Kelantan. Ya, Kelantan yang hebat yang ganas yang sedap yang terbaik! Ok cukup setakat tu. Belasah team lawan dengan kiraan gol yang banyak bukan tak biasa oleh kem The Red Warrior. Semua musuhnya diterajang tersungkur dalam keadaan memilukan.
Namun bagi The Red Giant dibelasah sedemikian rupa amatlah mustahil bagi mereka. Paling banyak tak silap 3 gol oleh Terengganu. Kali terakhir Selangor dibaham pada tahun 2008. Juga oleh The Red Warrior dalam aksi piala Malaysia di Kota Bharu, dengan keputusan 2-5.
Kalau nak cerita pasal perlawanan semalam mungkin gua tak berapa betul sangat sebab gua tak tengok secara langsung perlawanan dan bukan berada di stadium. Mungkin orang yang ada dalam stadium lebih mengetahui.
Dari segi corak permainan memang Kelantan yang pegang. Dari keeper ke defender sehinggalah ke striker semuanya menjadi. Di sebelah Selangor pula bahagian tengah kosong, defend lemah, dan keeper tak payah gua cakap. Bagi gua keeper Selangor, Si Amar tu dah cukup power kalau dilihat match sebelum-sebelum ni jika nak dibandingkan dengan Iqbal.
Maka dengan keputusan memalukan itu timbullah spekulasi kesemua agenda jual beli game. Kes rasuah. Mungkin ada benar atau tidak, gua tak berani nak kata apa. Andai kata 5-1 itu berpihak pada Selangor, gua boleh yakin tidak ada spekulasi rasuah atau jual game bagai. Sebab gua tahu penyokong Kelantan takkan rasa macam tu kepada pemain. Mereka percaya seratus peratus kepada semua yang terlibat. Paling tidak mereka maki ref. Berat sebelah. Karathu bengong, defend gong. Itu paling wajib. Tak ada sampai menuduh rasuah-rasuah jual game.
Dan kalau kita tengok kepada pemain Selangor, mustahil juga mereka ambil rasuah. Mana-mana yang berpeluang main dalam pasukan Selangor, semua orang dah tahu, mereka pemain professional. Masakan ada benda-benda kotor macam ni. Kalau mereka ambil juga tak tahu nak cakap apa. Pesen tak ada jati diri.
Satu lagi hal. Penyokong Selangor ada buat banner King of Malaya. Dan mungkin penyokong Kelantan tidak berpuas hati. Lu orang kena tahu, Selangor dah juara banyak kali. Mereka memang layak nak gelarkan pasukan mereka macam tu.
Namun masalahnya selepas menang semalam ramai penyokong Kelantan yang menyalak ke sana ke mari. Penyokong Selangor steady sambil hisap rokok jawab alah kami juara bertahan 32 kali piala Malaysia, 5 ke 6 kali piala Fa. Saja bagi dekat mereka yang batak. Jawapan gua satu, pergi mampus.
Sebenarnya tak salah nak kenangkan benda lalu. Cuma apa tindakan mereka buat? Dari segi pemain, kenapa mereka tak mahu pertahankan kejuaraan itu? Main serba tak menjadi. Penyokong pula kenapa taknak pertahankan kejuaraan mereka yang berjuta empat belas kali itu? Stadium pun tak pergi.
Semalam di SSA
#statementleaks ulasan Presiden bola Negeri Sembilan ketika Nogori lawan Felda.
""Buang masa saya, jika kali ketiga kalah, saya akan gantung jurulatih," - Utusan 17/2/2011
Buang masa beb, buang masa. Nasib lu orang lah Jang oii.