Showing posts with label piala fa. Show all posts
Showing posts with label piala fa. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

Laporan & Statistik : Final Piala FA, Sime Darby vs Kelantan


Bukit Jalil, 19 Mei - Jaringan sepakan penalti oleh Ghaddar pada minit ke-59 membawa Kelantan muncul juara Piala FA buat kali pertama. Full house di Stadium Bukit Jalil dengan rata-rata penyokong dari Kelantan membanjiri stadium menenggelamkan penyokong Sime Darby, kira-kira 10% dari jumlah kapasiti stadium yang dibenarkan.

Perlawanan ini turut disaksikan sendiri oleh Presiden Kelantan FA iaitu Tan Sri Anuar Musa dari tempat duduk biasa di mana, kemenangan ini cukup manis buat beliau yang dalam proses menjalani hukuman dari FAM.

statistik penuh perlawanan akhir Piala FA


maklumat terperinci perlawanan akhir Piala FA

Sejujurnya, perlawanan ini membosankan, tidak mencerminkan tahap permainan sebenar saingan akhir Piala FA yang diidam-idamkan. Harus diakui, beginilah tahap permainan bola sepak di Malaysia dan perubahan harus dilaksanakan demi meningkatkan lagi kualiti permainan. Sila rujuk FAM.
  • kedua-dua pasukan bermain dengan penuh berhati-hati sepanjang permainan
  • tiada urgency dalam mencari gol awal atau pendahuluan
  • kurang percubaan-percubaan tepat ke sasaran
  • gerakan banyak berkisar dibahagian tengah dan mudah dipatahkan pertahanan lawan
  • kurang kretiviti di bahagian tengah dalam membuat serangan
  • ketumpulan barisan serangan menghasilkan jaringan

statistik playmaker Sime Darby vs Kelantan

Tak perlu diulas panjang. Tahniah untuk pasukan Kelantan dengan mencipta sejarah menjulang Piala FA buat kali pertama dalam sejarah setelah mencuba sebanyak 3 kali di pentas final. Kelatan juga dijangka mampu mencipta double jika menjuarai Liga Super, di mana ketika ini ketinggalan 4 mata tetapi memiliki kelebihan 5 perlawanan berbanding pendahulu liga.

Tahniah juga untuk pasukan Sime Darby, menjadi kelab pertama dalam sejarah melayakkan diri beraksi di peringkat final. Tidak perlu berasa terlalu kecewa kerana pasukan ini dilabel sebagai pasukan underdog dan jika diuruskan dengan betul, tidak mustahil menjadi salah satu kelab terbaik di Malaysia, menyaingi Johor FC, T-Team, dan Felda United.

Sunday, May 15, 2011

Kelantan mengamuk, Selangor dibelasah, Rasuah?


Kelantan. Ya, Kelantan yang hebat yang ganas yang sedap yang terbaik! Ok cukup setakat tu. Belasah team lawan dengan kiraan gol yang banyak bukan tak biasa oleh kem The Red Warrior. Semua musuhnya diterajang tersungkur dalam keadaan memilukan.

Namun bagi The Red Giant dibelasah sedemikian rupa amatlah mustahil bagi mereka. Paling banyak tak silap 3 gol oleh Terengganu. Kali terakhir Selangor dibaham pada tahun 2008. Juga oleh The Red Warrior dalam aksi piala Malaysia di Kota Bharu, dengan keputusan 2-5.

Kalau nak cerita pasal perlawanan semalam mungkin gua tak berapa betul sangat sebab gua tak tengok secara langsung perlawanan dan bukan berada di stadium. Mungkin orang yang ada dalam stadium lebih mengetahui.

Dari segi corak permainan memang Kelantan yang pegang. Dari keeper ke defender sehinggalah ke striker semuanya menjadi. Di sebelah Selangor pula bahagian tengah kosong, defend lemah, dan keeper tak payah gua cakap. Bagi gua keeper Selangor, Si Amar tu dah cukup power kalau dilihat match sebelum-sebelum ni jika nak dibandingkan dengan Iqbal.

Maka dengan keputusan memalukan itu timbullah spekulasi kesemua agenda jual beli game. Kes rasuah. Mungkin ada benar atau tidak, gua tak berani nak kata apa. Andai kata 5-1 itu berpihak pada Selangor, gua boleh yakin tidak ada spekulasi rasuah atau jual game bagai. Sebab gua tahu penyokong Kelantan takkan rasa macam tu kepada pemain. Mereka percaya seratus peratus kepada semua yang terlibat. Paling tidak mereka maki ref. Berat sebelah. Karathu bengong, defend gong. Itu paling wajib. Tak ada sampai menuduh rasuah-rasuah jual game.

Dan kalau kita tengok kepada pemain Selangor, mustahil juga mereka ambil rasuah. Mana-mana yang berpeluang main dalam pasukan Selangor, semua orang dah tahu, mereka pemain professional. Masakan ada benda-benda kotor macam ni. Kalau mereka ambil juga tak tahu nak cakap apa. Pesen tak ada jati diri.

Satu lagi hal. Penyokong Selangor ada buat banner King of Malaya. Dan mungkin penyokong Kelantan tidak berpuas hati. Lu orang kena tahu, Selangor dah juara banyak kali. Mereka memang layak nak gelarkan pasukan mereka macam tu.

Namun masalahnya selepas menang semalam ramai penyokong Kelantan yang menyalak ke sana ke mari. Penyokong Selangor steady sambil hisap rokok jawab alah kami juara bertahan 32 kali piala Malaysia, 5 ke 6 kali piala Fa. Saja bagi dekat mereka yang batak. Jawapan gua satu, pergi mampus.

Sebenarnya tak salah nak kenangkan benda lalu. Cuma apa tindakan mereka buat? Dari segi pemain, kenapa mereka tak mahu pertahankan kejuaraan itu? Main serba tak menjadi. Penyokong pula kenapa taknak pertahankan kejuaraan mereka yang berjuta empat belas kali itu? Stadium pun tak pergi.

Semalam di SSA

Mungkin post kali ni menyebelahi Kelantan tapi Sokerleaks bukan page Kelantan. Kalau lu orang nak tengok puji-puji pasukan lu orang, tunggu admin kem lain yang post.

#statementleaks ulasan Presiden bola Negeri Sembilan ketika Nogori lawan Felda.

""Buang masa saya, jika kali ketiga kalah, saya akan gantung jurulatih," - Utusan 17/2/2011

Buang masa beb, buang masa. Nasib lu orang lah Jang oii.

Saturday, January 8, 2011

"Gua kecut, Gua Goyang"


Chelsea akan bertemu Ipswich Town esok untuk Piala FA. Selaku juara piala FA 2009 dan 2010, Chelsea pastinya tiada masalah untuk menang dengan riak seriaknya esok. Pengurus Ipswich Town iaitu Roy Keane telah meletak jawatan semalam dan ramai yang berpendapat perlawanan bertemu Chelsea adalah puncanya. Saya pengulas dari Sokerleaks cuba menyelongkar puncanya.

"Gua kecut. Gua goyang la nak lawan Chelsea. Gua taknak amik risiko bila kalah nanti. So gua awal awal la nak tarik diri. Itu je sebab gua." jawab bekas pemain mancecet united ini selepas ditanya.

"Gua respek la juara bertahan ini. Bagi gua,waktu ini adalah waktu terbaik untuk berhenti dari mengurus Ipswich Town sebab gua tak sanggup dikalahkan oleh Chelsea esok." Roy Keane sambung lagi dan hampir menitiskan air mata.

"Pepehal gua ucapkan all the best la untuk Chelsea esok" akhirnya jatuh juga air mata beliau selepas wish kepada Chelsea dan berlari untuk mencari tisu.

2009

2010