Sunday, September 11, 2011

Bolasepak Minggu Ini



Gambar atas: Keeper Stoke City.

Anyway kalah penalti 1-0 memang memeritkan. Ini mengingatkan aku terhadap Italia 1990 - Germany 1-0 Argentina dimana jaringan Andreas Brahme hasil diving Rudi Voeller. Dalam hal ni bukan sebab Stoke City diving - tapi disebabkan Carragher melakukan kekhilafan - biasalah, manusia biasa.

Anyway - Arsenal menang pertama kali menentang Swansea. Seperti yang kawan aku cakap ini adalah minggu ini baru bermula minggu Arsenal. Kesian - orang lain dah start lama dia baru nak start. Takpelah - dapat 3 mata mungkin dapat memujuk hati Wenger yang telah dilukai oleh Fabregas dan Nasri. Bagilah sinar harapan Leplep yang baru nak bergembira selepas berduka selama ni.

Ah, malas pulak nak cerita tentang Manchester United. Kalau aku seorang Mancini aku mesti tension - asal team aku buat gempak belasah team Berto 5-1 je - si Man United gi belasah Arsenal sampai lapan. Bila Aguero buat hattrick baru la berlagak - Rooney berturut-turut buat hattrick. Apa makan MU ni? Korang bela saka ke?

Sementara itu di Shah Alam - Selangor menewaskan Polis 2-0. Ini berita gembira bagi anak buah K Devan selepas kalah mengejut dengan T-Team. Selepas ini menanti kunjungan pasukan Kuala Lumpur yang disokong Berto di Stadium Selayang, SELANGOR. Agak-agak kalau kerek semacam je team KL ni - Sultan Selangor kena ban dorang dari main kat Selayang. Pergi main kat Dataran Merdeka lagi bagus.

Titki-taka Barca pun tak menjadi hari ini - seri 2-2 dengan Real Sociadad. Pada saat aku menulis ni game Real Madrid belum habis lagi dan result 3-2.

Sementara itu....



KUALA LUMPUR 26 Julai 2011:

Penyerang £50 juta Chelsea Fernando Torres berkata bahawa dia masih tidak lupa cara-cara untuk menjaringkan gol.



Sekadar untuk mengingatkan anda Fernando.

7 comments:

Berto said...

nami cuba mengelakkan Liverpool dihentam dgn mengaitkan kehebatan KL dan juga Spurs. keh keh.

#SoLiverpool

Pakcik O.T said...

Man United x bela saka pn.. Bolton tu yang perlu bela saka klu nk beat Man United..

sian torres ni.. chelsea kalah ke menang, tetap kena nganjing.. kahkahkah!

Hakim said...

kalau ko tulis mesti nak mengingatkan Torres..hahaha

Nik Saiful Anuar said...

mmg syirik la wei begovic, mcm hantu, haha

KhaiRin said...

setakat tewas 1-0 bese la...

Ariffin Janal said...

penat la woih asek entry pasal torres ni.

Linglung said...

somelnya makwe!