Friday, September 30, 2011

champion 7 tahun berturut-turut


Nak jadi juara liga tujuh tahun berturut-turut bukan senang bro. Ce mention sikit kat gua club kat europe yang pernah jadi juara liga lebih dari enam tahun berturut-turut. Club England mana pernah menang EPL tujuh tahun berturut-turut??. Kat Spain ke kat Italy ke kat Germany ke, memang takde la..
Tapi kat France ada wooo...






 champion Ligue 1 tujuh tahun berturut-turut ni.


Sebelum menang tujuh tahun berturut-turut, OL memang tak pernah jadi champion Ligue 1 and after menang tujuh tahun berturut-turut tu, OL dah tak pernah menang dah. Tapi firasat gua kuat mengatakan tahun ni dah takde team lain dah layak jadi champion Ligue 1 melainkan Olympic Lyon..Gua memang yakin and confident gile dengan firasat gua ..=P

Champion 1 (2001/2002). 
Wuhuuuu,,first time jadi champion Ligue 1 ni. Tapi malangnya gua baru darjah 4 time ni, tak start jatuh chenta dengan OL pon lagi time ni, tak merasa gua meraikan ke-champion-an pertama OL..Manager season 2001/02 ni Jacques Santini. Champions league, OL eliminated kat group stage awal-awal lagi.

Champion 2 ( 2002/2003)
Manager, Paul Le Guen. Sekali lagi tersingkir dari Champions League awal-awal kat group stage.

Champion 3 (2003/2004)
Manager masih lagi Paul Le Guen. Champions league, eliminated selepas kalah dengan Porto kat quarter final. Maju la sikit kali ni bolah sampai quarter. hikhikk

Champion 4 (2004/2005)
Paul Le Guen still lagi jadi manager. Lyon jadi juara ligue 1 dengan 12 points lebih dari naib juara liga, Lille kot kalau tak silap gua. Untuk champions league that season, OL sekali lagi layak sampai quater final, tapi rezeki memang sampai quater je, pastu dah takde rezeki dah, kalah dengan PSV. And ni season pertama Benzema dengan OL.

Champion 5(2005/2006)
Semakin gah mempertahankan kejuaraan OL ni. Memang niat tak nak bagi club france lain merasa perasaan jadi champion Ligue 1 la kot. Gérard Houllier manager baru OL. Season 2005/06 ni, sekali lagi Lyon menangis di quater final Champions league, kalah dengan AC Milan.

Champion 6 (2006/2007)
Gérard Houllier still jadi manager OL. The first season with Olympic Lyon for Toulalan. OL bahagia sebagai champion Ligue 1 dengan 83 points but for Champions League, OL mara sampai round of 16 je. Trauma takut kalah kat quarter lagi lettewww, baik kalah awal awal.

Champion 7 (2007/2008)
Manager at that time was Alain Perrin. Benzema pulak the best scorer. Champions league pon sampai round of 16 je, kalah dengan MU,,,*jahat la menyu ni buat team i tesingkirrr*



OL memang the best football club kat France la, supporters dorang pon best!! BAD GONES !!

THE BEST THE BEST!!






Selepas 8 matchs Ligue 1, OL  no 2 sekarang dengan 18 points. PSG yang first sekarang ni pon 18 points gak. Next sunday, match Ligue 1, PSG vs OL k..oh lalalaa

Next champion league punye match, OL lawan Real Madrid kat Santiago Bernabeu. Match dengan Real Madrid kat Stade de Gerland pulak 2 November. Tak sabar gua tunggu match kat Gerland tu sebab gua nak tengok badi Real madrid yang tak pernah menang lawan Lyon kat Gerland tu still ada ke tak..wakaakakaa

Team pompuan OL baru belasah Cluj 9-0  kat UEFA women's champion league.



ALLEZ ALLEZ LYON!!!!



Wednesday, September 28, 2011

N3V3R SAY N3V3R...Misi 33 Masih Perlu Diteruskan - Umpama Bekalan Air SYABAS Ke Kuala Lumpur.



Aku teringat pada tahun 2005 - Liverpool pada awal permulaan Champions League - terumbang ambing. Tewas pada perlawanan pembukaan menentang dengan runners up tahun 2004 iaitu AS Monaco. Kemudian seri pula dengan Deportivo La Coruna. Kemudian kalah pula dengan Olympiakos di Athens. Tiga perlawanan pertama memang hampeh. Tetapi dengan kelebihan dahi jendul dan kelebihan besar luas serebrum Rafa Benitez ketika itu, Liverpool kemudian selamba mengkitai AS Monaco dan Deportivo La Coruna. Perlawanan hidup mati - menentang Olympiakos - ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama - kemudian menang 3-1 hasil pimpinan Steven Gerrard. Dan selebihnya - anda tahu apa yang berlaku di Istanbul.

Tapi itu cerita Sungai Mersey. Hari ini aku ingin bercerita tentang Sungai Klang pula. Cerita-cerita K Devan kena pecat tu semua dah berlalu. Dan semalam bebudak Pavillion Boyz akhirnya disenyapkan oleh "The Best Team In Malaya" - juara 32 kali, Selangor.

Macam resmi Liverpool - mula-mula macam cannot go je - last-last cempien. Begitulah gamaknya Selangor - bakal menjuarai kejuaraan ke 33. No problem.

Lawan Perak dan pasukan budu - mungkin kuat - tapi seperti Liverpool dan lagu Ring of Fire - saya percaya - Misi 33 tidak lagi mustahil.

MKLK!

Tuesday, September 20, 2011

Bai-bai abam Devan

"Sabarlah kosh, takde rejeki letewww" Rudie menenangkan Devan setelah Selangor sah menamatkan khidmat beliau.

K.Devan sah meletak jawatan sebagai pengendali pasukan Selangor. Ececeh, letak jawatan konon. Padahal nak kena pecat. Konon nak bagi sedap la tu? Suka hati mu la. Walaupon begitu, K.Devan masih lagi merupakan antara jurulatih yg memiliki rekod kejuaraan terbanyak setakat ini ; 3X Juara Liga Super, 1X Liga Premier, 1X Piala FA dan 2X Piala Sultan Haji Ahamd Shah. Piala Malaysia je dia tak pernah menang.

K.Devan juga mempunyai gelaran tersendiri dimata peminat bolasepak tempatan iaitu "Mr. Puas Hati". Ya, Devan seorang yg senang untuk berpuas hati. Jarang la nak tengok dia tak puas hati. Mari kita lihat betapa berpuas hatinya Devan ini.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

"Saya sangat berpuas hati dengan permainan anak buah saya malam ni. Walaupon kalah, kita lebih banyak menguasai bola" - Devan ketika ditanya mengenai persembahan Selangor selepas tewas dengan T-Team pada perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia.

"Ya, saya berpuas hati Selangor dibelasah 5-1dengan Kelantan di Stadium Shah Alam. Sepatutnya kita kalah 12-1, tapi pertahanan kita bermain dengan baik kerana hanya memboloskan separuh sahaja gol yg sepatutnya dijaringkan. Jadi saya puas hati" - K.Devan ketika ditemubual selepas Selangor diratah Kelantan pada semi Piala FA.


"Saya puas hati dengan pencapaian Selangor mendapat tempat ke-3 liga Super. Cukup puas hati. Kita juga layak ke semi FA Cup, cukup puas hati. Terbaru, kita hampir terkandas Piala Malaysia di peringkat kumpulan. Itu pon saya cukup puas hati. Cuba you tengok Pahang, Melaka n Penang, grouping pon x masuk. Jadi saya puas hati Selangor berada di atas PDRM dalam kumpulan D ketika ini. Cukup puas hati" - Devan semasa diminta mengulas persembahan Selangor setakat musim ini.


"Saya puas hati dengan misi 33 kali ni. Saya minta peminat Selangor terus B3LI3VE terhadap kepuashatian saya. Selangor harus berbangga mereka ada koleksi 32 kali juara Piala Malaysia, tapi satu pon tak dihasilkan masa saya jadi coach Selangor ni. Jadi fan Selangor memiliki alasan kukuh seperti Liverpool; sentiasa mengenangkan memori silam mereka. Tapi skarang Selangor selalu kalah dan bermain seperti Arsenal, jadi saya puas hati. Bukan mudah untuk memberi gelaran Liverpool Jelmaan Malaysia / Arsenal Jelmaan Malaysia dekat Selangor ni" - K.Devan semasa ditemui di rumah terbuka Menteri Besar Selangor di i-city beberapa minggu yg lepas.

"Saya puas hati dengan kehadiran penyokong di Stadium Shah Alam ini, sangat puas hati" - ujar K.Devan selepas ditanyakan soalan mengenai kehadiran 897 orang peminat Merah Kuning yg datang ke Stadium Shah Alam yg berkapasiti 70,000 orang penonton.

"Saya puas hati dengan pemecatan ini. Eh silap, perletakan jawatan ini. Saya puas hati. At least saya kena buang pada hujung musim. You compare dengan Ahmad Yusof (Kedah), dia kena pecat lagi awal tawww. So, I sangat puas puas hati" - jawab K.Devan ketika diminta mengulas perletakan jawatan beliau.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Merah kuning lambang kebanggaan
K.Devan merancang kegagalan
Gemuruh sorakan menggegarkan
Misi 33 boleh la bawak ke tahun depan

hik hik hik. Sementara itu media ada menyatakan Kenny Daglish dan Arsene Wenger berkira-kira untuk menjadi pengendali Selangor musim depan selepas kedudukan mereka di Liverpool dan Arsenal semakin hari semakin tak menentu.

Walaubagaimanapon, bila ditanya peminat Selangor mengenai pilihan mereka untuk mengemudi The Red Giant ni, hampir 95% daripada mereka bersepakat memilih pengendali hebat dari seberang...



 Semakin hampir ke Stadium Shah Alam

*Ni entri rekaan semata-mata. Statement first Devan je yg betul, yg lain tu gua reka je. keh keh. Jangan K.Devan saman gua lepas ni sudah la, memang betul-betul dia x puas hati nanti.

Untuk Wayne Rooney dan Fernando Torres...

Syukur berkat tunjuk ajar akak cun netball - akhirnya Fernando Torres ingat balik menjaringkan gol. Berkat doa dan tunjuk ajar akak netball - Fernando Torres menjaringkan gol - lagi bertambah syukur menjaringkan gol di Old Trafford pusat syaiton berkubu.

Pun begitu - akak netball lupa nak ajar cara-cara nak sepak penalti. Takpe, video ini boleh dijadikan contoh Fernando Torres untuk menjaringkan penalti pada masa akan datang.

Wayne Rooney pun boleh tengok kalau dia nak belajar juga.



Sementara itu...............

Walaupun menang 6574974649746457979649 gol lawan Liverpool sekalipun - tak guna kalau tak juara Eropah lima kali.



Bilalah Bassong, Gareth Bale dan rakan-rakan nak cium piala Telinga Beso ni yer?

Saturday, September 17, 2011

.Wordless Anyday




Percayalah 33

Friday, September 16, 2011

pusingan pertama.

sebagaimana yang kita semua tahu, pusingan pertama untuk peringkat kumpulan Piala Malaysia 2011 telah pun tamat. dan macam biasa, Sokerleaks akan lambat sedikit apdet dan buat ulasan untuk setiap perlawanan yang terlibat. nak lari dari kebiasaan lah katakan.


KUMPULAN A

PERAK         (2) - (1) KEDAH – Tamat Perlawanan 


SABAH         (3) - (1) JOHOR – Tamat Perlawanan 



baik untuk kumpulan A, keputusannya tak ada lah yang banyak memeranjatkan saya. macam biasa Perak dengan konsisten kemenangannya dan Kedah masih menjadi pasukan Harapan Tinggal Harapan sejak dari liga Super lagi. tak banyak yang kita boleh cerita tentang perlawanan Sabah dan Johor. dua-dua pasukan diramal takkan melangkah masuk ke pusingan suku akhir. tapi itulah, don't judge a book by it's cover. ahh, tak percaya aku dengan frasa ni. semua ni dakyah British!


KUMPULAN B 
N.SEMBILAN    (1) - (0) TERENGGANU - Tamat Perlawanan


PKNS          (1) - (0) SIME DARBY – Tamat Perlawanan 

baik, untuk kumpulan B pula, sudah pastinya seluruh isi dunia terkejut apabila juara Piala FA 2011 ditewaskan oleh pasukan Apo Kono Ejang yang ditunjangi oleh Ayu Raudhah dan Rita Rudaini. tapi nampak gaya dua-dua tak main itu hari. dengan cerita injured, entah apa lah injured yang teruk sangat. untuk perlawanan antara PKNS dan Sime Darby pula cuma lah perlawanan pelengkap jadual. dan dari sudut layak tak layak, kita boleh lihat dua-dua team ni pun lebih kurang sama dengan Sabah dan Johor. tapi tu la, Don't Judge A book by it's cover. ahh.


KUMPULAN C 
SARAWAK       (0) - (1) JOHOR FC – Tamat Perlawanan

FELDA UTD [2] - [0] KELANTAN – Tamat Perlawanan


hah, siapa pun tak sangka team Satu Bintang dikalahkan mengejut oleh pasukan King Of Sawit juga pasukan pilihan pengulas kami, Poyotito's. biarpun peluang-peluang yang dimiliki oleh TRW dalam perlawanan tersebut bagaikan infiniti, namun keputusan muktamad tetap juga tidak mampu mereka tandingi. Isa Samad pastinya dalam usaha menambah baikkan prasarana-prasarana yang tedapat di felda-felda di seluruh Malaysia selepas perlawanan ini, itupun kalau dia betul-betul pro-Bola. manakala perlawanan team kenyalang menentang team lebah tak ada banyak yang boleh kita sembangkan. ia cumalah perlawanan dua pasukan underdog, sama macam pasukan Sabah, Johor, PKNS, Sime Darby. tapi itulah, Don't Judge A Book by It's Cover. ahh, cilake British, cilake!


KUMPULAN D 
KUALA .LUMPUR (0) - (0) SELANGOR - Tamat Perlawanan

 T-TEAM        (4) - (0) PDRM – Tamat Perlawanan 


kumpulan D menemukan dua seteru yang tinggal bersebelahan, iaitu pasukan Berto dan juara 32 kali, pasukan Deus, Nami dan Mofasad.  nampak gaya macam pasukan 32 kali kita tahun ni mempunyai peratus untuk layak ke suku akhir yang agak tipis. macam mana tak tipis, dengan T-Team pun boleh kalah. T-Team tu woi. dan pasukan 32 kali kita ni juga, digelar Manchester United Malaysia. dan sudah menjadi kerasionalan seorang peminat tegar bola sepak yang waras, untuk membenci Manchester United yang egonya sama tinggi dengan langit khirmizi. manakala pasukan Polis, tewas 4 berbalas 0 di tangan T-Team. biasa lah tu, fikir pasal nak jaga keamanan negara lagi, fikir pasal nak main bola lagi. habis siapa tak pening?


jadi, itu lah serba sedikit ulasan yang mampu saya lontarkan. mohon maaf dan ampun jika terkasar bahasa, terlebih bicara, tercakap yang tak kena.



Ramalanleaks , pasukan yang akan layak ke pusingan suku akhir : 

Perak, Kedah Negeri Sembilan, Terengganu, 
Felda UTD, Kelantan, T-Team, Kuala Lumpur.

Selangor mana?

kah kah kah!

Wednesday, September 14, 2011

Jalan Menuju Munich - Hari Pertama



Allianz Arena - atau Arroganz Arena bagi sesetengah ultra Bayern yang tidak senang dengan kedudukan stadium ini yang jauh ke utara bandaraya Munich - serta mereka yang masih menyintai nostalgia Olympiastadion Munich 1972 yang menyaksikan pembunuhan atlet Israel pada bulan September Sukan Olimpik oleh pergerakan pejuang kemerdekaan Palestin.

Anyway sebagai penyokong Liverpool saya sentiasa ada nostalgia dengan Champions League. Walaupun pasukan kami tidak bermain dalam Champions League pada kali ini, kita semua tahu bahawa lima adalah lebih baik dari tiga. Dan dari pasukan konon urban London yang tak pernah menang pun. Buat apa masuk tapi asyik kalah je. Baik kadang-kadang masuk kadang-kadang tak - tapi power. Macam ikutkan Arab Saudi tu aku rasa tahun 2010 ni je tak masuk World Cup - tahun-tahun lain masuk, tapi kalah juga. Tak guna masuk banyak-banyak tapi tak menang lima kali. Real Madrid dengan AC Milan kes terkecuali. Team mereka lejen.

Dan tidak ada kejohanan benua lebih popular dari Kejohanan Eropah. Bahkan orang Asia pun tak ambik pot AFC Champions League. Copa Libertadores? Saya yang menonton liga Amerika Latin pun pening dengan sistem kelayakannya apatah lagi anda yang tak menontonnya. Kalau ada yang faham saya tabik spring - lepas ni boleh tulis segmen Vamos Futbol.

Tahun ini 32 pasukan dari 18 buah negara dari Eropah akan bertarung untuk menuju ke Munich. Munich, ibu kota negeri Bavaria yang pernah menjadi nadi kekuatan Nazi Germany. Bavaria juga adalah pusat dimana bekas-bekas ahli Templar Knights yang melarikan diri dari kekejaman Pope Clement V dan King Phillip IV Raja Perancis yang menghukum mereka atas alasan murtad dari ugama Kristian - dan akhirnya berkumpul di negeri Bavaria ini - sebelum keturunan mereka dari Bani Anglo-Saxon menubuhkan apa yang dipanggil Freemason. Bavaria juga adalah negeri tempat kelahiran pengasas Illuminati, Adam Weisphaut. Sebab tu logo Bayern Munich ada petak-petak macam lantai Lodge Mason. Ini memang kelab Illuminati dan Freemason.

Jadi kita kembali ke bolasepak. Kita mulakan dengan Milan vs Barcelona. Sejarah menunjukkan bahawa pada tahun 1994 titki-taka mudah dikitai Rossoneri, dan kelab Itali. Bagi hemat saya pasukan Itali memang akan boleh lawan dengan kacisnya menentang titki-taka. Pada perlawanan semalam seawal minit pertama - saya sudah menyorak kegembiraan. Tetapi sejarah juga membuktikan Milan ni awal-awal je power lepas tu lembik. Tak caya tanya fan Liverpool macam saya apa yang berlaku di Istanbul.

Ya - saya nampak Lionel Messi bersungguh-sungguh mengucar-gacirkan pertahanan AC Milan tapi kita semua tahu 'catenaccio' Itali - defensive Itali adalah sukar sesukar untuk menyelesaikan matematik kompleks. Man United vs AS Roma 2007 lain cerita. Apabila Pedro menjaringkan gol - saya yakin Aisa Linglung akan turut menyumpah seranah. Atau dia mungkin sibuk dalam menguruskan perkahwinannya yang akan datang.

David Villa menjaringkan gol membuatkan saya menyampah untuk tengok TV, bukak sekali-sekala menonton Chelsea bagus juga. Mana tahu Fernando Torres akan menjaringkan gol. Termimpi-mimpi juga membayangkan Fernando Torres menjaringkan gol. Mesti berahi macam Leah Dizon atau Misa Campo menari pole dance depan saya.

Pada akhirnya - akhirnya - AC Milan menggegar jaring goalkeeper si Haji Valdes. Kita semua tahu pemain Barcelona paling lembik adalah Haji Valdes. Kalau defend boleh dimakan nescaya gawang Haji Valdes akan berkenduri gol. Haji Valdes mana terror macam keeper Stoke City, keeper Stoke City saya anggap dia "dewa".

Sementara itu saya mendapat berita dari salah satu pasukan pilihan saya - Borussia Dortmund - juara 1997 - menentang dengan pasukan 8-2. Pasukan 8-2 ini yang masih menjadi sandaran Leplep walaupun kita semua tahu gol menentang Swansea adalah gol nasib. Anyway Robin van Puss..opps, Persie telah merobek jaring Borussia dan ini mencalar ego juara 1997 itu. Mana boleh team tak pernah menang Champions League ni menang lawan team yang pernah menang, ye tak? Bila pada 2 minit akhir Borussia mengegar gol - oleh Ivan Perisic ini memang menggembirakan saya.

Jadi malam ini pertarungan dua kelab pasukan favorite saya akan menentang - kebetulan dua-dua dari bandar Manchester. Napoli akan menentang Manchester City manakala Benfica akan bertemu Manchester United. Walaupun pasukan pilihan saya macam Napoli, Dortmund atau Benfica tidak akan diberi harapan popular, saya tetap menyokong mereka. Napoli adalah pasukan serie A yang saya sokong semenjak djaman Diego Maradona lagi. Benfica pula saya sokong dalam liga Portugal kerana saya suka Eusebio. Pasukan Linglung - Real Madrid akan ke Zagreb bertemu pasukan sabun basuh Dynamo. Pasukan Berto Bayern Munich pula akan bertemu Villareal.


Sementara itu..........




KUALA LUMPUR 26 Julai 2011:

Penyerang £50 juta Chelsea Fernando Torres berkata bahawa dia masih tidak lupa cara-cara untuk menjaringkan gol.



Sekadar untuk mengingatkan anda Fernando.

Cerita Real Madrid 2011/2012


Musim baru bola sepak Sepanyol dah sebulan membuka tirai dan seperti yang dijangka, Real Madrid semakin power dan Barcelona makin hanyut dengan pujian melangit dan budak baru mereka yang bernama Fabregas iaitu bekas anak lelaki kesayangan si tua ganyut Wenger cengkung. 2 game pertama Real Madrid di La Liga berakhir dengan 10 biji sumbatan gol daripada pemain belaan Mourinho ini, dan semestinya berakhir dengan 2 menang. 

Siapa pemain yang power-power tu?

5 budak baru; 

Nuri Sahin. 23 tahun. Jersi 5.

 Pemain berdarah Turki yang juga mempunyai kerakyatan kedua dengan Jerman ni diikat kontrak selama 6 tahun. Secara matematiknya, selepas 6 tahun tu, dia akan berumur 29 tahun. Harga beli adalah 10 juta. Setakat ni belum main lagi sebab cedera parah semasa bermain dalam perlawanan persahabatan untuk Real Madrid. Jadi gua tak mahu terlalu awal membuat taksiran atas keberbaloian pemain ini dari segi persembahan atas padang. Dari segi rekod, gua taksir sebagai berbaloi-baloi.

Hamit Altintop. 28 tahun. Jersi 16.

Seorang lagi pemain Turki. Yang ini nama dia Hamit Altintop. Dia dibeli oleh Real Madrid secara friofcas dan semestinya tanpa cengkeram. Atas faktor umur dia yang dah nak menjengah 3 series, dia diikat secara kontrak hanya selama 4 tahun, kurang 3 tahun daripada Sahin. Secara dasarnya, ramai dok berborok di warung-warung kopi serata bandaraya Madrid yang dia ini dipilih untuk membarisi skuad Real Madrid oleh Mourinho atas faktor keversatilitiannya yang boleh digunapakai oleh Mourinho sebagai 'utility player. Dia boleh main wing back kiri dan kanan juga di bahagian sayap menyerang kiri dan kanan. Berbaloi ke tidak? Nama pun tip top. Pengalaman pun banyak. Tunggu dia main nanti tengok macamana pergi.

Jose Callejon. 24 tahun. Jersi 21.

 Bekas pemain akademi Real Madrid yang berkelana ke Espanyol selama 3 musim untuk mencari peluang bermain first team setelah gagal curi-curi ruang untuk beraksi di Santiago Bernabeu dan akhirnya berjaya menarik minat Mourinho untuk membeli semula beliau dengan harga 5 juta lum sum tak ada hutang-hutang. Dia adalah seorang winger di belah sayap kiri dan bakal berebut posisi dengan Angel Di Maria, Ronaldo, Coentrao, Marcelo juga Altintop. Berbaloi? Mungkin.

 Raphael Varane. 18 tahun. Jersi 19.

Seorang bek tengah dari Perancis yang dicadangkan kepada Mourinho oleh Zidane. Zidane kabor budak ni power gila dan bakal menjadi antara lejen Perancis. Mourinho bersetuju dengan Zidane dan membeli budak ni juga secara cash dengan harga 10 juta daripada kelab Perancis, Lens. Dia menurunkan tandatangan untuk kontrak selama 6 tahun. Berbaloi

Fabio Coentrao. 23 tahun. Jersi 15.

30 juta harga dia. Untuk seorang left back /wing back, harga ini dikira mahal. Namun, Mourinho berjaya meyakinkpaksa pihak pengurusan untuk melabur duit juta-juta tersebut untuk mendapatkan pemain ini daripada Benfica. Setakat ni gua tengok, belum berbaloi-baloi lagi beli budak ni. Diikat selama 6 tahun. Tapi, masih terlalu awal untuk kita membuat rumusan. Ewahh!

Pemain-pemain lain adalah otai-otai dan lejen-lejen yang dah sinonim dengan skuad berjersi putih ni:


Iker Casillas - 30 tahun. Jersi 1. Kapten. Musim ke-12 beraksi untuk Real Madrid. Game pertama beliau beraksi menentang Athletic Bilbao. Masa tu, muda bergetah lagi saudara Casillas ini. Bukan main cuak lagi dia dalam game tu sampai kapten pasukan, Fernando Hierro terpaksa mengambil goal kick untuk kasi hilang gemuruh beliau. Dalam game tu, Casillas bolos 2 gol dan Real Madrid dapat 1 mata seri. La Liga dia dah menang. Piala Raja Sepanyol dia dah menang. Spanish Super Cup dia dah menang. European Super Cup dia dah menang. Champions League dia dah menang. Intercontinental Cup dia dah menang. Euro dia dah menang. World Cup dia dah menang. Engko nak apa lagi?

Carvalho - 33 tahun. Jersi 2. Bek tengah kesayangan Mourinho.

Pepe - 28 tahun. Jersi 3. Bek tengah berbadan striker dan lari laju gila. Kalau engko tengok, ada 3 bek dari Portugal, Carvalho - Pepe - Coentrao. Mourinho dari mana? Ini biasa. Biasalah tu, QPR pun nak sambar Safiq Rahim dan Safee Sali. Biasalah tu. Biasa.

Sergio Ramos -25 tahun. Jersi 4. Penolong kapten. Suka membuat overlap. Juga sukakan kad kuning dan kad merah. 

Sami Khedira - 24 tahun. Jersi 6. Pemain pilihan dalam kesebelasan utama Mourinho musim lepas. 

Ronaldo - 26 tahun. Jersi 7. Sumbat banyak gila gol musim lepas iaitu sebanyak 41 gol dalam La Liga. Powernya? Powernya? Musim baru ni, baru main 2 game dia dah sumbat 4 biji gol. Powernya! Powernya!

Kaka - 29 tahun. Jersi 8. Bertaraf abang-abang dalam pasukan. Masih disayangi jurulatih dan rakan sepasukan, juga para peminat. Kecederaan membataskan beliau daripada memberikan impak besar selepas dibeli dengan harga yang mahal.

Benzema - 23 tahun. Jersi 9. Musim lepas dia bermain dengan sangat gampang, sama dengan musim sebelumnya. Dia ibarat anak ayam kehilangan emaknya selepas berhijrah dari Lyon. Setiap game, dia main macam gampang. Kadang-kadang sangat gampang. Pemalas, melalut, tidur. dan macam-macam lagi tabiat yang sangat tidak cocok untuk seorang penyerang. Tapi musim baru ni dia ibarat seorang yang lain gila jika dibandingkan dengan musim lepas. Berjaya merampas takhta penyerang utama dari Higuain. Bagus, engko dah tak tidur macam dulu.

Ozil - 22 tahun. Jersi 10. Pemain kedua yang berbaloi-baloi dibeli selepas Ronaldo. Ini adalah taksiran kasar gua daripada segi permainan dan connection assist-goal antara beliau dan Ronaldo. Lebih daripada separuh gol-gol Ronaldo di'assist' oleh beliau. Lebih separuh. Powernya!Powernya!

Esteban Granero - 24 tahun. Jersi 11. Pemain bola sepak yang diasuh dari akademi Real Madrid. Bermain di posisi yang sama dengan Kaka dan Ozil. Pada gua, dia ni jika diberi peluang lebih, dia akan jadi antara lejen-lejen Real Madrid sebaris Raul. Cuma peluang tu sekarang bergantung pada kegigihan beliau sendiri. 

Marcelo - 23 tahun. Jersi 12. Pemain bek kiri yang mampu membantu dan membuat serangan dengan sangat baik. Musim lepas, dia menyumbat 5 butir gol dan 7 kali membantu rakan sepasukan membuat jaringan. Powernya! Powernya!

Antonio Adan - 24 tahun. Jersi 13. Menjadi kiper kedua lepas kontrak Dudek tidak disambung (kemudiannya beliau bersara). Dipercayai oleh Mourinho sebagai bayangan Casillas.

Xabi Alonso - 29 tahun. Jersi 14. Pemain yang ke-3 paling tua selepas Carvalho dan Casillas. Seorang yang tenang dan tidak berapa suka bergaduh. Beliau berjaya mengawal bahagian tengah bertahan pasukan dengan agak baik. Agak baik bukan bermakna sangat baik. Jadi, gua harapkan aksi yang lebih baik daripada beliau untuk musim ini.

Alvaro Arbeloa - 28 tahun. Jersi 17. Juga seorang pemain daripada sistem akademi Real Madrid.Mula beraksi untuk Real Madrid pada musim 2004/2005 namun gagal menyerlah. Dengan perasaan sedih dan berat hari, dia berkelana ke Deportivo untuk mencari peluang beraksi dalam kesebelasan utama dengan lebih kerap pada musim 2006. Separuh musim di Deportivo, pasukan sambil lewa, Liverpool menyambar beliau. Dek kerana ada orang tua senegara dia ketika itu di Liverpool iaitu Benitez, beliau bersetuju untuk berpindah. 3 musim di Liverpool, dia berjaya beraksi sebayak 93 kali. Kira power juga tu. Musim 2009, Real Madrid membeli dia semula dan sehingga sekarang dia antara pilihan utama untuk mengisi slot bek kanan dan kiri pasukan.

Raul Albiol - 26 tahun. Jersi 18. Bermain untuk pasukan Sepanyol dan Real Madrid di posisi bek tengah. Di Real, dia masih tabah untuk merebut tempat dengan Carvalho, Pepe, Ramos dan terbaru Raphael Varane.

Higuain - 23 tahun. Jersi 20. Striker yang pada gua sangat prolifik. Menurut budak ni, dia banyak belajar teknik-teknik menyumbat gol daripada abang Nistelrooy ketika mamat Belanda itu bermain untuk real Madrid beberapa tahun lepas. Sebelum game, kalau gua tengok line up ada nama dia ni gua memang boleh rasa yang game tu akan menang. Dia seorang lagi pemain yang powernya! Powernya!

Angel Di Maria - 23 tahun. Jersi 22. Lincah di kiri dan kanan sayap. Power menggelecek. Power membuat hantaran lintang dan mempunyai kelajuan yang memberangsangkan. Selepas 2 musim di Real Madrid, dia berkhidmat dalam 57 game, menyumbat 9 gol dan membuat 21 assist. Powernya!

Lassana Diara - 26 tahun. Jersi 24. Dia ni berbakat. Power menggentel. Cuma berbadan kecil sangat. Beberapa konflik telah membuatkan beliau disisihkan daripada senarai pemain pilihan utama Mourinho. Sayang seribu kali sayang.

Itu cerita pemain yang ada. Pemain yang keluar adalah:

Adebahaya. Dipinjam oleh Real Madrid di pertengahan musim 2010/2011 selepas Higuain mengalami cedera parah dan yang tinggal hanyalah Benzema yang agak lampi ketika itu. 

Ezequiel Garay - Dijual kepada Benfica. 

Sergio Canales - seorang anak muda Sepanyol yang gagal menyerlah bersaing dengan nama-nama besar di Real Madrid. Dipinjamkan kepada Valencia dengan yuran pinjaman sebanyak 1 juta. Main elok-elok dik, kalau perform kami panggil balik. Tengok macam Arbeloa dan Callejon tu.

Pedro Leon - Dipinjamkan kepada Getafe untuk 1 musim. Suka bertekak dengan Mourinho. Mourinho jadi semakin angin dengan beliau selepas Pedro Leon ini secara suka hati tak mengikut taktik dan arahan ketika masuk sebagai pemain gantian. Juga bergaduh dengan Fernando Gago. Last-last dua-dua kena buang. Apa pun tak dapat.

Fernando Gago - Dipinjamkan kepada kelab Itali, Roma selama 1 musim. Selalu cedera dengan sangat parah. Jadi macamana nak main bola?

Royston Drenthe - Budak ini pula masa mula-mula masuk diramal sebagai seorang budak yang power, sangat-sangat laju dan kaki gentel. Tapi sayang, sama macam Robinho, sikap sambil lewa dia membunuh peluang untuk lebih banyak beraksi dengan Real Madrid, terutamanya di bawah kendalian Mourinho. Musim lepas, dia dipinjamkan kepada kelab La Liga; Hercules dan beraksi sebanyak 16 kali (4 gol dan 1 assist). Bermain dengan sangat power di Hercules di awal musim lepas, membantu pasukan menewaskan Barcelona. Tapi lepas cuti tengah musim, dia pergi sambung cuti tanpa notis ataupun Absent Without Leave atau juga dikenali sebagai Missing in Action. Attitude dia memang tak boleh pergi.

Demikian sedikit sebanyak rebiu pasukan Real MAdrid untuk musim 2011/2012. Powernya! Powernya!

Sunday, September 11, 2011

Rough game play by gentleman


Nau Mai (Selamat Datang dalam bahasa maori). Sebenarnya dalam mesyuarat agung SokerLeaks yg lepas, ahli lembaga pengarah bersetuju untuk mengekalkan eksklusiviti bolasepak dalam blog SokerLeaks ini. Maknanya, untuk sukan-sukan lain seperti bola tampar, renang sirip mahupon dam aji, kena lah buat blog yg lain seperti CaturLeaks atau TinjuLeaks.

Tapi, sukar untuk meminggirkan sukan ragbi ini seperti sukan-sukan yg lain. Ye lah, rugby terkenal dengan gelaran "rough game play by gentleman". Jadi saya tetap akan mengupdate sedikit Piala Dunia Ragbi yg sedang rancak berlangsung di New Zealand ini. Buat masa ini, hanya 2 orang sahaja pengulas SokerLeaks yg melayan; saya dan juga nami. Dan kami berdua meminati pasukan yg sama; Los Pumas (cilaka punya Engleng buat try last-last minit, kalo dalam bola mesti ko kena lauk)


Los Pumas (Argentina)

Saya teruskan je lah dengan prediction siapa yg bakal menjulang trofi Webb Ellis ini. (Yang berkaler merah jadi group champion, yg kaler biru runner-up). Prediction ni dibuat hasil kajian membabi buta Prof. Zainal Keling.

Group A: New Zealand, France, Tonga, Canada, Jepun
Group B: England, Romania, Scotland, Argentina, Georgia
Group C: Ireland, Australia, Italy, USA, Russia
Group D: Namibia, Samoa, Afrika Selatan, Fiji, Wales

Jadi untuk QF, New Zealand akan melawan Argentina (walaupon sokong Argentina, gua rasa New Zealand tetap akan menang), England lwn France (France), Ireland lwn Afrika Selatan (Afrika) dan Australia lawan Wales.

Semi akan menenemukan Australia-France dan Afrika Selatan-New Zealand. Sampai stage ni dia payah skit nak ramal. Tapi aku syak Australia akan jumpa New Zealand kat final yg akan end-up, New Zealand akan menang dan diakhir perlawanan mereka akan buat hakka sambil separa bogel.

Itu sahaja laporan kami dari New Zealand. Akhir tulisan, tontonlah video ini buat para peminat bolasepak semua.



 

Hehehe, budak-budak Arsenal la yg patut terasa ni.

Bolasepak Minggu Ini



Gambar atas: Keeper Stoke City.

Anyway kalah penalti 1-0 memang memeritkan. Ini mengingatkan aku terhadap Italia 1990 - Germany 1-0 Argentina dimana jaringan Andreas Brahme hasil diving Rudi Voeller. Dalam hal ni bukan sebab Stoke City diving - tapi disebabkan Carragher melakukan kekhilafan - biasalah, manusia biasa.

Anyway - Arsenal menang pertama kali menentang Swansea. Seperti yang kawan aku cakap ini adalah minggu ini baru bermula minggu Arsenal. Kesian - orang lain dah start lama dia baru nak start. Takpelah - dapat 3 mata mungkin dapat memujuk hati Wenger yang telah dilukai oleh Fabregas dan Nasri. Bagilah sinar harapan Leplep yang baru nak bergembira selepas berduka selama ni.

Ah, malas pulak nak cerita tentang Manchester United. Kalau aku seorang Mancini aku mesti tension - asal team aku buat gempak belasah team Berto 5-1 je - si Man United gi belasah Arsenal sampai lapan. Bila Aguero buat hattrick baru la berlagak - Rooney berturut-turut buat hattrick. Apa makan MU ni? Korang bela saka ke?

Sementara itu di Shah Alam - Selangor menewaskan Polis 2-0. Ini berita gembira bagi anak buah K Devan selepas kalah mengejut dengan T-Team. Selepas ini menanti kunjungan pasukan Kuala Lumpur yang disokong Berto di Stadium Selayang, SELANGOR. Agak-agak kalau kerek semacam je team KL ni - Sultan Selangor kena ban dorang dari main kat Selayang. Pergi main kat Dataran Merdeka lagi bagus.

Titki-taka Barca pun tak menjadi hari ini - seri 2-2 dengan Real Sociadad. Pada saat aku menulis ni game Real Madrid belum habis lagi dan result 3-2.

Sementara itu....



KUALA LUMPUR 26 Julai 2011:

Penyerang £50 juta Chelsea Fernando Torres berkata bahawa dia masih tidak lupa cara-cara untuk menjaringkan gol.



Sekadar untuk mengingatkan anda Fernando.

Sunday, September 4, 2011

Nenek Perkasa


'Nenek Perkasa' adalah sebuah telemovie yg pernah ditayangkan oleh Astro tak lama dulu. Aku sempat la tengok kejap, dan hasilnya sangat-sangat _____________ (lu orang isi la sendiri, kalau pernah tengok la).

Di Sepanyol juga ada golongan nenek yg bermain bolasepak. Digelar El-Chiquitin, yang membawa maksud kecil. Sila usha video ni, siapa tak tengok dia rugi-gila-bak-hang.


Keh keh keh, ini lagi power dari "nenek perkasa" yg astro tayang tu. Ada part kelakar (pass like barcelona, amboiii), ada juga part sedih time dekat pasar dan nenek kesorangan di rumah, kena la gaya time-time raya ni dia punya sedih ye dak?

Itu sahaja dari saya kali ni, enjoy the video. Kalau siapa yg dah tengok lama dah lepas tu nak rage "oi, ko ni slowpoke la", gua mintak maap banyak-banyak ye. Aummm

Thursday, September 1, 2011

Raul Meireles



"Awat la hang buat lagu macam tu, cheq kat sini dah menyesal tak berlagu dah. Hang ni tak piqiaq dulu la. Belum sempat cheq cakap hang dah pi sign. Hang tak piqiaq ke cheq hari-hari dok risau John Terry tibai bini cheq. Hang bukan tau orang London macam mana. Lantak pi hang la. Takpa la, ada jugak kawan cheq no. Boring orang London ni mana best macam kita dulu-dulu. Banner pun pi bantai kopipes. Malu aku weh"

- Fernando Torres dalam perjalanan pulang dari balik kampung.