman wakil untuk kem Chelsea, saya bergegas ke Wisma FAM di Kelana Jaya untuk menghadiri majlis pengundian bagi Piala FA 2011. Piala FA merupakan salah satu kejohanan dalam kalendar FAM yang dimulakan pada 1990. Juara pertama Piala FA ialah Perak manakala pada edisi tahun lalu dimenangi oleh Negeri Sembilan selepas menewaskan Kedah menerusi penentuan sepakan penalti.

Pusingan pertama akan bermula pada 19 Februari 2011, manakala perlawanan akhir dijangka pada 11 Jun 2011. Juara bertahan, Negeri Sembilan, naib juara, Kedah serta semi-finalis tahun lalu Selangor mendapat bye pada pusingan pertama. Pada pusingan pertama, pasukan-pasukan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Memandangkan saya dalam mood kerajinan, saya akan menulis jadual penuh bagi aksi untuk pusingan pertama.

Kumpulan A
KL Pos vs Kuala Lumpur. (Pemenang akan bertemu Negeri Sembilan di pusingan kedua)
MP Muar vs PKNS Selangor
Pahang vs Sabah
PDRM vs Perak
Melaka vs Sime Darby
ATM vs Sarawak
USM vs Terengganu
Kumpulan B
Johor Melodi Jaya vs Harimau Muda B (Pemenang akan bertemu Selangor di pusingan kedua)
SDM Navy vs Harimau Muda A
Pulau Pinang vs Johor
Johor FC vs KL SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam saya rasa ni, bukan spa urutan)
T-Team vs Kelantan
Perlis vs Felda United (Pemenang akan bertemu Kedah di pusingan kedua)

Dalam banyak-banyak pasukan, pasukan Johor Melodi Jaya membuatkan saya tidak mampu untuk menahan gelak di majlis undian. Terbahak-bahak saya gelak mendengar nama tersebut sehinggalah pihak keselamatan mengugut untuk membawa saya keluar jika tidak berhenti gelak. Nama sungguh tidak komersial langsung, macam mana mahu menarik penajaan.

Di kesempatan tadi, saya sempat mendapat maklumat penting mengenai siapakah bakal penaja baru untuk Liga Malaysia 2011. Sudah ramai yang tahu bahawa TM tidak akan menyambung kontrak penajaan pada 2011. Antara nama yang keluar ialah sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka serta sebuah syarikat penerbangan murah. Nama Herba Prima Marketing dan Metrowealth turut disebut sepintas lalu oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi FAM tadi. Saya mewakili SokerLeaks mendoakan semoga Liga Malaysia mendapat penajaan yang lumayan, dan kalau boleh yang sedap-sedap didengar namanya. Tak sanggup saya membayangkan Liga Malaysia dikenali dengan nama "Herba Prima Marketing Liga Malaysia 2011".

Apa pun, sokonglah bolasepak tempatan dengan datang ke stadium. Takkan nak harap Indon kontrak yang akan memenuhi stadium kita, ye dak?

Ke Arah Mencapai Jati Diri Sebagai Seorang Peminat Yang Hardcore

Tahun baru yang indah untuk semua. Semoga!

Kelajuan arus penampahan peminat pasukan bola sepak kebangsaan dan kebanggaan baru kita semakin deras. Walaupun benda ini boleh dilabelkan sebagai 'fenomena timbal balik', kita semua seharusnya berbangga dengan semangat juang pasukan Malaysia dalam perang piala AFF tempoh hari. Boleh kita dengar dengan cukup kuat ngauman singa lapar yang dahagakan kejayaan manis. Kalau boleh sampai telinga kita bernanah-nanah pun tak apa. Berbeza dengan pasukan Liverpool yang layu bagai. Sungguh berbeza.

Salah satu langkah paling mujarab untuk sesuatu pasukan bola sepak itu mengekalkan prestasi unggulnya adalah dengan menyantap segala jenis aura sokongan penuh inspirasi penyokongnya. Jadi di sini, ingin saya 'faktakan' tiga perkara yang harus dielakkan, juga diamalkan kita-kita yang berbeza jenis semangat dan patriotik diri.

1. Diharamkan sama sekali kita menyarung jersi/baju lain selain jersi/baju kebangsaan kita. Walaupun saya punya cinta terhadap pasukan Magpies/Toon sangat mendalam, tak mungkin sama sekali akan saya sarung jersi mereka bila tiba satu hari nanti mereka adakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan. Yang ramai-ramai pakai jersi pasukan glory-hunter kelolaan abramovich dan keluarga glazer semasa perlawanan-perlawanan persahabatan sebelum ini sebenarnya tak berapa boleh nak dimaafkan sangat. Tapi mereka ada hak. Hak untuk berpaling tadah dan jatuhkan moral negara sendiri. Sula secara virtual adalah hukuman yang paling cocok/enak sekali untuk mereka-mereka ni.

2. Menyokong dan meraikan kisah cinta pemain-pemain kita. Janganlah dikutuk betapa tidak sesuainya rupa dan fizikal mereka dengan pasangan mereka. Jika dilihat dari prestasi adik-beradik kembar Zaquan dan Aidil, jelas nampaknya mereka sukar dilihat untuk berada di tahap kecergasan dan cara permainan yang tak bermutu. Sentiasa sahaja mereka beraksi dengan penuh hardcore. Ini adalah hasil daripada sokongan para peminat. Tak pernah saya dengar(setakat ini), percintaan mereka dikutuk dan dicaci kecuali kutukan pencemburu dari rakan sejawat, ustakberd. Jenis-jenis tak sedar diri macam beliau ni memang kita tak patut ambil kisah. Juga diharapkan Khairul Fahmi yang semakin tertera namanya di hati-hati gadis satu Malaysia, berhati-hati dengan perang psikologi peminat. Kalau dah ramai orang minat, mesti hatinya goyah bila peratusan lambakan dari gadis-gadis sunti untuk bersamanya semakin bertambah. Bila wujudnya perkara-perkara begini, agak sukar untuk mereka beraksi di tahap tertinggi. Jadi, gadis-gadis kita seharusnya pandai kawal diri, tidak terlepas juga mereka-mereka yang bernafsu tidak berapa hendak lurus. Bayangkan anda yang berada di atas padang untuk negara tetapi minda anda berada di atas katil, hendak bertekak dengan pasangan kerana dituduh curang. Rosak semangat. Boleh anda faham apa yang saya cuba terangkan?

3. Ambil tahu. Ambil tahu dengan corak permainan pasukan kita. Ambil tahu dengan progress pasukan kita. Menyokong dan memberi semangat yang padu itu sangat bagus dan cukup mengharukan, tetapi jika kita ada inisiatif nak kaji dan faham dengan setiap ceruk gaya dan kebolehan pasukan kita, ini secara tidak langsung boleh membantu dalam mendalami lagi rasa jati diri kita mempatriotikkan diri. Di mana logiknya? Ianya lebih kepada perasaan-perasaan kita. Setiap hantaran bola dan percubaan untuk menjaringkan gol sebenarnya adalah sejenis 'adrenalin rush' yang membawa jutaan jenis kebaikan. Kita boleh tahu kemampuan sebenar pasukan kita. Bukan kita tak boleh belajar apa yang patut kita belajar. Seringkali saya disajikan dengan analisis-analisis perlawanan pasukan-pasukan luar. Seronok, tapi saya sudah mula bosan. Same shit, different match. Lagi-lagi dengan analisis pasukan kelolaan si tua gadang Fergie. Semuanya jenis mendatar tak tentu hala.

Walaupun saya tak berkemampuan hendak menonton perlawanan pasukan kebangsaan secara live buat masa ini, saya akan sentiasa menyemak semula vidjeo-vidjeo rakaman para pengguna internet. Tidaklah saya hendak kata pengetahuan saya bagus, tapi jika dibandingkan dengan ustakberd, saya ada benda yang boleh dibanggakan. Banyak lagi langkah-langkah yang boleh difaktakan. Kita sendiri boleh fikir. Walaupun mungkin K.Rajagopal tak ambil peduli, kita sebagai peminat, tahu fungsi kita. Buat kerja penuh efficient.

Tak lupa juga, kita perlu ganti pengulas sukan yang lebih 'berpelajaran'. Selalu sidekick kepada Hasbullah Awang merepek tak tentu hala. Tersasul sampai dikatanya penalti kepada wisel penamat memang tak boleh dimaafkan. Pengulas dan penganalisis perlawanan bola sepak adalah dua kerja yang besar bezanya.

Sehingga bertemu lagi.

Bongkar: Kisah Pemain, Kondom dan Pelacur!


KISAH BENAR: BONGKAR!

Peringatan: Cerita ini adalah kisah benar daripada pengalaman penulis sendiri yang berada di tempat kejadian. Cerita ini penulis jamin tidak ada dalam mana-mana akhbar atas tanah mahupun bawah tanah, apatah lagi majalah Mangga! Ini eksklusif untuk pembaca SokerLeaks, jadi jangan banyak soal, baca saja.

2004 - Seorang pemain bola sepak Harimau Malaya telah kantoi melakukan hubungan sulit bersama peminatnya di sebuah hotel. Macamana kantoi tu tak payah tahu lebih-lebih. Bersama beberapa rakan, gua berdepan dengan beliau atas tuntutan untuk membela nasib mangsa. Antara persoalan yang ditimbulkan adalah:

1. Bagaimana perkara tersebut boleh terjadi?
2. Bagaimana ketika kejadian pemain tersebut telah bersiap sedia dengan kondom di dalam koceknya dibawa ke bilik hotel?

Sama ada kejadian romen itu atas dasar suka sama suka, itu benda yang tak penting untuk juadah bacaan semua, tapi jawapan kepada 2 persoalan di atas itu yang pihak SokerLeaks ingin tekankan!

1. Kejadian berlaku ketika peminat wanita tersebut ingin menemui beliau atas dasar peminat - pemain bola sepak. Atas hasutan pihak ketiga yang bertanduk dua a.k.a syaiton, berlakulah aksi comolot dan ringan-ringan di dalam kereta beliau. Dek kerana kusyen kereta yang tidak empuk dan ruang dalam kereta yang membataskan aksi-aksi romen, pemain tersebut memutuskan untuk booking bilik hotel.

2. Di hotel, berlakulah aksi romen menggunakan kondom. Ok, ini part yang patut dijadikan teladan, gunakanlah kondom untuk hubungan luar nikah yang selamat dan bebas anak. Kondom ada banyak jenama, Durex, Pleasure dan tak kurang femesnya di 7-E adalah brand Shoot! Cara pakai lu orang tengok sendiri kat You Tube. Apa gila itu pun gua nak ajar? Ok, cukup cerita pasal kondom.

Soalan kami kepada beliau, 

"Mana lu dapat kondom tu?"

"Lu memang niat nak beromen sampai siap singgah 7-E beli kondom?"

Pemain tu jawab, "bukan bro, kondom tu kondom lebih yang aku simpan dalam beg, beli masa game kat oversea, main perempuan kat sana".

Ok, jawapan itu sungguh celaka! Apa yang pihak SokerLeaks kesalkan di sini adalah bukan kerana isu beliau meromen peminatnya, tapi soal beliau beromen dengan pelacur di luar negara lepas beraksi di padang bola dan menyarung jersi Harimau Malaya! Celaka bukan?

Jadi, tak hairanlah kalau ketika itu bola sepak Malaysia tak naik-naik kerana adanya sikap pemain ini macam. Kita ingat dia pergi luar negara berjuang mati-matian atas padang, tapi rupanya mengenjut bermati-matian di ranjang! Lu nak main pelacur, lu main lah brader, apa gua kesah? Tapi jangan la masa tengah trip main untuk negara! Kalau dah sangap sangat, lu pakai duit sendiri book flight, pergi mana tempat pun yang lu suka, mainlah pelacur berapa ramai dan berapa mahal pun yang lu suka! Ya, itu lu punya suka!

Nak tahu siapa pemain tersebut? Cukuplah sekadar pihak SokerLeaks berikan beberapa hint sebagai teka-teki. Tapi betul ke salah, itu kami takkan jawab.

i. Nama beliau mengandungi huruf A.
ii. Pernah menjaringkan gol untuk Malaysia.
iii. Kelahiran Malaysia tulen, bukan import-import macam pemain Indon, Cristian Gonzales.
iv. Masih aktif bermain hingga sekarang dalam Liga Malaysia.
v. Pernah menggunakan kereta nasional, Proton Wira sebagai kenderaan harian, tapi kereta sekarang kemain lagi tau!
vi. Cukup lettewww!!

Kepada barisan pemain Harimau Malaya yang gah mengaum sekarang, pihak SokerLeaks ingatkan di sini, jangan tak pijak bumi! Ingat yang anda semua bawa maruah negara kemana sekalipun anda menyarung jersi berlambangkan bendera negara kita. Nike bukan saja-saja design taruk bendera negara ganti logo FAM kat jersi tu. Tak derr, itu sebab nak menghantukan semula semangat kegemilangan bola sepak negara pada zaman 1970-an dulu yang mana masa tu di jersi pasukan Harimau Malaya tertera gah Jalur Gemilang. Mungkin pengaruh faktor tersebut sedikit sebanyak bubuh feel sang juara dalam semangat pemain muda kita untuk muncul juara AFF Piala Suzuki baru-baru ini.

Jadi, kalau nak hebat di ranjang sekalipun, pastikan anda hebat juga di atas padang! Sekali lagi, tahniah untuk Harimau Malaya daripada pihak SokerLeaks. Kejayaan anda kebanggaan kami!

-Seperti yang dijanjikan SokerLeaks, rahsia bola sepak kini di jari anda!-