Friday, September 16, 2011

pusingan pertama.

sebagaimana yang kita semua tahu, pusingan pertama untuk peringkat kumpulan Piala Malaysia 2011 telah pun tamat. dan macam biasa, Sokerleaks akan lambat sedikit apdet dan buat ulasan untuk setiap perlawanan yang terlibat. nak lari dari kebiasaan lah katakan.


KUMPULAN A

PERAK         (2) - (1) KEDAH – Tamat Perlawanan 


SABAH         (3) - (1) JOHOR – Tamat Perlawanan 



baik untuk kumpulan A, keputusannya tak ada lah yang banyak memeranjatkan saya. macam biasa Perak dengan konsisten kemenangannya dan Kedah masih menjadi pasukan Harapan Tinggal Harapan sejak dari liga Super lagi. tak banyak yang kita boleh cerita tentang perlawanan Sabah dan Johor. dua-dua pasukan diramal takkan melangkah masuk ke pusingan suku akhir. tapi itulah, don't judge a book by it's cover. ahh, tak percaya aku dengan frasa ni. semua ni dakyah British!


KUMPULAN B 
N.SEMBILAN    (1) - (0) TERENGGANU - Tamat Perlawanan


PKNS          (1) - (0) SIME DARBY – Tamat Perlawanan 

baik, untuk kumpulan B pula, sudah pastinya seluruh isi dunia terkejut apabila juara Piala FA 2011 ditewaskan oleh pasukan Apo Kono Ejang yang ditunjangi oleh Ayu Raudhah dan Rita Rudaini. tapi nampak gaya dua-dua tak main itu hari. dengan cerita injured, entah apa lah injured yang teruk sangat. untuk perlawanan antara PKNS dan Sime Darby pula cuma lah perlawanan pelengkap jadual. dan dari sudut layak tak layak, kita boleh lihat dua-dua team ni pun lebih kurang sama dengan Sabah dan Johor. tapi tu la, Don't Judge A book by it's cover. ahh.


KUMPULAN C 
SARAWAK       (0) - (1) JOHOR FC – Tamat Perlawanan

FELDA UTD [2] - [0] KELANTAN – Tamat Perlawanan


hah, siapa pun tak sangka team Satu Bintang dikalahkan mengejut oleh pasukan King Of Sawit juga pasukan pilihan pengulas kami, Poyotito's. biarpun peluang-peluang yang dimiliki oleh TRW dalam perlawanan tersebut bagaikan infiniti, namun keputusan muktamad tetap juga tidak mampu mereka tandingi. Isa Samad pastinya dalam usaha menambah baikkan prasarana-prasarana yang tedapat di felda-felda di seluruh Malaysia selepas perlawanan ini, itupun kalau dia betul-betul pro-Bola. manakala perlawanan team kenyalang menentang team lebah tak ada banyak yang boleh kita sembangkan. ia cumalah perlawanan dua pasukan underdog, sama macam pasukan Sabah, Johor, PKNS, Sime Darby. tapi itulah, Don't Judge A Book by It's Cover. ahh, cilake British, cilake!


KUMPULAN D 
KUALA .LUMPUR (0) - (0) SELANGOR - Tamat Perlawanan

 T-TEAM        (4) - (0) PDRM – Tamat Perlawanan 


kumpulan D menemukan dua seteru yang tinggal bersebelahan, iaitu pasukan Berto dan juara 32 kali, pasukan Deus, Nami dan Mofasad.  nampak gaya macam pasukan 32 kali kita tahun ni mempunyai peratus untuk layak ke suku akhir yang agak tipis. macam mana tak tipis, dengan T-Team pun boleh kalah. T-Team tu woi. dan pasukan 32 kali kita ni juga, digelar Manchester United Malaysia. dan sudah menjadi kerasionalan seorang peminat tegar bola sepak yang waras, untuk membenci Manchester United yang egonya sama tinggi dengan langit khirmizi. manakala pasukan Polis, tewas 4 berbalas 0 di tangan T-Team. biasa lah tu, fikir pasal nak jaga keamanan negara lagi, fikir pasal nak main bola lagi. habis siapa tak pening?


jadi, itu lah serba sedikit ulasan yang mampu saya lontarkan. mohon maaf dan ampun jika terkasar bahasa, terlebih bicara, tercakap yang tak kena.



Ramalanleaks , pasukan yang akan layak ke pusingan suku akhir : 

Perak, Kedah Negeri Sembilan, Terengganu, 
Felda UTD, Kelantan, T-Team, Kuala Lumpur.

Selangor mana?

kah kah kah!

5 comments:

Cob Nobbler said...

Kau tunggu Paul Scholes dengan Robbie Fowler masuk Selangor.Jaga kau, jaga!

p/s:pasti akan ada tangan2 ghaib yang akan membantu Selangor.Kamon la takkan KL vs Felda United final?Tak profitable lah.

Berto said...

apa pulak x profitable kalo Felda masuk final?

ko bayangkan, kat Johor ada felda, kat Pahang ada, Negeri sembilan ada, perlis ada kat chuping, gua musang pon ada felda, kat sabah pon ada jugak belah Lahad Datu.

bayangkan, semua org negeri2 ni kalo sapot felda, x muat aku rasa Bukit Jalil tu.

silap2 fan selangor pon sokong Felda sbb sngor ada Felda Soeharto. kah kah

Cob Nobbler said...

Felda di Bumi Permata kartun ujang lagi best.

Mat Sabu said...

33 kali?keh4

dear anies said...

can i say gud bye to 33? ;-)