
Dua orang manager Scotland paling power.
Scotland memang melahirkan ramai manager power - Alex Ferguson, Kenny Dalglish, Bill Shankly, Matt Busby, Jock Stein - kalau nak masukkan David Moyes tu aku rasa boleh lah walaupun kureng power. Dalam sejarah England manager England yang aku boleh anggap power ialah Brian Clough dan Bob Paisley je. Lain manager England memang sayur. Dalam hal kejurulatihan - Scotland memang power dari England.
With all of my respect - aku tak pernah menafikan Manchester United adalah team hebat. Aku bukan macam some of Liverpool fan totok yang sampai cakap LFC boleh kitai 4-0 semalam. Tu cerita gila - aku rasa macam nak tempeleng dorang pun ada. Bagi aku - keputusan draw - sebagai fan Liverpool - aku rasa kira bagus. Honestly midfield agak shaky terutamanya sebelah wing kanan. Gerrard sahaja kena cover - masaklah. Kalau dia Dewa Sparta sekali pun tak terlarat juga kalau usia mula mencecah 30an.
Anyway - untuk fan Liverpool mengutuk Manchester United team tak power adalah cerita konek. Remember - we hate them because they are great team. Takde masa Liverpool nak benci team macam Tranmere Rovers ataupun Oldham Athletics sebab team dorang tak power. Tapi kebencian tu datang dengan respect. Ini disurahkan sendiri oleh King Kenny.
At one point aku rasa baiklah fan Liverpool yang cakap boleh kitai MU sampai 4-0 tu baiklah bermuhasabah diri. Ini bukan djaman Rafa tahun 2009 dimana kita dapat nombor dua dengan beza 4 point dan lebih jaringan 5 dari Man United. Tahun 2009 adalah satu-satunya peluang The Reds untuk jadi juara - cuma digagalkan dengan 11 kali draw. Ini hakikat.
Dalam hal ni aku rasa King Kenny sedang membina skuad. Untuk mengharapkan The Reds untuk menamatkan kemarau panjang tak juara England tahun ni agak payah - be more realistic kalau kita target for Champions League spot. Janganlah kita meniru akidah glory glory yang hanya penuh di mamak bila muncul juara. Tahun 2004/05 masa team dorang sayur dulu mana ada nampak muka glory-glory ni?
Sebagai closet Scouser yang mendiamkan diri sebab ayahku seorang fan MU, aku rasa aku kenal ramai fan MU yang true dan lagi ramai fan MU yang poseur. Fan MU yang true macam @erk888, @arilunited dan yang aku kenal tu aku memang respect. Setakat gurau-gurau manjalah. Aku banyak fan jumpa MU poseur ni. Tapi kalau certain fan Liverpool pun mula nak jadi tak realistik ni - payoh la macam ni.
In the end, Matt Busby was Manchester United manager that lifted their first European Cup. He also Liverpool's legend and captain.
Apa pandangan aku terhadap match semalam? Well, bagi Liverpool - chances banyak - Suarez banyak peluang tapi nasib tak ada. Liverpool control match semalam. Tapi somehow Chicharito pandai cari ruang dalam kotak penalti untuk seri 1-1.
Sepanjang match tersebut aku cuba ketepikan provokasi kawan aku yang makan Mister Potato sambil tengok bola.
Kita bertemu lagi battle kedua di Old Trafford, 11 Februari 2012 nanti.