Wednesday, June 12, 2013

Katanya cita cita nak main kat Eropah.

Pagi ni lepas aku sarapan, macam biasa aku selak surat khabar bahagian sukan. Tak ada makna aku nak bukak page depan. Selain dari berita kemenangan yang konon bergaya Malaysia terhadap pasukan kelab entah mana mana dari Australia, aku tersentak baca berita kononnya Wan Zack nak balik Malaysia.

Seperti yang kita tahu, Wan Zack Haikal dan seorang lagi pemain Harimau Muda, Nazirul Naim berkelana ke Jepun untuk bermain di kelab Divisyen 3, FC Ryukyu. Sebelum pemergian diorang, semua berharap yang tak akan jadi lagi isu Fakri dan Nazmi. Apatah lagi dengan penampilan mantap Wan Zack dalam perlawanan menentang Sagawa Printing, kita dapat rasakan yang mereka akan berjaya di Jepun. 

Tiba tiba hari ni keluar berita Wan Zack mahu pulang ke Malaysia. Antara sebab yang dikhabarkan selain daripada masalah kecederaan adalah masalah komunikasi. Ini bukan perkara baru. Ramai pemain kita kecundang kerana kononnya masalah komunikasi. Satu perkara yang aku tak faham. Legenda Brazil, Ronaldo berkelana ke Eropah sejak berumur 17 tahun dengan PSV destinasi pertama. Tidak pernah pun dia menggunakan alasan masalah komunikasi untuk kembali ke Brazil. Pemain pemain dari Amerika Selatan rata ratanya berkelana ke Eropah pada usia yang muda. Tak perlu pergi jauh, Fandi Ahmad dulu main di Eropah hingga diundi sebagai 'most skillful player' dalam musim pertama dengan FC Groningen. Kecederaan dalam musim kedua beliau menyebabkan beliau tidak diberikan kontrak baru dan berpindah ke Kuala Lumpur. Kalau Malaysia, kita ada Lim Teong Kim yang berhijrah ke Jerman dan jadi jurulatih di Bayern Munich. 

Apa sebenarnya isu pemain Malaysia? Betul ke masalah komunikasi? Bagi aku bukan. Ianya lebih kepada mental. Mental pemain kita rata rata lemah. Kalau nak kata masalah komunikasi, Hafizh Shahrin dengan Zulfahmi rileks je kat Sepanyol? Perkara ini boleh kita tengok dalam perlawanan juga. Bila Malaysia ketinggalan, berapa kali je kita mampu bangkit kembali? Mungkin dalam 10 kali, 1 kali je kita buat comeback. Bila bolos, pemain kita jadi menggelabah dan end up kena belasah. Dulu Lim Teong Kim pernah cakap, masa Akmal Rizal dengan Rudie Ramli datang ke Bayern untuk sesi latihan, lepas 3 minggu diorang menunjukkan tanda kebosanan dan nak balik Malaysia. Nampak tak mentaliti pemain kita macam mana? Baru berkelana sikit dah rindu nasi lemak. Mental lemah! Kena provoke sikit menggelabah. Bab makan duit bookie kuat pulak. Bila interview dengan majalah atau surat khabar, masing masing kata nak main kat Eropah, bila dah dapat peluang, menggelabah nak balik.Bodoh.

Persatuan Bola Sepak dah boleh mula fokuskan pada mental players. Upah pakar psikologi atau mental untuk pemain pemain. Ini bukan sahaja akan bantu pemain, tapi juga pasukan sendiri. Rata-rata kelab di luar buat benda ni. AC Milan antaranya yang paling terkenal. Benda ni turut bantu untuk memanjangkan kareer pemain dan kurangkan kecederaan. Perkara ini dah terbukti berkesan. 

Kepada Wan Zack Haikal, janganlah balik. Berjuang selagi boleh. Aku tak taulah kalau kau tak boleh cakap Jepun, rindu nasi lemak atau ada team kat Malaysia nak pancing kau. Kau dah dapat can, ambik. Kau juga kata nak cuba main kat J-League dan Eropah. Kalau kau balik juga, aku harap FAM tak payah bazir duit hantar player pergi main luar negara. Buat membazir je. Baik guna duit tu belanja aku makan TGI.