Showing posts with label real ni tak de se'real' mana pong. Show all posts
Showing posts with label real ni tak de se'real' mana pong. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Moh men-design jersi Spurs

PUMA dengan kerjasama Spurs mempersilakan semua penyokong Spurs untuk meneka jersi baru Spurs musim 2011/12 yg hanya akan di-reveal pada 20 Jun 2011 ini. Tak tahu la pulak kalau peneka (peneka?? keh keh) paling atau hampir tepat design mereka akan dapat hadiah.

Jadi sebagai penyokong Spurs, haruslah gua tidak ketinggalan men-design jersi baru Spurs ni, mana tau tetiba si Harry Redknapp usha dan terjatuh hati dengan design ni, terus dia pilih design ni, tak pon mana tau dia ajak gua main untuk Spurs kan? Kah kah, kalau perkara ni terjadi, gua tolak awal-awal, nanti Van Der Vart dengan Bale tak boleh cari makan.

Ini design yg gua dah buat. Lawa tak lawa tak? Ada can ganti Halta Dolmat tak gua ni?

 First design gua. Tak de la lawa mana ye dak?


Yang ni untuk pasaran baju tidur sahaja


Yg ni alternate jersi. Ditaja khas oleh Puteri Umno cawangan Rimba Jaya, Selangor. Kelab Taat Suami juga turut berminat joint-venture.


Okeyh, design yg betul-betul gua hantar kat PUMA pulak adalah...

Design ni ada ciri-ciri macam jersi Spurs masa depa guna Kappa as official kit mereka (Thomson selaku penaja jersi mereka).  Gua ada jersi ni dulu, time kat asrama kalau gua main futsal, memang jersi ni la gua selalu pakai. Masa main tu jangan cakap la, skill menggelecek gua sebijik macam Lennon, gua punya tekel serupa macam Edgar Davids, dan memang tak sah kalau gua tak celebrate gol macam Robbie Keane sebanyak 8 kali, maknanya 8 kali skor la. Power kemain. Tapi jersi ni hilang entah kemana ntah. Siapa la yg rembat ni. Gua syak budak Menyu kat sekolah gua, ye la, budak-budak minat Menyu ni bukan power pon main bola, mulut je berapi macam Rooney, main macam Bebe.

Kalau lu orang fan Spurs yg berminat untuk menyumbang idea atau pon haters Spurs yg berminat menjahanamkan jersi Spurs ni, layari http://apps.facebook.com/guessthekit/. Kat sini juga lu orang boleh tengok video player Spurs macam Gareth Bale, Ledley King, Aaron Lennon dan Micheal Dawson turut mendesign jersi yg bakal mereka pakai musim depan.

Sekiyan, majulah Spurs untuk EPL.

Wednesday, May 4, 2011

LiveTweets:Dengan Kekalahan Madrid.....



Muka huduh inilah yang pernah digilai oleh awek-awek menyu.Ternyata awek-awek menyu tertipu dengan kehuduhannya.

Semalam Real Madrid kalah.Sudah jelas lagi nyata jika Real Madrid benar-benar mahukan kejuaraan mereka perlukan Zinedene Zidane di sisi mereka.Atau Francisco Franco.Apapun juara 9 kali tewas kerana tiki-taka Barca,dah kalah tu kalah je la,toksah nak ook eek ook ekk especially si mat tencho Ronaldo tu.Berikut adalah tweet gua semalam pasal kekalahan Real Madrid.Takpelah,bak kata #serbanistas,semua yang berlaku ada hikmahnya.Terima sahajalah ini sebagai suratan dari Ilahi.

Dengan kekalahan madrid,mourinho blah sb fed up dan bakal diganti arsene wenger.rindu adebayor akan terubat.

Dengan kekalahan madrid x perlu lagi lihat drama ronaldo Rooney lagi.

Dengan kekalahan madrid si ronaldo x perlu berjumpe kekasih lama gemma atkinson.luka lama berdarah kembali

Dengan kekalahan Madrid maka dobi madrid x perlu beli sabun vanish utk basuh baju.baju Madrid putih,London bandar hujan.sikit2 hujan.

Dengan kekalahan Madrid florentino perez ada alasan utk kekal mengabiskn duit lagi.

Dengan kekalahan madrid xde la fan MU tegar seperti @arilunited dan @nazrivovinski meluat dgn mat tencho cristiano ronaldo

Dengan kekalahan madrid maka terselamatlah karem benzema,mohamadou diarra dan mesut ozil dgn dosa besar minum champagne.Allah maha penyayang

Dengan kekalahan madrid dapatlah menjadikan kaka berlakon Mi Corazon yg bermaksud my heart,sb muka die mcm irwan syah.siapa jd acha x tau.

Dengan kekalahan madrid dptlah kerajaan Juan Carlos menjimatkn belanja.ini kerana mana2 kelab yg ada "real" itu adalah kelab diraja

Dengan kekalahan Madrid,Rafael Nadal dpt menumpukn fokus dlm Roland Garros dan Wimbeldon

Dengan kekalahan Madrid,akulinglung boleh memberi tumpuan dan kasih syg kpd kekasihnya yg cun. (ooppss abam linglung!)

Dengan kekalahan Madrid penduduk London warna biru tidak nostalgic teringat kenangan bersama mourinho

Dengan kekalahan madrid,@arilunited tidak akan tension melihat mourinho lari satu padang.klu die tension kesian anak die runi

Dengan kekalahan madrid kami dpt melihat gelagat shakira pacar pique yg cute.bygkn madrid menang?bosan tgk muka si tencho

Dengan kekalahan madrid,kami ada alasan nak bgn pagi kerna piala telinga besar tidak patah.

Lihat,kami di Asia turut mensyukuri kekalahan anda RT @Hasrul_Zamir: @comradenami syukurrrrr sergio ramas tak pegang piala lagi..

Kamon la madrid,ada hikmah atas kegagalan anda.seluruh warga eropah bersyukur sb kamu x rosakkn piala telinga besar dgn sergio ramos..

Sunday, April 3, 2011

Rojiblancos


Real Madrid 0 - Sporting Gijon 1.

Demit la Gijon ni. Kekalahan Los Blancos (The Whites) terhadap Rojiblancos (The Red and Whites) menyaksikan skuad kendalian Jose Mourinho ketinggalan 8 mata dibelakang pendahulu liga, Barcelona.

Ini bermakna Real juga tewas buat pertama kalinya di kandang mereka sendiri, Estadio Santiago Bernebeu. Duri dalam daging Real pada perlawanan tersebut adalah Miguel Ángel de las Cuevas Barberá.


abam Cuevas, penggegar tiang didalam padang, penari tarian tiang diluar gelanggang.

Kekalahan Real ini juga sebenarnya sangat-sangat-sangat mendukacitakan Tottenham Hotspurs, lawan mereka di suku akhir Champions League nanti. Yes, Gareth Bale sangat kecewa dengan kekalahan ini, apatah lagi Peter Crouch.

Kenapa? Kekalahan Real ditangan Sporting Gijon ini membantutkan hasrat Spurs untuk menjadi pasukan yang menamatkan rekod 9 tahun tanpa kalah di kandang sendiri abam Jose Mourinho. Demit, Sporting Gijon spoil the mood betul la, baru nak piat telinga si Mourinho ni.

'tak apa lah Bale, bukan rejeki ko nak calarkan rekod mourinho tu. Kesian plak aku tengok mamat tu, nanti ko score 4 bijik cukup lah, jangan banyak-banyak sangat' ujar Redknapp.

"k bos" Bale ringkas menjawab.

Jaga-jaga Mourinho, jaga-jaga!