Wednesday, May 9, 2012

BuletinLeaks: Nazmi Faiz dan Beira-Mar


Beira-Mar, Nazmi Faiz dan one-week trial. Itulah yang hebat diperkatakan media arus perdana dan media alternatif ketika ini. Ramai yang teruja, ada juga yang memperlekeh, dan ada juga yang sebuk dengan game Liverpool-Chelsea yang tak ada signifikan dan tak menarik langsung untuk ditonton.

Pada mulanya, nama Sporting Lisbon dan Cardiff City menjadi buah mulut orang ramai. Ada media yang sudah mencanangkan bekas kelab Christiano Ronaldo yang sebenarnya memburu Nazmi. Alih-alih, entah dari mana datangnya Beira-Mar ni, yang menjadi sebutan peminat bola tempatan ketika ini.

ada unsur-unsur freemason tak weh lambang Beira-Mar ni?

Mungkin sebab itu ada yang memperlekehkan perkara ini. "Beira-Mar, amende ni, kelab renang berirama?". Ada juga yang kabor "ala trial seminggu je, bukan kompem lagi". Ada juga yang lagi bangang kabor "Nazmi ni pergi sana tak pikir pasal SPM ke?".

Ah, rakyat Malaysia suka mengkritik. Nasihat saya, jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Jangan disebabkan FAM, peluang Nazmi ini diperlekehkan.

Eusobio, bukan Asamoah Gyan.

Beira-Mar; terletak di kawasan Aveiro, mungkin tidak segah Porto, Sporting Lisbon, Braga mahupon Spurs. Biera-Mar tetap memiliki kehebatan sendiri. Lagenda Portugal, Eusobio pernah bermain disini (walaupon dalam wikipedia kabor buat 12 penampilan sahaja).

Ya, ini memang trial seminggu, soal dapat tak dapat tu rezeki. Kalau dapat,itu memang marvelous & historic! Kalau tak dapat, tak de hal, Nazmi dapat experiences. Lagipon kita patut bangga, Nazmi dapat offer trial ni bukan atas ihsan tumpangan orang-orang kaya Malaysia atau syarikat besar yang memiliki kepentingan dalam bolasepak Malaysia. Dulu pernah pemain kita dihantar ke Chelsea (untuk latihan saja). Begitu juga Cardiff City (pon latihan, dan kita tahu itu dijemput oleh tauke kelab yang juga orang Malaysia). Ada jugak yg ke Old Trafford, bukan untuk latihan tetapi menjadi model iklan syarikat telekomunikasi nasional. Ni Nazmi ni, agent dari Portugal sendiri datang usha dia, bawak  dia ke Portugal, tanpa ada campur tangan mana-mana pihak. Tak ke power tu?

Nazmi sendiri mengakui dia tak tahu sangat pasal Beira-Mar ni, tapi budak yg berasal dari Taman Melawati ni tahu corak permainan Liga Portugal. Ong Kim Swee juga percaya lebih baik Nazmi bermula di Portugal kerana corak permainan Nazmi sesuai dengan cara permainan Samba Eropah (lebih teknikal dan skill) berbanding EPL (yang agak keras dan tempo laju, kecuali Chelsea).

Dan yang paling penting sekali, tiada kekangan ranking pasukan kebangsaan seperti di negara komanwel (EPL). Jika EPL memperuntukkan hanya pemain dari negara ranking tertentu sahaja boleh bermain untuk kelab tersebut, perkara ini tidak diperlukan di Liga Portugal. Ini sudah cukup bagus untuk Nazmi yang bermain di Malaysia, dimana negara Malaysia ini mempunyai pentadbir bolasepak yang caca-merba. Patut la Yeffeyem kabor ranking tak penting.

Beira-Mar girls. Amboihhhh, keeper dia kemain mendada.

SPM? Ya, SPM itu memang penting, tapi untuk kaki-kaki bangku la. Nazmi ni special talent. Rezeki bukan terletak pada SPM, tapi terletak pada??? Ha lu pikir la sendiri.




Biarlah Nazmi pilih jalan yang dia nak ikot. Kalo parent dia dah sapot, kenapa kita tak boleh? Jadi mari sama-sama mendoakan Nazmi berjaya dalam trial seminggu ini. Bila dah berjaya memukau management Beira-Mar ni, maka dapatlah Nazmi ni sign kontrak (hanya lepas bulan Ogos sebab Nazmi kena cukup 18tahun baru boleh sign profesional kontrak, bday dia bulan 8). Lepas 3 musim Nazmi dekat Portugal, maka mulalah kelab-kelab seperti Valencia, PSG, Manchester City, Kelantan, Juventus dan Spurs mengintai beliau. Dan akhirnya Nazmi membuat pilihan yang tepat dengan memilih Spurs. Di Spurs, gandingan Nazmi-Bale-Modric berjaya menghadiahkan trofi EPL selama 4 tahun berturut-turut.

Menutup tirai, Sokerleaks ada ucapan khas untuk Nazmi....

Ko buat betul-betul Nazmi kat Portugal tu nanti, panjang aku tulis pasal engko ni ha!

10 comments:

skulluv said...

tahniah la Nazmi oi..

Gambit said...

perenggan terakhir tak sedap betul. apapun all da best nazmi!! makwe engko tu jangan risau, pandai pandai la abang tengok tengok kan nanti kat twitter tu.

Cob Nobbler said...

portugal!

aku said...

ayat lu yg last wa gemar..memang berimaginatif sungguh..kah9

Ariffin Janal said...

masing2 dah jadi hamba abdi sistem pelajaran di Malaysia yg sikit2 ungkit pasal SPM. buat bodo je Nazmi, kirim salam ke Nani pun jadiklah.

afif said...

Bagus Nazmi.... jgn dgr cakap org yang tahu mengkritik...

KhaiRin : anies said...

tumpang bangga loh!

tapi...TAPI...


Di Spurs, gandingan Nazmi-Bale-Modric berjaya menghadiahkan trofi EPL selama 4 tahun berturut-turut.


apakah?????

ina ariffin said...

spurs ke bang? nazmi berkata..saya tak minat men dgn spurs, saya nk men dgn blackburn yg br relegated tu..hahaha

3viL X eIjI said...

keeper dia tu klu kat malaysia konfem tak sempat jadi anak dara tua.

scoX said...

mintak nazmi sampai kan salam aku kat keeper tu. tapi takut jadi kes pedophile pulak. haihh.. dilema sungguh..