Thursday, April 14, 2011

Justice For The 96,You'll Never Walk Alone






Pada 15 April,1989 - genap 22 tahun satu kejadian yang berlaku di Lepping Lane,Hillsborough Stadium - satu tragedi yang wajib - bukan sahaja fan Liverpool sahaja - bahkan mengubah seluruh bola sepak England secara amnya.

The Preamble:Heysel Tragedy.

Tetapi sebelum itu - 4 tahun sebelum itu,Liverpool FC terlibat dengan kejadian Heysel - menentang dengan pasukan Juventus pada final di Brussels Belgium.Pada perlawanan itu,pasukan Mighty Reds dalam misi untuk mempertahankan kejuaraannya yang dimenangi pada tahun 1984.Liverpool,yang beberapa jam sebelum itu dikejutkan dengan perletakan jawatan pengurus Joe Fagan,dan terpaksa dipangku secara bidan terjun oleh Kenny Dalglish.Dan perlawanan akhir itu berlangsung di Heysel,stadium utama Belgium yang boleh memuatkan 50,000 orang penyokong.Dalam perlawanan akhir itu - yang datang ialah 60,000 orang - lebih 10,000 dari kapasiti yang dibenarkan.Seperti mana-mana perlawanan akhir - akan dibahagi dua.Fan Liverpool duduk di pintu X,Y dan Z manakala Juventus di pintu M,N, dan O.Dan pada satu lagi seksyen pintu Z - adalah tempat duduk untuk penyokong neutral.Tetapi - oleh kerana penduduk Brussels ramai imigran Itali,maka - disitu dipenuhkan dengan penyokong Juventus.

Itali - seperti biasa memang bagus dalam bab gedebe bolasepak.Kita semua tahu betapa notoriousnya kelab-kelab ultra Itali yang fasis dan kaki bunuh orang.Kita tahu SS Lazio penyokong ultranya ialah golongan yang menyokong Mussolini.Dan mengikut pengalaman member aku yang pernah ke San Siro - kalau tak gaduh tu bukan Calcio Italia la tu.Mungkin pertandingan catur peringkat sekolah-sekolah di Itali.

Liverpool telah menjuarai Piala Eropah pada tahun 1984 di Rome - menewaskan pasukan AS Roma.Kekalahan kelab Itali di tempat sendiri mencalarkan imej macho seorang Itali.Ini tidak boleh jadi.Dan pada malam kemenangan Liverpool - dengan spaghetti legs Bruce Groebellar yang terkenal - malam itu beberapa penyokong Roma menyerang bas-bas The Kopites.Aku mendengar surah saheh ini dari seorang Kopites yang berada di tempat kejadian dan umurnya sekarang sudah mencapai usia 50 tahun.Dan apabila Juventus layak ke perlawanan akhir di Heysel - seluruh Itali mengharapkan agar Juve menang - dan imej yang tercalar itu dapat dipulihkan semula.

Penyokong Juve - membaling botol bir dan batu-batu ke arah penyokong Liverpool.Menurut apa yang disurahkan oleh Wikipedia,stadium Heysel ini lebih kokak dari Stadium Merdeka - ia dibina dengan cinderblock atau batu block.Selalunya bangunan yang menggunakan cinderblock ini adalah rumah murah atau council house untuk kaum proletariat tinggal.Tapi ini digunakan untuk membina stadium nasional beb.Amat lekeh benar Belgium bab-bab sebegini.Sesetengah batu blok boleh diterajang dan boleh bolos.Chis - ini amat lekeh bagi negara seperti Belgium.

Hasil membaling-baling batu dan botol bir ke arah Kopites - penyokong Liverpool menyerang penyokong Juventus.Apabila semua penyokong Liverpool bangun dan menyerang kembali penyokong Juventus maka suasana panik berlaku.Mereka berlari ke arah hujung stadium.Dan dari tolak-menolak - salah satu dinding stadium - yang dibina dengan cinderblock tu telah runtuh.39 penyokong Juventus mati manakala seorang Kopites turut terkorban.

Perlawanan berakhir dengan Presiden UEFA sekarang Michel Platini menjaringkan gol penalti dan Juventus menang Piala Eropah tahun 1985.Maka itulah kali terakhir Liverpool ke final Piala Eropah sebelum ke Istanbul.Dan selepas kejadian itu - seluruh kelab England telah diban selama 5 tahun dengan Liverpool tambahan 1 lagi tahun.Bila Aril si fanatik Man United memaki fan Liverpool dengan berkata "Liverpool buat palat,satu England kena" - aku betulkan statement beliau dengan berkata,"Juventus punya fan buat palat,satu England yang kena".Kalau kau jadi fan Liverpool - kau pun akan buat perkara yang sama.

The Opener:FA Cup Semi Final 1989.

Empat tahun kemudian,Kenneth Matthieson Dalglish telah memimpin The Kops ke puncak jaya.Walaupun tak guna menjadi juara liga sebab kena ban di Eropah,namun penguasaan The Reds masih lagi kuat.Tahun 1989 - Everton telah menewaskan pasukan Norwich City di Villa Park,Birmingham untuk layak ke perlawanan akhir di Wembley.Sementara itu - pertemuan dua gergasi - Liverpool dan Nottingham Forest akan berlangsung di Hillsborough,Sheffield.

Nottingham Forest - juara dua kali Piala Eropah pimpinan pengurus paling genius dalam muka bumi - Brian Howard Clough,menewaskan team Alex Ferguson pada suku akhir di Old Trafford.Menurut surah Pak Man abah kepada ex-girlfriend aku,itu sangat mengecewakan beliau kerana dia mahu Man United musuh tradisi turun-temurun untuk bertemu.Tetapi,Nottingham Forest bukan calang-calang pasukan ketika itu.

Jalan antara Merseyside nak ke Sheffield itu ada kerosakan,maka pada masa itu traffic jam yang teruk di jalan tersebut.Perlawanan terpaksa ditangguhkan beberapa jam,sedangkan sudah ada beribu lagi Kopites sudah berada di Hillsborough.Liverpool diberikan di seat di Lepping Lane - yang boleh memuatkan 15,000 orang.Forest pula diberikan seat Spion Kop - 21,000 orang.Ikut logik - Liverpool yang mempunyai lebih ramai peminat haruslah diberi seat di Spion Kop - dah la nama pun dah Kop,bagi je la.Tetapi oleh kerana FA mahu bersikap adil - dia cakap nasib - flip the coin,pat pat nye nye.

Dan selepas itu berlakulah tragedi yang malang.Setibanya mereka yang ramai sudah berkumpul di luar stadium - penghadang pintu tiket tidak berfungsi.Maka Konstabel Polis Yorkshire Selatan mengarahkan agar pintu pagar di sebelahnya dibuka.Ini kesilapan maha besar Konstabel Polis Yorkshire Selatan.Tolak menolak pun berlaku.Ini sama seperti kejadian terowong runtuh di Mina dalam musim haji beberapa tahun yang lepas.Jangan nak cakap penyokong Liverpool bodoh - remember tragedi gas sarin Jepun oleh pengikut ajaran sesat Aum Syirinkyo di Stesen Kasumigeseki?Apabila panik - psychology manusia telah disetkan untuk terus mencari ruang untuk menolak.Even organized society macam Jepun pun berlaku benda yang sama.Ramai mati sebab terpijak.Ini dipanggil 'herd instinct' - dimana bila seorang tolak - semua akan tolak.Ini sama seperti Mexican wave - sorang start buat - semua akan buat.

Tolak menolak ini menyebabkan mereka yang tersangkut di pintu tiket yang rosak tertolak ke crowd yang di depan.Dan didepan crowd itu ada satu terowong kecil menuju ke Lepping Lane.Dan Lepping Lane - yang sudah penuh dengan Kopites - ditolak lagi dari crowd dari luar.Kejadian itu menyebabkan mereka yang di depan tertolak ke pagar dan pagar itu runtuh - dan penyokong tertumpah ke padang.

Ada tiga soalan aku bertanya:

1)Siapa yang jual tiket - kalau seat boleh muatkan 15,000 orang kenapa jual lebih?
2)Siapa yang pilih Hillsborough sebagai venue separuh akhir?Tidakkah mudah sekiranya mengambil Old Trafford yang lebih besar dengan 56,000 orang boleh masuk pada ketika itu(sekarang dah 78,000),kenapa harus Hillsborough yang boleh muat hanya 39,000 orang?
3)Siapa yang arahkan untuk bukak pintu pagar itu?Polis Yorkshire atau pihak FA yang mahu membuat untung?

Dan hasil dari tragedi itu - 95 orang telah mati terpijak dalam hari kejadian manakala beratus-ratus orang tercedera.Perlawanan ditangguhkan - dan terpaksa diadakan di Old Trafford,Manchester.Manakala Tony Bland - yang koma dalam kejadian tersebut - mati kira-kira 4 tahun selepas Hillsborough.

Selepas kejadian itu - satu Suruhanjaya di Raja yang ditubuhkan oleh Lord Taylor,telah membuat satu siasatan tentang kejadian Hillsborough.Dan semenjak itu - tidak ada sesiapa lagi yang dibenarkan untuk berdiri ketika menonton bolasepak di Pulau Albion.Semua stadium telah diubah suai menjadi full seater sejak kejadian itu.Bakar flare?Jangan harap.Mereka mengharamkan bakar flare selepas kejadian di Bradford City pada tahun 1985.

The Scums:Don't Buy The Sun.



Dalam segmen kali ini,aku menceritakan kejadian selepas Hillsborough.Pada 19 April 1985 - The Sun(bukan The Sun Malaysia yang free kat 7E tu okay?) telah bikin palat.The Sun - yang equivalent dengan Harian Metro di Malaysia - suka membuat berita tangkap muat dan cerita panas untuk lariskan suratkhabar.Dan pada 19 April - The Sun melalui editornya Kevin McKenzie telah menulis tajuk akhbar:

"The Truth:"Some fans picked pockets of victims", "Some fans urinated on the brave cops" and "Some fans beat up PC giving kiss of life".

Sudahlah penduduk Merseyside sedang bersedih bila saudara-mara mereka yang terlibat dalam kejadian tu bersedih atas kematian mereka,si mangkuk McKenzie ni buat hal pulak.McKenzie,yang memang terkenal dengan political stand menyokong Parti Konservatif Margaret Thatcher,sudah sememangnya dah lama berbulu dengan penduduk Republik Scouse of Liverpool ni.Ini kerana rata-rata penduduk Liverpool ialah penyokong Parti Buruh pra-Blair yang lebih sosialis dan pro rakyat.Bahkan - Liverpool sebenarnya dikatakan lebih sosialis dari Soviet Union satu ketika dahulu - melalui Parti United Socialist Party.Bahkan Bill Shankly juga adalah seorang tegar sosialis.Walaupun manager pasukan yang paling berjaya dalam England ketika itu - dia memilih tinggal di kawasan rumah marhein,dan bila saat dia menghembuskan nafas terakhir beliau memilih untuk mati di hospital awam - bukan private hospital.

Jadi statement palat Kevin McKenzie ini telah bikin bukan sahaja penyokong Liverpool FC - bahkan Everton dan juga Tranmere Rovers juga marah - kerana ini adalah maruah kelas pekerja di Merseyside.Pembakaran The Sun telah dilakukan pada hari itu di Liverpool.Dan akibatnya - sehingga hari ini The Sun telah diban oleh penduduk bandar Liverpool.

Setelah beberapa hari berita itu keluar,Kevin McKenzie telah mengaku dia screwed up dan menelefon Kenny Dalglish meminta tolong bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.Kenny cuma berkata "Just say in your front page,"we're wrong,we're sorry,at the same size of font as your "The Truth".Kevin McKenzie enggan kerana tidak mahu menjatuhkan nama The Sun,Kenny Dalglish hanya berkata,"there's nothing I can help,then."



Pada tahun 2006 - semasa pertemuan Arsenal vs Liverpool pusingan ketiga FA Cup - dan ketika itu Kevin McKenzie dilantik sebagai pengulas BBC - penyokong Liverpool memprotes kepada BBC dan mengharapkan si scumbag ni untuk mampus.

Kejadian Hillsborough ini sangat memilukan bagi penyokong Liverpool - khususnya bagi mereka yang kehilangan rakan-rakan dan saudara-mara.Seperti mana tragedi Ibrox akan terus dikenang penyokong Rangers,seperti mana tragedi Munich yang akan terus dikenang fan Manchester United,mahupun kebakaran di Bradford,Hillsborough adalah satu peristiwa yang terus mengikat Kopites untuk terus bersatu bersama.Dan Hillsborough - adalah satu pengajaran buat semua - dari soal keselamatan,dari soal kearifan polis dalam bidang pengurusan crowd - sehinggalah soal media jangan mulut celupar.

Kepada penyokong Liverpool FC,Justice for the 96.You'll Never Walk Alone.

7 comments:

http://aniesandyou.blogspot.com said...

22 thn sudah berlalu..
YNWA

Sudikah engkau mendoakan untukku?

DIYSAR said...

YNWA

Nik Saiful Anuar said...

justice for 96, The Hillsborough Disaster

You'll Never Walk Alone

Mohd Idzwan said...

holy shaitt, this is nice!

Hidup Sihat said...

Justice for the Kop.

YNWA.

emaii knoxville said...

JFT96 . YNWA

rashideeshukri said...

aku belajar dekat Liverpool sekarang. sebelum ni aku ada jugak knowledge pasal Hillsborough dengan Heysel, tapi aku tak tau pulak impact dia dekat Merseyside khususnya.

masa ni la yang kau boleh tengok fans Everton tak berani langsung menganjing Liverpool, sebaliknya menghulurkan rasa hormat dan condolence kepada mereka atas semangat kesukanan.

dua minggu sebelum Hillsborough Memorial Service, dah ada kain rentang besar-besar digantung sebelah Shankly Gates, yang berbunyi "Justice for the 96. YNWA."