Showing posts with label you'll never walk alone. Show all posts
Showing posts with label you'll never walk alone. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Seeing Is Believing.

Seeing is believing. Itu apa yang boleh saya perkatakan pada perlawanan di Anfield pagi tadi. Tidak ada "oook" atau "eeek" lagi. Liverpool 4-1 Chelsea. Team kedua, team kelapan ke, team ke dua ratus sekalipun, ini tercatit dalam catatan. Khalas, titik, tidak ada sebarang cakap-cakap lagi.

Ada fan Chelsea yang lepak di belakang meja saya menonton semalam "ramai player berehat untuk ke Munich". Bulshitasi sungguh. Apa guna jadi pemain bola kalau nak berehat? Apa perlawanan ini tak penting ke? Kalau kalah kedudukan anda untuk ke UCL tahun depan akan terjejas. Apa? Fokus ke final untuk menang? Anda ingat Bayern Munich tu kelab apa? Kelab ping-pong?

Anyway, kemenangan 4-1 ni bukanlah satu benda yang boleh dibanggakan bila kelab tercinta ini berada di tangga kelapan, but cubalah tanya penyokong kelab macam Wigan atau Sunderland, any wins can made our day. Besides, alang-alang nak habis season biarlah something yang dapat senyumkan kita. Well, ada juga fan Chelsea berkata, "ala kalau kau menang 10-0 pun bukan kau boleh menang balik FA Cup tu". Inilah akibatnya bila sesuatu sukan dikuasai oleh gloryhunters. Ada piala baru nak sokong. Takde piala tak nak sokong.

Ya, dari segi perlawanan menentang "kelab layer ketiga Chelsea" - kata fan Chelsea (err, Torres, Terry dan Ivanovic ni layer ketiga ke?) - aku masih tak berpuas hati dengan midfielder Liverpool. Well, aku sebenarnya mahu midfielder yang macam Xabi Alonso atau Steve McManaman, dua pemain ni di Santiago Bernebeu sangat memberi impak kepada Real Madrid. Hendo kalau diasah betul-betul boleh jadi seperti itu. Jonjo Shelvey gol nasib, tapi overall the season aku tak nampak apa yang dia boleh buat, tapi masa di Blackpool masa loan - dia memang power.

Overall, aku cuma harapkan magis dari Steve Clarke yang dahulu menjadi assistant kepada Jose Mourinho ketika di Chelsea. Dan aku harapkan mungkin pada season depan, Kenny boleh fokuskan pada midfielder. Winger seperti Steve Heighway memang sukar dicari ganti, seperti John Barnes atau second-striker seperti Peter Beardsley. Dalam hal ni aku rasa partnership Luis Suarez adalah sangat ngam ketika di Ajax bersama Klaas Jans Huntelaar, kena cari "someone like him". Kalau Ian Rush dengan partnership dengan Peter Beardsley atau John Aldrigde, Suarez juga perlukan partnership begitu.

Dari segi perancangan masa depan, Raheem Sterling dah boleh mungkin, main lebih kerap untuk dapatkan pengalaman. Lucas Leiva yang diharapkan baik dari kecederaan dapat menjadi defensive-midfielder yang power. Stevie G semakin tua, mungkin tak lama lagi - seperti juga Dalglish bakal jadi manager Liverpool.

Dari segi defender, aku merasakan kena mantapkan partnership Agger-Skrtel. Jose Enrique dan Glen Johnson. Selain itu, aku rasa penjaga gol pun dah boleh cari lain, Brad Jones misalnya - aku rasa performance dia cemerlang semasa semi final menentang Everton hari tu.

Mungkin fan non-Liverpool akan menyampah bila aku katakan tentang proses, mungkin kerana kebanyakan dari mereka adalah golongan muda yang selalu makan makanan segera dari McDonalds dan KFC, tu pun pakai pesanan telefon - mereka tahu segera dan cepat, tapi aku percaya kepada proses dan transisi. Dua puluh tiga tahun yang lalu perancangan yang silap dari Liverpool, bila Gerard Houllier dah set-up semua dan Rafa menuai hasilnya di Istanbul, tiba-tiba ada konflik dalaman dengan Tom Hicks dan George Gillett yang menganggu emosi pemain. Aku percaya kalau nampak beberapa masalah taktikal tu kalau diperbetulkan, "the years of bastion of invincibility" will come. Come on, Bill Shankly masa mula-mula took over Liverpool pun dari kelab Divisyen 2, dua tahun kemudian layak ke Divisyen 1 sebelum mengambil beberapa tahun untuk menjadi Champion. Seterusnya Bob Paisley, Joe Fagan dan Kenny Dalglish.

Mungkin ada beberapa fan non-Liverpool akan berkata "bla bla bla history lesson again" tetapi mereka yang berjaya pada masa depan selalunya belajar dari sejarah. Mungkin kegagalan negara Itali yang bankrap hari ini kerana kegagalan mereka belajar dari sejarah Rome, atau Greece gagal belajar dari Athens. Atau Malaysia gagal belajar dari Kesultanan Melayu Melaka. Mungkin, tapi kita semua tidak tahu apa yang berlaku pada masa hadapan. Ayah aku pernah kata "Nottingham Forest adalah pasukan yang paling power pada djamannya", siapa sangka mereka kini di Divisyen Championship di tangga ke-19, bakal-bakal tersingkir. Begitu juga Leeds. Who knows, orang yang tak belajar sejarah mungkin tak tahu satu hari nanti Manchester United akan relegate ke Divisyen Dua. Bukan tak pernah pun.

Dan seeing is believing. Dengan melihat apa yang patut dilihat, baru boleh percaya. Dan aku mahu melihat proses. Tak kisahlah berapa tahun pun, lagipun, aku bukannya penggemar makanan segera McDonalds ni, semua nak cepat dan pantas je.



Monday, March 12, 2012

In Kenny We Trust?



Sabtu lepas pasukan Liverpool kalah lagi. Kekalahan dua kali berturut-turut selepas menang Carling Cup bukan sesuatu yang diinginkan oleh peminat kelab Liverpool ini. Kalah dengan Arsenal, dan kalah kepada Sunderland. Justeru timbul persoalan, dimana salah dan silap Kenny Dalglish yang tak dapat dimaafkan?

Lalu - ada satu kempen yang dipanggil "Kenny Out", yang berhasrat mahu nyah Kenny Dalglish dari menjadi pengurus pasukan Liverpool. Setengah menyokong, setengah menentang. Setengah lagi, seperti saya - sentiasa mengharapkan Boston Red Sox beraksi cemerlang supaya JW Henry tak bad mood dan buat keputusan huru-hara macam Tom Hicks dan George Gillett.

Biar saya luahkan secara jujur perasaan saya. Saya kurang selesa dengan prestasi pasukan Liverpool sekarang. Let's be honest, penyokong Liverpool yang mana mahu pasukannya sendiri kalah? Takkan setiap hujung minggu, hari kita nak release stress, hari tu jugak kita stress? Cukuplah hari-hari bekerja yang memenatkan dan penuh dengan stress. Kita mahukan kepuasan menonton bola, gitu?

Secara jujurnya prestasi Kenny Dalglish dalam season kali ini kurang memberangsangkan. Ini pandangan jujur. Tapi jika mengambil sifir Sir Alex Ferguson dari tahun 1986 - kalau nak ambik 2 tahun pertamanya - dia memang hampeh. Cuba kalau board director MU tak bersabar dan pada tahun 1988 - dia kena sack, apa citer? Tidak ada sorang pun fan MU kecuali mereka yang tua-tua macam abah aku je yang akan sokong MU sebab dia sokong dari djaman George Best. Dan takde sape akan kecoh pasal 19.

Tetapi post-modern football mementingkan keputusan dalam masa yang singkat. Nah, lihat Chelsea, berapa banyak manager yang telah dipecat - termasuk The Great Mou? Berapa banyak manager yang telah dipecat oleh Real Madrid? Ini adalah post-modern football. Kesetiaan, one man club, team-building process tidak relevan lagi. Tradisi, setiakawan dalam berpasukan, ini semua sudah menjadi tinggalan sejarah. Sedangkan John Terry pun sanggup kekah bini member sendiri. Sedangkan Ryan Giggs sanggup kekah bini adik sendiri.

Saya harus akui Kenny Dalglish masih banyak kelemahan, dari segi pemilihan pemain, dan juga taktikal. Sejak kecederaan serius Lucas Leiva dan pemergian Raul Meireles ke Chelsea, kawasan tengah Liverpool memang lemau. Ini ditambah pula dengan kesengalan Charlie "Penalti ke Bulan" Adam dan juga Jordan Henderson yang kurang menjadi. Kenapa Kenny tak suka guna Maxi Rodriguez sedangkan manusia ini sering mencipta hantaran cantik dan menjaring gol penting? Dan dengan usia dan fizikal Stevie G yang penuh dengan kecederaan lama, come on, Istanbul dah berlalu 7 tahun yang lepas. Kita kena cari Stevie G yang baru.

Mari kita berfikir secara rasional. Tolong tolak tepi kenangan juara Eropah lima kali - buat seketika. Jika tidak, kita ini tidak ubah seperti pasukan Nottingham Forest yang masih chanting "European Champions" setiap kali berhadapan dengan pasukan Derby County atau Scunthorpe United. Kita sudah 22 tahun kemarau juara liga. Setiap tahun hati kita bagai dirobek bila melihat si tua pemabuk wiski itu juga yang julang piala. Cuba kita renung balik, apa yang si tua pemabuk wiski tu buat sampai balik-balik pasukan setan laknatuloh ini jugak yang juara.

Mengikut ilmu Sun-Tzu, kesilapan utama dalam peperangan ialah tidak belajar apa ilmu yang musuh sedang gunakan. Dan inilah dia, bagi saya, si tua pemabuk wiski itu pandai mencari pemain, walaupun pemain seperti Bebe, Djemba kuasa dua dan Massimo Taibi berjaya menipu si tua pemabuk wiski itu. Mungkin masa dia sign kontrak, si tua pemabuk wiski itu sedang mabuk. Cuba kita lihat, pemain yang mana yang kita telah beli yang menunjukkan kualiti yang baik? Fernando Torres sebelum berjersi biru. Selain dari Stevie G, pemain mana yang Liverpool hasilkan yang benar-benar berkualiti?

Dalam hal ini, kewajaran orang yang menyokong "Kenny Out" memang nampak. Kita underachiever dan mereka mahu perubahan. Tapi, bangang apa bulan Mac - lagi sepuluh, sebelas match lagi kau nak tukar? Kau ingat kalau tukar sekarang pun boleh jadi juara liga?

Tapi dalam masa sama, Kenny Dalglish membeli player yang kurang memberangsangkan seperti Charlie "Penalti Ke Bulan" Adam, Andy "Harap Rambut Je Ponytail" Carroll, dan Jordan Henderson. Tetapi saya percaya kepada proses. Saya percaya pasukan Liverpool - kecuali Andy Carroll masih dalam proses pembikinan. Dan proses pembikinan ini yang sangat penting. Kau ingat masa Bill Shankly took over LFC - LFC power ke?LFC adalah kelab divisyen dua - let alone nak juara Europe.

Dan saya paling tak suka - ialah sifat holier-than-thou penyokong Liverpool terhadap mereka yang menyokong "Kenny Out". Menuduh mereka sebagai gloryhunters, prawn sandwich eater dan segala yang hanya layak dilemparkan kepada penyokong Manchester United di Gombak Setia, Taman Sri Jelok Kajang, dan Kampung Medan. Ini tidak adil - kerana mereka mahu pasukan mereka kembali menjulang seperti dulu. Cuma bezanya mereka tak percaya kepada proses.

Cuba kalau kita tidak terlalu bersandarkan kepada romantisme pensejarahan kita itu, dan buat seketika - fikirkan untuk masa depan, for both of you?

Now, saya tidak menyokong "Kenny Out" kerana saya manusia yang percaya dengan proses pembikinan. Tetapi saya tak suka penyokong pro-Kenny yang mengkritik golongan "Kenny Out" kerana saya masih berpegang kepada nilai-nilai demokratia. Saya percaya jika sekiranya King Kenny diberikan peluang, dan mungkin sedikit kelebihan dari sudut kewangan, Liverpool masih boleh diselamatkan. Bersabarlah. At the end of the storm, it's a golden sky and the sweet silver song of the lark.

Tiba-tiba terfikir, kalaulah Liverpool tidak menolak pelawaan Dubai untuk membeli kelab masa dulu - mungkin kita akan ada Lionel Messi dan Kaka dalam pasukan. Mungkin sudah tiba masanya kita kena panggil saudagar Arab untuk melabur di Merseyside.

Tuesday, June 14, 2011

Republik Sosialis Soviet Rakyat Merseyside - AFC Liverpool



Masa mula-mula aku google - apa menatang AFC Liverpool ni? Apakah AFC Asia cuba mengasaskan sebuah kelab Liverpool lagi di Asia? Aku menggaru-garu kepala seketika melihat AFC Liverpool ni. Rupa-rupanya bila click - ia merupakan sebuah kelab baru di Merseyside. Jadi kelab di Merseyside tidak lagi didominasi oleh Liverpool, Everton dan Tranmere Rovers semata-mata.

Jadi apakah ini satu tindakan yang sama sepertimana yang dilakukan oleh FC United of Manchester bila Malcolm Glazer takeover? Apakah fan-fan AFC Liverpool ini akan mengutuk pemain-pemain Liverpool yang kaya-kaya macam fan FC United of Manchester mencipta lagu mengutuk @rioferdy5?

Tidak, tidak. Kami Liverpool. Kami baik-baik saja. Bahkan Merseyside Derby pun kami boleh duduk sebelah-sebelah dengan fan Everton. Kami orang baik bukan macam bandar pencuri tayar Manchester atau hidung tinggi London.

The club was set up to provide a match-going experience for Liverpool fans who have been priced out of Premier League football. The club has adopted the same colours, fan songs and is based around the same community as Liverpool F.C.. The club is a non-profit organisation. The AFC Liverpool founder Alun Parry said "I've been going to Anfield since the late Seventies when I was six years old. A season ticket in the Kop cost £45 in 1985, today it's £650, which I know is a lot cheaper than some other Premier League clubs, but in inflation terms Eighties prices should equate to £98 today. He also stated that the formation of the club had nothing to do with the debated ownership of Liverpool. Parry stressed that the club was not to be estranged from Liverpool, but he hoped that it would look on AFC as a 'little brother'.

AFC Liverpool benar-benar lakukan apa yang Bill Shankly ingin lakukan - sebuah kelab sosialis. Kelab yang diuruskan sendiri oleh kelab, bermakna takde muka cukong atau pak menteri yang ada dalam kelab. Bermakna kalau kau nak uruskan kelab ni, kau nak jadi leader kau kena tanya semua orang dalam kelab.

Bila kelab diuruskan sendiri oleh peminat, segala kewangan pun datang dari peminat sendiri. Bergerak mengikut kemampuan. Hanya dengan cara ini sahaja boleh membuatkan harga pemain tidak ridiculous macam harga Bebe yang berjuta-juta pound tapi main hampeh. Cara mengharamkan pemilikan kelab seperti Sweden yang memang dah jadi sebahagian dari Soviet Scandinavia tu memang bagus. Tak guna menang Champions League kalau hutang macam Manchester United. Baik relax je macam Malmo FF.

Jadi - apa tujuan aku tulis benda ni kat Sokerleaks?

Aku mengharapkan ada orang yang sanggup mencontohi AFC Liverpool atau FC United of Manchester di Malaysia. Aku selalu dengar orang komplen - FAM bangsat, FAM celaka, FAM diktator, FAMA lebih baik dari FAM - macam-macam. Macam FC United, bila mereka menentang Malcolm Glazer mereka terus buat kelab FCUM. Macam AFC Liverpool, despite dorang ni semua masih berjiwa Mighty Reds tapi disebabkan globalisasi mereka merasakan sebagai rakyat marhein harus meneruskan Shanklyism - sosialisme melalui sukan bolasepak. Aku rasa Shankly dalam kubur terseksa tengok harga season pass kat Anfield tu. So, macam aku selalu cakap - change will not come from above. Nak mengharapkan Sultan Bola and co. ni menyelamatkan bolasepak negara macam nak mengharapkan dara Adinda Evans untuk diselamatkan.

Buat banner, berdemo, bakar bendera - buat je apa kau nak buat. Tapi ia tak jadi apa-apa kalau kau tak buat mereka jadi gerun - tubuh liga sendiri.

Macam AFC Liverpool ni - harga tiket mahal - buat kelab sendiri.
FCUM - tak puas hati dengan Glazer - buat kelab sendiri.

Kita patutnya - tak puas hati dengan FAM - buat je persatuan dan liga sendiri. Yang paling penting kita buat kerja kerana minat. Jadi website keputusan dan jadual perlawanan akan sentiasa terupdate dan tidak serabai. Barulah awesome.

Thursday, April 14, 2011

Justice For The 96,You'll Never Walk Alone






Pada 15 April,1989 - genap 22 tahun satu kejadian yang berlaku di Lepping Lane,Hillsborough Stadium - satu tragedi yang wajib - bukan sahaja fan Liverpool sahaja - bahkan mengubah seluruh bola sepak England secara amnya.

The Preamble:Heysel Tragedy.

Tetapi sebelum itu - 4 tahun sebelum itu,Liverpool FC terlibat dengan kejadian Heysel - menentang dengan pasukan Juventus pada final di Brussels Belgium.Pada perlawanan itu,pasukan Mighty Reds dalam misi untuk mempertahankan kejuaraannya yang dimenangi pada tahun 1984.Liverpool,yang beberapa jam sebelum itu dikejutkan dengan perletakan jawatan pengurus Joe Fagan,dan terpaksa dipangku secara bidan terjun oleh Kenny Dalglish.Dan perlawanan akhir itu berlangsung di Heysel,stadium utama Belgium yang boleh memuatkan 50,000 orang penyokong.Dalam perlawanan akhir itu - yang datang ialah 60,000 orang - lebih 10,000 dari kapasiti yang dibenarkan.Seperti mana-mana perlawanan akhir - akan dibahagi dua.Fan Liverpool duduk di pintu X,Y dan Z manakala Juventus di pintu M,N, dan O.Dan pada satu lagi seksyen pintu Z - adalah tempat duduk untuk penyokong neutral.Tetapi - oleh kerana penduduk Brussels ramai imigran Itali,maka - disitu dipenuhkan dengan penyokong Juventus.

Itali - seperti biasa memang bagus dalam bab gedebe bolasepak.Kita semua tahu betapa notoriousnya kelab-kelab ultra Itali yang fasis dan kaki bunuh orang.Kita tahu SS Lazio penyokong ultranya ialah golongan yang menyokong Mussolini.Dan mengikut pengalaman member aku yang pernah ke San Siro - kalau tak gaduh tu bukan Calcio Italia la tu.Mungkin pertandingan catur peringkat sekolah-sekolah di Itali.

Liverpool telah menjuarai Piala Eropah pada tahun 1984 di Rome - menewaskan pasukan AS Roma.Kekalahan kelab Itali di tempat sendiri mencalarkan imej macho seorang Itali.Ini tidak boleh jadi.Dan pada malam kemenangan Liverpool - dengan spaghetti legs Bruce Groebellar yang terkenal - malam itu beberapa penyokong Roma menyerang bas-bas The Kopites.Aku mendengar surah saheh ini dari seorang Kopites yang berada di tempat kejadian dan umurnya sekarang sudah mencapai usia 50 tahun.Dan apabila Juventus layak ke perlawanan akhir di Heysel - seluruh Itali mengharapkan agar Juve menang - dan imej yang tercalar itu dapat dipulihkan semula.

Penyokong Juve - membaling botol bir dan batu-batu ke arah penyokong Liverpool.Menurut apa yang disurahkan oleh Wikipedia,stadium Heysel ini lebih kokak dari Stadium Merdeka - ia dibina dengan cinderblock atau batu block.Selalunya bangunan yang menggunakan cinderblock ini adalah rumah murah atau council house untuk kaum proletariat tinggal.Tapi ini digunakan untuk membina stadium nasional beb.Amat lekeh benar Belgium bab-bab sebegini.Sesetengah batu blok boleh diterajang dan boleh bolos.Chis - ini amat lekeh bagi negara seperti Belgium.

Hasil membaling-baling batu dan botol bir ke arah Kopites - penyokong Liverpool menyerang penyokong Juventus.Apabila semua penyokong Liverpool bangun dan menyerang kembali penyokong Juventus maka suasana panik berlaku.Mereka berlari ke arah hujung stadium.Dan dari tolak-menolak - salah satu dinding stadium - yang dibina dengan cinderblock tu telah runtuh.39 penyokong Juventus mati manakala seorang Kopites turut terkorban.

Perlawanan berakhir dengan Presiden UEFA sekarang Michel Platini menjaringkan gol penalti dan Juventus menang Piala Eropah tahun 1985.Maka itulah kali terakhir Liverpool ke final Piala Eropah sebelum ke Istanbul.Dan selepas kejadian itu - seluruh kelab England telah diban selama 5 tahun dengan Liverpool tambahan 1 lagi tahun.Bila Aril si fanatik Man United memaki fan Liverpool dengan berkata "Liverpool buat palat,satu England kena" - aku betulkan statement beliau dengan berkata,"Juventus punya fan buat palat,satu England yang kena".Kalau kau jadi fan Liverpool - kau pun akan buat perkara yang sama.

The Opener:FA Cup Semi Final 1989.

Empat tahun kemudian,Kenneth Matthieson Dalglish telah memimpin The Kops ke puncak jaya.Walaupun tak guna menjadi juara liga sebab kena ban di Eropah,namun penguasaan The Reds masih lagi kuat.Tahun 1989 - Everton telah menewaskan pasukan Norwich City di Villa Park,Birmingham untuk layak ke perlawanan akhir di Wembley.Sementara itu - pertemuan dua gergasi - Liverpool dan Nottingham Forest akan berlangsung di Hillsborough,Sheffield.

Nottingham Forest - juara dua kali Piala Eropah pimpinan pengurus paling genius dalam muka bumi - Brian Howard Clough,menewaskan team Alex Ferguson pada suku akhir di Old Trafford.Menurut surah Pak Man abah kepada ex-girlfriend aku,itu sangat mengecewakan beliau kerana dia mahu Man United musuh tradisi turun-temurun untuk bertemu.Tetapi,Nottingham Forest bukan calang-calang pasukan ketika itu.

Jalan antara Merseyside nak ke Sheffield itu ada kerosakan,maka pada masa itu traffic jam yang teruk di jalan tersebut.Perlawanan terpaksa ditangguhkan beberapa jam,sedangkan sudah ada beribu lagi Kopites sudah berada di Hillsborough.Liverpool diberikan di seat di Lepping Lane - yang boleh memuatkan 15,000 orang.Forest pula diberikan seat Spion Kop - 21,000 orang.Ikut logik - Liverpool yang mempunyai lebih ramai peminat haruslah diberi seat di Spion Kop - dah la nama pun dah Kop,bagi je la.Tetapi oleh kerana FA mahu bersikap adil - dia cakap nasib - flip the coin,pat pat nye nye.

Dan selepas itu berlakulah tragedi yang malang.Setibanya mereka yang ramai sudah berkumpul di luar stadium - penghadang pintu tiket tidak berfungsi.Maka Konstabel Polis Yorkshire Selatan mengarahkan agar pintu pagar di sebelahnya dibuka.Ini kesilapan maha besar Konstabel Polis Yorkshire Selatan.Tolak menolak pun berlaku.Ini sama seperti kejadian terowong runtuh di Mina dalam musim haji beberapa tahun yang lepas.Jangan nak cakap penyokong Liverpool bodoh - remember tragedi gas sarin Jepun oleh pengikut ajaran sesat Aum Syirinkyo di Stesen Kasumigeseki?Apabila panik - psychology manusia telah disetkan untuk terus mencari ruang untuk menolak.Even organized society macam Jepun pun berlaku benda yang sama.Ramai mati sebab terpijak.Ini dipanggil 'herd instinct' - dimana bila seorang tolak - semua akan tolak.Ini sama seperti Mexican wave - sorang start buat - semua akan buat.

Tolak menolak ini menyebabkan mereka yang tersangkut di pintu tiket yang rosak tertolak ke crowd yang di depan.Dan didepan crowd itu ada satu terowong kecil menuju ke Lepping Lane.Dan Lepping Lane - yang sudah penuh dengan Kopites - ditolak lagi dari crowd dari luar.Kejadian itu menyebabkan mereka yang di depan tertolak ke pagar dan pagar itu runtuh - dan penyokong tertumpah ke padang.

Ada tiga soalan aku bertanya:

1)Siapa yang jual tiket - kalau seat boleh muatkan 15,000 orang kenapa jual lebih?
2)Siapa yang pilih Hillsborough sebagai venue separuh akhir?Tidakkah mudah sekiranya mengambil Old Trafford yang lebih besar dengan 56,000 orang boleh masuk pada ketika itu(sekarang dah 78,000),kenapa harus Hillsborough yang boleh muat hanya 39,000 orang?
3)Siapa yang arahkan untuk bukak pintu pagar itu?Polis Yorkshire atau pihak FA yang mahu membuat untung?

Dan hasil dari tragedi itu - 95 orang telah mati terpijak dalam hari kejadian manakala beratus-ratus orang tercedera.Perlawanan ditangguhkan - dan terpaksa diadakan di Old Trafford,Manchester.Manakala Tony Bland - yang koma dalam kejadian tersebut - mati kira-kira 4 tahun selepas Hillsborough.

Selepas kejadian itu - satu Suruhanjaya di Raja yang ditubuhkan oleh Lord Taylor,telah membuat satu siasatan tentang kejadian Hillsborough.Dan semenjak itu - tidak ada sesiapa lagi yang dibenarkan untuk berdiri ketika menonton bolasepak di Pulau Albion.Semua stadium telah diubah suai menjadi full seater sejak kejadian itu.Bakar flare?Jangan harap.Mereka mengharamkan bakar flare selepas kejadian di Bradford City pada tahun 1985.

The Scums:Don't Buy The Sun.



Dalam segmen kali ini,aku menceritakan kejadian selepas Hillsborough.Pada 19 April 1985 - The Sun(bukan The Sun Malaysia yang free kat 7E tu okay?) telah bikin palat.The Sun - yang equivalent dengan Harian Metro di Malaysia - suka membuat berita tangkap muat dan cerita panas untuk lariskan suratkhabar.Dan pada 19 April - The Sun melalui editornya Kevin McKenzie telah menulis tajuk akhbar:

"The Truth:"Some fans picked pockets of victims", "Some fans urinated on the brave cops" and "Some fans beat up PC giving kiss of life".

Sudahlah penduduk Merseyside sedang bersedih bila saudara-mara mereka yang terlibat dalam kejadian tu bersedih atas kematian mereka,si mangkuk McKenzie ni buat hal pulak.McKenzie,yang memang terkenal dengan political stand menyokong Parti Konservatif Margaret Thatcher,sudah sememangnya dah lama berbulu dengan penduduk Republik Scouse of Liverpool ni.Ini kerana rata-rata penduduk Liverpool ialah penyokong Parti Buruh pra-Blair yang lebih sosialis dan pro rakyat.Bahkan - Liverpool sebenarnya dikatakan lebih sosialis dari Soviet Union satu ketika dahulu - melalui Parti United Socialist Party.Bahkan Bill Shankly juga adalah seorang tegar sosialis.Walaupun manager pasukan yang paling berjaya dalam England ketika itu - dia memilih tinggal di kawasan rumah marhein,dan bila saat dia menghembuskan nafas terakhir beliau memilih untuk mati di hospital awam - bukan private hospital.

Jadi statement palat Kevin McKenzie ini telah bikin bukan sahaja penyokong Liverpool FC - bahkan Everton dan juga Tranmere Rovers juga marah - kerana ini adalah maruah kelas pekerja di Merseyside.Pembakaran The Sun telah dilakukan pada hari itu di Liverpool.Dan akibatnya - sehingga hari ini The Sun telah diban oleh penduduk bandar Liverpool.

Setelah beberapa hari berita itu keluar,Kevin McKenzie telah mengaku dia screwed up dan menelefon Kenny Dalglish meminta tolong bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.Kenny cuma berkata "Just say in your front page,"we're wrong,we're sorry,at the same size of font as your "The Truth".Kevin McKenzie enggan kerana tidak mahu menjatuhkan nama The Sun,Kenny Dalglish hanya berkata,"there's nothing I can help,then."



Pada tahun 2006 - semasa pertemuan Arsenal vs Liverpool pusingan ketiga FA Cup - dan ketika itu Kevin McKenzie dilantik sebagai pengulas BBC - penyokong Liverpool memprotes kepada BBC dan mengharapkan si scumbag ni untuk mampus.

Kejadian Hillsborough ini sangat memilukan bagi penyokong Liverpool - khususnya bagi mereka yang kehilangan rakan-rakan dan saudara-mara.Seperti mana tragedi Ibrox akan terus dikenang penyokong Rangers,seperti mana tragedi Munich yang akan terus dikenang fan Manchester United,mahupun kebakaran di Bradford,Hillsborough adalah satu peristiwa yang terus mengikat Kopites untuk terus bersatu bersama.Dan Hillsborough - adalah satu pengajaran buat semua - dari soal keselamatan,dari soal kearifan polis dalam bidang pengurusan crowd - sehinggalah soal media jangan mulut celupar.

Kepada penyokong Liverpool FC,Justice for the 96.You'll Never Walk Alone.

Sunday, March 6, 2011

YNWA di Seluruh Dunia..

Saya adalah seorang yang belajar seni teater.Sebagai seorang yang belajar seni teater - saya wajib menonton Broadway untuk mengkaji tentang seni teater Barat.Salah satu Broadway yang saya tonton ialah Carousel.Carousel - kisah cinta Julie Jordan dengan seorang anak panggung Billy Bigalow.Dan salah satu dari kisah cinta epik ini - lagu temanya ialah You'll Never Walk Alone.

Lagu ini kemudian dinyanyikan oleh "Chairman of the Board" Frank Sinatra,Gerry and the Pacemakers,Elvis Presley,Doris Day,Johnny Cash dan Tom Jones.

Jadi sempena malam ini - khas untuk fan Liverpool FC - lagu keramat ini adalah lagu yang dinyanyikan di seluruh dunia.Lagu ini - seperti Internationale dan juga Imagine - dicalonkan sebagai lagu anthem kepada seluruh bangsa manusia - jika dunia tanpa negara.



Ini adalah kelab di tebing River Mersey.



Ini adalah kelab di tengah bandar Glasgow.



Ini pula di tebing sungai Emscher.



Ini di tengah kota Enschede.



Ini di kota Rotterdam - bandar pelabuhan Belanda.



Ini di pinggir hutan tirus Palatine - di Rhineland.



Ini di Osnabruck,di hutan Teutoburg.



Ini di pinggir pelabuhan Hamburg.



Ini di tempat di mana Doraemon,Ultraman dan Maskman wujud.

Last for not least - ini masa UEFA Cup Liverpool vs Celtic.