Wednesday, September 14, 2011

Jalan Menuju Munich - Hari Pertama



Allianz Arena - atau Arroganz Arena bagi sesetengah ultra Bayern yang tidak senang dengan kedudukan stadium ini yang jauh ke utara bandaraya Munich - serta mereka yang masih menyintai nostalgia Olympiastadion Munich 1972 yang menyaksikan pembunuhan atlet Israel pada bulan September Sukan Olimpik oleh pergerakan pejuang kemerdekaan Palestin.

Anyway sebagai penyokong Liverpool saya sentiasa ada nostalgia dengan Champions League. Walaupun pasukan kami tidak bermain dalam Champions League pada kali ini, kita semua tahu bahawa lima adalah lebih baik dari tiga. Dan dari pasukan konon urban London yang tak pernah menang pun. Buat apa masuk tapi asyik kalah je. Baik kadang-kadang masuk kadang-kadang tak - tapi power. Macam ikutkan Arab Saudi tu aku rasa tahun 2010 ni je tak masuk World Cup - tahun-tahun lain masuk, tapi kalah juga. Tak guna masuk banyak-banyak tapi tak menang lima kali. Real Madrid dengan AC Milan kes terkecuali. Team mereka lejen.

Dan tidak ada kejohanan benua lebih popular dari Kejohanan Eropah. Bahkan orang Asia pun tak ambik pot AFC Champions League. Copa Libertadores? Saya yang menonton liga Amerika Latin pun pening dengan sistem kelayakannya apatah lagi anda yang tak menontonnya. Kalau ada yang faham saya tabik spring - lepas ni boleh tulis segmen Vamos Futbol.

Tahun ini 32 pasukan dari 18 buah negara dari Eropah akan bertarung untuk menuju ke Munich. Munich, ibu kota negeri Bavaria yang pernah menjadi nadi kekuatan Nazi Germany. Bavaria juga adalah pusat dimana bekas-bekas ahli Templar Knights yang melarikan diri dari kekejaman Pope Clement V dan King Phillip IV Raja Perancis yang menghukum mereka atas alasan murtad dari ugama Kristian - dan akhirnya berkumpul di negeri Bavaria ini - sebelum keturunan mereka dari Bani Anglo-Saxon menubuhkan apa yang dipanggil Freemason. Bavaria juga adalah negeri tempat kelahiran pengasas Illuminati, Adam Weisphaut. Sebab tu logo Bayern Munich ada petak-petak macam lantai Lodge Mason. Ini memang kelab Illuminati dan Freemason.

Jadi kita kembali ke bolasepak. Kita mulakan dengan Milan vs Barcelona. Sejarah menunjukkan bahawa pada tahun 1994 titki-taka mudah dikitai Rossoneri, dan kelab Itali. Bagi hemat saya pasukan Itali memang akan boleh lawan dengan kacisnya menentang titki-taka. Pada perlawanan semalam seawal minit pertama - saya sudah menyorak kegembiraan. Tetapi sejarah juga membuktikan Milan ni awal-awal je power lepas tu lembik. Tak caya tanya fan Liverpool macam saya apa yang berlaku di Istanbul.

Ya - saya nampak Lionel Messi bersungguh-sungguh mengucar-gacirkan pertahanan AC Milan tapi kita semua tahu 'catenaccio' Itali - defensive Itali adalah sukar sesukar untuk menyelesaikan matematik kompleks. Man United vs AS Roma 2007 lain cerita. Apabila Pedro menjaringkan gol - saya yakin Aisa Linglung akan turut menyumpah seranah. Atau dia mungkin sibuk dalam menguruskan perkahwinannya yang akan datang.

David Villa menjaringkan gol membuatkan saya menyampah untuk tengok TV, bukak sekali-sekala menonton Chelsea bagus juga. Mana tahu Fernando Torres akan menjaringkan gol. Termimpi-mimpi juga membayangkan Fernando Torres menjaringkan gol. Mesti berahi macam Leah Dizon atau Misa Campo menari pole dance depan saya.

Pada akhirnya - akhirnya - AC Milan menggegar jaring goalkeeper si Haji Valdes. Kita semua tahu pemain Barcelona paling lembik adalah Haji Valdes. Kalau defend boleh dimakan nescaya gawang Haji Valdes akan berkenduri gol. Haji Valdes mana terror macam keeper Stoke City, keeper Stoke City saya anggap dia "dewa".

Sementara itu saya mendapat berita dari salah satu pasukan pilihan saya - Borussia Dortmund - juara 1997 - menentang dengan pasukan 8-2. Pasukan 8-2 ini yang masih menjadi sandaran Leplep walaupun kita semua tahu gol menentang Swansea adalah gol nasib. Anyway Robin van Puss..opps, Persie telah merobek jaring Borussia dan ini mencalar ego juara 1997 itu. Mana boleh team tak pernah menang Champions League ni menang lawan team yang pernah menang, ye tak? Bila pada 2 minit akhir Borussia mengegar gol - oleh Ivan Perisic ini memang menggembirakan saya.

Jadi malam ini pertarungan dua kelab pasukan favorite saya akan menentang - kebetulan dua-dua dari bandar Manchester. Napoli akan menentang Manchester City manakala Benfica akan bertemu Manchester United. Walaupun pasukan pilihan saya macam Napoli, Dortmund atau Benfica tidak akan diberi harapan popular, saya tetap menyokong mereka. Napoli adalah pasukan serie A yang saya sokong semenjak djaman Diego Maradona lagi. Benfica pula saya sokong dalam liga Portugal kerana saya suka Eusebio. Pasukan Linglung - Real Madrid akan ke Zagreb bertemu pasukan sabun basuh Dynamo. Pasukan Berto Bayern Munich pula akan bertemu Villareal.


Sementara itu..........




KUALA LUMPUR 26 Julai 2011:

Penyerang £50 juta Chelsea Fernando Torres berkata bahawa dia masih tidak lupa cara-cara untuk menjaringkan gol.



Sekadar untuk mengingatkan anda Fernando.

3 comments:

Abdbuk said...

bgus2......

dear anies said...

keeper stoke satu skolah ngan keeper felda utd..

alahai torres... mungkinkah nasib ko sama dengan benayun?

Ozgur Cek said...

i like vamos futbol..