Wednesday, September 14, 2011

Cerita Real Madrid 2011/2012


Musim baru bola sepak Sepanyol dah sebulan membuka tirai dan seperti yang dijangka, Real Madrid semakin power dan Barcelona makin hanyut dengan pujian melangit dan budak baru mereka yang bernama Fabregas iaitu bekas anak lelaki kesayangan si tua ganyut Wenger cengkung. 2 game pertama Real Madrid di La Liga berakhir dengan 10 biji sumbatan gol daripada pemain belaan Mourinho ini, dan semestinya berakhir dengan 2 menang. 

Siapa pemain yang power-power tu?

5 budak baru; 

Nuri Sahin. 23 tahun. Jersi 5.

 Pemain berdarah Turki yang juga mempunyai kerakyatan kedua dengan Jerman ni diikat kontrak selama 6 tahun. Secara matematiknya, selepas 6 tahun tu, dia akan berumur 29 tahun. Harga beli adalah 10 juta. Setakat ni belum main lagi sebab cedera parah semasa bermain dalam perlawanan persahabatan untuk Real Madrid. Jadi gua tak mahu terlalu awal membuat taksiran atas keberbaloian pemain ini dari segi persembahan atas padang. Dari segi rekod, gua taksir sebagai berbaloi-baloi.

Hamit Altintop. 28 tahun. Jersi 16.

Seorang lagi pemain Turki. Yang ini nama dia Hamit Altintop. Dia dibeli oleh Real Madrid secara friofcas dan semestinya tanpa cengkeram. Atas faktor umur dia yang dah nak menjengah 3 series, dia diikat secara kontrak hanya selama 4 tahun, kurang 3 tahun daripada Sahin. Secara dasarnya, ramai dok berborok di warung-warung kopi serata bandaraya Madrid yang dia ini dipilih untuk membarisi skuad Real Madrid oleh Mourinho atas faktor keversatilitiannya yang boleh digunapakai oleh Mourinho sebagai 'utility player. Dia boleh main wing back kiri dan kanan juga di bahagian sayap menyerang kiri dan kanan. Berbaloi ke tidak? Nama pun tip top. Pengalaman pun banyak. Tunggu dia main nanti tengok macamana pergi.

Jose Callejon. 24 tahun. Jersi 21.

 Bekas pemain akademi Real Madrid yang berkelana ke Espanyol selama 3 musim untuk mencari peluang bermain first team setelah gagal curi-curi ruang untuk beraksi di Santiago Bernabeu dan akhirnya berjaya menarik minat Mourinho untuk membeli semula beliau dengan harga 5 juta lum sum tak ada hutang-hutang. Dia adalah seorang winger di belah sayap kiri dan bakal berebut posisi dengan Angel Di Maria, Ronaldo, Coentrao, Marcelo juga Altintop. Berbaloi? Mungkin.

 Raphael Varane. 18 tahun. Jersi 19.

Seorang bek tengah dari Perancis yang dicadangkan kepada Mourinho oleh Zidane. Zidane kabor budak ni power gila dan bakal menjadi antara lejen Perancis. Mourinho bersetuju dengan Zidane dan membeli budak ni juga secara cash dengan harga 10 juta daripada kelab Perancis, Lens. Dia menurunkan tandatangan untuk kontrak selama 6 tahun. Berbaloi

Fabio Coentrao. 23 tahun. Jersi 15.

30 juta harga dia. Untuk seorang left back /wing back, harga ini dikira mahal. Namun, Mourinho berjaya meyakinkpaksa pihak pengurusan untuk melabur duit juta-juta tersebut untuk mendapatkan pemain ini daripada Benfica. Setakat ni gua tengok, belum berbaloi-baloi lagi beli budak ni. Diikat selama 6 tahun. Tapi, masih terlalu awal untuk kita membuat rumusan. Ewahh!

Pemain-pemain lain adalah otai-otai dan lejen-lejen yang dah sinonim dengan skuad berjersi putih ni:


Iker Casillas - 30 tahun. Jersi 1. Kapten. Musim ke-12 beraksi untuk Real Madrid. Game pertama beliau beraksi menentang Athletic Bilbao. Masa tu, muda bergetah lagi saudara Casillas ini. Bukan main cuak lagi dia dalam game tu sampai kapten pasukan, Fernando Hierro terpaksa mengambil goal kick untuk kasi hilang gemuruh beliau. Dalam game tu, Casillas bolos 2 gol dan Real Madrid dapat 1 mata seri. La Liga dia dah menang. Piala Raja Sepanyol dia dah menang. Spanish Super Cup dia dah menang. European Super Cup dia dah menang. Champions League dia dah menang. Intercontinental Cup dia dah menang. Euro dia dah menang. World Cup dia dah menang. Engko nak apa lagi?

Carvalho - 33 tahun. Jersi 2. Bek tengah kesayangan Mourinho.

Pepe - 28 tahun. Jersi 3. Bek tengah berbadan striker dan lari laju gila. Kalau engko tengok, ada 3 bek dari Portugal, Carvalho - Pepe - Coentrao. Mourinho dari mana? Ini biasa. Biasalah tu, QPR pun nak sambar Safiq Rahim dan Safee Sali. Biasalah tu. Biasa.

Sergio Ramos -25 tahun. Jersi 4. Penolong kapten. Suka membuat overlap. Juga sukakan kad kuning dan kad merah. 

Sami Khedira - 24 tahun. Jersi 6. Pemain pilihan dalam kesebelasan utama Mourinho musim lepas. 

Ronaldo - 26 tahun. Jersi 7. Sumbat banyak gila gol musim lepas iaitu sebanyak 41 gol dalam La Liga. Powernya? Powernya? Musim baru ni, baru main 2 game dia dah sumbat 4 biji gol. Powernya! Powernya!

Kaka - 29 tahun. Jersi 8. Bertaraf abang-abang dalam pasukan. Masih disayangi jurulatih dan rakan sepasukan, juga para peminat. Kecederaan membataskan beliau daripada memberikan impak besar selepas dibeli dengan harga yang mahal.

Benzema - 23 tahun. Jersi 9. Musim lepas dia bermain dengan sangat gampang, sama dengan musim sebelumnya. Dia ibarat anak ayam kehilangan emaknya selepas berhijrah dari Lyon. Setiap game, dia main macam gampang. Kadang-kadang sangat gampang. Pemalas, melalut, tidur. dan macam-macam lagi tabiat yang sangat tidak cocok untuk seorang penyerang. Tapi musim baru ni dia ibarat seorang yang lain gila jika dibandingkan dengan musim lepas. Berjaya merampas takhta penyerang utama dari Higuain. Bagus, engko dah tak tidur macam dulu.

Ozil - 22 tahun. Jersi 10. Pemain kedua yang berbaloi-baloi dibeli selepas Ronaldo. Ini adalah taksiran kasar gua daripada segi permainan dan connection assist-goal antara beliau dan Ronaldo. Lebih daripada separuh gol-gol Ronaldo di'assist' oleh beliau. Lebih separuh. Powernya!Powernya!

Esteban Granero - 24 tahun. Jersi 11. Pemain bola sepak yang diasuh dari akademi Real Madrid. Bermain di posisi yang sama dengan Kaka dan Ozil. Pada gua, dia ni jika diberi peluang lebih, dia akan jadi antara lejen-lejen Real Madrid sebaris Raul. Cuma peluang tu sekarang bergantung pada kegigihan beliau sendiri. 

Marcelo - 23 tahun. Jersi 12. Pemain bek kiri yang mampu membantu dan membuat serangan dengan sangat baik. Musim lepas, dia menyumbat 5 butir gol dan 7 kali membantu rakan sepasukan membuat jaringan. Powernya! Powernya!

Antonio Adan - 24 tahun. Jersi 13. Menjadi kiper kedua lepas kontrak Dudek tidak disambung (kemudiannya beliau bersara). Dipercayai oleh Mourinho sebagai bayangan Casillas.

Xabi Alonso - 29 tahun. Jersi 14. Pemain yang ke-3 paling tua selepas Carvalho dan Casillas. Seorang yang tenang dan tidak berapa suka bergaduh. Beliau berjaya mengawal bahagian tengah bertahan pasukan dengan agak baik. Agak baik bukan bermakna sangat baik. Jadi, gua harapkan aksi yang lebih baik daripada beliau untuk musim ini.

Alvaro Arbeloa - 28 tahun. Jersi 17. Juga seorang pemain daripada sistem akademi Real Madrid.Mula beraksi untuk Real Madrid pada musim 2004/2005 namun gagal menyerlah. Dengan perasaan sedih dan berat hari, dia berkelana ke Deportivo untuk mencari peluang beraksi dalam kesebelasan utama dengan lebih kerap pada musim 2006. Separuh musim di Deportivo, pasukan sambil lewa, Liverpool menyambar beliau. Dek kerana ada orang tua senegara dia ketika itu di Liverpool iaitu Benitez, beliau bersetuju untuk berpindah. 3 musim di Liverpool, dia berjaya beraksi sebayak 93 kali. Kira power juga tu. Musim 2009, Real Madrid membeli dia semula dan sehingga sekarang dia antara pilihan utama untuk mengisi slot bek kanan dan kiri pasukan.

Raul Albiol - 26 tahun. Jersi 18. Bermain untuk pasukan Sepanyol dan Real Madrid di posisi bek tengah. Di Real, dia masih tabah untuk merebut tempat dengan Carvalho, Pepe, Ramos dan terbaru Raphael Varane.

Higuain - 23 tahun. Jersi 20. Striker yang pada gua sangat prolifik. Menurut budak ni, dia banyak belajar teknik-teknik menyumbat gol daripada abang Nistelrooy ketika mamat Belanda itu bermain untuk real Madrid beberapa tahun lepas. Sebelum game, kalau gua tengok line up ada nama dia ni gua memang boleh rasa yang game tu akan menang. Dia seorang lagi pemain yang powernya! Powernya!

Angel Di Maria - 23 tahun. Jersi 22. Lincah di kiri dan kanan sayap. Power menggelecek. Power membuat hantaran lintang dan mempunyai kelajuan yang memberangsangkan. Selepas 2 musim di Real Madrid, dia berkhidmat dalam 57 game, menyumbat 9 gol dan membuat 21 assist. Powernya!

Lassana Diara - 26 tahun. Jersi 24. Dia ni berbakat. Power menggentel. Cuma berbadan kecil sangat. Beberapa konflik telah membuatkan beliau disisihkan daripada senarai pemain pilihan utama Mourinho. Sayang seribu kali sayang.

Itu cerita pemain yang ada. Pemain yang keluar adalah:

Adebahaya. Dipinjam oleh Real Madrid di pertengahan musim 2010/2011 selepas Higuain mengalami cedera parah dan yang tinggal hanyalah Benzema yang agak lampi ketika itu. 

Ezequiel Garay - Dijual kepada Benfica. 

Sergio Canales - seorang anak muda Sepanyol yang gagal menyerlah bersaing dengan nama-nama besar di Real Madrid. Dipinjamkan kepada Valencia dengan yuran pinjaman sebanyak 1 juta. Main elok-elok dik, kalau perform kami panggil balik. Tengok macam Arbeloa dan Callejon tu.

Pedro Leon - Dipinjamkan kepada Getafe untuk 1 musim. Suka bertekak dengan Mourinho. Mourinho jadi semakin angin dengan beliau selepas Pedro Leon ini secara suka hati tak mengikut taktik dan arahan ketika masuk sebagai pemain gantian. Juga bergaduh dengan Fernando Gago. Last-last dua-dua kena buang. Apa pun tak dapat.

Fernando Gago - Dipinjamkan kepada kelab Itali, Roma selama 1 musim. Selalu cedera dengan sangat parah. Jadi macamana nak main bola?

Royston Drenthe - Budak ini pula masa mula-mula masuk diramal sebagai seorang budak yang power, sangat-sangat laju dan kaki gentel. Tapi sayang, sama macam Robinho, sikap sambil lewa dia membunuh peluang untuk lebih banyak beraksi dengan Real Madrid, terutamanya di bawah kendalian Mourinho. Musim lepas, dia dipinjamkan kepada kelab La Liga; Hercules dan beraksi sebanyak 16 kali (4 gol dan 1 assist). Bermain dengan sangat power di Hercules di awal musim lepas, membantu pasukan menewaskan Barcelona. Tapi lepas cuti tengah musim, dia pergi sambung cuti tanpa notis ataupun Absent Without Leave atau juga dikenali sebagai Missing in Action. Attitude dia memang tak boleh pergi.

Demikian sedikit sebanyak rebiu pasukan Real MAdrid untuk musim 2011/2012. Powernya! Powernya!

11 comments:

KhaiRin said...

Hamit yang meletop!

Tengku Sidek said...

hok panje crite ni..huhu

gergasimalaya said...

suke la...ghajin betey..

Linglung said...

sekali-sekala kasi naik entri ni gua kasi yang panjang lebor terus. sibuk nak menikah sekarang ni.

Faiz said...

tak abes2 dengan powernya powernya. barai aku gelak. ha3

Sandokhan said...

ulasan yang superb!

Udy said...

POWERNYA!!

Cob Nobbler said...

Harapan terakhir manusia menentang titki-taka.

Ariffin Janal said...

fak tikitaka. powernya aisam! powernya! powernya!

izat123 said...

mourinho mana?wakaka

Firdaus Alim said...

Powernye powernye hahahaa