Sunday, April 3, 2011

Rojiblancos


Real Madrid 0 - Sporting Gijon 1.

Demit la Gijon ni. Kekalahan Los Blancos (The Whites) terhadap Rojiblancos (The Red and Whites) menyaksikan skuad kendalian Jose Mourinho ketinggalan 8 mata dibelakang pendahulu liga, Barcelona.

Ini bermakna Real juga tewas buat pertama kalinya di kandang mereka sendiri, Estadio Santiago Bernebeu. Duri dalam daging Real pada perlawanan tersebut adalah Miguel Ángel de las Cuevas Barberá.


abam Cuevas, penggegar tiang didalam padang, penari tarian tiang diluar gelanggang.

Kekalahan Real ini juga sebenarnya sangat-sangat-sangat mendukacitakan Tottenham Hotspurs, lawan mereka di suku akhir Champions League nanti. Yes, Gareth Bale sangat kecewa dengan kekalahan ini, apatah lagi Peter Crouch.

Kenapa? Kekalahan Real ditangan Sporting Gijon ini membantutkan hasrat Spurs untuk menjadi pasukan yang menamatkan rekod 9 tahun tanpa kalah di kandang sendiri abam Jose Mourinho. Demit, Sporting Gijon spoil the mood betul la, baru nak piat telinga si Mourinho ni.

'tak apa lah Bale, bukan rejeki ko nak calarkan rekod mourinho tu. Kesian plak aku tengok mamat tu, nanti ko score 4 bijik cukup lah, jangan banyak-banyak sangat' ujar Redknapp.

"k bos" Bale ringkas menjawab.

Jaga-jaga Mourinho, jaga-jaga!

8 comments:

Cob Nobbler said...

Tottenham Hotspurs - Musuhnya Habis Binasa.

Kalau Spurs berjaya ni - ini lagi epic dari Ring of Fire Liverpool 2005.

2005 - Liverpool vs Leverkusen,Juventus,Chelsea and AC Milan.

2011 - Spurs satu group dengan Inter juara bertahan,lepas tu vs AC Milan,vs Real Madrid,dijangka mungkin facing Barcelona - and masuk final gua punya instinct maybe MU.

kalau menang Champions League Spurs ni - gua masuk PAS.

Tengku Sidek said...

EVEN KALAH AKU KAGUM TGK SEMANGAT PEMAIN2 REAL NAK DAPATKAN GOL PENYAMAAN..NAMUN DAH TERMAKTUB YG MMG REAL AKAN KALAH..15 MINIT TERAKHIR AKU TGK DAH MCM TRAINING..MMG TAK DA LUCK..SEBAB TUH MOURINHO TERSENYUM LEPAS PERLAWANAN..BANGGA DENGAN PEMAIN YG BERUSAHA BEGITU BERSUNGGUH2.....

Berto said...

@nami

ko jgn main-main, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. haha, skang jugak aku pergi ambik borang masuk PAS.

@tengkusidek

adakah ini bermakna Real slalu menang kalau main x bersungguh2? kalau mcm tu, aku harap player Real akan bermain bersungguh2 lawan Spurs nanti. keh keh

mirul said...

seri dengan wigan hanyalah sekadar latihan untuk menang dengan real madrid.

alah,real madrid je pun.

pndang sebelah mata je budak budak spurs tengok.

Linglung said...

Tengku Sidek - Gua setuju. Hanya mereka yang menonton saja mampu menjiwainya.

aSr1 said...

pembetulan..yg jose mourinho tak pernah kalah 9 tahun tu cuma di dalam liga..bukan di dalam cup competition.

Berto said...

@asri

oh, tenkiyu asri. tp tak kisah la, janji mourinho ni tersungkur dilaman sendiri

capayam said...

mourinho tak penah kalah 9 tahun home league...league...bkn cempion league bai...pe kene ngan spurs plak...spurs main liga spain ke..? zzzzzzzzzz