Thursday, February 12, 2015

Tribute to a Legend.

Hari ini kita kehilangan seorang ikon. Seorang legenda yang boleh digelar suara emas rakyat Malaysia. Hari ini kita kehilangan seorang pengulas sukan yang tiada galang ganti, Allahyarham Datuk Haji Hasbullah Awang.

Aku pernah berpeluang bekerja dengan Allahyarham. Pada tahun 2008, di RTM. Masa tu aku tengah buat latihan industri di Unit Sukan RTM. Memang aku takkan lupa masa first aku jumpa dia. Tergamam. Seorang ikon yang selalu aku dengar suara je kat tv, depan mata aku. Suara dia memang sama macam yang aku dengar kat tv. Dia cakap biasa pun dah kuat. Antara tugas yang dia bagi aku masa tu fotostat jadual untuk Sukan Olimpik. Dia suruh fotostat dari kertas A4 ke A3. Itu aku takkan lupa. Aku dengan pantas buat kerja tu. Gila kau, legend yang suruh kot. Lepas tu aku follow masa shoot promo untuk Sukan Olimpik Beijing 2008. Walaupun tak adalah lama dan rapat aku kerja dengan dia masa tu, tapi at least aku dapat rasa bekerja dengan seorang legenda.

Bercakap mengenai Allahyarham, kita takkan dapat lari dari bercakap mengenai ulasan dia.Kosa kata dia, aura dia, suara dia, lain dari yang lain.Sekali kita dengar, kita tau itu Allahyarham. Kalau kita tak tengok pun tv, kita dengar suara Allahyarham, kita boleh tau apa jadi kat padang dan semangat dia. Bahasa dia memang cantik. Mana ada pengulas guna ayat " Tersipu sipu malu sepakan safee", "anak muda yang berlari di permatang sawah (bercakap pasal amri yahyah), "Walaupun stadium palestin dibom namun bola sepak mereka tak pernah mati" dan "Walaupun Malaysia kalah, tapi di mata saya Malaysia tetap menang". Jauh pengulas yang ada dan akan datang nak capai benchmark yang telah Allahyarham tetapkan. Selain bola sepak, Allahyarham juga selalu mengulas sukan lain. Aku ingat lagi beliau pernah mengulas sukan renang dengan tone yang sama macam ulas bola sepak. Juga jangan lupa, Allahyarham juga pernah mengulas sukan SUMO. Okay, tak sebenarnya sebab itu sekadar untuk filem SUMOLAH.

Setiap kali ada siaran perlawanan bola sepak, susah untuk kita tak compare pengulas yang ada dengan Allahyarham.Walau kadangkala kita tergelak dengar ulasan beliau, tapi itulah sebenarnya kekuatan yang ada pada ulasan Allahyarham. Sememangnya susah untuk kita cari pengganti sehebat beliau.

Namun, Tuhan lebih menyayangi Allahyarham. Apa yang kita boleh buat, kita sama sama sedekahkan Al-Fatihah supaya beliau aman di sana. Mungkin perlawanan Liga Perdana dan Liga Super minggu ini boleh buat satu tribute untuk beliau. Hari ini, 12 Februari 2015, Malaysia kehilangan suara emasnya, negara kehilangan seorang legenda, peminat sukan kehilangan seorang ikon.

Al-Fatihah.


Friday, February 21, 2014

Kebebasan Media? My ass!

Minggu ni panas kejap lepas seorang wakil PFSLJ tweet pasal perjumpaan dengan orang FAM. Apa yang jadi, hanya dia yang tau. Aku tak nak sentuh pasal perjumpaan dia dengan FAM. Apa yang aku nak highlight adalah sikap sesetengah pengamal media yang tak nak dengar keluhan penyokong. Pada mana mana yang terasa, lantaklah.

Aku faham tugas media. Aku faham ada halangan. Tapi yang pelik, persatuan sukan lain, K.Rajagobal, TSAM dulu boleh pulak hentam bila ada masalah. Tapi bila sampai bab FAM, menikus masing masing. Why? Cuba bagitau sikit kenapa korang susah sangat nak tegur FAM tu? Kalau berani pun setakat ambik statement KJ. Yelah, Menteri punya quote. Punyalah jaga bontot FAM tu.

Lepas tu ada pulak yang kata, penyokong senang je nak salahkan FAM. Bolehlah tweet sesuka hati sebab berselindung di sebalik tweethandle. Come on bang, panggil diorang, interview diorang, diorang bagi nama sendiri punya. Tak ada masalah. Media asyik nak interview orang dalam persatuan, come on, bagi ruang kat penyokong. Apa penyokong tak ada hak nak bersuara? Ingat penyokong marah ni sekadar tin kosong? tak ada bukti apa apa?

Media pergi stadium masuk free, boleh claim minyak dan tol atau ada pengangkutan disediakan, penginapan disediakan. Ada media box. Penyokong? Beratur nak beli tiket. Sampai tidur kat stadium, dalam kereta. Bawak kereta sendiri. Keluar duit, bukan dapat duit. Alih alih, diorang ni yang korang nafikan hak bersuara? Jangan lupa, kalau penyokong tak nak tengok program yang korang hasilkan, live telecast korang, korang ingat iklan nak masuk? Penyokong element penting tahu? Tak nak tunjuk live? No problem, penyokong pergi je stadium, tak ada masalah. Ingat kitorang nak tengok program korang yang mengampu FAM tu?

Apa salahnya penyokong diberi ruang untuk bersuara? Dengar keluhan penyokong wahai pihak media. Ye, aku tau, tak semua macam tu. Tapi mana mana yang bodoh sombong tu, mohon sedar. Bagi kami ruang duduk semeja. Dengar keluhan kami. Kebaikan ni bukan setakat untuk kami, tapi juga untuk FAM dan pihak media sendiri. Bila benda elok, orang lagi nak tengok. Boleh generate more income. Benda macam ni pun aku nak ajar. Kerja bertahun, benda simple macam ni tak boleh nak fikir.

Kepada sesetengah so called pengamal media, sudah sudahlah backup FAM tu. Tak berbaloi pun. Korang bukan tak tau apa yang berlaku. Lagi lama korang sorok, lagilah bangang jadinya FAM. Masa tu, jangan salahkan kami kalau rating korang jatuh.

Wednesday, November 20, 2013

Tribute To Rajagobal

Maka, hancurlah harapan kita untuk layak ke Piala Asia 2015. Sasaran untuk layak secara merit punah begitu sahaja. Mimpi jadi mimpi ngeri di laman sendiri. Nak cakap apa lagi? Kita tak layak. Kutuklah, maki lah, keji lah, sampai ke sudah, kita tetap tak layak ke Piala Asia 2015.

Tapi apa yang aku nak cerita bukanlah pasal tak layak. Tapi lebih kepada Dato' K. Rajagobal.





Ya, kita tak layak. Kesalahan di bahu dia. Kita maki dia, kita keji dia, kita jerit dan chant, "Rajagobal, apa dah kau buat?". Sejak dari terkeluarnya kita dari Kelayakan Piala Dunia, ke Piala AFF 2012 dan kini kelayakan Piala Asia, kita tekan dia. Kita maki dia. Segala jenis kejian kita bagi pada dia.

Tapi, aku ta k lupa. Aku tak lupa Sukan SEA 2009. Aku tak lupa Piala AFF Suzuki 2010. Dia buat aku tersenyum. Dia buat aku gembira. Dalam ramai ramai jurulatih, biar dari dalam atau luar negara, dia je yang berjaya buat Malaysia champion Piala AFF. Ya, pada masa tu dia kenal pemain dia. Kita pun gembira.

Aku tak kata dia tak salah. Aku bukan nunez nak nyanyi 'Rajagobal tak salah'. Aku juga kritik dia. Aku juga pernah maki dia. Samada dalam penulisan, tweet atau jeritan kat stadium. Tapi, aku juga nak ucap terima kasih kat dia. Kalau bukan sebab Malaysia menang Piala AFF Suzuki 2010, aku rasa lagi orang tak pandang bola sepak Malaysia, samada korang penyokong, atau haters.

Bagitau aku, macam mana korang nak kerja kalau majikan korang sendiri tak percayakan korang? Dia kata nak target layak Piala Asia, tapi belum tau keputusan, majikan dah sibuk cari pengganti. Tekanan bukan datang dari penyokong sahaja, tapi juga dari majikan dia sendiri.

Percayalah, biarlah Alex Ferguson, Jose Mourinho, Pep Guardiola dan Vicente Del Bosque bergabung bimbing Malaysia, kita tetap takkan ke mana selagi yang di balik tabir tak berubah. Biarlah 4 orang Pengurus ternama tu pegang, Safiq Rahim tetap akan main dan jadi kapten. Pemilihan pemain tetap akan bergantung kepada populariti dan bukan merit. Percayalah.

Sekali lagi. Terima Kasih Dato' K. Rajagobal untuk Sukan SEA 2009. Terima Kasih Dato' K. Rajagobal untuk Piala AFF Suzuki 2010. Semoga Dato' akan lebih diingati sebagai Pemenang dan bukan Perosak. Terima Kasih untuk semua memori.

Wednesday, October 30, 2013

Final untuk Rakyat atau Kroni?

Maka hari ni kecohlah di laman sosial pasal jualan tiket final Piala Malaysia. Ada yang beratur di Shah Alam, ada yang beratur di Darul Makmur tak terkecuali yang beratur di Kota Bharu. Namun dalam pada itu, ada juga yang tak perlu beratur, goyang kaki tunggu je tiket. Aku tau, ada je yang macam ni. Terutamanya geng geng ahli politik.

Saban tahun, terutamanya kalau Kelantan masuk final isu tiket tak cukup akan timbul. Ramai beratur dari pagi, bahkan sampai berkhemah kat stadium tapi beratur tak sampai sejam, tiket habis. Kata jual beribu kat stadium, takkan tak sampai sejam dah habis? Ini fenomena biasa menjelang final. Sebab kita memang biasa hype time final. Tak semua team, tapi kebanyakan pasukan. Cuba masa peringkat kumpulan atau game liga, orang tak pandang pun.

Okay, berbalik kepada masalah. Apa cara penyelesaiannya? Untuk final ni dikhabarkan kat Stadium Darul Makmur setiap orang hanya boleh beli 2 tiket dan IC 06 sahaja boleh beli. Adakah ini benda yang bagus? Boleh jadi untuk mengelakkan orang luar beli. Ada kebaikan dan keburukan. Contoh, ramai juga orang Selangor IC 14, jadi kalau final diorang tak boleh tengok kecuali kalau KL yang masuk final. Begitu. Sistem setiap orang beli 2 tiket ni biasanya untuk elakkan ulat tiket. Benda ni dah lama, tapi pelaksanaan je yang jahanam. Tetap ada yang beli lebih dari 2. Masa aku nak beli tiket final Piala Malaysia hari tu, ramai je beli sampai 10.

Kemudian, kita dicadangkan dengan sistem online. Ini benda bagus. Mungkin ada yang kata susah kat orang kampung yang tak ada akses internet. Tapi kalau kita terus berfikiran sebegitu, sampai bila pun kita tak maju. Kat kampung pun dah ada akses internet. Benda ni boleh dididik. Atau mungkin orang kita memang pesen suka beratur sebab feel dia lain macam? Mungkin.

Tapi yang paling aku harap dibuat dan boleh kait dengan sistem online adalah loyalty caps. Benda ni dah diamalkan di luar negara. Keutamaan tiket diberi kepada siapa yang paling kerap turun ke stadium. Kira macam kumpul point bonuslink atau Kad Mesra. Keutamaan dan juga mungkin diskaun. Penyokong tegar perlu didahulukan. Mereka datang dari awal, tapi final tak dapat tiket sebab ramai penyokong time final sahaja. Sebab tu sistem online tu berkait rapat. Ini untuk keep track dengan pembeli tiket. Boleh tau rekod pembelian. Benda ni bukan kerja FAM tapi kerja FA negeri dan pengurusan kelab. Benda ni memang akan memudahkan semua orang dan menggalakkan orang ke stadium.

YANG PALING AKU BANTAH adalah allocation tiket kepada ahli politik. Aku tak kisah allocation kepada kelab penyokong unless kelab penyokong tu hanya pada nama tapi haram tak turun stadium. Even kelab penyokong pun kena buat loyalty caps atau bagi tiket hanya kepada ahli berdaftar sebelum semi final. Ini takut bila final, ramai pulak yang daftar semata nak tiket lepas tu hilang. Yang kat ahli politik tu tak payah. Pesen nak tabur untuk raih sokongan. Kalau nak jugak, pergi beratur dan beli sendiri kat stadium. Tak payah nak mengendeng mintak tiket. Kata utamakan rakyat, bila buat macam tu, bagi ke kroni. Ingat aku tak tau? Kalau nak buat, buat dari peringkat awal, bukan masa final je. Padahal orang yang diorang bagi tiket tu orang orang kaya yang lebih dari mampu untuk beli tiket. Benda ni paling aku pantang. Yang FA pun satu, pergi simpan siap siap untuk diorang ni. Patut bagi baki dari jualan yang tak habis kat stadium, bukan awal awal dah allocate. Kalau sold out, nasib dioranglah. Suruh diorang beratur sama sama kat stadium tu. Baru tau macam mana rakyat rasa. Baru berjiwa rakyat!!

Okay, itu je yang aku nak cakap pasal final ni. Bukan team aku masuk final tak bermaksud aku tak boleh komen. Maaflah Sokerleaks senyap je. Ada masa kitorang naik balik. Korang tunggu je.

Tuesday, September 3, 2013

In Fellaini we trust!






Selamat datang ke Manchester United Marouane Fellaini!!