Monday, April 25, 2011

Peribahasa Minggu Ini

Berikut adalah peribahasa pilihan minggu ini beserta dengan contoh. Calon-calon SPM digalakkan menggunakan kesempatan ini untuk mengulangkaji mata pelajaran Bahasa Melayu.

Bertelur sebijik, riuh sekampung.
Maksudnya : Kejayaan yang kecil, tetapi hebohnya melata dan bersungguh-sungguh.

 "Ceh, baru sebijik kau dah eksen. Aku dah berpuluh la woi" - Drogba


Seluruh penyokong Chelsea, bukan sahaja di Stamford Bridge, malahan di seluruh dunia berpesta selepas Torres menjaringkan gol. Betul-betul bersungguh mereka meraikan kejayaan tersebut. Padang Stamford Bridge yg basah dan lecak itu menunjukkan Torres ibarat kerbau, cuma handal di dalam lumpur.


Bagai anak dara mabuk andam
Maksud: Lemah dan lesu

 Nampak gayanya si Chicarito ni kena belajar dengan Rooney macam mana nak jadi garang

Ya, walaupon MU menang, namun persembahan yang anak-anak buah SAF tunjukkan ini cukup lemah dan lesu. Satu kesilapan bagi sesiapa yg bangun pagi tengok game Newcastle-MU tempoh hari, sungguh lesu. Game lawan Everton ni pula nasib baik la mamat Chicarito ni skor last-last minit. Micheal Owen? Pergi main kat US la, boleh berkawan dengan Henry dan Beckham.

Bagai menunggu kucing bertanduk

Maksud: Mengharapkan sesuatu yang mustahil.

 tekanan perasaan


Arsenal merangkul kejuaraan? 6 tahun sudah tanpa sebarang gelaran. Carling Cup? Hancur. Begitu juga FA Cup dan UCL. Harapan terhadap gelaran EPL pula semakin lebur. Tapi masih ada yang sayang dengan Arsene Wenger ni. #IAWT!


Hangat-hangat tahi ayam

Maksud: Tidak bersungguh-sungguh.


"I want to go home, see my wife, walk the dogs and have a glass of red," Harry Redknapp selepas Spurs seri 2-2 dengan West Brom. Ko jangan macam-macam Redknapp!
 
Bukan main yakin Redknapp cakap musim depan main UCL lagi. Kemon Redknapp, kalau main nak seri je, toksah berangan. 1 kemenangan sahaja dalam 7 perlawanan terakhir? Aku dah risau dah ni woi Redknapp!



Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Maksudnya:  Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari

 Hatrick Hero! No Torres No Problemo!

Kemain power pulak Liverpool akhir-akhir ni. Mungkin badi si Torres tu dah dibuang kot. Awal musim Liverpool ni stok kena nganjing je. Skarang, skuad kendalian Kenny Daglish Cuma kalah sekali dalam 6 perlawanan terakhir, dan kini Liverpool semakin hampir untuk merebut tempat ke Champions League.


Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud: Kalau hendak mendidik anak, biarlah dari kecil.
 
 Football Writers Association (FWA) 2011 Footballer of the Year.

Apakah rahsia Scott Parker ini berjaya menggondol anugerah ini. Nah, saksikan video Scott Parker zaman hingus masih meleleh lagi ni.


Bagai Kera mendapat bunga

Maksudnya: Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian seseorang.

 titewww neves la, itu pasal jatuh!

Memang barai habis


Nak kata tak pernah julang piala, tahun lepas baru je menang Piala Dunia. Mungkin Copa Del Rey terlampau besar, Ramos nervous untuk menjulangnya. Harap-harap kalau Real menang Champions League nanti, jauhkan lah dari si Ramos ni.

_______________________________________


Adik-adik sekalian, diharap dapat menggunakan peribahasa ini dengan sebaiknya. Ingatlah, gunakanlah bahasa kebangsaan kita, marilah amalkan ramai-ramai. Bahasalah yang menyatukan kita semua, yakinlah bahasa jiwa bangsa.

10 comments:

aimannnnnnnn said...

wahhh peribahasa untuk liverpool jugak terbaik keh keh

Faiz said...

Terima kasih abam berto. Kini saya berasa lebih yakin untuk mejawab paper ulangan bahasa melayu!

MOFASAD said...

untung sokerleaks ada awak. hensem pun hensem

gay tak?

Mira Yusoff said...

Ulasan pasal Liverpool terbaik .
Keh Keh .

Mebi itu fes gol and last gol Abam Torres untuk season nih .

Hue Hue .

TimE_AsR said...

haha, peribahasa untuk liverpool memang paling cocok gitu..martabat bahasa melayu..ehehe

Nik Saiful Anuar said...

wenger tggu kucing bertanduk eh?? x sempat la, season dpn da x de kut

haadziq said...

hahaha..terbaek!!

Tengku Sidek said...

ramos sajer bg jatuh..Real Madrid mng copa del rey?biasa jer..tp kalau pemain real madrid jatuhkan piala dari atas bas baru dapat perhatian ramai..hahaha

hiro said...

bagai membakar rm50 juta untuk mencari 50 sen duit syiling.

WaiRai- said...

watehell ..video mekdonel rupenye hahaa dang