Showing posts with label i want nobody nobody but choo pap pap pap pap. Show all posts
Showing posts with label i want nobody nobody but choo pap pap pap pap. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

Matahari Terbit Di Negara Cempien!


Mitsubishi Zero untuk menakluk Korea.

Semalam game Piala Asia cukup dramatik.Lebih dramatik dari filem drama swasta Cerekarama.Lebih dramatik dari segala drama yang ada.Ini rivalry selama 101 tahun - sejak Jepun menakluk Korea tahun 1910.

Liverpool pun tak bermusuh dengan Manchester United selama tu kot?

Anyway sudah menjadi hakiki bahawa Jepang adalah cempien untuk Asia.Tak kiralah dari segi ekonomi atau bolasepak.Ada mamat-mamat bajet genius berkata China sudah memecut ekonomi Jepun tahun lalu dengan kadar KDNK yang memberangsangkan - tapi eksport China dari lighter ke handphone tiruan ke China Doll pun masih orang cakap "ah ni China mali tak mau la" tapi kalau Nippon punya barang orang mau.Betul tak - kalau lu pegi Low Yat pun seboleh-boleh si apek tu cakap "ini bukan China mali punya..".

Anyway - Wonder Girls datang untuk mengkimchikan Nippon - tapi dia lupa ini siapa.Ini Nippon la.Bekas penjajah Korea.Berani dorang nak lawan Nippon - bagero!Mereka score awal-awal seawal minit ke tiga.Cibai time tu teh o ais limau aku ais belum cair lagi dia dah gol.Awal-awal dah penalti.Jap lagi awek-awek beringtonekan Wonder Girl menjerit ceria.Bingit telinga bingit!

Tetapi jaringan cantik pemain kelab Jubilo Iwata Ryoichi Maeda memang membuatkan aku terkesima.Kali terakhir aku tengok gol cantik macam tu masa tengok Barcelona ayamkan pasukan Arsenal kat Camp Nou dulu.Peh terkesima game Jepang macam tu.

Dan second half kedua-dua pasukan melancarkan serangan namun gagal.

Sampai extra time bila pemain FC Ausburg Hajime Hosugai menjaringkan gol - geng-geng lelaki penonton porno Maria Ozawa pula bersorak.Gua rasa masa ni Berto tengah pasrah.Tapi game belum berakhir lagi - tiba-tiba pemain Suwon Bluewings Hwang Jae Won menjaringkan gol.Potong stim.Ini macam tengah sedap bersenggama tiba-tiba suara garau "sedap bang?"

Terbantut nafsu gelas ketiga nescafe o aku.

Tetapi melihat Korea Selatan mengambil penalti macam Wonder Girls - sudah dijangka bahawa Jepang telah mencapai destinynya.Bakal cempien akan tiba nanti - bertemu dengan pasukan Australia yang membelasah Uzbekistan 6-0.

Ingat Nippon cuak ke lu nak pukul 6-0?Hah hah?


Sementara tu gua masih lagi tunggu statement Leah Dizon untuk dia lari bogel kalau Jepang menang Piala Asia.Gua sangat sangat menunggu!

Itekimaaaaassssss!


p/s:sudah tiba masanya untuk kita hentikan muzik sampah dari Korea - Wonder Girls la,Rain la,apa la - ini baru muzik Asia sebenar!kahkahkah!

Saturday, January 22, 2011

Kalau Dah Team Bakal Cempien Tu..



Berarak menuju cempien - Asia untuk Asia!

Semalam niat di hati nak buat live tweet dari Restoran Al-Mashur di Pudu - tapi last-last BlackBerry out of juice(takde bateri pulak).Doidogok - gagal.Maka semalam saya dan kawan menonton Jepun-Qatar yang berlangsung di Stadium al-Gharafa di Doha semalam.

Perlawanan kali ini saya sifatkan antara perlawanan paling menarik dan sengit.Qatar membuka jaringan pemain Wilayah Selatan Uruguay - Sebastian Soria.Pak sheikh Arab bersorak sambil gua dalam hati menyumpah-nyumpah macam Asamoah Gyan menyumpah Luis Suarez bila dia melompat-lompat bila Gyan tak jaring penalti last minute pada World Cup lepas.Namun jaringan Shinji Kagawa menyemarakkan semangat Nippon - seperti seorang Nobita mendapat gajet baru dari Doraemon selepas menangis dibuli Giant.

Keadaan diburukkan lagi bila Maya Yoshida pemain kelab VVV Venlo pulak kena red card.Gua dah tensi.Johan member gua dah cakap - "woit apasal kau nak anti Arab ni,dorang main bagus apa".Tetapi sebagai seorang agen Moss..oops,gua harus menyokong penghapusan hegemoni Arab dalam bolasepak Asia.

Separuh masa kedua pasukan Qatar banyak mengasak.Dari sokongan padu 20,000 penyokong tuan rumah itu tidak memadam semangat Nippon dari terus melakukan counter attack - sama ketika perasaan Perang Jepun-Russia dan menakluk Korea.Err,bekas jajahan je Korea ni.

Pun begitu pemain dari Wilayah Selatan Londrina Brazil - Fabio Cesar menjaringkan gol dalam keadaan kucar kacir Blue Samurai - seperti kucar-kacirnya di Okinawa semasa Perang Dunia Kedua.Aku kembali murung - seperti Nobita yang direject cintanya oleh Sizuka.Sial.Tetapi tujuh minit kemudian sekali lagi Shinji Kagawa menjaringkan gol dalam keadaan defensive error oleh pemain-pemain Qatar yang tidak lagi kearaban.

Dan dalam masa tambahan - wonder boy pemain Kashima Antlers - Masahiko Inoha menjaringkan gol yang gua sifatkan sangat menikam dada 20,000 penyokong Qatar.Macam Pearl Harbor tu.Dan dalam semangat Asia untuk Asia - bukan Arab untuk Asia,bukan Oceania lompat benua macam kanggaru masuk Asia,bukan Syiah untuk Asia,bukan bekas Soviet perasan Asia atau Wonder Girls untuk Asia - tapi Asia untuk Asia.Ini baru cempien sejati!

Sementara itu perlawanan seterusnya menyaksikan penghapusan etnik Arab dalam Piala Asia kali ini berterusan - kali ini White Wolves Uzbekistan menewaskan Jordan 2-1.Dan sekiranya malam ini team Munirah Zahari,Hugh Jackman,Nicole Kidman,Silverchair dan Kylie Minogue ini akan menentang dengan satu-satunya harapan Arab - juara bertahan iaitu Iraq.Seluruh dunia Arab hanya bergantung kepada negara yang bergolak dengan penaklukan Amerika ini untuk kekalkan hegemoni - diharapkan Tim Cahill akan bertinju dengan bendera di penjuru malam ini.

Dan sama ada Syiah atau Wonder Girls,teman tak kisah.Sebab team bakal cempien - seperti juga Nippon zaman perang dulu - hati kering - Amerika pun dorang bedal,inikan lagi Syiah atau Wonder Girls ni.

BANZAIIIIIIIIIIII!!!!


Itekimaaaassss!

Wednesday, January 19, 2011

Entry #100 - Leah Dizon Dan Hugh Jackman Layak Ke Suku Akhir.



Arigato kerana mengharumkan nama Nippon!

Just in case kalau takde orang update entry ni - entry gua ni adalah entry yang ke #100 Sokerleaks(tepuk pengakap - pap pap pap pap!)

By the way sorry to Berto sebab dia suruh gua tulis pasal Nippon dan gua tak tulis-tulis.Gua tak tulis sebab 2 hari gua takde kesempatan disamping internet takde kat BlackBerry sebab takde kredit.So hari ni barulah berkesempatan nak menulis.

So - Leah Dizon belasah geng Wahabbi 5-0.Biasalah - team bakal cempien memang macam tu.Seganas dan sebrutal Jeneral Yamashita yang juga nickname dia Harimau Malaya.Habis rakus geng Wahabbi dibelasahnya.Tu nasib baik geng Wahabbi hidup zaman modern ni.Kalau zaman perang dulu memang konfirm kena minum air sabun.Kena belasah - takpun hantar jadi buruh bina Jambatan Maut kat Burma.

Sebagai bakal team cempien - Nippon kali ni benar-benar mengikut kata-kata agen Mossad dan Israel yang benar-benar berpengalaman dalam mempertahankan negara yang dikelilingi negara Arab.Seperti mana cempiennya Israel dalam geopolitik Asia Barat - macam tu jugaklah Jepun dalam kumpulan B yang dipenuhi negara Arab.Kacis je nak gaduh dengan serbanistas ni - troll sikit,lepas tu dorang emo - and then belasah sampai habis.Tu je taktik dia.Bagus Nippon sampai lima kau pulun si Wahabbi ni.

Selain itu - kumpulan C - Australia yang menggulai-karikan India serta tidak berjaya mengkimchikan Korea Selatan - tetapi bermain biasa-biasa je mengrotipitakan Bahrain.Socceroos yang disokong oleh awek cun Munirah Zahari juga berjaya menjadi cempien dalam group C.Dan sekiranya jangkaan nujum tepat - Australia mungkin akan bertemu Iraq - negara yang kena gulai oleh Amerika masa perang 2003 - yang turut dibantu oleh Australia.Iraq - juara bertahan pastinya tidak rela digulai lagi - dah la perang kena gulai,ni bola pun nak kena gulai ke?Sementara itu Iran yang dah confirm juara group D akan bertemu dengan Wonder Girls.Sudah tentu skuad Iran mahu Wonder Girls memakai tudung labuh seperti gadis-gadis lain di Teheran dan sudah pasti Wonder Girls akan disebat habis-habisan nanti.Tapi kalau menang Iran - kena lawan dengan Leah Dizon mungkin pak lebai serbanistas ni luruh jantung kot.

So - saingan yang lebih sengit sudah tiba.5 pasukan Arab - Wahabbi,Muaiwiyah,Salman al Khalifa,dan Sabah al Hamad al Sabah(doidogok ni orang Sabah ba?) serta Manchester City(yang ni nampak cam bakal-bakal je kerana sumpah team ni membosankan) akan tersingkir.Kim Jong Il?Boleh balik dengan Hennessey dia.

Persaingan semakin sengit ke kemuncak cempien Piala Asia kali ini.Tahun 2007 di Bung Karno - Younis Mahmoud dari Iraq menjulang piala.Siapakah menjulang piala tahun ini?Stadium Khalifa akan menentukannya!