Monday, May 14, 2012

EPL, Manchester dan Twitter.

Memetik kata Rais Yatim yang melabelkan EPL ni adalah sukan rakyat (kah kah kah) so malam semalam sememangnya seluruh rakyat Malaysia masing masing terpacak di depan tv menantikan perlawanan Manchester City vs QPR dengan penuh debaran.


Warga Pakistan di Kolumpo yang kecewa apabila skuad hoki mereka tumpas di tangan skuad hoki Malaysia  pada  final Piala Asia Remaja memilih untuk bawa bertenang di mapley dan menonton perlawanan Man City vs QPR.


Di timeline twitter pun tidak kurang hebatnya. Sejurus selepas masing masing mengucapkan tahniah pada skuad remaja hoki negara atas kejayaan muncul juara remaja Asia 2012, mereka berbalik kepada agenda utama malam itu. Siapakah yang bakal bergelar juara? Manchester City atau Manchester United?
amboi yakin bebenor abang khairy ni. BEL19VE!!!

Kesemua 10 perlawanan berlangsung serentak jam 10 mlm waktu Malaysia.


Minit ke 20
Rooney score dan Manutd mendahului Sunderland 1-0. Tiada aksi tumbukan padu di udara seperti kebiasaannya.

Minit ke 40
Zabaleta berjaya memecah kebuntuan di Etihad Stadium dengan menjaringkan gol untuk Man City lantas melegakan haters Manutd di seluruh dunia.
Minit ke 51
Kesilapan Joleon Lescott membolehkan BEKAS PENYERANG LIVERPOOL Djibril Cisse menyamakan kedudukan. Laungan glory glory kedengaran kuat dari Kangar sampai lah ke Johor Bahru.
Minit ke 58
Setiap drama mestilah ada watak villain ye dak? Siapa lagi yang layak mengambil watak jahat ni kalau bukan Joey Barton. Dilayangkan kad merah selepas menyiku Carloz Tevez.



Minit ke 68.
Counter attack dari QPR yang bermula dari sebelah kiri padang. Armand Traore membuat hantaran silang yang cantik dan ditanduk kemas oleh Jamie Mackie lantas kembali menggegarkan seluruh kedai mamak di seluruh pelusuk Malaysia. QPR mendahului 2-1.
Gol Jamie Mackie tersebut betul betul membuat haters Manutd terdiam dan tersentak. Manakala fan Manutd kembali angkuh di timeline twitter.




Manakala Aysha yang merupakan makwe Manutd paling steady di twitter memberikan kata kata pedas buat haters Manutd yang menyalak sewaktu half time tadi.

 kah kah kah sentap juga kena ayat camni.


tapi nanti dulu..

Minit ke 90.
Sepakan penjuru oleh David Silva ditanduk masuk oleh Edin Dzeko. Seluruh umat manusia yang sudah buat persiapan untuk menghadapi keangkuhan fan Manutd, kembali berharap!!



Sementara itu wisel penamat telah di bunyikan di Stadium of Light. Man Utd menang 1-0 ke atas Sunderland dan hanya menanti wisel penamat di Etihad Stadium untuk mereka bergelar juara buat kali ke 20.

akan tetapi..

Minit ke 93
Aguero muncul sebagai wira apabila  gerakan cantik dan kawalan kemas oleh beliau disudahi dengan rembatan kaki kanan terus ke dalam gawang QPR. Seluruh umat manusia bertempik gembira, menjerit bagai dirasuk syaitan, semua bagaikan tidak percaya dengan apa yang mereka saksikan!!!
Pasukan Manutd yang mendapat khabar dari Etihad Stadium dimana Aguero telah menjaringkan gol kemenangan hanya mampu mencarut dan kunyah chewing gum seperti biasa.
Wisel penamat di Etihad Stadium
Man City menang 3-2 ke atas QPR sekaligus muncul juara liga untuk musim 2011/12 dengan penuh dramatik!!


Sementara itu di Twitter..



Campione! Campione! Ole! Ole! Ole!







dan akhir kata dari kami Sokerleaks..



13 comments:

Shoujiroh said...

thorbaekkk..senyap gempita warga menyu semalam..haha

Syafiq Joe said...

pedas dan tajam.
pantek!!

areev19 said...

festime nk komen kat sokerleaks sbb abam Bit yg tulis artikel.

nak gelak puas2 kat fans ManU...

KAH KAH KAH :D

Cidak said...

kah kah !

lejen.

epic habis semalam.

3viL X eIjI said...

kahkahkah!

Fz27 said...

ini baru real lawak antarabangsa hahaha...

Jarr said...

quote balik tweet Aysha tu mmg epic.

ezadzuzitsu said...
This comment has been removed by a blog administrator.
asyraff mohd said...

Dalam banyak - banyak entri . Ini yang paling bagus dari Sokerleaks .

Gambit said...

terima kasih saudara saudara sekalian.

alto said...

kata nya ramli nak join manchester city pulak? betol ke? lol...

tentangsaya said...

1st time baca tergelak. 2nd time baca tersenyum sorg. Haha. Good one gambit:-)

KhaiRin : anies said...

den golak x behenti bc tweet dato' hasbullah awang ahahahahaah

btw: TERBAEEEEKKKKKK!!!